Jenis Cerita Yang Ada

Yang Ikut Duakaki

Rendahkan Volume Kalau Musik Memekak,, Hehehe

Kerana Tidak Semua Yang Dirancang Menjadi Kenyataan

January 30, 2011

Mi Segera cepat lupa

Didalam sebuah kelas yang harmoni..Seorang Lelaki masuk ke dalam kelas dengan kemas bersih bergaya. Seorang guru kelas itu mungkin. 

Cikgu: Awak semua, jangan selalu makan mi segera. Nanti cepat lupa.

Pelajar: Apa buktinya cikgu?

Cikgu: Perkara ini berlaku pada diri saya sendiri. Hari pertama saya makan mi segera. Rasanya memang enak. Senang, cepat di sedia.

Pelajar: Hari kedua cikgu?

Cikgu: Hari kedua saya makan,rasanya lain dari yang hari pertama. Saya pelik sebab mi segera tu dari jenama yang sama. Rupanya saya lupa letak salah satu perencah yang ada. Hari ketiga, rasanya tak sedap langsung. Lepas habis makan baru saya perasan, saya langsung lupa nak letak perencah dia. 

Pelajar: Wahhh...memang betul lah mi segera boleh buat lupa. Tapi kan. cikgu ni siapa. kami tak pernah nampak pun cikgu mengajar.

Cikgu: Tak pernah nampak saya mengajar??. Oh. Iya lah. Saya kerani dekat pejabat. Saya lupa saya bukan cikgu!

Pelajar: ??!@#$$%%^



3 comments:

littletuffgirl said...

hahaha. jgn makan mi segera!

Dol said...

wah ensem la pic monyet tu~ hehehe

AkuOsi said...

zahra:: kannn,,huhu,,jangan makan selalu,,time pokai x pe,,hihihi

r-5:::ensemm ker?? ader sehemsem ko x?? huhu

~~