Jenis Cerita Yang Ada

Yang Ikut Duakaki

Rendahkan Volume Kalau Musik Memekak,, Hehehe

Kerana Tidak Semua Yang Dirancang Menjadi Kenyataan

November 25, 2012

Dia Yang Bernama Kakak

Aku ada seorang kakak. Nama dia Kakak. (walaupun aku tak pernah panggil dia kak) Kehkehkeh. Kami dah rapat gila, pakai panggil nama manja masing-masing je.)

Okeh. 

Kakak aku ni baik. (Walaupun waktu kecik-kecik dulu aku menyampah gila dengan dia pasal semua benda baru, dia dapat dulu. Aku ni main dapat sisa-sisa dia je) Sapa cakap jadi adik best? 

Heh.

Kakak aku ni pandai. (Dia dah grad degree lama dah.aku ni yang masih terkapai-kapai.)

Kakak aku ni banyak pengalaman. (Macam-macam kerja dah dia buat. Dari kerja paling kampung, sampai kerja paling bandar.)

Kakak aku ni suka belanja aku. (Keh-keh-keh)

Okeh. 

Dan sebab kakak aku ni baik, dia banyak diuji. Sebabkan kakak aku ni pandai, dia banyak diuji. Sebabkan kakak aku ni banyak pengalaman, dia banyak diuji. Sebabkan kakak aku ni suka belanja aku, dia banyak diuji.

Kepada kakak aku,

Moga tabahlah.
Allah uji sebab dia sayang. Moga rezeki akan datang. 
(Tak kiralah kau kerja paling kampung ke, paling bandar ke, kau tetap kakak aku.)
 Yang penting, aku suka Beto. --yang ni tak ada kaitan langsung langsung.
Kbai!

(Aku harap-harap kakak aku tak baca ni. Malu weh.)

Haha
#

2 comments:

awak tahu siapa sy.. said...

(Aku harap-harap kakak aku tak baca ni. Malu weyh.) <<ayat tu x boley blah..

AkuOsi said...

Haha. serius lah. mana boleh dia tahu luahan hati yang tak berapa nak terluah nih... saya kan pemalu, kehkehkeh

~~