time aku menyibukkan diri dengan partner aku dekat dalam lab, sempat juga aku intai dan perhati manusia-manusia yang sama-sama memenuhkan lab untuk tujuan sama dengan aku. dekat meja paling depan, kakak pengjaga makmal duduk tegak saja sambil mata dia tidak alih dari novel yang aku agak sudah lebih 40 minit dia pegang. sempat juga aku jeling tajuk novel tu. Mestika. Aku tak pasti jika novel yang kakak makmal tu baca sama atau tidak dengan Mestika yang selalu roomates aku sem lepas beli. malas nak fikir.
aku tengok kat belah kanan makmal. sebab mak aku cakap, kita kena mulakan semua benda dengan belah kanan. jadi aku ikut lah. dekat belah kanan makmal ada disediakan rak untuk letak beg pelajar macam aku. hari ni memang tak sampai separuh pun ruang rak tu dipenuhi. bila aku tengok dengan teliti, gaya saintis, ada terselit air kotak chrysanthemum dengan roti gardenia yang aku agak sekarang harga dia ringgit malaysia 60 sen. apalah. cikgu sekolah dulu mesti dah penat warning jangan makan dalam makmal sampai dah tak leh nak warning dah. macam mana kalau terlekat lagi acid sulfuric kat tangan lepas tu sentuh pula roti yang krim dia coklat tu. memang cari pasal lah. tapi itu mereka punya pasal.
aku pandang lagi kat tengah-tengah makmal. ada pulak dua orang yang dari tadi bersembang, tapi bukan berbual kosong la sebab sambil berbual, aku nampak tangan mereka pun ikut sekali sibuk suka methelene blue guna silinder penyukat 100ml. sekali aku dengar nama Amat. sesekali keluar pula nama Tipah. Amat mana entah aku x berapa kenal, tapi Tipah tu, aku macam pernah sekelas dengan dia. gossip la tu.. memang x ada kerja lain..tapi itu mereka punya pasal.
sudut tepi kiri pulak ada seorang yang pakai baju labuh kaler putih dengan butang besar sampai lutut. aku nampak dia tersipu sipu antara mahu senyum atau tidak sambil tangan dia sibuk menekan kekunci handphone. sesekali aku dengar juga dia gelak sendiri. aku pun tak pasti apa yang dia buat dalam makmal ni sebab aku tak nampak pun bahan atau radas dekat meja dia. haha,,tapi itu dia punya pasal,
aku pandang depan aku, betul-betul depan aku ada shaker. jam dekat shaker tu tunjuk angka 27.06. maknanya, aku kena tunggu lagi 27 minit lebih kurang.
aku toleh pula kat sebelah aku. sibuk sekali dia menyalin sesuatu dekat atas kertas kajang narrow line. ada tiga helai semuanya. ini mesti kes assignment yang kena hantar hari ini.
boring betul menunggu shaker ini berhenti, nak buat kerja lain aku malas sebab buku-buku aku semua aku tinggal dekat bilik. aku pandang pulak dekat selang dua meja depan aku. ada seorang yang aku baru saja kenal. dia baik dan apa-apa yang baik semua kasi dekat dia (sebab bila dah suka, semua baik).haha
dan tiba-tiba aku tak rasa boring dah menunggu shaker kaler biru ini. waahh,, semangat!!
No comments:
Post a Comment