Jenis Cerita Yang Ada

Yang Ikut Duakaki

Rendahkan Volume Kalau Musik Memekak,, Hehehe

Kerana Tidak Semua Yang Dirancang Menjadi Kenyataan

September 24, 2011

Fuhhhh!!

Okeh, tajuk dekat atas sana tak ada kena mengena pun sebenarnya dengan cerita Fuhh! dekat tv3 sana. Hahaha. Fuhh di atas sebagai tanda lega. Sebagai tanda akhirnya. Dan sebagai tanda, aku tak tahu nak letak tajuk apa dekat post ni. Hahaha.

Habis melalut.

Ceritanya macamni. Aku baru habis dating dengan housemate tadi. Masuk dalam MPH dua tiga minit. Nak cari-cari buku. Housemate aku tu nak sangat cari buku 'Bogel Menuju Tuhan' Zahiril Adzim punya. Aku pulak? Mestila Novel Hlovate. koleksi tak cukup lagi ni.

Dan, dapat! Lagi tiga biji yang tinggal. Novel lama. Gurindam Jiwa tajuk dia. Pasal apa aku baru nak kumpul? Bukan sebab aku baru minat nak baca cerita Hlovate. Bukan jugak sebab aku saja-saja hobi mengumpul novel. Sebab asalnya, baru sekarang ada fulus lebih nak beli semua tu. Sebelum ni? Hahaha. Fulus aku untuk makan je. Sebot je Pizza Hut time duit dalam poket tinggal RM20 pun aku on. >___<

Dan itulah cerita dia. Housemate aku jumpa buku yang dia cari, aku pun jumpa buku yang aku cari. Lalala. Keluar dari kedai buku dengan sengih tak hilang sampai rumah. Hoho


Ini dia koleksi aku. Tinggal buku ABCDE je lagi. Itu tunggulah. 

Hohoho >_<


Ini pulak buku Bogel Menuju Tuhan


Dan, hah, siapa yang tolong aku lengkapkan koleksi, aku tadah tangan dengan nyiruuuuu,,huhuhu,, eh jap, nyiru tu apa sebenarnya? Hohoho dan ho

8 comments:

ZWAN SABRI said...

aiseyh, kaki novel rupanyaa.. HAHA..
btw, buku zahirl adzim tu cam menarik jer..


MySuaraBlog: Book Fair dalam Kapal Mewah

OC said...

haipp zwan! huhu,, kaki cerita Hlovate ja, yang lain3 tengok keadaan,,huhuhu..

Haah, menarik jugak jenguk3 semalam,,,

DhiyaDiela said...

like novel hlovate juga..hehe
koleksi saya daa cukup, memang puas hati..walau duit abis byk.. :)

Khairiyah said...

opah3....kih3..

OC said...

gadis kechil: huhuuuu~ betul tu gadis, puas hati sebab cerita dia ada isi >_<

kyra syg::> haip! huhuhu,,mish u la kyah,, hoho

soe hawani said...

really impressed with u...
nak pinjam novel VERSUS bley??
hehehe...

OC said...

Soe hawani :: >__< ..boleh, janji pulang balik dengan belanja novel Geng ABCDE sekali,, huhuhu

soe hawani said...

mak aiii...nak kene belanja eh2? uhuhu... insyaallah kalo ade duet lebih plus cik OC bagi pinjam novel versus duluuuu... hehehe.

~~