Jenis Cerita Yang Ada

Yang Ikut Duakaki

Rendahkan Volume Kalau Musik Memekak,, Hehehe

Kerana Tidak Semua Yang Dirancang Menjadi Kenyataan

February 27, 2012

Kenapa Mr.Bean Bersihkan Rumah Dia?

Nak dijadikan cerita, sekali lagi budak-budak berdua tu kena tinggal oleh mak ayah dia. Jadi, sekali lagi aku membibikkan diri.

Sedang syok tengok tv sambil peratii budak berdua tu tengok kartun Mr. Bean dalam sayapad bapak dia. 

Kakak tiba-tiba tanya aku. 

"Aunty, kenapa Mr. Bean bersihkan rumah dia?"

Aku jenguk la apa yang dia orang tengok tu. Betul, Mr. Bean tengah mengemas rumah, basuh baju, cuci toilet dengan cara dia sendiri yang pastinya tak masuk akal. Aku jawab soalan kakak.

"Rumah dia bersepah. Pasal tu la dia berkemas."

Nak tahu apa kakak jawab?

"Rumah kita pun bersepah. Aunty tak kemas pun??"

T_T

Memang kauorang ingat aku bibik, kan.




2 comments:

anaiza said...

adehhh..kah3..nk keluar megi mamak sy mkn kejap td sebab krem perot gelak weyhhh...agak2 la..bibik betul la awk neh.. >_____<

Anonymous said...

kehkehkeh..memang dijadikan bibik gamaknya...

~~