orang selalu cakap, hormat ayah dan mak, supaya nanti hidup kita berkat, hormat cikgu-cikgu kalau nak ilmu itu berkat. cari rezeki dengan cara halal kalau mahu duit yang kita dapat itu berkat. dan lagi itu ini untuk mendapat berkat,,
macam mana rasanya kalau hidup ini berkat?
macam ni..
walau pun kita tidak selalu berhubung atau berada dengan ayah dan mak, kita masih rasa pertalian itu sangat kuat. rasa sayang semakin bertambah.
bila kita bekerja, setiap yang perkara dan kerja kita dapat lakukan dengan sempurna tak ada banyak masalah. tak ada banyak perkara yang melintang.
walaupun kita kekurangan fulus, kita masih rasa bahagia dan tenang. tak rasa sedikitpun kesempitan.,,,oh,itu adalah kerana hidup kita berkat..
nikmat sungguh kalau hidup kita berkat..
jum sama-sama cari keberkatan,,hoho
No comments:
Post a Comment