Jenis Cerita Yang Ada

Yang Ikut Duakaki

Rendahkan Volume Kalau Musik Memekak,, Hehehe

Kerana Tidak Semua Yang Dirancang Menjadi Kenyataan

July 10, 2011

Waktu Bermusim

Dekat Penang. Seronok. Habis round satu pulau. Kebetulan musim durian, rambutan dan segala jadah lagi semua ada. Kami singgahlah dekat salah satu kedai. Kedai dia betul-betul tepi dusun. Tepi jalan nak ke Balik Pulau.

Banyak. Rindu pulak dekat dusun ayah dekat kampung. Bukan satu je. tapi tiga! sebut je buah apa nak. semua ada. selain epal lemon bagai lah. mana nak cari pokok epal kat malaysia.

Suap buah durian teringat dekat ayah. Dia suka kutip buah banyak-banyak bila aku balik rumah. Maklumlah balik sebulan sekali. Nak-nak bila musim buah, segala bagai buah ayah kasi. Nanti balik rumah next time musim dah habis. Hehehe.

Buah Durian

Ayah kutip dari kebun dan pilih yang elok-elok je. Dia selalu panggil aku mintak bawa keluar pinggan. Sampai penuh satu pinggan dia letak isi durian. Semuanya yang lemak berkrim. Ayah kata, kalau masam, buang je. Buka yang lain. Hehehee.. Best!


Buah Rambutan

Selalu buah ni paaaalinggggg banyak. Dulu masa kecik-kecik, bila musim rambutan aku tak boleh keluar main petang-petang. Ayah akan tarik aku pergi kebuh dia yang paling jauh. Naik moto. Apa yang aku buat? Ayah suruh aku kutip buah-buah yang jatuh. Letak dalam guni. Dulu masa kecik selalu gak buat muka. Malas. Kakak, abang syok je keluar g main. Aku juga yang kena pergi kebun. Tapi bila dah besar, rindu pulak suasana tu.
Pernah masa aku sekolah asrama dulu, ayah bawak rambutan punyalah banyak. Satu blok boleh makan. Hehehe.

Duku.Langsat

Buah ni aku tak makan sangat. Tapi bila ayah duk cakap best. Manis. Dia suruh aku rasa, aku rasa je lah. Memang manis. Tapi aku x gemar sangat. Dan, sampai sekarang aku tak boleh nak bezakan. Mana satu Duku, Dokong, Langsat. Hehehehe

Kelapa

Yang ni memang tak ada musim. Tapi best. Ayah tahu kami suka air kelapa muda. Siap letak isi kat dalam. Syok. Yang muda, diulangi. Bukan macam yang selalu ada dekat kedai. Huhuhu. Kadang-kadang, bila ikut ayah pergi kebun, makan je terus kat sana. Best! Bila bulan puasa pulak boleh request kat ayah. Nak air kelapa ke nak air tebu. Pasal tebu pun ada ayah tanam. Mesin tebu pun ayah buat sendiri. Lagi pure! Huhu


Sekarang dah tak ada kut semua tu. Itu yang rindu sangat. Al Fatihah~

3 comments:

ZWAN SABRI said...

Tadi baru balik dari umah kazen kat Balik Pulau.. dia buat kenduri buah.. HAHA

MySuaraBlog: Jom Tidur Sebelum Pukul 1 Pagi

Luqeem™ said...

peh bez tu

AkuOsi said...

zwan::> memang kenduri buah.. sampai durian luruh kat tengah-tengah jalan gitu. huhu


Luqeem::> sangat best waktu tu. Huhu

~~