Jenis Cerita Yang Ada

Yang Ikut Duakaki

Rendahkan Volume Kalau Musik Memekak,, Hehehe

Kerana Tidak Semua Yang Dirancang Menjadi Kenyataan

January 29, 2011

Lagi Cuti-Cuti Malaysia

Kali ni aku nak cerita pasal Sabah.

Awal tahun 2010 aku pergi Sabah. Itupun pasal ada lawatan pergi sana. Bapak best kan. U aku buat lawatan sampai Sabah sana. Giler tak nak join. Bayar tiket flight je. yang lain ditanggung. Tiket flight pun kami dapat 50 percent. Huhuhu..Malas nak cakap banyak. Apa kata aku tunjuk gambar je. Katan nak tengok gambar, hohoho..

Okess.. Hari pertama

Aku terharu sampai nak menitik air mata bila dah jejak di bumi Sabah >_<

Hahaha,,,Propa itu semua. Ini dia gambar-gambar tempat yang kami pergi. Memang Cun habisssss..Zasss~
Ni dekat Pekan Nabalu.
 Pekan Nabalu ni tak lah besar mana. Tapi sini adalah port yang sesuai untuk bergambar dengan Gunung Kinabalu. Kira cunnn lah gambar yang korang ambik nanti >_<

Tanjung aru
Jangan lupa singgah dekat Tanjung Aru. Matahari terbenam dia memang terbaik lah. Semua pelancong boleh dikatakan duduk dekat tepi-tepi pantai bila matahari nak terbenam. Cantikkk sangat~ Subhanallah~


Kolam Air Panas Poring
Kami singgah deka Poring pulak. dekat sini lagi banyak macam-macam yang ada. Kihkih. Titi gantung, Kolam air panas, Naik bukit, Kolam air sejuk. semua ada.



Pasar malam
Dekat pasar malam ni banyak gile jual mutiara. Yang tak berminat dengan benda alah ni pun konfirm beli punya lah pasal dah bersepah sangat. Mutiara dengan kristal. Kalau nak yang elok, berkualiti sikit, dekat Pasar Filipine ada. Sebelah saja. Pasar malam ni betul-betul dekat town KK.

Jeti nak pergi pulau. Jesselton nama dia
Aku dan sekutu pilih nak pergi Pulau Manukan Pasal ramai sangat cakap pulau ni best. Hoho



Naik bot yang tal sampai 10 minit. Laju Gile pakcik tu driff~

Tengok dia punya air. Jernih betul. Subhanallah~
Bukan dekat luar negara je yang ada pantai dan laut jernih. dekat malaysia pun ada. Jadi, banggalah menjadi rakyat malaysia>_<.
Dekat Pulau Manukan ni boleh memberi makan pada ikan. Boleh snorkeling dan madi manda macam selalu korang buat dekat pantai. Yang lainnya, airnya jernih, batukarang dan ikan-ukan sangat cantik!(tanda seru disitu, haha)

Ni mereka-mereka suka-suka saja snap gambo kami.
Budak dalam gambar tuh blogger jugak. Nama dia Orange. kihkih, Budak ni sampai sudah tak follow blog aku. cess untuk makcik!..haha

Ni nak balik dah. Ada rezeki kami datang lagi!!

Hmm.,, itu je lah kot. Malas nak letak banyak-banyak. haha.. Okess.. Yang penting Sabah memang terbaik. Kalau Ada rezeki, puluh-puluh ribu, aku datang balik dekat sini..>_<

Balik Hostel

Sekiannn~

3 comments:

Unknown said...

wah..
bestnyer jalan2 g sabah..
jeles!!!!! :)

asma.sema.sam.sammy said...

hai...opah....

AkuOsi said...

Cikgu:: pergilah buat trip sana,g ramai-ramai dengan kawan2. best.. >_<

makcik Joraa:: uit2,, jangan opah2 dekat sini,,huhu

~~