Jenis Cerita Yang Ada

Yang Ikut Duakaki

Rendahkan Volume Kalau Musik Memekak,, Hehehe

Kerana Tidak Semua Yang Dirancang Menjadi Kenyataan

June 8, 2012

Positif??


“Kau rasa-rasa kenapa aku masih macam ni?” matanya tepat pada teman di hadapan. Nasi lemak dibiarkan tidak berusik. Celaru dalam hati lagi hebat. Nikmat kesedapan nasi lemak air tangan Cik Non di pun kalah.
            “Kau nak aku cakap betul ke, tipu?”
            Tangan automatik melayang. Nasib baik sempat elak. Kalau tak, boleh benjol kepala dia kena tempias cincin bertatah batu tipu ni. “Seriuslah weh.” Nasi lemak yang sudah lebih 5 minit tersadai di atas meja dikuis juga dengan sudu. Bila nafsu nak makan hilang, siksa juga. “Kau tengok orang lain. Masing-masing dah ada teman sendiri. Aku ni je. Tak laku-laku dari zaman sekolah lagi. kalau ada pun, sekejap sangat. Malang nasib aku, kan?”
            Teman di hadapan mengangkat muka dari bihun sup. Sisa minyak dimulut dilap menggunakan tisu. “Habis, kalau kau yang pernah couple tu malang,  aku ni, kau kira apa?”
            Dia diam. Betul. Seingat dia memang tak pernah teman di hadapan dia ni couple. Sebut pasal lelaki tu pernahlah. Cerita-cerita biasa si gadis remaja. Tapi kalau couple tak pernah. Heh, terkena badi agaknya. Hish.
            “So?”
            Dia angkat bahu. “Aku cerita pasal akulah. Kau tu kan memang tak kisah. Tapi aku kisah. Malu weh. Kawan-kawan aku semua dah berteman. Yang dah kahwin pun bersusun dah. Aku?”
            Sudu diletakkan kedalam mangkuk sup. Habis juga sup masin ni. “Macam nilah.” tisu dicapai dari atas meja. Mulut dilap lagi. “Kau ambik bahagian positif. Hidup jangan fikir buruk je beb. Yang baik, elok, kena ambil kira bahagi darab segala jugak.”
            “Chop, chop. Apa yang positifnya? Aku tak nampak apa yang positif dalam hal aku ni. kau nak membujang sampai mati? Jadi anak dara tua? Kalaupun kau tak kisah, aku kisah beb.”
            Teman di hadapannya sengih. “Ji, kau tu baru masuk 24 tahun. Lambat lagi nak jadi anak dara tua pun.” Air milo ais dihirup perlahan. “Kau tak fikir ke kenapa kau masih macam ni? sendiri?”
            Dia mengerutkan dahi. Sungguh tak faham. “Kau nak cakap apa sebenarnya ni Alia?”
            Alia sengih lagi. “Kau dah dapat rahmat yang tak ternilah weh. Sedar tak? Kau, dan aku, insyaALLAH terlindung dari dosa. Dosa berdua-duaan dengan yang bukan mahram. Dosa zina hati. Dosa daripada pandangan. Kau tak rasa ke yang ALLAH masih sayang kita, dan Dia jaga kita. Jaga supaya kita ni tak termasuk dalam golongan-golongan yang rugi. Rugi sebab dah tahu benda tu dosa, tapi tak hindarkan. Kau nak tahu? Dosa yang paling teruk adalah dosa orang yang tahu benda tu berdosa, tapi diaorang buat jugak. Kau fikir, diorang tak tahu ke yang couple tu haram. Kau pun, tahu kan? Tapi berapa orang je yang ambil peduli.”
            Jiha terkedu sendiri. Suasana café terasa sunyi seketika. Telinganya panas. Bukan sebab marah tapi malu! Terkena pada batang hidung sendiri.
            “Kalaulah kau tanya aku, aku pun takut kalau aku taka da jodoh sampai mati. Sebab kahwin tu sunnah. Tapi biarlah dengan betul caranya. Aku tak kisah cepat atau lambat. Asalkan nikmah pernikahan yang sebenar tu aku dapat rasa.” Alia sengih di hujung kata. “Titik.”
            Jiha senyum. Tak sangka. Tak sangka Alia terfikir macam tu. Sedangkan dia, sikit pun tak ambil yang positif. Sebab tu lah orang selalu pesan. Bersikap husnuzhon. Bersangka baik. Bersangka baiklah dengan ujian ALLAH Najiha!

5 comments:

awak tahu siapa sy.. said...

waaahhh! buah tgn baru? best2

awak tahu siapa sy.. said...

ke..bukan? hahah

Ad_dEen said...

terima kasih untuk pesanan..
allahuakbar, hati ni slalu lupa..
sm2 kita berpesan..
=)

AkuOsi said...

Kak:>> kalo rajin, sy sambung. hehe

Ad Deen:>> same3, >_<

awak tahu siapa sy.. said...

sila rajin..jgn membangau..mengitik..mengangsa..mendonalduck..atau yg seangkatan dgn itu..keh2

~~