Jenis Cerita Yang Ada

Yang Ikut Duakaki

Rendahkan Volume Kalau Musik Memekak,, Hehehe

Kerana Tidak Semua Yang Dirancang Menjadi Kenyataan

December 31, 2010

Tahun Baru~

A: "Azam tahun baru aku nak belajar pandai pandai. Tak nak main-main dah. Mintak-mintak lah dekan sem ni,"

B: "Kita pergi i-city jom. Sambut new year,"

C: "Sayang nya nak tinggalkan 2010. Banyak kenangan manisssssss,"

D: "Erk, tahun baru? Awal muharam dah lama lepassssss,"

December 27, 2010

ASK bukan tanya

ASK tu singkatan pada Anugerah Skrin.. Alang-alang aku ader lagi belen2 cuti, sempat lah aku sibukkan diri dekat anugerah skrin,, best jugak lah. Huhu,, Lagipun, aku memang kali pertama pergi anugerah macam nih. Selalu jenguk dekat tv dekat umah je. Ini je lah gambo aku tunjuk. Kasi bukti sikit, Karang cakap tipu,, hihi,,,

December 21, 2010

Tak Pasti

Ada hari tu, pagi-pagi yang hening lagi harmoni, aku keluar bersosial dengan kawan-kawan aku. Sorang anak arab, sorang lagi fanatik Anuar Zain. Plan terbaik jumpa pagi-pagi alam dekat KL Sentral. Lepas makan tak seberapa dekat makanan cepat, kitaorg terus ambil tren  pergi stesyen Bank. Hajat di hati dan sanubari nak shopping.sakan.beli.barang.Kami pun jalan-jalan-jalan sampai Jalan TAR. Anak arab nak pilih tudung untuk konvo katanya. Aku dengan fanatik Anuar Zain duduk tengok-tengok dari luar. Tak sampai seminit, datang pulak dua orang entah siapa dekat kami. Nak survey katanya. Pasal terowong SMARTsemua lah. Aku dengan fanatik Anuar Zain buar muka blur. Memang tak tahu apa pasal terowong tuh. Hanya tahu untuk elak banjir sahaja. Dua orang entah siapa ni suruh jugak kami isi. 

Okeh, kami isi.....

Tak sampai seminit kertas survey yang ada 20 lebih soalan tu kami kasi balik dekat dua orang entah siapa tu. Aku nampak dahi diorang berkerut. Aku dengan fanatik Anuar Zain dah gelak jahat dalam hati. Padan muka, orang tak nak isi, paksa jugak. Aku dah isi semuanya Tak Pasti. Cane?? Haha

Mintak Maaf ye anda berdua! >_<

December 20, 2010

Anda Cute???

Kalau nak tahu, jom sama-sama lulus kelas CUTE nih, hahaha

December 19, 2010

::Kacak::

Kacak Luar
Kacak Dalam
Kacak tengok sini
Kalau aku senyum
Kacak kena senyum sekali...

*senyum*

December 17, 2010

Cute

Aku kena pergi kelas esok. Gila. Cuti-cuti sem ada kelas. Tapi kelas ni tak ada kena mengena tersentuh tercapai pun dengan course aku. Kelas ni namanya kelas CUTE. Korang nak tahu apa tu CUTE? Cari lah sendiri. Hahahaha.  Assalamualaikum!

Semalam, Maring, Yesterday

Perkara sunat pasal 10 Muharam iaitu semalam. Pada siapa-siapa yang tak ada rezeki nak buat semalam, buat lah tahun depan jika umur masih ada...

Tunggu~

Aku dah bayar benda alah tu. Makin laju lah aku menulis nanti. Korang tunggu~ hahahaha

December 12, 2010

Bila Semua Orang Rasa Dia Betul

Hari ni hari ahad. Macam biasa, aku memang suka ikut family abang aku pergi meronda.jalan-jalan.sampai.malam. Sebab apa, aku boleh pau la sesen dua. Hahaha. Jimat lah duit poket. Tapi ceritanya, sebelum sampai dekat tempat yang nak kami tuju tuh, kena lah parking kereta dulu. Gila apa nak bawak masuk kereta dalam tempat tu. Silap-silap dapat saman sampai tak boleh bawak kereta dah.

Hari ni hari ahad. Hampir semua orang KL dan Selangor ni cuti. Tak termasuk lagi orang Negeri Sembilan dengan orang lain-lain negeri yang suka belibelah dekat Satu Utama ni. Maknanya? Maknanya, parking memang penuh tahap sardin sampai dah tak boleh nak sumbat lagi dah. Korang kena pusing 4,5 kali kalau rezeki jauh. Kalau hidup berkat, rezeki dekat, korang masuk-masuk je, nahh..hambik kau, parking kosong orang baru keluar. Tapi, hidup tak seperti yang kita jangka. Macam biasa. 

Semua lorong ada dua, tiga biji kereta dengan sabar menunggu sambil nyalakan signal kiri atau kanan masing-masing. Ada juga yang macam tak faham lukisan dekat lantai tulis 'One Way'.  Pakai redah je masuk lorong. Masa tu, kedengaran lah bunyi hon masing-masing. Tengah tunggu dengan sabar dengan mata pun jeling-jeling tengok ikon tangki minyak yang dah hampir nak kosong, adalah seorang family bawak banyak barang. Keluar dari mall, pergi dekat kereta. Tak jauh sangat dengan tempat kami tunggu. Hati masing-masing dah lega. Baru je nak tekan minyak, tup-tup, ada sorang makcik lari2 anak kecil duduk betul-betul dalam kotak parking tu. Tangan dia siap lambai-lambai lagi dekat kereta belakang. Jenguk kejap, nampak lah kereta ntah apa jenama laju je pecut. Parking elok je dekat tempat makcik yang tanda dengan dia punya body tadi. Kalau ikut hati memang nak hon biar  pekak telinga sampai pagi. Tapi tak apalah. Orang cakap, sabar tu separuh dari iman. Okeh. 

December 11, 2010

Convo aku

Pada 4 Disember. Selamatlah aku~

Memang convo kena baling-baling mortar board eh? Haha


Best jugak hari tu sebab semua family aku ada. Kecuali abg kedua aku yang keje ntah bila cuti. Tapi tak apa. Dapat jugak bunga kaler kuning!! Love u lah. Hahahaha

Wayang

Tanpa dirancang, aku terbawak anak buah aku tengok wayang sekali. Dah dia ternaik kereta kakak aku masa nak balik rumah. Terpaksa lah angkut dia sekali. Dalam kereta dah warning sejutaribu kali. "Kakak jangan nangis tau. Kakak jangan mintak susu. Kakak jangan buat perangai, kalau tak, tak boleh tengok Rapunzel!" Entah apa angin kus kus dia, memang malam tu, dia terbaik lah. Kalau nak banding dengan hari-hari biasa, memang asyik buat perangai mintak pelempang je. Hari ni mentang-mentang lah nak tengok wayang mood dia 300% okey. Mak Bapak dia dekat rumah pulak yang risau. Sampai sanggup tunggu anak dara 5 tahun diorang balik dari tengok wayang pukul 12.30 malam. huhu.
Ni dia anak dara umo 5 tahun. Adik tak dapat ikut sebab naik keta mak n bapak dia

December 10, 2010

Masing-Masing

Ada orang senang dengan berbangga-bangga. Ada orang suka dengan puji-pujian semua. Ada orang gembira dengan wang ada. Ada orang yang leka dengan kelebihan yang ada. Ada juga orang yang tak ada apa-apa. 

December 8, 2010

Tiada Isi

Broadband makin jealous dekat aku. Makin lambat dia bergerak. Makin slow dia punya loading. Makin malas nak nak tulis entry. Haha.. Nanti aku bayar aku tulis lagi. Lalala~

December 2, 2010

Tanggal

04.12.2010

Selamat Bergraduasi Untuk Semua!

Segala Usaha Terbalas.
Segala Penat Terjawab.
Segala Sakit Di Ubat.
Tahniah!!

(untuk aku jugak!) >_<

December 1, 2010

Seminit Lambat~

Dalam tak sampai sebulan lagi, sem baru bukak lah. Sem depan dah tak dapat duduk kolej.Awal-awal lagi kena tendang pasal kad aktiviti aku kosong. Kalau terisi pun sebab jasa baik memberaku tolong kasi kupon. Haha. Padan muka aku. Sebelum cuti dulu, kami sempat jugak cari rumah sewa. Dapat dekat Padang Jawa. Tingkat 13. Kakak tu punya promote punya lah best. Kami teruja-giler-samapi-nak-lompat. Akak tu cakap boleh tengok terus. Sebab ada lagi orang yang nak tengok. Kami apalagi, pecut dengan motor, sampai lah dekat kawasan rimba tuh. Haha. Naik tingkat 13. Okey. Ramai orang. Terkejut jugak. Ingat akak tu sorang je. Pergilah masuk. Tengok-tengok. Jengok-jengok. Best giler. TV, mesin basuh, peti ais semua baru kot.Tapi jap.. akak tu ada cakap something...apadia kak?

"Maaf lah dik, rumah ni diorang dah chop dulu. Adik lambat seminit je.." Tangan akak tu sempat tunjuk dekat empat orang laki yang kami x kenal. Hadoi.. Kena cari rumah lain lagi la ni..Tapi dah nak malam. Esok je lah cari~

Lastly, dapat gak rumah. Yeay!! Sebelah je blok. Tapi tingkat lagi tinggi. 15. Hahaha.. Ada brann?~

Tau Takut

Nak dijadikan cerita, masa aku dekat satu kem dulu, dulu-dulu, masa aku remaja. Tapi sekarang pun aku remaja jugak. Okeh, berbalik pada cerita, adalah satu kempen derma darah. Budak-budak dekat situ semua teruja giler sebab pertama kali boleh derma sebab semua baru cukup umur. Aku dengan kawan-kawan aku 6 orang ni semangat lah nak pergi. Tapi minit akhir, 3 orang tarik diri. 

Waktu lalu tepi blok lain, kami ada lah dengar seorang ni dok khusuk sedih-sedih bercerita pasal dia dengan mak dia dulu. Katanya, "Mak aku tenat dulu sebab tak cukup darah lepas bersalin. Tak ada penderma masa tu. Sebab tu aku nak derma darah sangat. Nak tolong orang-orang yang macam mak aku,"

Sayu aku dengar. Kesian pun ada. Bagus betul budak tu. Dia tak nak orang lain jadi macam mak dia. Kami ber3 ni jalan lah menuju destinasi. Belum sempat masuk dekat tempat derma darah tu, Yang si bercerita ni lari keluar. Muka pucat. Putih. Risau jugak aku. Kot-kot lah dia sakit. Aku tanya lah dia (kawan perihatin). "Kenapa nak keluar gesa-gesa ni?"

"I takut lah. Jarum dia besar bapak. I cancel. U je lah tolong dermakan,"

'Erk~ Pulak...'

November 30, 2010

Hebat

Ada suatu ketika. Masa aku entah dekat mana. Si Air dengan Si Api bergaduh. Berlawan. Nak tahu siapa lagi hebat. Macam manusia-manusia sekarang. Si Air yang kononnya nak kuat bertukar jadi Ais. Keras dan kuat. Si Api dengan sombongya mengalahkan Ais. Ais yang beku tadi cair. Mengalir dekat Api. Api yang megah tadi padam. Air yang memadamkan api tadi kering kerana kepanasan. 
Dua-dua hilang. Dua-dua dapat musibah.


Takut

Aku risau 2, 3 hari ni. Pasal lama sangat tak jumpa kau orang semua. Lama sangat U kasi cuti. Aku risau. Aku takut. Takut jadi gila sebab dah tak boleh nak kacau kau orang. Tunggu~. Banyak benda aku plan cuti ni. Hahaha.

(Malas nak cakap yang aku rindu. Nanti kau semua terharu pulak)

~Aman. Tak ada perang~

November 28, 2010

Kawan Aku Jugak

Hari tu memang dah rancang terbaik pergi makan tengah hari dekat KFC. Buat macam mak ayah kami cetak ringgit malaysia. Makan tengah hari nak 'makanan.cepat'. Kami pergi tak ramai. 4 orang macam biasa. Bukanlah Double Date pasal kami semua sama jantina. Macam biasa, aku dengan si anak arab ni pergilah order makanan. Aku kalau bab-bab tolong kawan order makan aku tak kisah. Aku kan baik. Lepas tu konfem apa yang diorang order tu aku makan jugak. Kena la kasi pengeras sebab aku dah penat-penat beratur. Hohoho. 

Masa tengah beratur dengan kesabaran yang nipis, aku terpandang muka si pekerja yang macam pelakon jepun. Comel weh. Hilang terus penat berdiri. Lepas tu, sampai lah giliran aku dengan anak arab ni. Aku diam dulu. Kasi kawan kesanyangan aku ni pesan dulu. 

"Bagi set X-Meal satu," Dengan konfiden dia cakap.
"Air?" Si Muka.macam.jepun tu tanya.
"Tak nak coke, kasi air Twisties,"
Aku dengar macam pelik je bunyinya. Si Muka.macam.jepun tu pun sama pelik.
"Maksud cik air Twister, ke?"
"Err.. aah. Hee," kawan aku mampu sengih je. Kalau ikut hati memang tak nak ngaku dah kawan. Tapi nak buat macam mana. Kawan Aku Jugak. 
Hahahahahahaha

November 26, 2010

Perlumbaan Menakjubkan

Semalam aku tengok TARA. TARA tu The Amazing Race Asia. Aku memang suka ikut cerita ni. Pasal boleh tengok macam mana cara dia orang sama-sama kumpulan berinteraksi. Ada yang gaduh teruk-teruk bila stress. Ada yang rilaks saja. Ada juga yang salah seorang tu dok mengarah saja si seorang lagi. Macam-macam lah. Bak kata, memang semua rupa sebenar keluar bila tertekan, terdesak, terpaksa. Masa ni tak boleh dah nak berlakon baik depan kamera semua. Bagus jugak, kan. Boleh lah tahu perangai sebenar pasangan. Tapi yang aku nak cerita bukan yang itu. Yang ini. Ya, yang ni yang....(hahaha).

Semalam pasangan J dan L keluar. Aku sendiri terkejut bila kawan aku tulis dekat status FB dia 'bye-bye J sama L' . Pasal, dah banyak kali diorang ni jadi kepala. Jadi nombor satu. Aku malas nak tengok awal-awal sebab ada cerita lain yang lagi best. Aku memang dah set awal-awal nak tengok yang ulangan dia. Jadi, bila ulangan dia dah main, aku tercongok lah depan tv. Nak tengok apa yang jadi. Dua budak.nakal.tak.ingat tu dah tidur, aman lah dunia sikit. 

Ceritanya, masa semua terkandas dekat lapangan terbang, sempat pulak si J sama L ngurat entah.siapa dekat lapangan terbang tu hinggakan diorang boleh naik awal untuk ke korea. Okey. Sampai saja dekat korea, entah macam mana diorang ni sesat dekat jalan raya. Tak reti nak baca peta dalam bahasa Korea. Orang lain semuar bayar teksi dan ikut dari belakang. Cara paling selamat. Cuma kena guna duit sajalah. Tapi masih selamat, kan. Penghujung nya, pasangan anak dengan ayah sampai dulu. Hebat jugak diorang ni. Si ayah tu kuat lagi lari-lari semua. Dan, sebabkan sesat, Si J sama L ni terakhir sampai dan terkeluar....

Hidup susah nak agak, kan? Lain yang kita fikir, lain yang jadi. Yang dah menang banyak kali boleh jadi tercorot sebab kesilapan sendiri...Ya, aku tahu kau orang hebat. Tapi hebat-hebat kau orang, kau orang manusia juga, kan? Sama macam aku. Sama macam orang lain. Tak ke mana juga kalau kau orang riak. Sikit saja riak ada dalam hati, jiwa ataupun jantung kau orang, toootttt, satu titik hitam muncul dalam hati. Aku harap aku jadi macam padi. Makin banyak isi, makin menunduk. Bukan aku nak jadi berisi. Tapi aku nak selalu menunduk...

p/s:: pesanan ini untuk aku jugak

~aman, tak ada perang~

November 24, 2010

'Cantik nya dia!'


Okeh. Aku nak cakap ni, tapi bukan lah nak bangga diri .(hahaha). Aku memang suka puji orang cantik , orang baik. Memang aku suka sangat puji lah. Cuba lalu depan aku, confirm aku akan puji. Siap ambil jari telunjuk aku ni tunjuk dekat kawan aku yang korang ni cantik. Baik. Comel. Kiut. Handsome. Menawan. Baik kan aku.

Nak tahu sebab apa aku suka puji orang cantik sambil tunjuk-tunjuk dengan jari telunjuk aku ni?

Sebab aku pernah dengar. Kalau kita tunjuk dekat seseorang tu dengan 1 jari, (jari telunjuk katakan) 3 jari lain akan menunjuk balik pada kita (jari tengah, manis dan kelinking). Jadi. bila aku puji korang-korang ni cantik, maknanya....?? (HAHAHA).

>_< hihihi.. Aku puji korang ikhlas taw. >_<

November 23, 2010

Cuti tak habis lagi

Cuti sem sama macam cuti-cuti dulu.. tak ada agenda lain. kalau lain pun, dalam 5 peratus je. tak lebih. Kalau dekat KL, aku tolong jadik Bibik kat rumah abang aku. Tolong jaga dua.orang.budak.nakal.tak.ingat. Lepas tu, macam biasa, aku balik kampung. Balik kampung pulak sama jugak. Aku tolong jadik Kuli dekat kantin sekolah Makcik aku. Rajin kan aku? Dalam duk sibuk bekerja jadi Kuli, aku terdengar satu ayat ni. Best jugak makna dia.Ayat yang kawan Makcik aku cakap dekat Makcik aku.

'Kau ni kan, mana-mana pun boleh hidup. Orang kata, Lempar ke laut jadi pulau. Lempar ke padang pasir jadi tasik,'

Emm, agak-agak aku tergolong tak dalam golongan tu. Mesti best. Semua benda boleh lalui dengan mudah. Tak ada masalah. Hebat.. Siap boleh tolong orang lain.

Jom sama-sama jadi Pulau dan Tasik!! >_<



 ini dia budak.nakal.tak.ingat

November 19, 2010

Cuti Tak Habis

Aku cuti lagi. Citu semester. Maknanya aku ada lebih kurang dua bulan untuk buat apasaja dekat rumah. Tak ada nota, tak ada buku, tak ada lecturer, tak ada kelas. HAHAHA. Best tak payah cakap. tapi yang tak best, idea untuk menulis cerita pun tak ada jugak. tertinggal dekat U mungkin. Buka microsoft word, taip sebaris, aku delete, taip lagi, aku delete. Memang. Hilang terus idea yang kalau dekat kolej berduyun duyun ada. Aku nak belajar pun tak boleh. HIHIHI... Tak apalah. Aku rehat lah dulu. Sambungan cerita-cerita tu, aku sambung lain hari okeh.. >_<

November 5, 2010

Kadang Kadang Lah Kan

Kalau tiba-tiba apa yang kita dah rancang cantik-cantik, kiut miut, tak menjadi.. tentunya kita rasa kecewa, patah hati. Tapi kita tak tahu, apa yang bakal jadi mungkin jauh lebih baik dari yang kita harapkan. 

Jadi, janganlah letak harapan yang tinggi menggunung pada sesuatu, sebab, kalau kita tak dapat, tak adalah kita kecewa sangat, kan.... Dan sesungguhnya, mengharapkan keredhaan Allah adalah yang terbaik >_<

:::Ini untuk aku jugak:::

November 4, 2010

bAhAgiA ~~ (DiaWan aWaGan...)

hahahaha,,aku dah abes exam!! 
dah abes siksa sem ni!! 
huhu,,adoih,, 
another 5 sem to go...
sebelum tu, jom cuti-cuti dulu..yeehaaa!!

>____<

October 31, 2010

Moga Kau Kuat

Takziah Yong, kami sentiasa ada dengan kau. Sabar banyak2~

October 21, 2010

SeLaMAt bERjayA!!

Kepada semua yang sedang atau akan menempuhi peperiksaan akhir, selamat berjaya!!

October 11, 2010

I Don't Know

I'm Sorry
I don't Know How to Show That I Care
What I Want Is Only Your Sweet Smile..
As Always...
Or
Maybe I Should give You Some Space..
For Days..
Or Months..
Or Years..
Or For Ever??

Live Strong

Yes, aku boleh! korang boleh! semua boleh!!

Kalau senang, dah lama cakap

Yer,, memang sesetengah benda tu susah nak cakap. susah nak luahkan dan susah nak tunjuk.tapi bila sesekali ego itu diketepikan apa salahnya,,untuk kebaikan sendiri, orang lain dan semua lah. 

tapi, kalau memang susah sangat nak cakap.
tak apa..simpan dulu sendiri, kalau dah tak mampu, kalau rasa berat sangat, just luahkan..dun worry, ramai y mendengar ^_^

October 7, 2010

~BeLiAu~

bila leka aku kena lecture.
bila malas aku kena marah.
bila malas aku jadi rajin.
bila slow aku jadi laju.
bila sedih aku rasa nak ketawa.
bila sakit aku rasa sihat.
bila bosan aku rasa happy.
bila penat aku rasa segar.
semua sebab beliau.
jadi, kepada beliau:-

janganlah sedih sebab aku akan jadi lagi sedih.
jangan hilang ketawa sebab aku akan sunyi.
jangan muram sebab aku akan kehilangan cahaya.
BERSABARLAH.....
you can do it!
macam selalu.

aku perlukan beliau lagi.
untuk aku jadi rajin.
untuk aku jadi cepat.
untuk aku happy.

................
semua orang happy.........

October 4, 2010

Pemerintahan Kuku Besi

Tahu kuku besi itu apa? 
Menyakitkan bila digaru dekat belakang. Hah, sama lah,,,Menyakitkan
Tak ada kesian langsung.
Tak ada can bagi rehat.
kerja kerja kerja
report report report
test test test
owh,,itu hanya alasan aku,,
belajar la wei,,,.
dush~

September 22, 2010

MAAF~

Okeh,,aku janji tak akan kacau lagi~

September 21, 2010

Selepas Raya

Puasa dah, Raya dah, Cuti dah. Sekarang time balik kolej. Belajar pulak. 

Aku  hargai sangat sesiapa yang boleh buat ubat rajin. Ubat untuk tidak malas. Dan ubat untuk malas untuk jadi malas. Tapi mustahil je semua tuh.

Sekarang apa yang patut usaha banyak-banyak walaupun malas giler-giler. Doa banyak-banyak sebab itu senjata.

September 2, 2010

~~KEPUTUSAN~~

Keadaan selalu memberi aku dua pilihan
dua pilihan untuk memilih jalan hidup
dua pilihan untuk mengisi masa
dua pilihan untuk membuat KEPUTUSAN...
tapi,
selalunya pilihan aku salah
pilihan aku mengecewakan
..pilihan aku MERUGIKAN..

Semuanya ujian Tuhan..

August 26, 2010

:::semua orang boleh::::


Penuhkan hidup dengan kegembiraan. Jangan layan sangat kalau sedih datang menjengah, 


Jangan pandang pun hasad dengki yang mengekori, Pedulikan saja  tamak yang selalu mendekati. 


Ubati sakit hati dengan senyuman. Hapuskan kemarahan dengan kasih sayang. 


Neutralkan segala kesalahan dengan kemaafan. 


Ceriakan diri sendiri dengan keindahan alam...

August 22, 2010

cHeRitA

yeah,, memang dulu lain sekarang lain,,
jarang sekali ada yang sama . semua boleh berubah kerana itu sudah pasti,,
masa,,,,masalah yang merubah semua. kau berubah,,
aku berubah,,mereka berubah,,tapi,,,kenapa tidak kearah yang terbaik???

August 20, 2010

greedy...

aku macam orang-orang biasa..

tak mampu untuk menjadi luar biasa..

semua benda yang aku buat, aku harapkan kejayaan,,

aku tak mahu tamak,

aku tak mahu cepat,

sebab setiap perkara itu,

berlaku selangkah demi selangkah....

August 11, 2010

Salam 1 Ramadhan

Selamat menyambut Ramadhan buat semua umat islam..
moga Ramadhan ini dirahmati olehNya..
sama-samalah kita memperbanyakkan amal ibadah dan kurangkanlah segala jenis maksiat dan dosa 
INSYAALLAH..

p/s: ingatan tulus ikhlas dari aku dan ingatan ini untuk aku jugak

July 24, 2010

bandar baru, hidup baru tempat baru

huh,,hampir sebulan sudah aku disini,, masih tak berapa boleh sesuaikan diri,, hari2 pegi kelas macam pelik je,,, perasaan pun lain,,bila la aku boleh handle semua ni,huhu..

nasib baik kelas x pack sangat,,taklah pening aku awl2 semester dekat tempat baru nih,,,tapi time belajar macam lost  sikit la sbb dah lama x belajar,, cuti sem, haram aku nak study,,tambah pulak aku mmg x nk dah kos tuh,, tetiba boleh termasuk kos tu pulak,,adei,, redha ajelah,,

okeh,, azam baru semester ni, same gak ngan semester lepas,,, do the best,,jangan maen2,,stdy,,n lupakan semua benda yang x patut.. rubbish aje semua tu,, okey!!

May 25, 2010

sesungguhnya...

aku rindu korang la wei...

May 3, 2010

nak fresh orange,, mintak teh o ais

Sila cakap dengan bahasa yang mudah difahami, betul, tanpa putar belit, dan terang..

:: ya, aku cakap dekat kau ::

May 1, 2010

kau dengar,aku dengar

..walau apa pun yang kau buat hari ni
buat lagi baik esok..

: aku pun sama :

April 29, 2010

seronok kalau sekali sekala buat-buat tak ada kerja,,,

hah.. memang seronok,,padahal kerja bertimbun,,
nak kena baca nota lagi,, belajar lagi,, buat thesis lagi,,
dan bila sekali sekala buat-buat tak ingat pasal tu memang best..
sebab itu la aku suka sangat kalau bab berjalan-jalan-jalan.. hohoho
habis satu pulau aku jelajah,,
jelajah sampaibalik pulau, tapi tak ada pulak benda yang aku cari,,pusing balik.. 
tak ke nama pusing satu pulau tu,,haha..

dan sangat seronok bila melayan cerita korea dengan jepun.. 
kalau cerita korea,,mesti pasal lelaki cool dan hensem,,
dan heroin pula mesti nak kiut miut dengan perangai budak-budak...

kalau perempuan anggun bergaya tu mesti jadi watak jahat punya..
aku pun x tahu kenapa,,jadi jangan tanya aku..

so,sapa nak jadi hero cerita korea, silalah berlagak cool dan sapa nak jadi heroin pula, silalah beratih jadi kiut miut beserta dengn perangai budak-budak comel....

lalala~

April 27, 2010

ambik pen mula belajar

kadang kadang benda yang dah tak ada, 
benda yang pergi, 
benda yang hilang,, 
tak perlu lah kita nak ingat,,
kan kan??

April 21, 2010

hadapi dengan senyumann

Yaya jalan kaki pergi kedai buku hari tu, dia cakap dekat Milah, dia nak beli pemadam dengan pen baru sebab esok exam,,selama satu semester dia belajar bukannya dia pernah beli, dok pinjam dengan Ajis yang selalu masuk kelas awl sepuluh minit tu.. dengan semangat nak exam, dia keluar rumah dengan muka confident...sebab apa confident itu nanti aku tanya.

x sampai suku jalan, slipar yang dia pakai tu dah rasa licin semacam,tengok tengok ader la melekat t**k ayam yang masih suam-suam. muka dia biasa saja,, itulah, lain kali jalan pandang bawah cikit,,dia lap je dengan tisu sebab manalah nak cari paip air kat tengah-tengah jalan tu.

sampai separuh jalan, Yaya terserempak dengan pakcik bawa bakul,,pakcik tu dah tua,, dalam 70 an kot,,apa ntah yang ada dalam bakul tu, nampak berat, Yaya rasa kesian..dia pergi dekat pakcik tu, tolong pakcik tu angkat bakul tu seberang jalan.pergh...mmg berat giler..Dalam tu rupanya ada hampir 30 biji telur ayam. dan memang dia malang, 3 biji pecah dan terkena dekat t shirt yang dia baru beli dekat jusco minggu lepas,,muka Yaya dah lain sikit, tapi tak apalah,,ikhlas tolong pakcik punya pasal.

Yaya jalan lagi,,dah dekat dah kedai tu,, dah boleh nampak pintu masuk yang kaler kuning tu. dalam lebih kurang 10 tapak lagi nak sampai, adalah sebuah van yang pass by sebelah Yaya.  tapi, van tu bukan pass by macam tu je,,entah macam mana dan bila pulak ada lopak air dekat situ,,jadi, bila van tu lalu je sebelah,,air yang kaler kelabu pekat tu terus terperecik dan melekat dekat jeans yang Yaya pakai..(bukan jeans Yaya sebenarnya, dia pinjam dengan Milah tadi).

dan err,, muka Yaya dah lain macam.. mmg sangat tipis tahap sabar dia saat tu..

Yaya kuatkan hati ,,dia melangkah juga ke dalam perut kedai buku tu,,dia cari rak yang ada pemadam,x ada.. dia intai pula rak yang ada pen kaler biru,,pun x ada,,

"makcik,pemadam dengan pen ada?" dengan sopan Yaya bertanya..
"pemadam baru je habis nak, pen pulak esok baru sampai,"
"%^$u)&%##%^*".......................
--erk, kata-kata Yaya x boleh disiarkan atas sebab sebab tertentu--
tapi boleh agak kan,, huhu..
hadapi dengan senyumannn....(^_^)

April 19, 2010

entry time ngantuk

aku tengok jam dekat leptop aku jam tunjuk pukul 5.47.. waahhh,,
xpernah2 aku stay up sampai subuh,, paling lewat pun pukul 4,,sebab kalo x ada nescafe, jangan harap la mata aku boleh tahan sampai pagi macam ni. TAPI,,,today memang aku x minum nescafe sebab x cukup lagi 10 sen u beli air nescafe dekat mesin air kt luar bilik study ni, nak naik ambil duit kat bilik aku malas, jauh,,,

hahaha,, sebab apa aku tahan,,sebab Final Project ni hampir2 buat aku giler,,waahhh,, hiperbola betol,tapi betol lah,,boleh cakap kami satu batch senget sebab benda ni.. ho ho ho..

esok dateline hantar~~ (bleh teka kan sebab aku htidur lambat)...

lalala~~

April 17, 2010

wahh,, itu makin hampir,,

aku terpaksa jugak ikut rentak ITU,, dia yang paksa aku buat rentak laju-laju,, kalau sebelum ni aku tahu rilek2 saja, buat benda pun asal siap sudah,,aku tahu, korang pun sama,,tapi sebab ITU, aku kena buat betol-betol, no more play play,,sebab ITU buat aku jadik semangat,,bukan setakat semangat,, buat aku LEBIH semangat,wahh,,(jarang jarang sekali dapat melihat semangat ini). sebab ITU lah penentu aku nanti,,harap-harap aku boleh habiskan ITU dengan baik baik saja,, aminn,,,er,, korang pun sama >_<,,huhu,, aminn

April 16, 2010

..cuba tengok sekeliling...

cuba tengok sekeliling kamu..tak nampakkah keajaiban itu,,yang memang terpampang kat depan mata,, awan terapung kat atas sana,, langit cerah warna biru,,planet cantik sahaja di orbit,, bulan,, matahari,,,sangat harmoni..
jom kita cuba fikir,,tidak cukupkah lagi dengan bukti-bukti ini untuk kita? ataupun kita sangat buta hati atau tidak nampak,,dan senang-senang sahaja kita tolak tepi..

kita hanya perlu buka mata,,buka hati,, buka minda .. jika kita hanya lepas pandang ini semua,,tetapi kita tidak dapat terus sembunyikan kebenaran,,,

pandu kami ke jalan yang benar..dorong kami kearah kebaikan setiap hari.. jadikan kami sentiasa dekat padaMu.. hingga akhir masa.....


Dari lagu open your eyes-maher zain

April 15, 2010

cubalah ikut kata

ini dari interview dari sorang budak yang x berapa nak besar..kecil lagi comel,,

nama saya jangan,,hari-hari mak panggil "jangannn!!!""
bila saya ambil ikan dalam aquarium dan bagi dekat kucing mak panggil "jangann!!",,,
bila saya kejar arnab putih yang comel sampaikan dia terjun tasik dekat belakang rumah, mak panggil lagi " jangannn..!!"
saya tunjuk bakat melukis saya dekat semua orang bila saya lukis ultramen dengan dinasor dekat dinding ruang tamu yang kaler kuning ,mak panggil lagi.."jangannnn!!!"

owh,, nma saya jangan,,

April 13, 2010

exam semakin kejar saya..

owh,,banyak lagi kerja ni,, report tak hantar lagi,,sebelum tuh nak kena supervisor kesayangan aku check dulu salah dan silap harap diubah,,eh,,eh,,macam nak raya la pulak,, bukan bukan,, ni nak exam,, x best macam nak raya,,
mak aku call lagi tanya jadi tak balik minggu ni,, alaaa,,,macam x boleh balik saja,,makkk,,
test lagi,,alahai,,mngu depan nak final test ada lagi duk kejar aku,, hisy..
hah,, dah tu study3,, wake up2..BANGONNNN...

April 12, 2010

tahu tak macam mana kalau hidup ini BERKAT

orang selalu cakap, hormat ayah dan mak, supaya nanti hidup kita berkat, hormat cikgu-cikgu kalau nak ilmu itu berkat. cari rezeki dengan cara halal kalau mahu duit yang kita dapat itu berkat. dan lagi itu ini untuk mendapat berkat,,
macam mana rasanya kalau hidup ini berkat?
macam ni..
walau pun kita tidak selalu berhubung atau berada dengan ayah dan mak, kita masih rasa pertalian itu sangat kuat. rasa sayang semakin bertambah.
bila kita bekerja, setiap yang perkara dan kerja kita dapat lakukan dengan sempurna tak ada banyak masalah. tak ada banyak perkara yang melintang.
walaupun kita kekurangan fulus, kita masih rasa bahagia dan tenang. tak  rasa sedikitpun kesempitan.,,,oh,itu adalah kerana hidup kita berkat..
nikmat sungguh kalau hidup kita berkat..
jum sama-sama cari keberkatan,,hoho

April 11, 2010

tolong kembali~~

aduh,,,
selama empat purnama aku lupakanmu,,
hari hari aku x pernah ingat kamu,,
waloupom kamu sentiasa ada dekat keliling aku,,
ya,,aku berpaling tadah,,
aku berpaling tadah pada yang lain yang lebih menarik dari kamu,,
sesungguhnya aku lupa,,,
aku alpa,,
sekarang, tulun la kembali pada aku,,
tolong la pulang,,
aku amat perlukan kamu,,,
wahai RAJIN...
aku akan sedaya upaya akan lupakan si MALAS,,
jadi, kembalilah padaku RAJIN...
aku amat buntu kamu,,wooooo~~

April 10, 2010

setenang sedingin dan seberangin pantai bersih

petang tadi subuk saja mereka ajak aku pergi jalan-jalan ambil angin,, tension katanya, aku pun ikut je la,,sebab memang aku pun tengah serabut serabai,,plan terbaik punya nak tengok orang dekat mengkuang dam, tapi terlewat pulak bertolak,,kejap tertinggal itu la,,kejap tertinggal ini la, haih ape la aku ni,,then, ngam2 pukul sekian, kami sampai dekat tempat yang kami nak pergi tu. tapi sebabkan dah lewat,rasa malas pulak nak naik sampai atas,,huhu,,
lepas tu, start balik enjin moto, terus ke pantai,,hu hu..
ye, jauh,, tapi ok la,, as long as boleh cuci bersih segala semak samun yang memang menyemak kat otak aku ni.(eh, bukan tadi mereka ke yang tengah tension,,apa aku pula),,haha
singgah makan dulu..lepas tu solat siap siap then, gerak balik,,dari atas moto lagi aku nampak ramai giler yyang dah ambil port dekat tepi2 pantai tu,,prking moto tepi jalan, then lepak tepi pantai sampai tengah malam,,silap2 moto tu boleh kena saman.. tapi itu bukan aku,,
kami sampai, kami parking dekat tempat yang dia tulis parking here. lepas tu terus cari port yang sesuai,,kami cari port yang cerah cikit,,sebab bukan nak feeling jiwang atau apa apa,,nak tengok pantai dengan bahagian belah pulau saja..hu hu..
dan,,malam tu semua cerita terbuka juga,,ntah,,macam ada feel pulak kalau bercerita dekat tepi2 pantai..haha.. best,,lain kali nak pergi lagi la,,sebab aku suka dengar mereka bercerita,,sebab aku punya cerita malas nak dicerita,,haha

April 9, 2010

bila ini aku rasa

aku suka bila aku hepi. sebab bila aku hepi aku jadi gumbira..
orang orang dekat dengan aku pun nampak gumbira juga..
aku suka bila mereka mereka hepi, sebab bila mereka mereka hepi, aku turut sama gumbira,,
rasa macam semua masalah disappear..oh sangat bahagia,,

April 8, 2010

finding space

hah, kua kua je entry org putih,,saja aku nak buat gempak (hahaha)
minggu ni macam susah nak cari masa free, test memang memanjang satu minggu. siap ada pakej satu petang satu malam lagi. waahh,,,rasa tak sabar nak habiskan sem ni cepat-cepat. owh,, pasal nak cari ruang tu aku dah jumpa,, (laju je kalau bab lain selain belajar). movie petang ni jom..hohoho

April 7, 2010

oh tidak

bukan,,
itu bukan aku.dia sengaja main-main,,
atau dia tak sengaja,dia x sedar yang dia dah main-main..
memang bukan aku,,
sebenarnya aku tak tahu itu bukan aku,,
memang aku ingat aku
tapi apa yang aku ingat itu bukan..tidak..salah..
jum, cepat kembali ke bentuk asal...

April 2, 2010

satu, dua, tiga..one two three

haha,,aku kenyang lagi.nikmat sungguh makan bila orang belanja. rasa sedap semacam je makanan yang aku makan tu.terima kasih kepada beliau.haha

April 1, 2010

owh, oh dan oooo

time aku menyibukkan diri dengan partner aku dekat dalam lab, sempat juga aku intai dan perhati manusia-manusia yang sama-sama memenuhkan lab untuk tujuan sama dengan aku. dekat meja paling depan, kakak pengjaga makmal duduk tegak saja sambil mata dia tidak alih dari novel yang aku agak sudah lebih 40 minit dia pegang. sempat juga aku jeling tajuk novel tu. Mestika. Aku tak pasti jika novel yang kakak makmal tu baca sama atau tidak dengan Mestika yang selalu roomates aku sem lepas beli. malas nak fikir.

aku tengok kat belah kanan makmal. sebab mak aku cakap, kita kena mulakan semua benda dengan belah kanan. jadi aku ikut lah. dekat belah kanan makmal ada disediakan rak untuk letak beg pelajar macam aku. hari ni memang tak sampai separuh pun ruang rak tu dipenuhi. bila aku tengok dengan teliti, gaya saintis, ada terselit air kotak chrysanthemum dengan roti gardenia yang aku agak sekarang harga dia ringgit malaysia 60 sen. apalah. cikgu sekolah dulu mesti dah penat warning jangan makan dalam makmal sampai dah tak leh nak warning dah. macam mana kalau terlekat lagi acid sulfuric kat tangan lepas tu sentuh pula roti yang krim dia coklat tu. memang cari pasal lah. tapi itu mereka punya pasal.

aku pandang lagi kat tengah-tengah makmal. ada pulak dua orang yang dari tadi bersembang, tapi bukan berbual kosong la sebab sambil berbual, aku nampak tangan mereka pun ikut sekali sibuk suka methelene blue guna silinder penyukat 100ml. sekali aku dengar nama Amat. sesekali keluar pula nama Tipah. Amat mana entah aku x berapa kenal, tapi Tipah tu, aku macam pernah sekelas dengan dia. gossip la tu.. memang x ada kerja lain..tapi itu mereka punya pasal.

sudut tepi kiri pulak ada seorang yang pakai baju labuh kaler putih dengan butang besar sampai lutut. aku nampak dia tersipu sipu antara mahu senyum atau tidak sambil tangan dia sibuk menekan kekunci handphone. sesekali aku dengar juga dia gelak sendiri. aku pun tak pasti apa yang dia buat dalam makmal ni sebab aku tak nampak pun bahan atau radas dekat meja dia. haha,,tapi itu dia punya pasal,

aku pandang depan aku, betul-betul depan aku ada shaker. jam dekat shaker tu tunjuk angka 27.06. maknanya, aku kena tunggu lagi 27 minit lebih kurang.

aku toleh pula kat sebelah aku. sibuk sekali dia menyalin sesuatu dekat atas kertas kajang narrow line. ada tiga helai semuanya. ini mesti kes assignment yang kena hantar hari ini.

boring betul menunggu shaker ini berhenti, nak buat kerja lain aku malas sebab buku-buku aku semua aku tinggal dekat bilik. aku pandang pulak dekat selang dua meja depan aku. ada seorang yang aku baru saja kenal. dia baik dan apa-apa yang baik semua kasi dekat dia (sebab bila dah suka, semua baik).haha
dan tiba-tiba aku tak rasa boring dah menunggu shaker kaler biru ini. waahh,, semangat!!

March 31, 2010

rasa macam nak terjun tasik kat mengkuang dam saja, biar boleh kawan dengan ikan-ikan kaler oren kat dalam tu

minggu yang teramat sibuk bagi aku,,orang lain aku x tahu, tapi yang pasti dan sure nya, aku sangat sibuk. dan dalam aku tengah sibuk tu ada pulak masalah yang aku x pernah panggil pun dia datang, adoi,,weh masalah,,kau pergi jauh-jauh sana. tolong jangan ganggu aku kat sini,,kalau lah aku boleh terjun ke dalam tasik yang aku tak tahu jauh mana dalamnya tu, dan kawan dengan ikan-ikan kat dalam tu. ikan-ikan yang selalu aku kasi makan roti gardenia kalau aku singgah kat dekat tepi tasik yang memang cantik tu. ikan -ikan yang banyak kaler oren.cantik.biar aku tenangkan diri kat situ sekejap, sampai masalah tu pergi sendiri. boleh x. aku bosan bila masalah tu datang jenguk aku. bila aku sabar, masalah tu berulang - ulang datang.ya, orang cakap sabar itu sayang,tapi sampai bila nak sabar, selamanya. sanggupkah.tak,tidak aku tak sanggup.tapi aku tak mampu nak buat apa-apa.aku boleh berserah saja.ikot saja apa yang dia kata, ikut dengan penuh sabar(selagi aku boleh sabar).yes.mak aku cakap,orang yang sabar tu nanti akan ada kebaikan yang menanti..sebab tu aku sabar juga sampai sekarang.cakap pasal mak, aku sayang mak aku.aku pun sayang ayah aku,,okeh selamat berjaya.

March 28, 2010

bila aku minum hot chocolate

best..sedap..kaw,,sebab itu roomates aku punya,,haha
credit to dia sebab bagi aku secawan..boleh la tenangkan otak aku sekejap malam ni..
alamak,da abes... otak dah jadi kacau balik ,,aaaa.... 'erm, nk secawan lagi boleh?'..
hehehehe

March 27, 2010

kerana

kerana mulut, badan binasa,,
betol,,
kerana ikut hati,, kita boleh mati,,
betol,,
kerana kau punya pasal,,kami semua x pasal2 kena,,
betol,,
kerana percaya kamu,,aku jugak yang pening kepala,,
betol kot,,

March 26, 2010

bila kau tipu aku

owh,,ANDA fikir anda y terbaik?
ANDA fikir anda lah segala galanya?
ANDA fikir anda cukup perfect?
dan x kesah la apa lagi yang ANDA fikir
sebab AKU fikir ANDA memang x reti fikir
sebab apa yang ANDA fikir itu memang betul x betul..
adoi,,sia-sia saja aku pikir pasal ANDA
sebab ANDA tak perlu difikirkan..

bagi la tajuk post ni sendiri,,

okehg,,minggu ini dan seterusnya, aku tersangat la bizi. apa yang aku bizi sangat pun aku sendiri x pasti. mungkin sebab aku kena siapkan aku punya experiment dan owh, budak kelas aku pum sama. so, x adalah aku bizi sorang sorang. tapi sekarang, aku bukan nak cerita pasal kebizian aku sebab kalu aku bizi pun ader korang kesah,,haha..

walaupon aki bizi, sempat jugak aku menjenguk facebook sebab ramai yang best disana. sambil tu, sempat juga aku melayan pakcik aku dekat ym dan petang-petang sempat juga aku mengikut geng-geng jom pergi bersiar siar tengok2 orang dekat luar kampus. favourite port sekarang adalah mengkuang dam, best best best...

dan dalam bizi aku juga, sempat juga aku mengacau roomates aku bagai pengacau. marah sangat dia bila aku cakap dia gemok..hehe

tapi yang pasti budak final year memang bz. dan aku lah salah seorang dari budak budak itu...
lalala~

masak megi makan sendiri

kalau benda itu tidak betul, kenapa nak heboh heboh. kenapa nak kecoh satu dunia, kenapa nak bercerita juga. sudahnya, sendiri yang menanggung. sendiri yang malu, padan muka. lain kali, pikir dulu sebelum buang, eh, bukan,, pikir dulu sebelum bercerita. tak salah kalau nak bercerita, tapi biarlah berpada pada. lain lah kalau benda itu memang benar, sahih, betol, sacchi, true, hendak disiarkan dalam berita pun aku x kesah sebab, ader aku kesah??

Aku terkena lagi

Hendak saja aku menjerit sekuat hati kat atas gunung yang paling tinggi kat malaysia(sebab orang malaysia je paham ape yang aku nak jerit). biar semua orang dengar, biar semua orang tahu, biar semua orang rasa apa yang aku rasa. tapi x boleh.. nak keluarkan pun susah macam ader yang tersekat, macam ader yang menyekat. biarlah, biar aku sendiri yang rasa. sebab mungkin rasa ini sejejap saja, mungkin esok kembali macam sediakala. mungkin aku boleh lupa semuanya..mungkin.. dannn post ini x ada kena mengena dengan lagu mungkin (anuar zain)

January 31, 2010

journal+experiment+report



Fenomena yang banyak mengalami perubahan...


Jom ke JJ bertukar JJ ( Journal Jom)~tiru ayat classmate~
  • memang banyak gile journal yang nk kna study, so, jangan harap la korang bleh kua ke JJ macam slalu....(uwaaaa...aku y terasa)





Dua alam bersatu
  • slama 5 kurun berada di berlainan alam, akhirnya pada kurun ke 6, kami bersatu!!-(hanya kami y paham)

Sesi pengenalan semula radas2 di makmal
  • akibat berkurun tidak menyentuh malahan menggunakan radas di makmal, ramai yang menjadi keliru,,lebih keliru dari lagu keliru..."volumetric flask tu ape?"
malam-malam makin terisi dengan .....
  • A: "wei, jom g karoks malam ni,"
  • B: "oh cannot, aku kna masuk lab,"

konklusinya....

pada classmate aku sumer,
berusahalah anda!! ~ lalala~

January 30, 2010

sebuah kedai

Satu petang, dengan bangganya B masuk lam Kedai Runcit R.(ape yang dia bangga pun, penulis x tahu...mungkin sebab dia pakai selipar jepun yang betol2 made in jappan)

dia mengambil sebatang pen, x de tanda harga disitu...lalu,

B: pakcik, pen ni brape?
tokey kedai: satu..
B:???

Dia pusing lagi dan mengambil sebiji pemadam..

B: ni berape? (sambil tunjukkan pemadam tu kat betol-betol mata pakcik tuh)
tokey kedai: satu la..

B malas nk byk soal, dia terus ke kaunter.. layan pakcik nih bleh hilang kewarasan beliau..Dia meletakkan pen lima batang dan pemadam lima bijik atas meja kaunter.

B: PAKCIK, KIRA.....(kuat kan suara sikit, kot-kot la pakcik tu sound trouble ckit tadi)
tokey kedai: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10....
B: ??!@#$%^&

konklusinya, cakap biar TERANG..

selamat malam sumer,,hoho

January 29, 2010

kura-kura dan arnab

arnab dan kura-kura baru bangun dari tido

kura-kura: nab, kita nak buat ape pada hari yang indah ini?

arnab: jom kita berlari.. sambil mencuci mata memandang sekeliling..

kura-kura:oh tidak..aku sakit belakang sebab cengkerang aku bertambah kilonya..

arnab: kalau begitu kita duduk sahaja lah,, menikmati keindahan alam.

kura-kura: oh, itu sangat bagus..

seminit kemudian..mereka tertidur lagi...


konklusinya, aku boring..waaaa

sengal

pada malam yang x berapa dingin itu,
aku yang baik hati kononnya nak transfer duit kat kakak aku
aku mandi dengan menggunakan sabun sabun lebih cikit
aku bersiap se comel yang mungkin
aku make up..(eh, x yah make up la,,)
aku terus capai handphone y ader no akaun kakak tersayang aku tuh
terus aku melangkah keluar dari bilik aku yang x berapa besar itu
jalan..jalan..jalan
akhirnya, aku sampai jugak ke atm mechine walopun bau sabun aku itu telah ilang
oh,, x ramai sangat orang beratur,, ini sungguh baek
aku pon ikot same beratur..
oh, nak sampai sampai turn aku dah...
aku seluk poket,,amik handphone yang ader no akaun tuh..
aku terpaku seketika,,,
eh,,
eh,,
aku tak bwk kad ke?
da tuh macam mane nak cucuk kat benda alah ni??
aduh,,gawat..
orang makin ramai beratur..
aku termalu sendiri..
ape aku nak buat..
aahah..
guna handphone!!

"hah, hello, ko kat mane??(berhenti sekejap)
okey2,,aku pegi kat kau, kejap"

terus aku kuar dari que..(wat2 cakap tepon lagik)

sengal yang teramat,,,dah tahu nak guna atm tuh, x bwk kad bank kenapa..
dah la jalan jaoh..
waaaa....
esok je la aku transfer..

~~