Nak cakap, tapi tak boleh?
Situasi ni akan berlaku bila korang tak senang dengan sesuatu perkara, tapi tak boleh nak luahkan. Sebab apa tak boleh nak luahkan tu tak kira lah pasal nak jaga hati ke, tak nak nanti jadi pergaduhan, ataupun tak nak besar-besarkan masalah. Jadi, korang kena diam je sebab tak nak jadi panjang.
Tapi, mungkin dengan luahkan apa yang nak dikatakan tu boleh pulihkan sesuatu perkara. Tapi itulah. Yang effect negetif yang mungkin akan jadi juga perlu diambil kira. Jadi, tak boleh cakap.
Eheh, tak faham eh. Haha. Takpe.
Rasa nak menjerit kuat-kuat bagitahu apa yang korang rasa, tapi tak boleh.
Okeh, part ni memang tak boleh pasal karang tak pasal-pasal di cop otak tak straight. Haha. Tapi, mungkin boleh juga dibuat kalau tempat tu lapang plus tak ada orang. Macam tepi pantai yang sunyi ataupun atas puncak bukit yang tak ada orang. Ataupun dalam Tasik Mengkuang.(Gila rindu nak pergi sana).
Nak tidur sepanjang hari dan harapkan esok semua perkara yang menyerabutkan hilang.
Yang ni lagilah tak boleh. Apa ingat tak ada kerja yang kena buat? Nak tidur je sepanjang hari?
Okeh, sebelum banyak lagi aku melalut, baik aku berhenti sekarang. Hohoho.
"Apabila anda berada di pagi hari, janganlah menunggu waktu petang, kerana hari ini adalah kesempatan untuk hidup. Oleh itu, anda tidak perlu memikirkan hal kelmarin yang telah berlalu segala kebaikan dan keburukan. Tidak juga memikirkan hari esok yang belum tentu datang."
2 comments:
pernah rasa... kadang2 diam lagi baik... untuk menjaga hati tapi kita y mkn hati betul tak... luahkan secara selindung pon belum tentu boleh buat kite puas hati.. apa y sy buat, diamkan diri n muhasabah diri..tenangkan hati, tenangkan minda...ingat Allah.. insyaAllah okeyh.. yang penting kawan y kite sayang tu tak berkecil hati n jauh hati dgn kite... bile mereka da jauh hati, tak pasal2 hilang kawan... (^__^) (tol ke tak ayat kaka pink ni budak kunen..hoho)
Post a Comment