Jenis Cerita Yang Ada

Yang Ikut Duakaki

Rendahkan Volume Kalau Musik Memekak,, Hehehe

Kerana Tidak Semua Yang Dirancang Menjadi Kenyataan

December 29, 2013

Hai =)








*Sapu-sapu sawang*

July 24, 2013

Butir Nangka

Nama kuih ni kadang-kadang ada jugak yang panggil Badak Berendam. Mana-mana pun boleh, yang pastinya bahan-bahan dia tak ada kaitan sikitpun dengan badak. Apatah lagi yang jenis suka berendam. Heh heh.

Disebabkan aku ni bukannya jenis yang suka buat benda yang rumit-rumit, resepi yang aku belajar semua yang pasti senang je. Kalau ini pun susah p duk diam-diam beli dekat bazar ajelah. Jangan bising. Heh.

Okeh, meh nak cerita apa yang aku buat untuk wujudkan pemanis mulut yang dinamakan Butir Nangka neh. 

Untuk untuk buat badak (tiruan)
- setengah plastik tepung beras pulut
- air 
- garam
-pewarna (selalunya orang buat warna hijau. Nak letak warna kuning ke merah ke tak de hal).

Untuk buat tempat berendam
-Santan satu kotak (payah nak cari kelapa dekat rumah aku ni).
-air
-2sudu gula (ikut rasa sendiri, kalau nak manis boleh tambah lagi)
-daun pandan
-garam sikit
-satu sudu besar tepung jagung (nak bagi pekat sikit)


Cara-cara
-masukkan air sikit demi sedikit dalam bekas tepung, pewarna dan uli sampai jadi doh. 
-jadikan dia bulat-bulat (atau bujur atau ikut suka bentuk apa nak (bentuk badak pun tak de hal).
-panaskan air dengan daun pandan. dah mendidih, masukkan butir nangka tadi. Bila dah terapung, masaklah tu.
-angkat, dan letakkan ke dalam air biasa, bagi rehat kejap.

Tempat berendam
-campurkan semua bahan untuk kuah dan panaskan di atas dapur. Sentiasa kacau sebab nanti santan tu akan berketul-ketul. Dan agak-agak panas, toskan butir nangka yang dah masak tadi, masukkan ke dalam periuk santan tadi.
-biar mendidih kejap, dah masak...


Gile senang. Kalau payah lagi tak tau lah. Kehkehkeh. Ini dia lebih kurang. Baru je aku buat tadi petang


kbai 

>_<





Puding Caramel

Aku rasa aku buat puding ni setahun sekali je. Haha. Asal bulan puasa je teringat. Asal puasa je, nak makan benda alah ni. 

Resepinya tak berapa susah. Nak buat pun tak rumit sangat. Meh aku cerita.

Untuk caramel

-setengah cawan gula
-setengah cawan air

(untuk caramel buat dua versi. Satu pekat sikit (nak letak dekat loyang). Dan satu lagi cair sikit (untuk makan dengan puding nanti)

Untuk puding
-2 cawan susu soya (ganti susu biasa pun tak apa)
-3 biji telur (kalau nak kurangkan jadi 2 pun tak ada hal)
-garam sikit
-satu sudu besar gula
-satu sudu teh esen vanila
-tiga sudu tepung custard


cara nak buat

-panaskan gula dalam periuk, dah cair, masukkan air. tunggu sampai jadi likat (x cair sangat). Dah siap, letak dalam loyang (caramel yang ni kena pekat, jadi tak akan bercampur dengan adunan puding). Biarkan sejuk
-campurkan semua bahan untuk puding dalam satu bekas. dan letakkan dalam loyang tadi. Kukus selama 30-45 minit.
dah masak, telangkupkan dan curah caramel selebihnya dekat atas (yang ni kasi cair sikit). pergh, tulis ni pun air liur boleh meleleh lagi >__<.


Kan dah cakap senang. Hohoho. 
Hasilnya lebih kurang ginilah.



(bila pulak blog aku ni jadi tempat kongsi resepi? hohoho)

kbai


June 30, 2013

Kayu

Kalau nak dikira
Ketuk kayu ke dalam tanah lagi berkesan
dari ketuk kepala orang.

Sekurang-kurangnya kayu akan tenggelam
Tegak, teguh tak jatuh.

Tapi manusia payah
Yang bergerak bila diketuk tak banyak
Yang tetap tak berganjak berlambak.

June 27, 2013

Coklat

Seriously,

It's complicated



Well, thanks for making me look like a fool

*makan coklat*

June 26, 2013

Ooookay

Walau hanya lima enam kerat je yang singgah dekat sini, aku nak post jugak entry baru.


Hadiah, kepada yang singgah. Ya, untuk kamu dan kamu. Buka mamu dekat kedai tu.

Konklusi...
Tak payah dicari hingga luar negeri
Tak perlu digali hingga tujuh belas kaki
Tak jauh, tapi dekat dengan mata sendiri
Antara dua, abaikan atau perhati.



Satu, 

BERDIKARILAH!



Dua

"Membenci manusia bukan hak kita. Jangan zalim pada manusia lain hanya kerana kita menurutkan rasa hati yang tidak suka. Andai kamu rasa alasan kamu membenci mereka itu valid di hadapan Allah jika ditanya kelak, maka teruskanlah kamu dengan kebencian itu." 



..dan itu untuk aku. 

oookayy..

Tiga

...dan sebab aku percaya, kalau tahi itu dibuang sebagai tahi, sampai bila-bila pun tak akan berguna. Tahanlah jiwa seketika untuk ubah dia jadi baja. Mungkin dapat jugak hasil kemudian hari. Setuju? Tak?

sukahatilahnaksetujutidak

(dan maaf, aku tak tahu nak tukar analogi 'tahi' tu dengan apa. Maaf lagi sekali)



June 25, 2013

Insulasi

Insulasi
Tak nampak isi
Tak nampak realiti
Insulasi
Nampak tenang tapi berisi
Nampak indah tapi disakiti
Insulasi
Bila terbuka parah menanti

Artificial

Senyum, ketawa, kata, mengata.
Depan tak setuju, belakang tiru.
Wajah berseri, hati penuh dengki.
Tangan di telinga, mata dibuta.
'Itu aku punya, bukan dia.'
Artificial, tak akan kemana.

May 2, 2013

Berehat

Tak ada tempat yang lagi best, dalam rumah aku ni

selain

disini


April 9, 2013

Cousins Sitter Di ABPBH

Nak dijadikan cerita, budak-budak sekolah ni telefon aku minggu lepas. Tanya free ke tidak 8hb 4. Aku tanpa tengok planner, kerja sekolah ataupun assignment, aku terus kata free. Rupanya diorang nak ajak aku teman pergi ABPBH

Disebabkan antara yang nak pergi tu, tak ada pun yang mencapai umur dewasa lagi, mak-mak diorang suruhlah aku pegi teman (Aku paling tua la ni?) diorang pasal takut sesat tengah-tengah orang ramai walaupun aku tahu sangat budak-budak ni kalau lepas tengah-tengah KL pun masih boleh balik rumah sendiri. Tapi mak-mak budak ni punya pasal, aku setuju aje (Padahal dah teruja gila pasal dapat tiket free masuk ABP.)

Sepupu-sepupu aku tu dah simpankan tiket kami bawah nama fanclub Shaheizy Sam. Aku ikut aje. Kalau nak dikira, aku bukanlah peminat hardcore Sam, tapi aku respek dia pasal dia tak memilih cerita. Semua cerita dia ambik. Nak kumpul duit sementara kudrat dia ada katanya.

Dan, malas nak panjangkan cerita, dia menang pulak malam tu. Bintang Paling Popular lagi. Heh, berkat aku ada dekat sanalah kut. Kahkahkah. Padahal sebelum habis anugerah pun aku dah tesengguk-sengguk atas kerusi kecik dalam stadium tu.


Okay, malas nak cerita panjang. Jom tengok gambar yang sempat budak-budak sepupu aku tu ambik.


Dengan Dazrin (Kot nama dia. Aku pun lupa).

Aku-Tahniah menang Fear Factor (Padahal aku baru tahu waktu sampai ABP tu)

Dazrin- Thanks. Kesian dia tak masuk gambar, sini sikit.

#sudahnya, memang tak masuk gambar pong#

Ini kes dengki budak-budak sepupu. Main ambik aku half je?!

Tapi okey jugak, buleh aku bubuh dalam ni. Kahkahkah



Nasi goreng thai yang (katanya) Sam sendiri masak.

Sebelum balik rumah

Dah. Malas nak upload banyak-banyak. Kbai

Dan ouh, aku pernah jugak amik gambo dengan Sam dulu. Tahun 2010 rasanya. Nak tengok? Jom PERGI SINI

April 4, 2013

Putus Tidak Disambung

Berbulan-bulan aku curi pandang
Berhari-hari-hari aku menunggu
Dengan harapan.

Kau aku dapat
Bersamamu aku jadi hebat
Keindahanmu buat aku terpikat.

Hari-hari kita bersama
Kau buat aku gembira
Walaupun waktu duka
Kau tetap membawa ceria

Tapi, kenapa
Kau buat aku kecewa
menjerit menangis merana
Kau jatuh ke lantai dalam sekelip mata

Hancur hati aku kini
Melihat kau tanpa fungsi
Putus, dan tak disambung lagi.

Wahai gelang perak ku sayang, apahal cepat sangat kau putus ni???





April 1, 2013

Output Ciput

Hokeh. Aku memang sibuk. Dan macam biasa. Aku masih buat-buat tak sibuk (Ini yang paling aku tak dapat nak kikis dari zaman berhingus.) Aku boleh buat rilek walaupun ada dua kerja besar yang menunggu untuk aku tamatkan riwayatnya. Aku boleh tidur macam bayi comel selama lebih 8 jam sehari walaupun kertas kerja bergelimpangan di atas meja studi.

Ya. Kalau korang jumpa orang macam tu. Itu aku. Aku.

Oleh sebab nak masuk dengan tema sibuk ni, sedikit sebanyak aku nak luahkan rasa tak puas hati. Waktu kerajinan aku menyerlah sebanyak 50% untuk mencemar duli masuk makmal, melangut online selama empat jam yang bercampur dengan 0.1% kerja sekolah, benda yang terhasil dari kerajinan aku membakar500ml   minyak olein dengan batu jalan hanyalah sebanyak 6ml. ENAM mililiter.

Ya. bukan 60 ml. Kudrat sehari aku terbalas hanya dengan 6ml. Patutkan aku meraung-raung dalam makmal yang bersepah ini? Ataupun aku perlu mengambil kapak atau gergaji lalu memusnahkan benda yang keluarkan 6ml hasil tu?

Perlu ke?

Haish, jangan fikir aku jahat sangat. Aku tak adalah kejam sampaikan nak rosakkan harta universiti walaupun dalam hati menggelegak bagai nak mati. Mak aku ajar, kena fikir +. Apa-apa pun, kena kira sudut yang baik-baik. kata nak jadi baik, kan? 

Mungkin aku yang salah set up. Mungkin jugak research aku tentang batu jalan tu tak berapa nak hebat. Mungkin jugak condenser tu sabotaj aku sampaikan dia tak nak keluarkan hasil yang aku nak? eyh! tu bukan positif oi.

Okeh. Dah, melalut jangan panjang-panjang. Kalau sehari 6ml, berapa hari lagi aku nak buat benda ni untuk cukupkan 250 ml????

Oke, dah, jangan nak kira pakai calculator. aku tahu korang bijak.

Kbai.

March 6, 2013

Hari Kejadian, Pink dan Jambu

Hari kejadian aku masih lagi sama. Bulan dua. Belum pernah pun berubah. 
Dan, apa yang aku nak merapu dalam blog yang dah bersawang ni jugak pasal benda yang jadi pada bulan dua ritu. Punyalah berdaulat bulan dua tu pada aku sampaikan aku sendiri dengan bangga dan yakinnya bercuti dari merapu dalam blog sendiri sepanjang bulan dua tu.

Kehkehkeh. Habis.

Bukan bulan dua yang menjadi tajuk kali ni. Apa yang aku nak cerita adalah pasal apa yang aku dapat pada bulan dua tu. Untuk hari kejadian aku. 

Pertama.




Kedua



...Dan aku rasa, hari kejadian aku kali ni sedikit sebanyak buatkan aku jadi suka pink. Kalau macam tu, aku patut tukar ke tajuk blog ni?

Pink itu merah jambu?

Kena tukar?

Tak?

Haish. Parah dah.

Kehkehkeh.

Oleh sebab tu, aku sendiri dengan bijak mengambil tindakan yang bijak. Heh, berapa banyak bijak dah. Untuk diri sendiri, aku hadiahkan cover HP yang cun lagi comel dan yang pastinya mengikut tema blog. Kuning!

Hohoho



Okeh. Untuk dua benda pink di atas, terima kasih daun keladi, ya. Tahun depan, harap ada lagi. Kikikiki.
Okebai.

January 10, 2013

5 Minutes Break

Bila mata dah naik pening tengok segala jenis formula pelbagai jenis dan bentuk, tangan mula laju menconteng bila nampak kertas kosong.

Lima minit rehat.

Hasilnya


bunga???

Time nak periksa macam ni boleh pulak kau transform jadik minah bunga oc hoittt

Eheh, aku nak tulis ni sebenarnyaaaaa




kbai!


January 1, 2013

Permandangan

Malam tadi semua orang tahu, tahun dah berganjak ke angka 2013. Malam tadi, semua orang tak tahu yang aku bergaduh dengan raksasa malas pasal nak bertahan untuk tengok buku walaupun raksasa malas bermati-matian halang aku. 

Dan malam tadi, walaupun aku dah pasang lagu budak Farid Sanullah tu kuat-kuat, bunyi bunga api yang diorang saja-saja beli untuk bakar duit tu curi masuk juga dekat telinga.

*Dah rumah kau sebelah icity*

Okeh. Aku pun kalah dengan raksasa malas. Penat dah bergusti dengan dia. Aku kendiannya jenguk ke luar tingkap. Tengok permandangan malam yang jarang-jarang buleh nampak.

Permandangan ni



Tak pernah-pernah penuh parking esso belakang rumah aku ni. Ni tak lain tak bukan, kereta orang-orang yang pergi i-city untuk sambut tahun 2013.

*gigih betul mereka berjalan sampai sana*

Rasanya dari rumah aku nak sampai ke pintu pagar I-city tu, adalah lebih 3 km. =='
Confirm korang semua kurus nanti. 
Hohoho

kbai!
#

~~