Jenis Cerita Yang Ada

Yang Ikut Duakaki

Rendahkan Volume Kalau Musik Memekak,, Hehehe

Kerana Tidak Semua Yang Dirancang Menjadi Kenyataan

January 31, 2011

Langkawi

Okess,, hari ni aku nak cerita pasal Langkawi pulak. Pada sesiapa yang tak tahu, Langkawi ni terletak di negeri Kedah. Huhu,, sepanjang aku hidup ni, baru dua kali (BARU) aku pergi sana. Hohoho. Mula-mula aku pergi tahun 2008. Dengan roomates aku. Best giler. pergi jalan-jalan naik kereta main redah je.

Then, tahun 2010 aku pergi lagi. Kali ni dengan family abang aku pulak. Huhuhu,,saja je nak meyemak dekat sana. Langkawi ni banyak tempat menarik. Bersejarah. Kalau nak pusing satu pulau tu memang tak ada hal lah sebab memang tak kan sesat. Huuhu.. Ini dia antara yang sempat Kami snap


Ini Dataran Helang.Dekat saja dengan Jeti Kuah
Kalau datang sini, tak pergi jenguk Si Helang ni, memang tak sah. Huhu..

Pasar Malam Chenang
Kami semua sewa hotel dekat pantai Chenang. Kalau malam-malam, memang banyak gerai yang ada. Macam-macam kejadah barang yang depa juai,, huhu,,best la kalau nak jalan-jalan ambil angin malam-malam.

Nih Sunset. Cantik kannnn???? Subhanallah~
Gambar ni dekat swimming pool hotel. Sangat cantik~

Satu lagi tempat wajib adalah Kabel Karr. Datang sini, kena lah merasa naik kabel kar. Dari puncak gunung,,,,(ape eh nma gunung dia,,huhu) dapat tengok separuh dari Pulau Langkawi >_< Tak caye? Nih gambo~ 

Dari dalam cabel car

Pit stop pertama. 

Jambatan ni terletak di antara 2 gunung. Ketinggianya lupa lak aku nak kira~ >_<

Dua orang budak nakal tak ingat ni dah penat berjalan.

Boleh nampak separuh pulau kannn.

Main tiup-tiup belon pulak dekat budak ni.

Semangat betol kejar. Hilang penat lah tu~ huhu
Turun je dari sana, kami singgah dekat Wild Life Park pulak. Aku lupa kat mana, tapi dekat area Pulau Langkawi la~ >_<.. Dekat dalam ni banya jugak haiwan yang ada. Yang paling banyak, burung. Segala jenis ada. Keldai pun ada jugak terselit. Yang aku tak jumpa ghimau ngan singa. Kata Wild Life??? huhu.. Check it doutt.

Monyet ni tido masa kami sampai. Tengok tu, nak buka mata pun malas..huuhu

Masok-masok je, jumpa Burung ni~ comel je biru kuning>_<

Ini dia trade mark Lagkawi. Helang!!

Banyak lagi sebenarnya dekat langkawi ni. Makam Mahsuri, Telaga Tujuh, Beras terbakar. huhu..Kalau aku list semua, mesti penoh satu post ni. Jom semua, ke Langkawi!! >_<

No comments:

~~