Jenis Cerita Yang Ada

Yang Ikut Duakaki

Rendahkan Volume Kalau Musik Memekak,, Hehehe

Kerana Tidak Semua Yang Dirancang Menjadi Kenyataan

June 30, 2011

~Keluarga Baru~

Tanggal awal bulan enam haritu, kak ipar aku yang baru tu selamat melahirkan seorang putera untuk abang aku. Huhuhu.. Comel gila.. kecik je. Macam nak cubit tak nak lepass,, Huuuu~

Abang aku punya lah happy. Dia memang dah lama jeles tengok kawan2 sebaya dia dah ada satu dua anak. Last-last, dia dapat jugak dukung anak sendiri. Alhamdulillah. Aku pun dapat dukung anak baru. heee~

Ni hah gambo dia...

>_<
Masa ni, nenek dia, (mak aku) baru nak mandikan dia. tu pasallah gambo seksi. Hehe.. Gambar lain tak ada lagi pasal aku pun baru sekali dapat jenguk dia masa balik kampung haritu. Huhu



Okeh. 
Nama dia? Ini la yang aku nak cerita. 

Abang aku mintak cadangan dari kakak aku. Then, kakak aku pun kasi la berjela list nama yang dia suka. Last-last kakak aku pilih Qamil Qusyairi. Abang aku tak nak pasal Qusyairi tu makna dia hujan. Kakak aku argue balik, cakap hujan tu maknanya rahmat. Abang aku tak nak jugak.(takut anak dia asyik nangis kut) Hehe..

 So, nak di jadikan cerita, kakak aku terus suggest Faizin. Okeh. Abang aku setuju. Abang aku cakap, nanti mesej nama tu. Dia nak pergi daftar nama. Qamil Faizin. Santek. 

Kakak aku yang terexcited ni pun mesej  la abang aku. Taip

QAMIL FAIZI    .........(withOUT N)

send

(Sebab nak cepat+excited nama cadanganya diterima+entah apa yang dia pikir masa tu)

So, terdaftarlah QAMIL FAIZI instead of Faizin. Huhu.

Walau apa pun. Moga dia membesar dengan baik. InsyaALLAH~

June 27, 2011

Menunggu~

Siksa betol menunggu. Barulah aku faham perasaan orang menunggu. Menanti. Siksa. Pedih.

Aku memang tak sanggup nak tunggu lama-lama-lama. Waiting is torture, orang kata.

Hadoih. Sampai bila aku kena tunggu ni. 

Oh GAJI... 

Muncullah kamoooo.. Hahaha



Habis, korang pikir aku tunggu apa?? Haha

June 21, 2011

Budak-Budak

Gambar yang aku nak letak ni, tak ada motip pun sebenarnya. Haha..

Maapkan lah aku yang bosan ini..

Lalalala
Ni masa dekat Feringgi. Santekkk Sangat. Subhanallah~

Ini dia dua budak nakal tak ingat....

Masa celebrate besday. Bukan main lagi~, hoo

Memang pandai berlakon ~surprise!!!! T_T~



Ini budak nak besa dah. Dah nak tumbuh gigi betul.. Hohoho,, Babai gigi susu!

Kalo bab berposing no. 1!

Ni adeknya. Mastermind. Kadang-kadang kakak pun kalah. Haha.. 
jangan percaya dengan luaran. Okeh!.. huuu~

>_<

Harap-harap diorang kekal baik sampai besar. Tak gaduh-gaduh. Tak dengki-dengki. Hormat orang tua.. Okeh sayang-sayang ku semua. Buat perangai lagi, Aunty OC sekeh laju3.. Hahaha >_<

Aman, tak ada perang~



June 19, 2011

Rojak Campuran!!

Kenapa Rojak?? sebab entry ni tak spesifik. aku nak gabung je semua yang dah jadi perkasam aku simpan..
Mula mula sekali......

Masa habis Final exam dulu, aku dengan beberapa kerat kawan aku mulakanlah operasi. Opp Cari kerja. Hehehe..
Masa duk pusing-pusing tu, banyak gak benda y menarik perhatian yang aku jumpa. Bagi aku la. Kalau korang tak tahu la. Hohoho.. Ini dia....
Jalan Asam Jawa.. Huu~ Agak-agak, bila lalu sini, rasa masam x? Hoho

Kalau SRK tu Shah Rukh Khan! Heee~


Yang ni paling best. Nama kilang tu OC kut. Ke, kilang ni aku punya tanpa pengetahuan aku.. Haha,,
mula lah nak mengarut..

Nextt....


Okeh, Ini time pergi dekat RUMAH KACA. Rumah kaca ni bukan macam rumah hijau yang tanam pokok tu. Ini rumah y berkaca-kaca. Haha. pon bukan. Rumah Budak-budak AF last.

Aku ni bukanlah peminat AF pun. Pergi sana pasal Kak ipar aku yang excited sangat nak tengok.

Ini dia kacanya. Tak adalah besar sangat. 

Cuba korang teka artis mana yang dikerumuni ramai ni? Cuba teka?? Cuba2??? Haha

Dia ni memang peminat stacy. tapi dulu la. Masa stacy dalam AF dulu. Sekarang dia kata Stacy jahat pasal Lagu stacy tajuk nya Jahat. Kakak..kakak.. Haha


Okeh.

Next..Pasal dia promo filem si Jack sparrow tuh. Huhu.. meriah betol dia punya promosi sampaikan sanggup curi kapal lanun Jack bawak masuk dalam Mid! Haha


Ni aku tak tahu siapa punya Skull dia curi. Siap ada tanduk. Haih.

Panjang lah pulak.. Hee~. Tapi tak apa. Penuh ngan gambo je.. Lalala...

>___<



June 18, 2011

Aku Bos dan Dott Dottt Dotttttttt 2~

Setakat ni lah, dah 4 jenis kerja aku buat. Kerja lain-lain. Apa je kerja kat sana yang aku tak buat. Semua aku buat. Bukan sengaja gila kuasa nak buat semua. Tapi bos haku tuh ha,,, Adesss.. 

Dari Call customer
Pergi ke dengar call orang, 
Pergi lagi ke proses maklumat A
Lari pulak ke proses maklumat B
Lepas tu dia suruh aku buat balik Proses maklumat A.. 

Hadess..
Mentang-mentang la haku part time, ko campak je aku kat mana-mana kan boss..

Hah, lupa!! Hari tu dia panggil kami masok bilik (again)..

Soalan:: Datang tadi naik apa??
Kami:: Kereta.(jujurnya).
Bos:: Kalau macam tu senang la. (Senyum x leh nak tafsir).
Kami: (Buat muka pelik).
Bos:: Kamu OT lah hari eh?? OT eh???
Kami:: (erk.. Nora Elena last hari ni... Waaaaaa.)

Tapi kami hekottt jugak. pasal orang baru, x reti lagi nak bagi alasan macam-macam. Kerja yang bertimbun punya pasal lah  ni.. Haih. 

Syok-syok time OT tu dia datang tanya nak minum apa semua. Semua diam. Senyum je, nak cakap malu(ye lah tu). Then, dia keluar.

Pastu...

.......setengah jam......

Dia masuk balik...

Kami::Eh, mana airnya??
Bos:: Laa.. saya tanya tadi semua senyap... ((T_T))

Haih bos.. tak tahu ker... Diam tu maknanya SETUJU!!


June 17, 2011

T_T

Padah bila ada EMPAT email...

Lupa password. 
Tak boleh bukak.
Tak boleh baca.
Tak boleh tengok.
Terlepas benda penting y dihantar ke email tu.

T_T 

June 15, 2011

Korang Tahu Tak???

                  Tahu taak? dulu Nama blog ni bukan akuoc... haha.. Sebelum ni aku guna nama lain. Yang ada kaitan dengan benda alah ni la.......

Sunkist >_<
Alkisahnya aku suka makan sunkist ni. Haha.. Jadi, masa mula-mula nak buat blog dulu, aku letak je nama sunkistsedap tanpa pikir panjang. Haha.. sunkistsedap.blogspot .. Tuh nama lama aku. Rasa-rasanya sebelum post yang ke 50 kut aku baru tukar nama akuoc. Lagi best guna nama sendiri. Hahaha.. Peace, dari aku yang bernama Oc.. heeee~

June 14, 2011

Aku Bos dan Dott Dottt Dotttttttt

Hooooooo~
Assalamualaikum.. Selamat petang yang aman semua. Amacam tajuk? Boleh menimbulkan satu perasaan yang tidak baik, kan? Hahaha,,, Bukan-bukan-bukan.

Pasal aku harini. Dengan Bos. (Mr. E) . Masuk je pagi tu, Aku kena tunggu dia masuk.(Pasal kerja aku, dia yang tetapkan) 

Okeh. Tuh dia Mr. E dah masuk.

Pukul 10!? T_T -nama pun bos, suka suki  dia lah nak masok jam berapa-(Heeee~)
Kerja aku harini?? Tunggu dia buat kerja dalam bilik meeting.

Dan.. tunggu lagi..

Lagi... tunggu... 

Mr. E: Kejap ya OC.
Aku: Okey

Lagi kena tunggu....(hentah hape la kerja yang dia buat. Aku dudukkkkk je depan dia) Haih.
Pukul 11 !!?  Aku kena buat apa harini? Nak call, dia tak kasi. Nak buat benda lain, takkan lah aku nak memandai mandai.. Huuuuu~

 Okeh. Aku tunggu..... (Masih tunggu dia buat kerja dia)

~Lunch~

Finally! (Mr. E dah bagi kerja kat aku)

Kalo bagitahu awal-awal kan senang. Tak payah la aku dudukkkkkk je mengadap dia sampai lunch T_T
Sabo je lah.. Hahaha,,, err jap...aku dikira kerja separuh hari ke tak ni? Huhuuuuuu


p/s::::
Makan Epal Separuh-Separuh Macam Ni, Best Gak. Dua Rasa Sekali Gus.. Huhu

June 13, 2011

Diam-Diam Berisi

Okeh, aku dah pindah tempat, Tidak lagi menelepon,,, tidak lagi menemukan cerita-cerita pelik dari customer.. Huuu.

Aku jadi tukang dengar orang menelepon pulak. Kerja belakang tabir. Hamik aku. dari cakapppppppppppp banyak..kena diam seribu bahasa. Hoooo.

Jadi...selamat tinggal ....
Mejakuu...dun miss me..Huuuu~




June 12, 2011

Tiga Dan Empat



Assalamualaikum...

Masok empat hari aku kerja, makin banyak call pelik yang aku dapat. Pelik macam mana? Aku nak cerita lah ni. Huuuuuuu~

Aku: Hello, selamat pagi, boleh cakap dengan Mr. Yamapi (bukan nama sebenar)?
Yamapi: ya saya.
Aku: Saya OC dari T*****m Malaysia,
Yamapi: Ya, sayang.
Aku: T_T macam ni pun ada jugak ker??? (Dalam hati je laa) Haih..

Ada lagi. Elok je aku baca promosi dia, dah sampai pun ke skrip terakhir, tiba-tiba....

Customer: Cik, sebenarnya, En. XXX ni dah meninggal.
Aku: Erk,,,,,

Hohoho.. tapi tak apa lah,, orang kata tu pengalaman. Baru lah ada perasa sikit dalam hidup. Tapi yang aku tak leh lupa, aku nak tergelak masa buat calll.. sebabnya, dalam skrip yang diorang kasi tu tertulis macam ni... 

Macam ni....

.........terima kasih kerana menggunakan PERKHIDMATAM kami. 

Siapa yang typooooo nih? Sia-sia je dengan aku-aku sekali sebut perkhidmatammmm T_T. 

Ada juga cust chinese yang tak faham melayu. Dia suruh aku cakap mandarin. Setakat ni hao ma tu aku tahu la.. heeeee~.Nak sebut segala promosi yang ada tu dalam mandarin, mahunya aku terbelit lidah.. Haha..

Itu je lah. Nanti aku cerita lagi. Hehehe.... Adiosssss~ 

Oh ya, Kenal x Yamapi? Untuk siapa2 yang tak kenal,
Dia ni lah YAMAPI...
Tak jelas  pulak muka dia... Jap.....

Nah. Ni muka dia,, Huuuuuu~~

Atok yang berlakon di JEPUN.. huuuu~

June 9, 2011

Second Day



Jap, aku nak cerita apa pasal kerja ni? Bukan ada benda menarik pun. Semua orang pernah kerja. Aku je JAKUN. Baru masuk opis,, kahkahkah,,

Kesian kat aku, kan,, Hoooo~

Okeh, hari kedua okey je,, (Selain aku x ada punch card lagi) 

Tapi yang lain okey je (Selain kena tegur ngan bos pasal silap sendiri)

Betul. yang lelain tu okey je la untuk hari kedua (Errrr,,,selain aku terbagi silap info kat customer T_T) 

Warghhh,,, Tolong jangan buang aku on my second day,, Heeeeee~



Assalamualaikum >_<

June 8, 2011

Assalamualaikum!!!!!

Haip,,, Lamaaaa tak buat entry,, hhuhuhu,,, 

Aku duk mencari kerja lagi sebenarnya. Nak cari duit untuk makan Sepinggan Nasi,, (sesuap nasi mmg aku x cukup) Heee

Dan
Aku dah dapatttttt
Hohohoho,,
Kerja apa?

CAKAP

Cakap

Tekan nombor, Cakap LAGI

Itulah kerja aku. Tapi tak apalah. Asalkan ujung bulan, duit masuk.. Hehehe,,,

Moga Happy Ya Semua!
Adiosss


June 2, 2011

Betul ke Prince William ceraikan Kate Middleton??????

Gemporrrrrrrrr!!!!!!!!




LONDON—Barely a month after marrying 29-year-old Kate Middleton in a royal wedding ceremony watched by an estimated 2 billion people worldwide, Prince William announced Tuesday that he and Middleton have divorced and that the entire marriage was "a tremendous mistake in every possible regard." "I really don't know what I was thinking—we're a terrible match, I don't love her and never have, and, to be honest, I never really had any interest in being married in the first place," announced the now unattached Prince William to a dead-silent British press corps. "People thought our wedding was some sort of fairy tale, but I assure you it was all just some ghastly ceremonial farce that got out of hand. I'm just relieved it's over, frankly. And I'm glad I'll never have to see that awful woman again." Prince William then told the assembled reporters, "Well, see you all later," smiled, and walked back into Buckingham Palace.


aku hambik dari sini

biar betul???? hadesss.. macam-macammm

Apa Cerita Ni?????

~~