Jenis Cerita Yang Ada

Yang Ikut Duakaki

Rendahkan Volume Kalau Musik Memekak,, Hehehe

Kerana Tidak Semua Yang Dirancang Menjadi Kenyataan

December 12, 2010

Bila Semua Orang Rasa Dia Betul

Hari ni hari ahad. Macam biasa, aku memang suka ikut family abang aku pergi meronda.jalan-jalan.sampai.malam. Sebab apa, aku boleh pau la sesen dua. Hahaha. Jimat lah duit poket. Tapi ceritanya, sebelum sampai dekat tempat yang nak kami tuju tuh, kena lah parking kereta dulu. Gila apa nak bawak masuk kereta dalam tempat tu. Silap-silap dapat saman sampai tak boleh bawak kereta dah.

Hari ni hari ahad. Hampir semua orang KL dan Selangor ni cuti. Tak termasuk lagi orang Negeri Sembilan dengan orang lain-lain negeri yang suka belibelah dekat Satu Utama ni. Maknanya? Maknanya, parking memang penuh tahap sardin sampai dah tak boleh nak sumbat lagi dah. Korang kena pusing 4,5 kali kalau rezeki jauh. Kalau hidup berkat, rezeki dekat, korang masuk-masuk je, nahh..hambik kau, parking kosong orang baru keluar. Tapi, hidup tak seperti yang kita jangka. Macam biasa. 

Semua lorong ada dua, tiga biji kereta dengan sabar menunggu sambil nyalakan signal kiri atau kanan masing-masing. Ada juga yang macam tak faham lukisan dekat lantai tulis 'One Way'.  Pakai redah je masuk lorong. Masa tu, kedengaran lah bunyi hon masing-masing. Tengah tunggu dengan sabar dengan mata pun jeling-jeling tengok ikon tangki minyak yang dah hampir nak kosong, adalah seorang family bawak banyak barang. Keluar dari mall, pergi dekat kereta. Tak jauh sangat dengan tempat kami tunggu. Hati masing-masing dah lega. Baru je nak tekan minyak, tup-tup, ada sorang makcik lari2 anak kecil duduk betul-betul dalam kotak parking tu. Tangan dia siap lambai-lambai lagi dekat kereta belakang. Jenguk kejap, nampak lah kereta ntah apa jenama laju je pecut. Parking elok je dekat tempat makcik yang tanda dengan dia punya body tadi. Kalau ikut hati memang nak hon biar  pekak telinga sampai pagi. Tapi tak apalah. Orang cakap, sabar tu separuh dari iman. Okeh. 

No comments:

~~