Dalam tak sampai sebulan lagi, sem baru bukak lah. Sem depan dah tak dapat duduk kolej.Awal-awal lagi kena tendang pasal kad aktiviti aku kosong. Kalau terisi pun sebab jasa baik memberaku tolong kasi kupon. Haha. Padan muka aku. Sebelum cuti dulu, kami sempat jugak cari rumah sewa. Dapat dekat Padang Jawa. Tingkat 13. Kakak tu punya promote punya lah best. Kami teruja-giler-samapi-nak-lompat. Akak tu cakap boleh tengok terus. Sebab ada lagi orang yang nak tengok. Kami apalagi, pecut dengan motor, sampai lah dekat kawasan rimba tuh. Haha. Naik tingkat 13. Okey. Ramai orang. Terkejut jugak. Ingat akak tu sorang je. Pergilah masuk. Tengok-tengok. Jengok-jengok. Best giler. TV, mesin basuh, peti ais semua baru kot.Tapi jap.. akak tu ada cakap something...apadia kak?
"Maaf lah dik, rumah ni diorang dah chop dulu. Adik lambat seminit je.." Tangan akak tu sempat tunjuk dekat empat orang laki yang kami x kenal. Hadoi.. Kena cari rumah lain lagi la ni..Tapi dah nak malam. Esok je lah cari~
Lastly, dapat gak rumah. Yeay!! Sebelah je blok. Tapi tingkat lagi tinggi. 15. Hahaha.. Ada brann?~
No comments:
Post a Comment