Jenis Cerita Yang Ada

Yang Ikut Duakaki

Rendahkan Volume Kalau Musik Memekak,, Hehehe

Kerana Tidak Semua Yang Dirancang Menjadi Kenyataan

November 23, 2010

Cuti tak habis lagi

Cuti sem sama macam cuti-cuti dulu.. tak ada agenda lain. kalau lain pun, dalam 5 peratus je. tak lebih. Kalau dekat KL, aku tolong jadik Bibik kat rumah abang aku. Tolong jaga dua.orang.budak.nakal.tak.ingat. Lepas tu, macam biasa, aku balik kampung. Balik kampung pulak sama jugak. Aku tolong jadik Kuli dekat kantin sekolah Makcik aku. Rajin kan aku? Dalam duk sibuk bekerja jadi Kuli, aku terdengar satu ayat ni. Best jugak makna dia.Ayat yang kawan Makcik aku cakap dekat Makcik aku.

'Kau ni kan, mana-mana pun boleh hidup. Orang kata, Lempar ke laut jadi pulau. Lempar ke padang pasir jadi tasik,'

Emm, agak-agak aku tergolong tak dalam golongan tu. Mesti best. Semua benda boleh lalui dengan mudah. Tak ada masalah. Hebat.. Siap boleh tolong orang lain.

Jom sama-sama jadi Pulau dan Tasik!! >_<



 ini dia budak.nakal.tak.ingat

No comments:

~~