Jenis Cerita Yang Ada

Yang Ikut Duakaki

Rendahkan Volume Kalau Musik Memekak,, Hehehe

Kerana Tidak Semua Yang Dirancang Menjadi Kenyataan

December 1, 2010

Tau Takut

Nak dijadikan cerita, masa aku dekat satu kem dulu, dulu-dulu, masa aku remaja. Tapi sekarang pun aku remaja jugak. Okeh, berbalik pada cerita, adalah satu kempen derma darah. Budak-budak dekat situ semua teruja giler sebab pertama kali boleh derma sebab semua baru cukup umur. Aku dengan kawan-kawan aku 6 orang ni semangat lah nak pergi. Tapi minit akhir, 3 orang tarik diri. 

Waktu lalu tepi blok lain, kami ada lah dengar seorang ni dok khusuk sedih-sedih bercerita pasal dia dengan mak dia dulu. Katanya, "Mak aku tenat dulu sebab tak cukup darah lepas bersalin. Tak ada penderma masa tu. Sebab tu aku nak derma darah sangat. Nak tolong orang-orang yang macam mak aku,"

Sayu aku dengar. Kesian pun ada. Bagus betul budak tu. Dia tak nak orang lain jadi macam mak dia. Kami ber3 ni jalan lah menuju destinasi. Belum sempat masuk dekat tempat derma darah tu, Yang si bercerita ni lari keluar. Muka pucat. Putih. Risau jugak aku. Kot-kot lah dia sakit. Aku tanya lah dia (kawan perihatin). "Kenapa nak keluar gesa-gesa ni?"

"I takut lah. Jarum dia besar bapak. I cancel. U je lah tolong dermakan,"

'Erk~ Pulak...'

No comments:

~~