Jenis Cerita Yang Ada

Yang Ikut Duakaki

Rendahkan Volume Kalau Musik Memekak,, Hehehe

Kerana Tidak Semua Yang Dirancang Menjadi Kenyataan

December 21, 2010

Tak Pasti

Ada hari tu, pagi-pagi yang hening lagi harmoni, aku keluar bersosial dengan kawan-kawan aku. Sorang anak arab, sorang lagi fanatik Anuar Zain. Plan terbaik jumpa pagi-pagi alam dekat KL Sentral. Lepas makan tak seberapa dekat makanan cepat, kitaorg terus ambil tren  pergi stesyen Bank. Hajat di hati dan sanubari nak shopping.sakan.beli.barang.Kami pun jalan-jalan-jalan sampai Jalan TAR. Anak arab nak pilih tudung untuk konvo katanya. Aku dengan fanatik Anuar Zain duduk tengok-tengok dari luar. Tak sampai seminit, datang pulak dua orang entah siapa dekat kami. Nak survey katanya. Pasal terowong SMARTsemua lah. Aku dengan fanatik Anuar Zain buar muka blur. Memang tak tahu apa pasal terowong tuh. Hanya tahu untuk elak banjir sahaja. Dua orang entah siapa ni suruh jugak kami isi. 

Okeh, kami isi.....

Tak sampai seminit kertas survey yang ada 20 lebih soalan tu kami kasi balik dekat dua orang entah siapa tu. Aku nampak dahi diorang berkerut. Aku dengan fanatik Anuar Zain dah gelak jahat dalam hati. Padan muka, orang tak nak isi, paksa jugak. Aku dah isi semuanya Tak Pasti. Cane?? Haha

Mintak Maaf ye anda berdua! >_<

No comments:

~~