Jenis Cerita Yang Ada

Yang Ikut Duakaki

Rendahkan Volume Kalau Musik Memekak,, Hehehe

Kerana Tidak Semua Yang Dirancang Menjadi Kenyataan

February 11, 2012

Kawan Lelaki Aunty

Ini cerita dua hari lepas. Tengah syok duk bw sana. FB sini. Tiba-tiba anak buah aku masuk bilik. Kasi rungutan yang aku dah  lali dengar. Apa yang dia merungut?

"Aunty ni, asyik buat kerja je."

=.=' Mungkin kalau dia besar sikit, dia tahu la fungsi blog dan FB tu bukan hanya untuk kerja. Hahaha. Budak=Simple. Jadi dia fikir, bila pegang lappy bagai, kita tengah buat kerja. Haha
OK

Kisahnya, masa dia masuk, kebetulan aku punya FB duk dekat Home. Tahu lah kan, kalau dekat home, semua benda ada. Status, orang upload gambar.

Dah tu, gambar yang keluar bukan kecik-kecik sebesar anak jari. Sebesar alam keluar dekat home. Hoho.

Selamba bomba je dia tanya.

"Aunty ni mesti dah ada kawan lelaki, kan?"

Erk? Anak buah aku. Umo 7 tahun, takkan dah reti nak cerita pasal girls story??? Hahaha.

"Kenapa kakak tanya?" Aku buat muka kool.

"Tu dekat komputer aunty. Ada gambar lelaki"

TT_TT

Itulah padahnya bila berblogging ataupun berFB depan budak. Kalau aku terangkan yang gambo tu gambo entah siapa-siapa yang keluar dekat Home FB, ada dia nak faham. Jadi aku hanya mampu sengih. 

Haish.

Itu sahaja. Sekian.



Oh, ini dia budak tu. Nama dia kakak. Haha.


****

2 comments:

AYIE RESHQUE said...

aunty die mn? ))

AkuOsi said...

Areiy:> Aunty dia tukang amik gambo.. Huhuu

~~