Jenis Cerita Yang Ada

Yang Ikut Duakaki

Rendahkan Volume Kalau Musik Memekak,, Hehehe

Kerana Tidak Semua Yang Dirancang Menjadi Kenyataan

July 26, 2011

Ramadhan

Kejap je masa jalan. Macam baru lepas beli makanan pukul 10 malam untuk sahur pukul 4 nanti. Macam baru je rasanya aku beli beskot banyak-banyak. Buat bekal kalau tak sempat nak sahur. Dan macam semalam je kitaorang buat bulatan besar-besar. Keliling macam-macam jenis lauk, nasi, kuih yang ada dekat tengah-tengah. Tunggu orang azan maghrib. Lepas tu semua siap2 pergi terawih. 

Best!

Tapi lama-lama terfikir jugak. Orang sekarang dah buat Ramadhan macam adat. Macam aku. Aku membesar dengan perkara-perkara yang biasa orang buat masa bulan Ramadhan. 

Contoh. 

Seminggu sebelum mula, bazaar dah mula pacak tiang. 
Kuih-kuih raya pun dah mula dibuat. 
Baju-baju raya pun ramai yang dah hantar untuk tempah. 
Orang jual mercun pun macam cendawan tumbuh.

Apalagi eh?

Tapi korang boleh nampak kan apa yang aku nampak?

Okeh. Kalau nak dikira, bulan ni lah bulan yang terbaik untuk kita tambah pahala. Rasanya tak ramai yang nak kejar semua tu. Tak ramai yang nak pergi terawih tiap-tiap malam full. 
Nak khatam Quran lagi lah. Nak sembang pasal kebaikan pun tak sangat rasanya. Tengah hari dah fikir nak beli apa untuk berbuka.Tv pulak dam bersedia dengan cerita-cerita balik kampung. Cerita raya. Konsert raya.

Padahal masa Bulan Ramadhan lah Allah dah menjanjikan macam-macam. 

Sebab dah biasa. Suasana Ramadhan dekat sini memang macam tu. Dah macam adat. 
Bukan semua. Ada juga yang memang manfaatkan Ramadhan sebaik mungkin. Tapi rasanya sangattttttt sikit. 

(Ya Allah, aku pun tak nampak sebelum ni)

~~~Ku mengharap kan Ramadhan kali ini penuh makna~~~

No comments:

~~