Jenis Cerita Yang Ada

Yang Ikut Duakaki

Rendahkan Volume Kalau Musik Memekak,, Hehehe

Kerana Tidak Semua Yang Dirancang Menjadi Kenyataan

November 26, 2010

Perlumbaan Menakjubkan

Semalam aku tengok TARA. TARA tu The Amazing Race Asia. Aku memang suka ikut cerita ni. Pasal boleh tengok macam mana cara dia orang sama-sama kumpulan berinteraksi. Ada yang gaduh teruk-teruk bila stress. Ada yang rilaks saja. Ada juga yang salah seorang tu dok mengarah saja si seorang lagi. Macam-macam lah. Bak kata, memang semua rupa sebenar keluar bila tertekan, terdesak, terpaksa. Masa ni tak boleh dah nak berlakon baik depan kamera semua. Bagus jugak, kan. Boleh lah tahu perangai sebenar pasangan. Tapi yang aku nak cerita bukan yang itu. Yang ini. Ya, yang ni yang....(hahaha).

Semalam pasangan J dan L keluar. Aku sendiri terkejut bila kawan aku tulis dekat status FB dia 'bye-bye J sama L' . Pasal, dah banyak kali diorang ni jadi kepala. Jadi nombor satu. Aku malas nak tengok awal-awal sebab ada cerita lain yang lagi best. Aku memang dah set awal-awal nak tengok yang ulangan dia. Jadi, bila ulangan dia dah main, aku tercongok lah depan tv. Nak tengok apa yang jadi. Dua budak.nakal.tak.ingat tu dah tidur, aman lah dunia sikit. 

Ceritanya, masa semua terkandas dekat lapangan terbang, sempat pulak si J sama L ngurat entah.siapa dekat lapangan terbang tu hinggakan diorang boleh naik awal untuk ke korea. Okey. Sampai saja dekat korea, entah macam mana diorang ni sesat dekat jalan raya. Tak reti nak baca peta dalam bahasa Korea. Orang lain semuar bayar teksi dan ikut dari belakang. Cara paling selamat. Cuma kena guna duit sajalah. Tapi masih selamat, kan. Penghujung nya, pasangan anak dengan ayah sampai dulu. Hebat jugak diorang ni. Si ayah tu kuat lagi lari-lari semua. Dan, sebabkan sesat, Si J sama L ni terakhir sampai dan terkeluar....

Hidup susah nak agak, kan? Lain yang kita fikir, lain yang jadi. Yang dah menang banyak kali boleh jadi tercorot sebab kesilapan sendiri...Ya, aku tahu kau orang hebat. Tapi hebat-hebat kau orang, kau orang manusia juga, kan? Sama macam aku. Sama macam orang lain. Tak ke mana juga kalau kau orang riak. Sikit saja riak ada dalam hati, jiwa ataupun jantung kau orang, toootttt, satu titik hitam muncul dalam hati. Aku harap aku jadi macam padi. Makin banyak isi, makin menunduk. Bukan aku nak jadi berisi. Tapi aku nak selalu menunduk...

p/s:: pesanan ini untuk aku jugak

~aman, tak ada perang~

No comments:

~~