Jenis Cerita Yang Ada

Yang Ikut Duakaki

Rendahkan Volume Kalau Musik Memekak,, Hehehe

Kerana Tidak Semua Yang Dirancang Menjadi Kenyataan

December 28, 2012

Bila Subuh Makin Dekat


Ini adalah pengakuan serius tanpa ragu oleh AkuOsi bukan nama sebenar..


-          Anak kampung yang lahir dalam bulan 2
-          Ke-2 bongsu
-          2 abang
-          Pernah sekolah dekat 2 negeri
-          Universiti pun 2 negeri
-          Adik beradik ada 2 je perempuan
-          Budak sekolah hantar surat cinta pertama waktu umo  2 belas(dikira ke?) kahkah

. . . . . 

-          Bila bau tuala baru, teringat zaman duduk asrama

-          Bila mula hujan, mulut gatal nak menyanyi

-          Bila sebut pasal mandi pagi, SEJUKKKKK

-          Suka senyum dekat imej sendiri depan cermin

-          Tak ada warna favourite lain selain kuning sejak umur 8 tahun

-          Suka tengok cerita kartun walaupun umo dah meningkat

-          Tak pernah kemas waktu sekolah dolu dolu

-          Makan 6 kali sehari dekat Dewan Makan sekolah

-          Pernah ponteng prep petang dan malam

-          Tak boleh duduk dalam aircond lebih sejam, BEKUUU

-          Payah sungguh nak demam

-          Rajin tulis panjang-panjang tapi pengsan bila pandang kira-kira

-          Tak boleh belajar dalam library(sebab asyik pandang orang)

-          Akan menangis bila geram atopun marah

-          Tak penah tukar calculator sejak beli masa umo 16 tahun

-          Suka ratah milo

-          Tak reti masak

-          Jatuh cinta pada bunga Calla Lily sejak pertama kali nampak benda alah tu waktu kelas Pendidikan Seni Visual


December 27, 2012

Update

Dia: Weh, updatelah blog.

Aku: Malaslah. Tak ada cerita.

Dia: Ala, kau cerita ajelah apa yang jadi sekarang.

Aku: Kenapa nak aku update?

Dia: Aku nak baca la

Aku: Kau baca, bukannya nak komen

Dia: Heee.


Dah, aku dah update. Muahahaha.

December 23, 2012

Pasang Surut

Assalamualaikum.

Untuk semester ni, lepas dah satu kisah yang memang jadik perkara asas aku sepanjang 4 bulan ni. DesignProject. Lepas dah satu. Satu lagi masih delay. Yang itu, tunggulah lain post cerita. 


Dan aku rasa, nak siapkan benda ni punya pasal, banyak jugak hati yang dah aku patahkan. Sibuk. Ya. Memang aku tak tipu. Nak siapkan cetakan benda ni hampir 800 muka surat bukan benda senang boleh buat dalam dua tiga hari. Kalau tak kena gaya, nak siapkan benda alah ni, boleh putuskan silaturrahim pun.

Dan waktu nak hantar benda alah ni, aku sikit punya berkabung dah. Semua rasa ada. Gembira, lega, sedih, dah rasa macam hati campo dah pon. Pasal apa? pasal banyak benda sangat yang jadi waktu nak siapkan benda alah ni.


Aku dekat sini nak mintak maaf banyak-banyak dekat semua orang yang aku dah abaikan sepanjang semester ni. Ramai kut. Bukan aku nak abaikan. Bukan pasal tak sayang. Tapi itulah. 

Dan aku rasa, makin lama, semua orang makin berubah. Aku pun mungkin dah berubah. Tapi, sapalah aku nak nampak semua tu, kan? Orang yang dekat-dekat dengan aku mesti perasan benda ni. Aku sendiri, tak. Dan aku rasa, aku masih the same old OC yang tak pernah ada favourite kaler lain selain kuning. Itu je.

Kalau aku dah berubah jadi lebih baik, korang tolong doakan aku sekali. Kalau korang nampak aku makin jadi tak ketahuan, tegurlah aku. 

Jangan diam menghukum.

Jangan diam dan tak tunaikan janji.

Jangan diam dan diam dan..aku terasa hati.

Kalau itu cara nak balas rasa kecil hati, tahniah.

Anda berjaya.

#

Times flies..people change..and so do I
Ini bukan kisah pasang surut air laut. Ini kisah pasang surut perangai.


December 17, 2012

Yang Terakhir


Mungkin yang terakhir.
Lepas ni tak ada dah nak main-main-main

Sedihnya! Umo dah meningkat, bersara dari benda-benda ni perlu.
Adei.

Tak nak jadi orang besar, buleh?
#

December 11, 2012

Sebot Betol-Betol

Manager : Kau nak letak nama apa ni?

Aku: Letak lah apa-apa yang bunyi C. Letak C je macam pendek sangat.

***

Aku: Macam mana nak sebot neh?

Manager: Bunyi macam C la tu.

Aku: erk?? Ye ke?


Kalau dah CEA. Macam mana nak sebot ni? Aku pun pening.


Dah kecewa dengan netball, try berpaling tadah dekat basket pulak. 

#

December 8, 2012

Putus Cinta

Hampa,

Kecewa,

Rasa nak sepak orang pun ada.

Kalah netball

Sedih, macam PUTUS CINTA

#

December 6, 2012

Supik Gelenya

Plastik.
Kadang-kadang tak disedari.

Plastik.
Muka senyum, hati ketat simpan dengki.

Plastik.
Jatuh gaung tapi senyum sampai nampak gigi.

Plastik.
Takkan lama bertahan, akan juga mati.

Supik Gelenya.
Plastik

#

December 3, 2012

Rindu

Assalamualaikum! 
*Senyum Ikhlas*

Pada suatu hari yang hening

"Aunty, jom mandi kolam."

"Aunty baru sampai ni. Esok boleh?"

"Okey!"


Pagi esoknya.

"Aunty, dah pagi."

"Kita pergi petang, boleh?" *tarik selimut*

"Okey!"


Tengah Hari

"Aunty, dah petang!"

Tengok jam. "Belum lah. Petang tu pukul lima."

"Pukul lima tu jarum dekat mana?" *Garu kepala*

"Jarum panjang dekat nombor dua belas. Jarum pendek dekat nombor lima."

"Oooo." 


Petang

"Aunty la ni. Cakap petang-petang, Kan dah hujan."

Heeeeee >_<

*Rindu pulak dekat budak-budak tuh*

November 29, 2012

Sodium Bikarbonat

#Osii bila nak buat pancake lagi? *muka seposen*

*Tak boleh buat, tak ada sodium bikarbonat. Nanti tak jadi.


Sebulan kemudian 
Pukul 10.30 malam


#Nah.

*Apa tu?

#Sodium bikarbonat.

*????

#Pancake *senyum simpul*

==' menyesal pulak cakap xtak nak buat sebab tak ada benda alah tu. Korang tahu tak aku baru balik training?


Tapi kembang jugak dua mangkuk pasal habis licin semua. 
Huhu
kbai!
#

November 28, 2012

Flashmob

Alhamdulillah. Berjaya jugak.

Tahniah untuk semua >_<


Waktu berlangsung. (10 minit yuuuuuu kena statik macam ni). Huhu


Srikandi-srikandi =)


Interprem seminit. Hoohoho

Kitaorang bukan orang berada nak derma banyak-banyak. Dengan cara macam ni je kami mampu. 
Bantulah apa pun selagi terdaya.
Sekian

#

November 27, 2012

Padah Padah Lapo


PADAH



.
.
.
.
.
.
.
.
.
Inilah padahnya bila kerja menulis, mendengar lagu dan memasak terjadi pada waktu yang sama.

Mok, lapo......
#

Teringat, Janji Lamamu Kepadaku..

Assalamualaikum!

Aku bangun pagi-pagi hari ni dengan harapan dapat belajar dengan tenang dan aman (walaupun kertas tak habis lagi ditaip)

Okeh, tu cerita lain.

Cerita harini, waktu sesak+jammed+serabut dekat traffic light depan sekolah aku tu, alkisahnya, aku ternampaklah sebuah van putih yang penoh dengan family dalam tu.

Kalau korang nak tahu, minggu ni dan minggu-minggu depan, adalah minggu konvo yang mana(==' xleh belah ayat neh) ramailah mak-mak dan ayah-ayah yang ikut sekali nak tengok anak diorang terima hadiah masing-masing. Hadiah selama 3 atau 4 tahun berhabis masa dan duit dekat sekolah. Hoho.

Time tu jugak aku teringat dekat mak dan ayah aku yang ikut tengok aku konvo dulu. Dua tahun lepas. Walaupun waktu tu, kitaorang datang dengan kereta abang ngan kakak aku, tapi van putih tu buat aku teringat masa dulu-dulu. Van pakcik aku. Kalau nak pergi mana-mana, penuhlah semua kaum kerabat dalam tu. kerabat aku pun tak ketinggalan. Family aku mana mampu nak beli kereta sendiri waktu tu. Ayah aku suka naik moto 'awie' dia tu. 

Heh, moto tu femes dekat kampung aku, tahu?

Okeh.

Waktu tu ayah cakap, 

'Konvo diploma ni ayah pergi. Tapi konvo degree nanti, mak jelah yang pergi.'

Dan memang betul pun.

Okeh. Habis. Dah baca Al Fatihah semua? Terima kasih.


kbai!
#

November 26, 2012

Dulu Aku Sendiri....Kini Masih Sendiri

Dan tajuk ni tak ada kaitan langsung langsung dengan Zaiton Sameon. 

Nak dijadikan cerita, aku dah bersendiri lagi. 

Okeh.

Aku rasa nak terpuk  tepuk bahu sendiri sambil ucap TAHNIAH sambil nyanyi lagu I'm The Best kuat-kuat pasal aku dah berjayaa tinggalkan semua. Dah tiga hari rasanya.

(Ellehs, baru tiga hari pun nak kecoh?)

Diam! Haha.

Dan aku dah bersendiri, macam waktu dulu-dulu. Aku bersendirian lagi tanpa nak fikir benda-benda lain selain yang penting. -Macam orang dulu-dulu cakap, pentingkan yang lebih penting, ye dak?-

Hohohoho

Hah, fikir apa? Baik cakap!
Jangan fikir bukan-bukan. Kan aku dah cakap(bak kata Hlovate) 

'Jangan assume, tanya.'


Dah tanya masing masing? Meh nak jawab.

Aku dah tinggalkan ciptaan Mark Zukembek tuh. (Aku sendiri nak tengok lama mana aku boleh tahan)
Dulu pun tak ada benda tu, boleh hidup jugak. Kan?''kes pujuk diri sendiri''



Kbai!
#



November 25, 2012

Aku Fashionista!

Islam bukan anti fesyen. Islam anti dedah aurat.

Itu yang aku dapat haritu.

#Dapat gak dengar forum Ustazah Fatimah Syarha#
Hoho


Sengih sendiri bila tengok ramai yang dah bersusun tunggu panel untuk forum lepas Isyak tu. Sapa kata orang sekarang tak suka dengar forum?
#

Dia Yang Bernama Kakak

Aku ada seorang kakak. Nama dia Kakak. (walaupun aku tak pernah panggil dia kak) Kehkehkeh. Kami dah rapat gila, pakai panggil nama manja masing-masing je.)

Okeh. 

Kakak aku ni baik. (Walaupun waktu kecik-kecik dulu aku menyampah gila dengan dia pasal semua benda baru, dia dapat dulu. Aku ni main dapat sisa-sisa dia je) Sapa cakap jadi adik best? 

Heh.

Kakak aku ni pandai. (Dia dah grad degree lama dah.aku ni yang masih terkapai-kapai.)

Kakak aku ni banyak pengalaman. (Macam-macam kerja dah dia buat. Dari kerja paling kampung, sampai kerja paling bandar.)

Kakak aku ni suka belanja aku. (Keh-keh-keh)

Okeh. 

Dan sebab kakak aku ni baik, dia banyak diuji. Sebabkan kakak aku ni pandai, dia banyak diuji. Sebabkan kakak aku ni banyak pengalaman, dia banyak diuji. Sebabkan kakak aku ni suka belanja aku, dia banyak diuji.

Kepada kakak aku,

Moga tabahlah.
Allah uji sebab dia sayang. Moga rezeki akan datang. 
(Tak kiralah kau kerja paling kampung ke, paling bandar ke, kau tetap kakak aku.)
 Yang penting, aku suka Beto. --yang ni tak ada kaitan langsung langsung.
Kbai!

(Aku harap-harap kakak aku tak baca ni. Malu weh.)

Haha
#

November 24, 2012

Gajet Bukan Jet

Budak-budak sekarang, keleseran mulut diorang bukan tahap minor-minor punya. Kerja diorang kasi sentap je. Hoho.

Boleh dia komplen dengan selamba bomba. Depan-depan makcik dia pulak tuh.

'Kenapa handphone aunty kecik sangat?'

Heh, nasib baik aunty korang yang baik ni kasi pinjam main game, tahu? Tak rasa sikit punya terharu ke?
=.='



Aku sengaja sengetkan gambar di atas untuk menunjukkan level sebenar handphone aku.
Nampak, paling bawah. Memang kalahlah dengan gajet-gajet mainan hujung jari budak-budak tu. 

Korang tak tahu, aunty kau dulu nak pegang benda sentuh-sentuh ni pun takut, pasal takut rosak. Korang sekarang main zipppzapppzippzappp je.

Moden dah zaman sekarang rupanya.
#





Memori Takkan Calar

Assalamualaikum!

Aku rasa dekat sini semua orang ada memori masing-masing kan? Tak kiralah dengan siapa pun, asalkan benda tu akan lekat selamanya dalam kepala. Kecualilah kalau orang tu ada penyakit Alzheimer (ni pasal dah terbawak-bawak emosi cerita Selagi Masih Ada waktu aku tengok untuk hiburkan jiwa sendiri haritu.)

Susah jugak kalau setiap memori yang ada dalam otak dipadam, kan?
Tapi tu cerita lain. Cerita memori aku macam  ni.

Alkhesahnya, disebabkan aku ni dah terambil kos yang aku ambik sekarang ni, maka dengan wajibnya aku terpaksa ambil salah satu subject yang mana aku dikehendaki pergi ke kilang roti.

Nampak, sikit punya panjang ayat dekat situ? Paham tak situasi tu? Kehkeh. Kalau tak paham, aku tak reti dah nak terangkan macam mana.

Okeh.

Dekat kilang roti tu, kami, budak-budak skolah semua ni ditunjukkan dengan cara-cara buat roti. Dari 'mix' semua bahan-bahan, uli, 'decorate', sampailah bako dan makan. Tapi apa kaitan dengan memori aku, ye dak?
Sapa kata takdak kaitan? Adaaa. Masa abang.yang.dah.nam.tahun.travel.dekat.oversea tu tengah uli dan decorate doh-doh roti tadi, aku terbayangkan mak ngan arwah ayah aku. Sebabnya, kalau korang nak tahu, mak aku ni pembuat dan penjual roti canai. Jadinya, masa aku kecik-kecik berhingus dulu, aku selalu sangat tengok mak aku main uli-uli tepung segala. Lepastu pass dekat arwah ayah. Lepastu pass dekat mak balik. Kadang-kadang tu, aku yang masih kecil dan comel curi sikit doh yang mak aku uli tu.
Lepastu, main uli-uli dekat tapak tangan.
Lepas tu kena marah.
Itu bisa dah.
Kenangan weh.
Sekarang, mana boleh tengok dah semua tu.

Dah. Habis pasal memori. Ini je gambo yang sempat aku snap masa kerja buat membuat roti dekat kilang tu




Kalau makan waktu baru keluarkan dari oven tu, rasa sedap dia lain macam. Sedap sungguh.

Okbai!.
#

October 4, 2012

Angkat Kaki Pelawa Tangan

Minggu ketiga aku bersekolah. Banyak benda dah berubah dengan budak-budak UiTM ni. Tak sia-sia aku tinggal diorang pergi membanting tulang dekat Melaka selama dua bulan. Budak-budak UiTM sekarang, terutama dekat fakulti aku dah pandai-pandai. Makin bijak nak hidup. Makin terpelajar. 
*bangga*

Malas nak cerita banyak. Yang penting, aku kena belajarlah sebab dah masuk UiTM, kenalah onkan mode belajar. Balik rumah sewa, mode lain ulak dia tukar. Ini semua bukan kerja aku. Benda-benda mode tuh main pandai-pandai automatik tukar sendiri.

Pergi sekolah dengan semangat<---dari tahun-tahun lepas punya semangat) baru dengan semua benda baru. Eh, sekarang kena makan. Topup semangat untuk belajar waktu malam pulak. Sekian.


Aku tak perasan semua ni. Kawan-kawan sebelah aku yang datang main cuit-cuit macam poke dekat facebook tuh.

"Weh, kau dulu mesti peminat tegar power ranger kuning, kan?"

#

September 28, 2012

Boat Yang Di Stim

Hujung minggu lepas,walaupun duit dah tinggal suam-suam kuku, kitaorang pergi jugak dekat D'Manggis sebab nak tunaikan janji dan harapan yang sudah berbulan-bulan plan. Hajat asal nak ke seoul garden, tapi last-last ter melencong ke tempat lain. Kira okeylah. Lagi  murah, lagi berpatutan, dan selesa.

Kami sampai dah nak pukul 6 petang. Dekat kedai ni senang. Dia dah sediakan tempat solat dan tandas. Jadi, kalau korang nak datang dari pukul 6 (waktu buka) dan balik pukul 12(waktu tutup) pun boleh. Boleh makan sampai kenyang dan bayo RM20 je. Hohoho. menarik dak?

Tak menarik lagi, x tahulah. hoho

Tapi waktu kami pegi tu, rasanya dia ada buat pengumuman yang harga akan naik rm5. Jadi, next time kami pergi sana, terpaksalah bayo RM25 dah. Tapi rasanya still okey kut.

Dekat D'Manggis ni, bukan ada steamboat ja. Grill pun ada. Tapi kalau nak pergi sana, kena pastikan perut betul3 kosong la. Hohoho.

Okeh. Selamat bersteamboat!!

Enam Orang Makan ;)

September 20, 2012

Andam Menyorok Dalam Diri

Assalamualaikum

Kalau korang nak cakap aku puji diri sendiri pun aku tak kisah sebab memang aku nak puji diri aku sekarang ni. Kehkehkeh. 

Punyalah lama bakat andaman aku ni terkunci rapi dalam peti besi, akhirnya 16-09 hari tu terkeluar jugak. Secara tak langsung, aku nampak, aku ni kreatif jugak, kan?

Hahaha.

Bunga Tangan Pengantin

Sireh Junjung

Setakat ni dua tu jelah yang menyerlahkan andaman dalam diri aku. Yang lain tak terserlah mana pun. Hahaha. 

Okey la kut untuk first trial. Kan?



Ini pulak kes berangan syok sendiri. 

Tata
#

August 28, 2012

Ketuk Tinggap Panggil OC

Assalamualaikum!!!! Time-time cuti sekolah memang automatik otak aku pun bercuti sekali. Punyalah malas nak buat apa-apa hatta menulis post dekat blog pun. (Bajet blog ramai peminat, kan) Heh.
Tapi cuti sekolah ni tak berapa nak nampak cuti sangat sebab aku kena berkhidmat untuk diri aku sendiri dan jugak Fakulti (Memandai je aku libatkan fakulti sekali, kan? hoho). 

Aku kena praktikal sepanjang 2 bulan cuti ni. Dan, cuti aku memang tak cutilah.

Tapi ALHAMDULILLAH jugaklah sebab taklah teruk mana aku dekat sini. Mentor okay. Budak-budak praktikal lain okey. Management pon okey. Yang tak oke satu je kot. Aku. Pasal aku malasssss sangat nak update training logbook setiap hari. Haish. 

Agak-agak, bilalah raksasa malas nak tinggalkan badan aku neh. Hohoho)membangaukan raksasa malas lagik)

Okeh. Lama tak lama, lagi 3 minggu lebih kurang aku akan balik ke sekolah. Mula sekolah balik. Mula aktiviti lazim kat sekolah setiap semester. Moga semester aku kali ni lebih baik dari sebelumnya. Korang juga. Huhuhu. Tata.

August 9, 2012

Terima, Selamat dan Bermakna

Kepada yang selalu jenguk blog aku walaupun dah berzaman aku tak update,

Kepada yang singgah dekat blog aku secara tak sengaja atau sengaja,

Kepada yang selalu harapkan ada post baru daripada aku<--ini perasan lebih,

Kepada yang tak tahu kenapa, tiba-tiba dah ada dekat blog aku,

Aku nak ucapkan TERIMA kasih,  SELAMAT berpuasa dan SELAMAT hari raya.

>_<

Moga Ramadhan kali ni lebih BERMAKNA 

July 2, 2012

Sebab Dia KUNING

Okeh. Sejak dua menjak ni, aku makin rajin membuka kamus yang aku rasa lebih 2000 pages tebal dia sebab nak cari makna perkataan orang putih yang sungguh aku tak pernah nampak orang guna sebelum ni. Semua sebab buku Sophie Kinsella tu. 

Haha. Nampak. Aku membangaukan dia.

Ceritanya, mula-mula aku kenal cerita minah salleh ni waktu diploma dekat penang dulu. Aku tertarik dengan cover novel dia yakni berwarna kuning. Gila tak  tertarik cun tu. Nak tahu macam mana rupa dia? Ini hah



 Nampak tarikh tu? Almost 3 years! Haha. memang aku masih simpan gambar buku ni sebab buku ni best. Orang cakap, dont judge book by its cover, tapi aku, dah covernya kuning(comel) aku balun je lah. Haha!

Btw, aku bukan beli pun buku ni. Pinjam dekat library uni. Aku ni kan budak sekolah, mana mampu nak beli novel orangputih yang harga dia mahalllll gila dari novel melayu
huhu.

Okeh, Kedua, aku baca pulak cerita ni.


Buku ni dia buat sekuel. Banyak pulak tu. Tak terdaya aku nak habiskan semua sekuel. Setakat ni, aku baca yang ini jelah. Keskeskes. Kira okay lah, aku tahu lah juga asal usul Becca jadik shopaholic! 

Dan sekarang, Remember Me? . Novel ni sebenarnya dah berzaman dekat kedai. Oleh sebab berkat duit 200 hengget yang aku dapat awal sem haritu, Aku beli novel ni. Teringit dari zaman diploma yang dah bertahun-tahun dulu lagi.

Baru minggu ni aku mula baca (Sebelum ni tak sempat pun nak belek).

Satu je komen aku selepas 50 muka surat pertama. Ohsem!!

Mr.Coco: Jom Baca! <--bapak skima =='

Remember Me?
Tu tajuk dia, Kenapa tajuk dia ala-ala orang lupa diri je? kenalah baca. Haha. 
Sekian


Salah satu sebab kenapa aku beli adalah sebab dia warna kuning. Itu motif sebenarnya. Nasib aku bertambah baik bila cerita dia osem. >_<
Tata
#



June 28, 2012

Yang Kedua

Esok giliran pakcik Hibbeler






Siapa cakap belajar mechanics sesenang memamah kacang? Siapa? Siapa?

#

June 27, 2012

Satu Hari Di Bulan Syaaban

Esok, bermulalah perang. Perang dunia ke 6. Perang dengan otak sendiri mencari jawapan. Perang dengan pen yang tiba-tiba kehabisan dakwat masa menulis? ==' Itu pun termasuk jugak.

Oleh sebab tu, gunalah pen kilometrico. Boleh menulis beribu-ribu kilometer.
Heh
Habis.

Paper aku yang pertama sekali adalah ini...


Usaha, tawakkal, doa.
Tak susah pun, kan?

Sambil-sambil menaip entry ni, aku tengah makan makaroni sup yang sedap dari air tangan housemate. Boleh isi perut gara-gara janji nak makan yang lagi sekali tak jadi. 



#
Dekat sini jugak aku nak minta maaf kerana terkasar bahasa waktu menulis entry tak kiralah dalam post zaman dulu, sekarang atau post-post yang akan datang. >_<
#

June 26, 2012

LIKE


HLOVATE likes post aku. 
Sekian.
Haha
#

Pucuk Dicita.....

Ulam mendatang dengan sambal belacan+budu. Perghh, best weh. Kalau sesiapa yang pernah sampai Bandar Kota Bharu, cuba singgah dekat kedai makan sebelah Kompleks Kraftangan. Aku lupa apa nama dia. Kedai makan Nasi Ulam kut. 

Hoho.
Okeh.

Apa yang aku nak cerita tak ada kaitan dengan ulam pun. Ini cerita siang tadi. Cerita yang bermula dengan kehadiran surat ni.

.
.
.
.
.
.
.
.
.

Saat-saat aku dah hampir putus asa dengan pencarian tempat praktikal aku untuk semester ni, ada lah sorang kakak dekat hospital suggest aku untuk kol tempat ni. 
Berdiskusi dengan Cik Wahida(sora dia cun) selama hampir 2 minggu jugaklah.

-Kalau nak tahu, Advance Pact ni syarikat healthcare(aku pun baru tahu waktu nak apply). Haha-

Akhirnya, sampailah surat ni. Maknanya, aku dah diterima masuk untuk Latihan Industri! Haha. Alhamdulillah. Korang tak tahu, dari cuti semester lepas lagi aku menggigihkan diri cari tempat untuk praktikal.
Rupanya susah jugak nak cari tempat dekat industri.(Kerja) susah. 

Orait, dengan kehadiran surat tu, bolehlah aku bersenang lenang jawab exam dengan senyum lebar tanpa gagal. Huuu.

(Dah lama aku impi-impi kerja dekat lab, pasal aku kurang sikit kalau dia kasi kerja dekat industri yang ada berbijik bijik boiler, heater, tower, column dan sebagainya. Sebab tulah tajuk kali ni, Pucuk Dicita, Ulam Mendatang Dengan Sambal Belacan)
Haha
#

June 25, 2012

Kala Malam OC Tertidur

Assalamualaikum. 
Moga semuanya berada di jalanNya.

Okeh. Apa yang ank nak cerita kali ni tak ada kaitan dengan waktu malam pun sebenarnya. Haha. Harini, yakni 25 haribulan 6 tahun 2012, aku diberikan nikmat oleh ALLAH untuk hirup udara segar dekat Shah Alam ni sambil menyelesaikan semua kerja aku yang tertangguh.

Alhamdulillah. 
Okeh.

Ada lagi satu benda yang aku belajar harini. Tentang prasangka.

Kadang-kadang kalau kita dah tak suka, tak selesa, ataupun tak gemar dekat orang tu, kita akan asyik cari salah dia. Lepas tu semua salah, buruk dia, kita kira. Semua kata hati dia, kita fikir buruk. Macam ni ...

'Tengok aku macam ni, mesti dia kutuk aku'

Heh, benda tu semua tak PASTI pun. Kita just assume apa yang hati dia cakap. Mana boleh.

Dekat sini, aku nak cakap, jomlah kita sama-sama berperasangka baik dekat orang yang kita tak suka ataupun orang yang tak suka kita. Mana tahu , lama-lama orang yang tak suka kita tu akan suka kita juga akhirnya. Kuranglah dosa mengumat kita. Kuranglah rasa sakit hati kita. Kuranglah titik hitam dalam hati kita. Huhu.

Jom. Sama-sama kita berbaik sangka

Never assume. Ask - Hlovate-
#

June 19, 2012

Rahsiaaaaaaaaa....

Nak tahu rahsia tak?
.
.
.
.
.
.
.
.


Tapi dah tak jadi rahsia dah pasal aku dah bagitahu.
Haha
#

June 18, 2012

Periksa Bukan Check

Assalamualaikum. 
Jom Periksa.






Maat Taufiq Wannajah untuk diri sendiri.
InsyaALLAH.
#

June 15, 2012

Aku, MP4 Dan Musik

Assalamualaikum. Musik. Dari zaman tadika lagi aku suka dengar musik. Aku jenis tak kisah jenis musik. Semua aku layan selagi otak aku boleh terima. Jadi, jangan terkejut kalau korang nampak playlist aku lagu Nirmala Siti Nurhaliza duduk sebelah dengan lagu In The End-Linkin Park. Tu benda biasa. Haha.

Okeh

Kisah aku dengan MP4 ni agak tragis. Ada suka, ada duka.(Kahkahkah ayat)
Kisah pertama, waktu aku form 3. Aku tak tahu apa perangai yang hasut aku, tiba-tiba aku mogok dekat abang aku(yang nombor 2). Ayat dia kaw-kaw untuk belikan aku walkman. Seminggu jugaklah aku pow dia. 
Sebenarnya, aku berani-berani takut je nak mintak sebab dengan abang aku yang sorang ni, aku takut sikit. Garang!
Balik dari asrama minggu tu, jachaaaa... abang aku dah beli! Gila happy waktu tu tak payah cerita lah. Macam nilah lebih kurang walkman yang abang aku beli

Macam nilah rupanya. Zaman tu mana ada lagi MP4 yang macam sekarang

Dengan gumbiranya aku guna sampai PMR. Oh, lupa. Alasan yang aku kasi dekat abang aku waktu nak mintak ni adelah--->Xleh belajar kalau tak ada lagu. (Kehkehkeh) Apa? Betullah.

Okeh.

Tak lama pun hayat dia. Aku naik form 4, benda ni dah rosak. Aku jatuhkan dari ketinggian lokar. T_T (Nasib baik abang aku tak marah).

Kisah kedua, waktu aku dah masuk U. MP4 tu kakak aku punya. Nipis dan ringan. Kira nak angkut pergi mana-mana pun boleh hatta ke tandas. Tapi kisah sedihnya, (dalam umur dia tak sampai 2 tahun) aku terpijak benda alah ni. Skrin dia retak. Tapi masih boleh guna. Kakak aku punya marah sampai tak terkata. Sampai sekarang aku tak ganti balik. Hohoho.

Kisah ketiga, waktu aku dekat U jugak. Ceritanya, ada lah satu pesta IT dekat KLCC. Abang aku yang sulung bawak aku ngan kakak aku pergi tengok-tengok barang(Memang dia ajak tengok je). Nak dijadikan cerita, aku dah tertarik gila dengan MP4 Camera yang satu tu. Tengok harga RM299. Gila mahal. duit poket aku waktu tu tak sampai pun seratus. 

Jalan-punya jalan, abang aku tanya kitaorang. Nak apa? Aku terus buat muka gedik, kesian sambil jari telunjuk tunjuk dekat MP4 Camera tadi. Abang aku dah kerut dahi. Tak nak beli. Mahal kot. Lagipun, bukan keperluan pun, kan? 

Tengok je kerutan dahi dekat dahi abang aku tu, aku dah monyok sampai habis, nak balik. Last-last abang aku belikan jugak. (Yeah!) Macam ni lah rupa dia. Aku punya kaler hitam.

Tapi hayat dia tak panjang jugak. Setahun je aku guna, benda ni dah rosak. Juga sebab jatuh dari tempat tinggi+jalan tar. 

Seminggu lepas jatuh, benda ni dah hang. T_T. Macam karma jugak. Aku pijak MP4 kakak aku, kawan aku TERjatuhkan MP4 aku pulak. Adesss.

Dan sekarang, setelah sekian lama dengar lagu dari handphone je, aku dapat lagi hadiah Sony Walkman. Harap-haraplah yang ni kekal lama. Aku sayang semua MP4 n Walkman aku weiii!!!


Cik Sony
Sila jaga diri. Hohoho.

Alasan belajar kena dengar lagu tu memang fakta. Sebab aku akan jadi mereng kalau sunyi. Tengok macam sekarang. Belajar+musik. Hohoho



Pengajaran untuk aku dekat sini:> Sapa kata, abang-abang dan kakak aku tak sayang aku? Diorang sayang wei! Haha. Sekian

Panjang pulak aku melalut. Jom Belajar!



June 14, 2012

Masih Rilaks, Macam Selalu

Assalamualaikum.
Tak ada cerita penting pun yang aku nak cerita hari ni. Dah sampai penghujung sem pun. Rasa macam sekejap je berlalu semester 6 tahun ni. Sebab aku rasa tak ada buat apa-apa yang boleh aku rasa masa tu panjang (ataupun aku buat-buat tak buat?).

Heh.

Lagi dua minggu aku final. Dan yang menariknya, jadual final aku.
Takut nak cakap, takut korang pengsan sebab aku dah pitam bangun 3,4 kali dah.

1 Minggu straight 7 paper.

Rasanya masa ambil PMR dulu pun ada gap sehari dua. Tak ke? Haih. Semua tu pasal nak cepatkan masa final untuk aku(kami) buat praktikal cuti sem nanti <---Contoh membangaukan praktikal.

Dan aku, masik rilaks macam selalu.
(Rilaks sangat tak bagus untuk kesihatan juga sebenarnya)

Move on la!
Tata
#

June 11, 2012

Sungguh. Tak Tipu.

Kau baik. Cantik. 

Tapi kami sayang kau bukan sebab tu je. Sebab kau dah jadi sebahagian dari hidup kami.

Kau jahat. Buruk. Gila.

Kami masih sayang kau. Sebab kami harap kau berubah. Kau tak nampak salah kau. Kau tahu apa yang kau fikir tu salah. Kami nak kau jadi baik dan cantik. Macam dulu.

Tapi kau masih jahat. Gila.

Kami doakan kau akan kembali jadi baik. Cantik. Sebab kau dah jadi sebahagian dari hidup kami.

Tapi kau. Kau tak rasa macam tu, kan? Dah dah buang semua yang lepas-lepas. Kau buat macam tak pernah jadi. Kau buat bodoh.(Atau kau memang bodoh). Kau dah lupa...Lupaaa.. Sekarang ni bukan Melayu mudah lupa. Tapi KAU MUDAH LUPA.

Macam tu je?
Haih.
Bangunlah. Kami doakan kau jadi baik, cantik macam dulu.
#

Bangun! Tampar Pipi Sendiri!

"Terima kasih belikan saya nasi. Eh, awak belikan dia kereta? Mana adil!"

"Terima kasih belikan saya jam. Eh, awak belikan dia rumah? Mana adil!"

"Awak tak adil. Awak sayang dia lebih!"

Kasih sayang sekarang dibandingkan dengan harga barang. Patut ke? 
Kalau nasi tak dibayar, kau akan kelaparan. Itu keperluan. Kalau kau tak ada jam, selamanya kau akan tertinggal di belakang. Itu keperluan. 

Bersyukur

Bersyukur

Bersyukur

Nilai barang yang dibelanja sedikit, sayang pun sedikit. !@#$%^&*????

Ketuk dahi. Tampar pipi sendiri. Fikir kebaikan yang pernah orang buat dekat kita sebelum nak tuding kesemua jari untuk satu kesalahan(yang belum tentu salah).

JADI DEWASALAH!

(Post ni tak ada motif)
sekian
#

June 10, 2012

Bangau

Okeh. Cerita harini tak ada kaitan dengan spesis bangau pun sebenarnya. Aku hanya ambil nama Bangau tu dari satu tajuk lagu rakyat yang selalu aku(dan korang) dengar masa kecik-kecik dulu.  Lagu Bangau Oh Bangau. 

Tak pernah dengar? Haih. Parah. Haha.

Okeh.

Kita selalu cakap benda ni....

"Sebab dialah aku jadi macam ni"
"Hujan tadi, tak boleh pergi kelas."
"Bodoh punya batu! Sakit kaki aku."
"Subjek ni susah sangat, sebab tu aku tak lulus."
"Bosannya lecturer ni mengajar."
"Salah kaulah ni."
"Masjid ni besar sangat, sebab tu sof  tak penuh. Kalau dia kecil kan, penuh"
T_T


Sedar atau tidak, kita sudah membangaukan orang lain. (KITA disitu, termasuk AKU).
Dan bila pandang balik, kita tak pernah nak salahkan diri sendiri, atau cari solution untuk masalah tu.

Jadi, sedarlah salah sendiri. USAH MEMBANGAU LAGI

Sekian
#

June 8, 2012

Positif??


“Kau rasa-rasa kenapa aku masih macam ni?” matanya tepat pada teman di hadapan. Nasi lemak dibiarkan tidak berusik. Celaru dalam hati lagi hebat. Nikmat kesedapan nasi lemak air tangan Cik Non di pun kalah.
            “Kau nak aku cakap betul ke, tipu?”
            Tangan automatik melayang. Nasib baik sempat elak. Kalau tak, boleh benjol kepala dia kena tempias cincin bertatah batu tipu ni. “Seriuslah weh.” Nasi lemak yang sudah lebih 5 minit tersadai di atas meja dikuis juga dengan sudu. Bila nafsu nak makan hilang, siksa juga. “Kau tengok orang lain. Masing-masing dah ada teman sendiri. Aku ni je. Tak laku-laku dari zaman sekolah lagi. kalau ada pun, sekejap sangat. Malang nasib aku, kan?”
            Teman di hadapan mengangkat muka dari bihun sup. Sisa minyak dimulut dilap menggunakan tisu. “Habis, kalau kau yang pernah couple tu malang,  aku ni, kau kira apa?”
            Dia diam. Betul. Seingat dia memang tak pernah teman di hadapan dia ni couple. Sebut pasal lelaki tu pernahlah. Cerita-cerita biasa si gadis remaja. Tapi kalau couple tak pernah. Heh, terkena badi agaknya. Hish.
            “So?”
            Dia angkat bahu. “Aku cerita pasal akulah. Kau tu kan memang tak kisah. Tapi aku kisah. Malu weh. Kawan-kawan aku semua dah berteman. Yang dah kahwin pun bersusun dah. Aku?”
            Sudu diletakkan kedalam mangkuk sup. Habis juga sup masin ni. “Macam nilah.” tisu dicapai dari atas meja. Mulut dilap lagi. “Kau ambik bahagian positif. Hidup jangan fikir buruk je beb. Yang baik, elok, kena ambil kira bahagi darab segala jugak.”
            “Chop, chop. Apa yang positifnya? Aku tak nampak apa yang positif dalam hal aku ni. kau nak membujang sampai mati? Jadi anak dara tua? Kalaupun kau tak kisah, aku kisah beb.”
            Teman di hadapannya sengih. “Ji, kau tu baru masuk 24 tahun. Lambat lagi nak jadi anak dara tua pun.” Air milo ais dihirup perlahan. “Kau tak fikir ke kenapa kau masih macam ni? sendiri?”
            Dia mengerutkan dahi. Sungguh tak faham. “Kau nak cakap apa sebenarnya ni Alia?”
            Alia sengih lagi. “Kau dah dapat rahmat yang tak ternilah weh. Sedar tak? Kau, dan aku, insyaALLAH terlindung dari dosa. Dosa berdua-duaan dengan yang bukan mahram. Dosa zina hati. Dosa daripada pandangan. Kau tak rasa ke yang ALLAH masih sayang kita, dan Dia jaga kita. Jaga supaya kita ni tak termasuk dalam golongan-golongan yang rugi. Rugi sebab dah tahu benda tu dosa, tapi tak hindarkan. Kau nak tahu? Dosa yang paling teruk adalah dosa orang yang tahu benda tu berdosa, tapi diaorang buat jugak. Kau fikir, diorang tak tahu ke yang couple tu haram. Kau pun, tahu kan? Tapi berapa orang je yang ambil peduli.”
            Jiha terkedu sendiri. Suasana café terasa sunyi seketika. Telinganya panas. Bukan sebab marah tapi malu! Terkena pada batang hidung sendiri.
            “Kalaulah kau tanya aku, aku pun takut kalau aku taka da jodoh sampai mati. Sebab kahwin tu sunnah. Tapi biarlah dengan betul caranya. Aku tak kisah cepat atau lambat. Asalkan nikmah pernikahan yang sebenar tu aku dapat rasa.” Alia sengih di hujung kata. “Titik.”
            Jiha senyum. Tak sangka. Tak sangka Alia terfikir macam tu. Sedangkan dia, sikit pun tak ambil yang positif. Sebab tu lah orang selalu pesan. Bersikap husnuzhon. Bersangka baik. Bersangka baiklah dengan ujian ALLAH Najiha!

~~