Perlawanan haritu kiranya pengalaman pertama aku la pergi stadium. Selama ni rasa macam aku tak akan pergi stadium, tapi tak tahu lah semangat tu tiba-tiba datang masa perlawanan haritu. Haha.
Okeh. Stadium penuh gila. Memang diorang jual tiket untuk masuk sepenuh-penuhnya ke? Sampai padat? macam tu? Sebab apa... Aku tengok ramai gila je yang berdiri, duduk dekat tangga, yang boleh tengok sipi-sipi dari tepi. Sebab dah super padat tak boleh masuk. Hoho. Entah. Aku tak tahu pulak. Ingatkan tiket dijual sama banyak dengan kerusi yang ada. Tak pun, agak-agak dengan jumpah yang boleh duduk dekat tangga2 tu ja. Rupanya dah melimpah ruah.
Ramai gila yang datang sokong MALAYSIA.
Tapi rezeki bukan untuk negara. Aku tak salahkan pasukan negara jugak sebab, nampakkkkkkk sangat pemain lawan main tipoooo. Adeh. Aku tak tahu la, betul ke diorang sakit. Atau, betul ke bila terlanggar sikit, berguling-guling sampai sebatu jauhnya. ==' Mungkin betul diorang sakit. Mungkin la. Siapa tahu?
Masa balik tu, dah nampak semua muka kecewa. Ada yang dah keluar masa Singapore sumbat gol persamaan. Kira Stadium dah semakin kosong. Kami pun tak kurang kecewa jugak. Dah la first time p Stadium. Kebetulan kalah pulak. Huuuu~
Cuba lagi Harimau Malaya!
Okeh,nak tahu keaadan dalam stadium masa dah abes?? Ni hah
Anak panah tu menunjukkan geng-geng yang paling meriah sorakan. Huhu |
Jammed punya pasal, ramai gila yang parking jauhhhhhhh gila. Ini bukan jauh punya cerita. Ini sangat jauhhhhhh.. Aku respek la kat diorang. Sanggup jalan kaki jauh-jauh. Walaupun balik dengan kecewa. Saassspek lah dekat korang. Kami pun parkin jauh sangat. Tapi tak jauh mana lah. Jalan tak penat.
Tapi, masa balik tu, memang buat JANTUNG kami penat. Pasal apa?? Macam ni, masa parking, punya lah penuh kereta parkin tempat tu sama. Masa balik??? Tengok ni
Nampak kereta hitam tu? Dan kereta-kereta yang lajuuuuu di kanan kiriii T_T |
Nasib baik tak kena langar |
Okeh, itu sahaja. Sekian~
No comments:
Post a Comment