Jenis Cerita Yang Ada

Yang Ikut Duakaki

Rendahkan Volume Kalau Musik Memekak,, Hehehe

Kerana Tidak Semua Yang Dirancang Menjadi Kenyataan

February 29, 2012

Tahun Ini Tahun Lompat

Semua orang tahu setiap tahun ada 365 hari kan.

Dan semua orang tahu setiap empat tahun, ada tahun lompat. Jadi, pada tahun lompat, ada 366 hari..

Hari yang terlebih tu tambah dekat mana? Macam biasalah, tambah dekat bulan yang paling cun dalam banyak-banyak bulan yakni(skematik) bulan Februari.

Okeh.

Selamat Tahun Lompat. 

Oleh kerana hari ini bertarikh 29.02 (Dalam masa empat tahun lagi baru ada tarikh macam ni)



Jum kita melompat!! <---- Ada kaitan ke?

Berdoa banyak-banyak supaya kita boleh rasa lagi tarikh 29.02 empat tahun depan. =)

Sekian 
>_<




February 28, 2012

Jujur Aku Suka!

Aku tak tahu kenapa aku suka dia.
Aku tak tahu kenapa minat aku pada dia sama dengan minat aku kat Yamapi.
Heh, sebelum ni mana ada pernah aku bising-bising minat dekat pelakon malaysia.
Pelakon yang aku minat boleh kira je.

Yamapi=Jepun

Shah Rukh dan Saif Ali = India.

Itu aje pun.

Dan sekarang aku minat dia. 
Mungkin sebab dia sama taraf dengan pelakon-pelakon di atas?
Sebab ke'natural' an dia
Sebab watak dia hidup.
Berkesan. Hohoho

Jujur Aku Suka dia ni




Beto Kusyairy

Sekian >_<

February 27, 2012

Kenapa Mr.Bean Bersihkan Rumah Dia?

Nak dijadikan cerita, sekali lagi budak-budak berdua tu kena tinggal oleh mak ayah dia. Jadi, sekali lagi aku membibikkan diri.

Sedang syok tengok tv sambil peratii budak berdua tu tengok kartun Mr. Bean dalam sayapad bapak dia. 

Kakak tiba-tiba tanya aku. 

"Aunty, kenapa Mr. Bean bersihkan rumah dia?"

Aku jenguk la apa yang dia orang tengok tu. Betul, Mr. Bean tengah mengemas rumah, basuh baju, cuci toilet dengan cara dia sendiri yang pastinya tak masuk akal. Aku jawab soalan kakak.

"Rumah dia bersepah. Pasal tu la dia berkemas."

Nak tahu apa kakak jawab?

"Rumah kita pun bersepah. Aunty tak kemas pun??"

T_T

Memang kauorang ingat aku bibik, kan.




February 26, 2012

Aku Budak Zaman Dulu

Dan....budak-budak ni budak zaman sekarang..

Nak tahu apa beza?


Benda Alah dua ni.

En. Sams aku depan mata pun, dia orang tak pandang pun. Komen adelah

(Kenapa aunty punya kecik sangat?) 
T_T

Itulah budak-budak sekarang. Kalau aku dulu, main game pakai skrin itam putih je.

Game boy tu.

Sekarang dah lain.
Budak-budak zaman sekarang...





p/s: Waktu ni aku dah selesai menjadi bibik. 

Bagi makan, minom susu, tengok tv dan buat kerja sekolah..
Hohoho,, 
Aku lah Aunty Bik!! 

T_T



February 25, 2012

Sabtu Punya Pagi

Sabtu=Cuti.

Aku ada buat janji dekat budak dua orang tu.

Cuti nanti kita pergi swimming.

Jadi, bila dah mula cuti, waktu matahari masih segan nak timbul, dua beradik ni dah berusaha sedaya upaya kejot aku.

"Auntyyyy. Mandi kolammmm"

T_T

Nasib baiklah aku dah berjanji. Kalau tak, tak adanya aku nak tinggalkan selimut di pagi hari cuti ni. 
Hoohohoho
Oke

Budak-budak ni x reti sejuk eh?

Buah Hati Pertama



Hehehehe. Amacam tajuk?

Nak tahu tak apa buah hati pertama tu? Hohoho.
Tak ada apa pun. Nak tanya, korang pernah baca tak entry first aku? Yang pernah tu tahniah la. Huhu.. Kalau yang tak pernah boleh pergi SINI..

Aku buat blog ni pun dulu sebab saja-saja isi masa yang aku dah banyak buang.

Hohoho.
Oke

High Pressure



Nampak, bila ada tekanan je, cakap omputeh. Ada tekanan je, cakap omputeh.
(Post ni pun aku speaking) Huhuhu

Kalau aku dah cakap omputeh tu memang aku tekanan waktu tu. Kenapa tak cakap bahasa lain? Bahasa negeriku yang tercinta ke. Bahasa Hindustan yang aku minat tu ke. Bahasa Si Yamapi (Boleh klik sini kalau nak kenal Yamapi) yang comel tu ke. Entah.
Kehkehkeh.
Oke.



Aku cuba nak suka benda yang aku tak suka buat. Tak boleh. Selalunya, benda yang kita tak suka buat ni, kita kena slow-slow hadap. Slow-slow masukkan dalam jiwa.

Tapi bila dah kena paksa bagai, hasrat untuk masukkan ke dalam jiwa tu hilang terus. Bertukar kepada tekanan perasaan yang tak terluah.


Adeh.

Habis

*Senyum balik*

Malam jari menaip

Assalamualaikum.

Hai.

Jumpa lama tidak, kan?

Hehehe.

Oke.

Aku tak tahu nak tulis apa sebenarnya ni. Tak tahu nak cerita apa. Takut korang bosan je baca cerita demi cerita dari aku. (ayat humble, kan? haha)

Tak ada apa pun. Sungguh. Aku tak tahu nak cakap apa. 
(Harap yang merindui post OC boleh lepaskan rindu dah)
Hehehe.

Okeh. Tahniah buat Lisa dan Yusri.
(Tiba-tiba)

>_<

Oraitto!

February 20, 2012

Hasya Nur Qistina

Okeh. Nama tu bukan nama watak dalam novel. Dalam cerpen pun bukan. Itu sebenarnya nama anak buah aku yang ke2. Atau, kami panggil dia Adik. Kalau nak di cerita, banyak cerita adik yang dah aku cerita dalam ni. Huhuhu.

Okeh.

Al kisahnya, masa aku menolong  dia buat kerja sekolah, aku terpandang dia lukis sesuatu dekat board. Nampak macam manusia.

Aku tanya.

Adik lukis apa?

Saya lukis aunty la.

Aku sengih dan menitik air mata.

Nak tengok lukisan dia? Adeh, aku pun was was nak tunjuk.

Nak Tengok ke? Haish...


Ini
.

.

.

.

.

.

.

.
Aku patut rasa terharu atau T_T?

Menurut beliau, corak yang ada dekat baju dan kain itu adalah BUNGA. 

Ye la dik, aunty kau memang suka pakai baju berBUNGA-BUNGA.

T_T

February 18, 2012

Senyum Sengih Sendiri [SSS]

Time bosan macam ni lah aku sempat nak jenguk beberapa post lama. Dan ada part yang buat aku senyum sendiri. Hohoho.

Korang-korang yang baru berkecimpung dengan cerita-cerita aku ni pernah tak usha post-post lama? 
Keskeskes.

Mana satu post yang paling korang suka?

(Banyak la kena usha balik, kan?) 

Hehehehe

Eh, ini bukan sengih namanya.

February 17, 2012

Susahlah Kalau



Susahlah kalau apa yang dibuat disalah ertikan.

Susahlah kalau persahabatan itu ada keraguan.

Susahlah kalau persahabatan itu tak ada kepercayaan.

Susahlah kalau kasih sayang diukur dengan nilai wang.

Susahlah kalau keikhlasan dikira dengan jumlah habuan.

Susahlah.


Konklusinya, jangan susah-susah. Sekian =)

February 16, 2012

Enam Belas Kosong Dua

Matahari pagi dari tingkat tujohhh


Bangun pagi-pagi, senyum sendiri. 
Buka langsir, tengok cahaya suria yang menarik hati.
Dari semalam encik Sams penuh dengan ucapan ikhlas dari hati.
Tak berhenti sampai sekarang ni.
Terima kasih saja yang mampu aku cakap kat sini.
Syukur Ya Allah sebab panjangkan umur aku setahun lagi.

Kepada mak yang disayangi,
Terima kasih sebab lahirkan Osi.

Enam Belas Kosong Dua yang dinanti.
Selamat bertambah umur untuk diri sendiri.
Hihihihi.
Sekian tamatlah bebelan aku kat sini.
Daa, jumpa lagi.


>_<

February 14, 2012

Hari Ini

Pagi-pagi lagi aku dah bersiap kemas-kemas. Dia orang yang baru balik dari Vietnam masih lagi tak buka mata. Haha. Sampai dari LCCT dah awal pagi. Aku bersiap-siap, terus keluar. Plannya hari ni jumpa sorang kakak dekat Maju Junction.

Pukul lima baru sampai rumah balik. Aku buat apa sepanjang masa tu? Jangan tanya, sebab kalau aku cerita nanti bosan. Haha.

Sampai rumah, masuk bilik. Baru nak duduk, adik(adik kepada kakak) masuk bilik dengan kotak di tangan.

"Aunty, barang aunty."

Aku dah senyum pasal dah agak barang tu dari siapa. Tapi tak sangka cepat pulak sampai. Okeh aku nak bukak. Tapi aku tengok adik duk sengih-sengih atas katil. Tunggu aku buka. Bila aku suruh keluar selamba bomba dia cakap,

"Ala aunty ni, orang nak tengok pun tak boleh." 

T_T

Okeh. Aku bukak jugak depan dia. Huhu.


Ini dia bendanya. 

Dan
.
.
.

Selamba je dia nak T_T

Puas aku cakap, tak boleh, ni hadiah aunty. Hadiah Birthday.

"Aik? Aunty pun ada birthday? Aunty budak-budak eh?"

T_T

Betullah budak=simple. Dia orang ingat harijadi ni budak-budak punya je ke? Haish. Sabar lah aku dengan budak dua orang ni.

Nak tahu apa benda?

Ini dia kotak yang comel

.
.
.
.
.
Isi dia?
.
.
.
.
.
.
.
.

Bukan kosong. Tapi biar aku je lah yang tahu. Hehehe.

>_<

p/s:> Gambar bungkusan time adik pegang tu x sempat nak amik gambar sebab tak sabar sangat nak buka. Eheh. Amann~ 

February 12, 2012

Aku Dah Besar?

Cukup dua malam aku tidur sorang-sorang dekat rumah tingkat tujuh ni, baru aku sedar yang aku dah besar rupanya.

Boleh duduk rumah sendiri.

Makan sendiri.

Jaga diri sendiri.

One more night to go.

Yeah!

Walaupun bosan yang teramat. T_T

February 11, 2012

Kawan Lelaki Aunty

Ini cerita dua hari lepas. Tengah syok duk bw sana. FB sini. Tiba-tiba anak buah aku masuk bilik. Kasi rungutan yang aku dah  lali dengar. Apa yang dia merungut?

"Aunty ni, asyik buat kerja je."

=.=' Mungkin kalau dia besar sikit, dia tahu la fungsi blog dan FB tu bukan hanya untuk kerja. Hahaha. Budak=Simple. Jadi dia fikir, bila pegang lappy bagai, kita tengah buat kerja. Haha
OK

Kisahnya, masa dia masuk, kebetulan aku punya FB duk dekat Home. Tahu lah kan, kalau dekat home, semua benda ada. Status, orang upload gambar.

Dah tu, gambar yang keluar bukan kecik-kecik sebesar anak jari. Sebesar alam keluar dekat home. Hoho.

Selamba bomba je dia tanya.

"Aunty ni mesti dah ada kawan lelaki, kan?"

Erk? Anak buah aku. Umo 7 tahun, takkan dah reti nak cerita pasal girls story??? Hahaha.

"Kenapa kakak tanya?" Aku buat muka kool.

"Tu dekat komputer aunty. Ada gambar lelaki"

TT_TT

Itulah padahnya bila berblogging ataupun berFB depan budak. Kalau aku terangkan yang gambo tu gambo entah siapa-siapa yang keluar dekat Home FB, ada dia nak faham. Jadi aku hanya mampu sengih. 

Haish.

Itu sahaja. Sekian.



Oh, ini dia budak tu. Nama dia kakak. Haha.


****

Tengah Hari

Hari ni cukup lah sehari setengah aku duk melopong sorang-sorang dekat rumah.
Nak keluar, malas.

Dari pagi sampai tengah hari tak tahu nak masak apa.

Dah nak masuk petang, tara!

Wujud lah benda alah ni.

Aku rasa gambar ni terbalik sebab malas nak betulkan. T_T 


Agak-agak ada rupa sup tak? Hahaha. Sedap tak sedap belakang cerita pasal aku sendiri yang makan.
Hohoho

p/s:Kalu mak aku tahu aku duduk sorang-sorang ni confirm dia panggil balik kampung. Tapi tak apa ke aku tulis dalam blog ni? 

Tak apa. Mak aku x baca blog aku. Hehehe.

Weng dah.

Sekian

February 10, 2012

Bulan Malu

Malam ni bulan tak secerah malam-malam sebelumnya. Tapi still menerangi.

Wuuu


Sekian

Bukan Sebab Jakun

Selama ni tak ada rasa pun nak letak benda ni.

Best jugak bila ada benda ni. Boleh tahu siapa sebenarnya yang selalu jenguk blog kunen ni. Kehkehkeh.


Bukan nak masuk tong buang sendiri. 
Dan
Bukan sebab aku jakun (Tak pernah guna benda ni)
Haha. Okeh. 

February 9, 2012

Osi Pencinta Alam?

Aku pun tak tahu sebenarnya bila masa aku berkecimpung dengan minat ni. Mungkin dah lama, tapi baru sibuk nak mula snap gambar. Mungkin selama ni buat-buat tak minat. 

Ataupun mungkin selama ni aku tak sempat pun nak hayati sebab bz? <Boleh terima ke alasan ni?

Okeh, sudah melalut. Jom tengok gambar-gambar yang sempat aku snap. Hohoho



Ini rupa siang hari dari rumah tingkat tujoh.
Atas bukit tu sebenarnya ada Taman Tema yang orang panggil Genting Highlands. =)

Ini pulak, malam terang bulan mengambang.

Juga dari tingkat tujoh punya view


Ini pulak pelangi yang membasahi siang



Hohoho dan ho.

Sekian

I Used To....

I used to have a friend
an enemy
a brother
a sister
a listener
a protector
a guidance

Who always listen to me, no matter what
Even when i'm screaming, mumbling, laughing
Or even when i'm crying.

Who always told me that I am the best
Even when i'm not.

Who always protect me. 
Guide me to do right thing.
Who told me don't fall.
Don't fall..

Hmm. Who is Who?

.
.
.
.

Kepada Who...

 I don't want to loose you. 
I don't want to loose the old you.
(You are old??) =)

But, seriously. I don't want to loose the old you. 
Please come back.
Don't let it grows on you. The new you.
I don't like it.
Because, its not you.
You can be better. I noe that.

Sebab sekarang, you are just someone. Somebody who i dont noe.
I dont noe.

Titik

Apa aku melalut cakap bahasa orang kampung John ni? Eheh..
Jom makan!



February 6, 2012

Why

February 3, 2012

Jumaat

Hari ni hari jumaat. Aku rasa semua orang tahu hari ni hari jumaat. Semua orang tahu hari jumaat dalam bahasa orang kampung John adelah Friday. 

Ke tak?

Ada yang tak tahu? Rasanya semua orang tahu. Orang just tak tahu apa yang ada dalam hati je kan.

Ke ada yang tahu?

Tak, kan?

Okeh, cukup melalut. Selamat Hari Jumaat semuanya! >__<

February 1, 2012

Terima kasih

Tak tahu nak cakap apa lagi. 
Juz...

^_^

Okeh, jum!

>_<


~~