Jenis Cerita Yang Ada

Yang Ikut Duakaki

Rendahkan Volume Kalau Musik Memekak,, Hehehe

Kerana Tidak Semua Yang Dirancang Menjadi Kenyataan

November 14, 2011

Pentingnya Hati Tenang

Peace >_<

Semua orang tahu hati tenang tu memang penting. Siapa yang tak nak tenang? Siapa yang tak nak hidup dia selesa dan tanpa banyak hal-hal rumit yang perlu difikirkan? Kalau tanya semua, semua mahukan ketenangan. Macam mana nak tenang? Orang cakap senang je nak tenang

Macam mana nak tenang?

Mestilah yang paling penting hubungan dengan ALLAH. Kalau hubungan kita dengan ALLAH jauh, jauhlah tenang itu dari kita.

Apa itu tenang? Bila kita tak perlu fikir kesalahan kita pada orang lain.

Contohnya, bila kita menipu seseorang, ataupun kita mungkiri janji, ataupun juga kita tak jujur pada seseorang tu, otomatik kita akan selalu fikir pasal kesalahan kita tu. Macam mana kita fikir? Macam ni. Katakan kita menipu, hati akan selalu risau kalau-kalau penipuan yang dibuat tu terbongkar. Kan? Jadi, bila nak tenang?

Apa itu tenang? Bila hubungan kita dengan keluarga, saudara mara dan kawan-kawan rapat dan tiada masalah.

Macam mana nak rapat? Selalu berhubung dengan keluarga. Tanya khabar. Tak susah, kan. Jaga hubungan dengan saudara mara dengan kawan-kawan ni sikit susah. Kawan aku pernah cakap, kalau kita tak nak orang lain cerita buruk, atau mengata kita, kita sendiri jangan mengata hal orang-orang lain. Simple, kan? Jadi, konklusi dekat sini, jangan sibuk dengan keburukan orang kalau kita taknak orang burukkan kita.

Apa itu tenang? Bila suasana rumah, kediaman bersih dan selesa.

Kalau meja kerja, katil, ruang tamu penuh dengan barang-barang, boleh ke kita tenang? Bagi aku tak boleh. Hohoho. Sebab itulah barang-barang kita juga kena dalam keadaan bersih dan teratur. Pasal, bila hati dah tak tenang, balik rumah, nampak pulak barang-barang bergelimpangan sini sana, maunya lagi serabut. Kan? 

Jadi, Jum kemas rumah!

Itu je yang aku nak cakap.

p/s:> Tuan punya blog dalam keadaan serabut pasal rumah macam tongkang pecah bila balik dari cuti seminggu. Haish.

Makin stress tak tengok gambar kucing yang stress ni? Haha


3 comments:

Unknown said...

cube tenang~~~~
slmt mengemas

Uji Hussein said...

Suka tengok gambar katak dan kucing tu.Comel!

AkuOsi said...

Hujan menitis:> Haha! okeh!

Kak Scar::> betol!! comel3.. :)

~~