“Kau rasa-rasa kenapa aku masih macam ni?”
matanya tepat pada teman di hadapan. Nasi lemak dibiarkan tidak berusik. Celaru
dalam hati lagi hebat. Nikmat kesedapan nasi lemak air tangan Cik Non di pun
kalah.
“Kau
nak aku cakap betul ke, tipu?”
Tangan
automatik melayang. Nasib baik sempat elak. Kalau tak, boleh benjol kepala dia
kena tempias cincin bertatah batu tipu ni. “Seriuslah weh.” Nasi lemak yang
sudah lebih 5 minit tersadai di atas meja dikuis juga dengan sudu. Bila nafsu
nak makan hilang, siksa juga. “Kau tengok orang lain. Masing-masing dah ada
teman sendiri. Aku ni je. Tak laku-laku dari zaman sekolah lagi. kalau ada pun,
sekejap sangat. Malang nasib aku, kan?”
Teman
di hadapan mengangkat muka dari bihun sup. Sisa minyak dimulut dilap
menggunakan tisu. “Habis, kalau kau yang pernah couple tu malang, aku ni, kau kira apa?”
Dia
diam. Betul. Seingat dia memang tak pernah teman di hadapan dia ni couple. Sebut
pasal lelaki tu pernahlah. Cerita-cerita biasa si gadis remaja. Tapi kalau
couple tak pernah. Heh, terkena badi agaknya. Hish.
“So?”
Dia
angkat bahu. “Aku cerita pasal akulah. Kau tu kan memang tak kisah. Tapi aku
kisah. Malu weh. Kawan-kawan aku semua dah berteman. Yang dah kahwin pun
bersusun dah. Aku?”
Sudu
diletakkan kedalam mangkuk sup. Habis juga sup masin ni. “Macam nilah.” tisu
dicapai dari atas meja. Mulut dilap lagi. “Kau ambik bahagian positif. Hidup jangan
fikir buruk je beb. Yang baik, elok, kena ambil kira bahagi darab segala jugak.”
“Chop,
chop. Apa yang positifnya? Aku tak nampak apa yang positif dalam hal aku ni.
kau nak membujang sampai mati? Jadi anak dara tua? Kalaupun kau tak kisah, aku
kisah beb.”
Teman
di hadapannya sengih. “Ji, kau tu baru masuk 24 tahun. Lambat lagi nak jadi
anak dara tua pun.” Air milo ais dihirup perlahan. “Kau tak fikir ke kenapa kau
masih macam ni? sendiri?”
Dia
mengerutkan dahi. Sungguh tak faham. “Kau nak cakap apa sebenarnya ni Alia?”
Alia
sengih lagi. “Kau dah dapat rahmat yang tak ternilah weh. Sedar tak? Kau, dan
aku, insyaALLAH terlindung dari dosa. Dosa berdua-duaan dengan yang bukan
mahram. Dosa zina hati. Dosa daripada pandangan. Kau tak rasa ke yang ALLAH
masih sayang kita, dan Dia jaga kita. Jaga supaya kita ni tak termasuk dalam
golongan-golongan yang rugi. Rugi sebab dah tahu benda tu dosa, tapi tak
hindarkan. Kau nak tahu? Dosa yang paling teruk adalah dosa orang yang tahu
benda tu berdosa, tapi diaorang buat jugak. Kau fikir, diorang tak tahu ke yang
couple tu haram. Kau pun, tahu kan? Tapi berapa orang je yang ambil peduli.”
Jiha
terkedu sendiri. Suasana café terasa sunyi seketika. Telinganya panas. Bukan sebab
marah tapi malu! Terkena pada batang hidung sendiri.
“Kalaulah
kau tanya aku, aku pun takut kalau aku taka da jodoh sampai mati. Sebab kahwin
tu sunnah. Tapi biarlah dengan betul caranya. Aku tak kisah cepat atau lambat. Asalkan
nikmah pernikahan yang sebenar tu aku dapat rasa.” Alia sengih di hujung kata. “Titik.”
Jiha
senyum. Tak sangka. Tak sangka Alia terfikir macam tu. Sedangkan dia, sikit pun
tak ambil yang positif. Sebab tu lah orang selalu pesan. Bersikap husnuzhon. Bersangka
baik. Bersangka baiklah dengan ujian ALLAH Najiha!
5 comments:
waaahhh! buah tgn baru? best2
ke..bukan? hahah
terima kasih untuk pesanan..
allahuakbar, hati ni slalu lupa..
sm2 kita berpesan..
=)
Kak:>> kalo rajin, sy sambung. hehe
Ad Deen:>> same3, >_<
sila rajin..jgn membangau..mengitik..mengangsa..mendonalduck..atau yg seangkatan dgn itu..keh2
Post a Comment