Jenis Cerita Yang Ada

Yang Ikut Duakaki

Rendahkan Volume Kalau Musik Memekak,, Hehehe

Kerana Tidak Semua Yang Dirancang Menjadi Kenyataan

July 31, 2011

Post Laju-Laju -Akhir-

Okeh. Last but not least. Selamat berpuasa dan selamat Hari Raya. Maaf kalau ada kata-kata aku yang ditaip ini mengguris hati korang. Sekali lagi minta maaf. Moga jumpa lagi.!!! >___<



 , ⋎´✫¸.•°*”˜˜”*°•✫ ..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫ ☻/ღ˚ •。* ˚ ˚✰˚ ˛★* 。 ღ˛° 。* °♥ ˚ • ★ *˚ .ღ 。 /▌*˛˚ღ •˚ SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK ˚ ✰* ★ / \ ˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •* ˚♥







"Sesiapa yang menyembah Ramadhan, Ramadhan akan berlalu! Tetapi sesiapa yang menyembah Allah, Tuhan kepada Ramadhan, Allah Maha Kekal."

Apa yang dimaksudkan dengan menyembah Ramadhan? Iaitu beribadat kerana bulan Ramadhan, antara contohnya, puasa tetapi tidak solat, puasa tapi tak menutup aurat, baca al-Quran khusus untuk bulan Ramadhan..




--Peringatan untuk diri sendiri jugak--- 


~~~~Assalamualaikum~~~ >_<

Post Laju-Laju 4

Aku tak tahu nak tulis apa dah. Rasanya banyak gambar2 yang aku simpan, tapi hilang pulak. Hohohoho..

Okeh... Ini gambo masa aku balik Opis. Jem krem.. Bos aku memang suka suruh OT, katanya tak capai target. Gaji lambat tak apa pulak T_T. Kau suka kan bos, nak aku makan pasir untuk sahur nanti. Haih

Matahari tebenam di belakang Masjid Negeri

Post Laju-Laju 3

Okeh. Cerita pasal Pergi tengok bola haritu pulak. Aku rasa semua orang dah tahu. Malaysia tewas dengan agregat 6-4 kepada Singapura.

Perlawanan haritu kiranya pengalaman pertama aku la pergi stadium. Selama ni rasa macam aku tak akan pergi stadium, tapi tak tahu lah semangat tu tiba-tiba datang masa perlawanan haritu. Haha.

Okeh. Stadium penuh gila. Memang diorang jual tiket untuk masuk sepenuh-penuhnya ke? Sampai padat? macam tu? Sebab apa... Aku tengok ramai gila je yang berdiri, duduk dekat tangga, yang boleh tengok sipi-sipi dari tepi. Sebab dah super padat tak boleh masuk. Hoho. Entah. Aku tak tahu pulak. Ingatkan tiket dijual sama banyak dengan kerusi yang ada. Tak pun, agak-agak dengan jumpah yang boleh duduk dekat tangga2 tu ja. Rupanya dah melimpah ruah.

Ramai gila yang datang sokong MALAYSIA.

Tapi rezeki bukan untuk negara. Aku tak salahkan pasukan negara jugak sebab, nampakkkkkkk sangat pemain lawan main tipoooo. Adeh. Aku tak tahu la, betul ke diorang sakit. Atau, betul ke bila terlanggar sikit, berguling-guling sampai sebatu jauhnya. ==' Mungkin betul diorang sakit. Mungkin la. Siapa tahu?

Masa balik tu, dah nampak semua muka kecewa. Ada yang dah keluar masa Singapore sumbat gol persamaan. Kira Stadium dah semakin kosong. Kami pun tak kurang kecewa jugak. Dah la first time p Stadium. Kebetulan kalah pulak. Huuuu~

Cuba lagi Harimau Malaya!

Okeh,nak tahu keaadan dalam stadium masa dah abes?? Ni hah

Anak panah tu menunjukkan geng-geng yang
paling meriah sorakan. Huhu

Jammed punya pasal, ramai gila yang parking jauhhhhhhh gila. Ini bukan jauh punya cerita. Ini sangat jauhhhhhh.. Aku respek la kat diorang. Sanggup jalan kaki jauh-jauh. Walaupun balik dengan kecewa. Saassspek lah dekat korang. Kami pun parkin jauh sangat. Tapi tak jauh mana lah. Jalan tak penat. 

Tapi, masa balik tu, memang buat JANTUNG kami penat. Pasal apa?? Macam ni, masa parking, punya lah penuh kereta parkin tempat tu sama. Masa balik??? Tengok ni



Nampak kereta hitam tu? Dan kereta-kereta yang lajuuuuu di kanan kiriii T_T

Nasib baik tak kena langar
Mengucap panjang kawan aku tengok kereta dia satuuu je yang duduk dekat tengah-tengah highway tu. Aduii.. tadi punyalah ramai yang parking, sekarang tinggal dia punya je. Memang gila. Huhuhu...

Okeh, itu sahaja. Sekian~



Post Laju-Laju 2

Okeh. Kali ni nam cerita pasal cerita HARRY POTTER haritu. Semangat gila nak tengok last episod cerita ni. Tak nak tunggu lama-lama. Terus aku tempah tiket dekat member aku yang kerja dekat TGV. Okeh. settle. malam ni pergi tengok.

Tapi pukul 5 macam tu kawan aku tu call.  Errr... apa dia Ayong?

Ayong::Wei, aku minta maaf banyak-banyak. Aku dah suruh supervisor aku savekan untuk korang, tapi kawan aku masuk kerja pagi tadi dia terjual. Sold out weh!


Aku :: T_T

Tak boleh jadi ni. Kena tengok jugak. Aku nak cakap hard fan cerita ni, tak lah sangat. Tapi kalau kau nak tanya apa-apa pasal ceritani, aku boleh je jawab. Hohoho..

Terus check online. Dekat OU ada! Siap-siap terus pergi OU. Habis Jugak!! Yang tinggal, lagi 2 jam. Ambik jugak sebab dah alang-alang sampai sana. Depan sekali pulak tu. Huuuu~

Sementara menunggu tu, kami singgah makan dekat Kluang Station. Kedai tu pun dah siap-siap nak tutup dah. Heee~



Nasi Ayam Ape eh? lupa. haha

Ini sebenanya kanak-kanak punya meal. Hehe


Okeh. Pasal cerita Harry Potter pulak, aku puas hati sangat. Ending dia tak dijangka >>walau dah baca kat buku<< Haha.. tapi sedih jugak sebab ramai yang mati. Pasal Neville Longbottom yang kalau korang tengok dia masa kecik, memang asyik kena masalah je. Huhu. Harry, Harmonie dan Ron. Itulah namanya Sahabat Sejati..


Adui, sedih pulak Harry Potter dah habis.

Post Laju-Laju 1

Okeh. Esok insyaAllah mula puasa. Aku rasa nak berhenti japs dari mengupdate blog (walaupun aku bukannya suka update tiap-tiap hari.) Huhuhuhu.

Sebenarnya banyak sangat gambar yang aku simpan untuk blog. Tapi aku malas  tak ada masa nak post. Hehe.

Mula-mula pasal Dapur kesayangan kami. Dah ada aku taip pasal Dapur ni. Cuba klik SINI dan SANA ..

Kisahnya, Dapur Pintar kesayangan dah tak ada. Ditukar. Pekerja-pekerja yang super peramah baik itu semua dah berhenti semua. So, tamatlah Riwayat Kami Dan Dapur Pintar. Agak-agak, ada lagi tak pemangkin untuk kami jadi pintar lepas ni? Huhuhu.. Selamat tinggal Dapur Pintar!!!. We will miss u~. Kihkihkih30 kali.

July 28, 2011

Saat-Saat Akhir!!

Pesan aku, jangan cari sesuatu benda tu LAST MINIT. Pasal apa, macam-macam kemungkinan boleh jadi. Hohoho

Okehs. Pasal bola Malaysia lawan Singapura esok, tiba-tiba pulak kitaorang semangat nak pergi tengok. Bukan pasal minat gila fanatik. Bukan jugak pasal dah biasa pergi tengok dekat stadium. Tapi rasa bangga tiba-tiba. Sebabnya perlawanan ni untuk kelayakan ke Piala Dunia. Gila tak bangga. Opss tersemangat pulak. Haha.

Okeh. Apa kaitan dengan saat-saat akhir? Macam ni. Tiket Check. (Masa lunch semalam curi-curi keluar pergi Bukit Jalil, rompak tiket yang kaler pink tu. Haha. Okeh. Settle! (Walaupun masuk opis 15 minit lambat, tanpa makan apa-apa T_T )

--Bos jeling-jeling manja je tengok kami masuk seludup-seludup. Hehehe.

Okeh. Esok dah game. Jersi tak ada. Gaji pun belom masuk ( Lambat betol lah diorang nak keluarkan gaji. Haih)

Serbu uptown. Semangat punya pasal. Sampai sana, ingat kami je yang baru nak cari jersi. rupanya....! Gila kereta bersusunnnnnnnnnn. Rata-rata nak cari jersi jugak. 
Mana aku tahu diorang nak cari jersi???
Sebabnya, segala kedai lain. Kosong. Yang penuh kena serbu hanyalah kedai yang jual Jersi! Penuh sesak. Time-time ni la diorang nak cari. Haih.

Harga pulak???

Memang melambung-lambung lah. Nak cari yang cikai pun x ada. Rata-rata RM 50 ke atas. Nak menitik air mata masa nak bayar (Hehehe).


Konklusinya, jangan nak cari jersi malam ni, kalau perlawanan tu esok! 

Dah. Settle. Harap-harap lah Malaysia menang esok.

Oh, Aku beli yang warna apa? Lagi nak tanya? Mestilah Kuning! Hohoho



.Okeh. Tido! (dengan jersi) 
Hahahaha

July 26, 2011

Ramadhan

Kejap je masa jalan. Macam baru lepas beli makanan pukul 10 malam untuk sahur pukul 4 nanti. Macam baru je rasanya aku beli beskot banyak-banyak. Buat bekal kalau tak sempat nak sahur. Dan macam semalam je kitaorang buat bulatan besar-besar. Keliling macam-macam jenis lauk, nasi, kuih yang ada dekat tengah-tengah. Tunggu orang azan maghrib. Lepas tu semua siap2 pergi terawih. 

Best!

Tapi lama-lama terfikir jugak. Orang sekarang dah buat Ramadhan macam adat. Macam aku. Aku membesar dengan perkara-perkara yang biasa orang buat masa bulan Ramadhan. 

Contoh. 

Seminggu sebelum mula, bazaar dah mula pacak tiang. 
Kuih-kuih raya pun dah mula dibuat. 
Baju-baju raya pun ramai yang dah hantar untuk tempah. 
Orang jual mercun pun macam cendawan tumbuh.

Apalagi eh?

Tapi korang boleh nampak kan apa yang aku nampak?

Okeh. Kalau nak dikira, bulan ni lah bulan yang terbaik untuk kita tambah pahala. Rasanya tak ramai yang nak kejar semua tu. Tak ramai yang nak pergi terawih tiap-tiap malam full. 
Nak khatam Quran lagi lah. Nak sembang pasal kebaikan pun tak sangat rasanya. Tengah hari dah fikir nak beli apa untuk berbuka.Tv pulak dam bersedia dengan cerita-cerita balik kampung. Cerita raya. Konsert raya.

Padahal masa Bulan Ramadhan lah Allah dah menjanjikan macam-macam. 

Sebab dah biasa. Suasana Ramadhan dekat sini memang macam tu. Dah macam adat. 
Bukan semua. Ada juga yang memang manfaatkan Ramadhan sebaik mungkin. Tapi rasanya sangattttttt sikit. 

(Ya Allah, aku pun tak nampak sebelum ni)

~~~Ku mengharap kan Ramadhan kali ini penuh makna~~~

July 25, 2011

Sabar itu Indah

Aku pernah baca. Orang yang kuat itu adalah orang yang boleh menahan marah. Kuat sebab boleh tahan segala marah dlm hati. Kuat sebab boleh sabar. Kuat. Tapi ternyata aku tak sekuat itu. Aku marah. Aku tak boleh nak tahan marah. Aku tak kuat.

Minta maaf. aku marah kau sebab aku nak kau sedar. Bukan sebab nak kurang ajar. Maaf.


Wahai OC, kalau nak marah lain kali, ingat ni.....

”Sesungguhnya marah itu dari syaitan dan syaitan itu dicipta dari api, dan api itu diredam dengan air maka apabila diantara kalian marah berwudlulah.” (HR. Ahmad dan yang lainnya dengan sanad hasan)

Banyak orang mengakui, selesai berwudhu, ada perasaan sejuk yang hebat baik fisik maupun psikis yang menjalar dalam diri seseorang. Subhanalloh, inilah salah satu manfaat wudhu.

Terakhir, mari kita memohon lindungan Alloh dari godaan syaithan yang terkutuk karena perasaan marah berasal dari syaitan. Syaitan pula yang membuat kita 'terlena' dengan kondisi seseorang ketika marah. Lawan syaithan dengan imanmu!

"Dan jika syaitan datang menggodamu maka berlindunglah kepada Allah. Sungguh, Dia Maha Mendengar , Maha Mengetahui" (Al-A'raf:200)


~>>>Apesal lain macam je bentuk tulisan aku harini.. Huhuhu. Emosi tak stabil. sekian~

July 24, 2011

ADAM DAN HAWA

Hari minggu yang bosaN. Aku belek-belek segala benda yang menarik. Pergi page sana. Page sini. Dan terjumpalah.... Huhu,, selamat membaca!


UNTUK ADAM DAN HAWA...

Adam...

Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,

Gagah perkasa seperti Badang,

Kau gunakan Hawa sebagai umpan,

Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.

Hawa...

Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,

Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,

Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,

Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.


Adam...

Kadangkala kekacakan yang ada padamu,

Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,

Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,

Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.


Hawa...

Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,

Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,

Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,

Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.


Adam...

Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,

Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,

Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,

Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.


Hawa...

Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,

Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,

Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,

Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.


Adam...

Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,

Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,

Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,

Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.


Hawa...

Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,

Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,

Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,

Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.



Oleh itu Adam...

Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,

Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,

Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,

Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.



Adam...

Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,

Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,

Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,

Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.



Begitu juga Hawa...

Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,

Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,

Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,

Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.



Hawa...

Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,

Namun...itu bukanlah yang Adam harapkan,

Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,

Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.



Untukmu Adam :

Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan. Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa. Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri. Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.

Untukmu Hawa :

Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi. Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami. Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang 
diidamkan oleh Adam




July 22, 2011

Di pagi yang ceria ini

Assalamualaikum dan Selamat pagi! \^_^/



بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ




Dengan nama Allah... yang bila nama-Nya disebut, segala sesuatu yang berada di bumi dan di langit tidak akan berbahaya, Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.


-Moga dijauhkan segala bahaya~

July 20, 2011

Kartun


Cuba Korang Baca Gak Cerita Contengan Jalanan Sebelum Puasa Ni. Aku nak kasi korang rasa apa yang aku rasa.. 

Novel dari Hlovate.. 

Adeh. Tak sempat nak berpuasa dekat rumah tahun ni. Kerja oh kerja.

~Assalamualaikum~

July 13, 2011

OT

Balik dari bercuti. Aku alami Tuesday Blues. Mengantuk dari pagi sampai waktu lunch!. Lepas makan, pekena roti canai di tengah-tengah hari. Mata segar sikit. 

Balik office. Rilaks lagi (Bos tak ada) Buka facebook, main ym.

Lepas Zohor semua siap. Duduk balik atas kerusi kerja. Bos balik office
(Dengan kerja-kerja bertimbun!)

Kol 3 tak siap. Kol 4 tak siap lagi. Jeling lagi jam. Pukul 6! Masa dah time!
(Officemate aku ckp T_T)

Dengan semangat punggah barang letak dalam beg. Dah sedia nak balik. Tiba-Tiba

Bos:: Kamu ot la hari ni eh? Siapkan semua tu. Boleh?
Aku:: T_T

Bos sogok kami dengan KFC. Sampai lah pukul 10 baru balik. Gila. Seminggu tak payah OT dah...

Penat~~~~

July 11, 2011

Music Box

Apesal lagu ni macam yang dalam music box punya? 
Haha,, entah. 
Aku dah pening nak pilih lagu apa. Nak pilih lagu yang aku suka karang, korang tak suka. 
Nak pilih lagu yang korang suka, mana lah aku tahu lagu apa. Huhuhu

Terimalah lagu dari Beethoven-Fur Elise ini ye. Lalala


July 10, 2011

Waktu Bermusim

Dekat Penang. Seronok. Habis round satu pulau. Kebetulan musim durian, rambutan dan segala jadah lagi semua ada. Kami singgahlah dekat salah satu kedai. Kedai dia betul-betul tepi dusun. Tepi jalan nak ke Balik Pulau.

Banyak. Rindu pulak dekat dusun ayah dekat kampung. Bukan satu je. tapi tiga! sebut je buah apa nak. semua ada. selain epal lemon bagai lah. mana nak cari pokok epal kat malaysia.

Suap buah durian teringat dekat ayah. Dia suka kutip buah banyak-banyak bila aku balik rumah. Maklumlah balik sebulan sekali. Nak-nak bila musim buah, segala bagai buah ayah kasi. Nanti balik rumah next time musim dah habis. Hehehe.

Buah Durian

Ayah kutip dari kebun dan pilih yang elok-elok je. Dia selalu panggil aku mintak bawa keluar pinggan. Sampai penuh satu pinggan dia letak isi durian. Semuanya yang lemak berkrim. Ayah kata, kalau masam, buang je. Buka yang lain. Hehehee.. Best!


Buah Rambutan

Selalu buah ni paaaalinggggg banyak. Dulu masa kecik-kecik, bila musim rambutan aku tak boleh keluar main petang-petang. Ayah akan tarik aku pergi kebuh dia yang paling jauh. Naik moto. Apa yang aku buat? Ayah suruh aku kutip buah-buah yang jatuh. Letak dalam guni. Dulu masa kecik selalu gak buat muka. Malas. Kakak, abang syok je keluar g main. Aku juga yang kena pergi kebun. Tapi bila dah besar, rindu pulak suasana tu.
Pernah masa aku sekolah asrama dulu, ayah bawak rambutan punyalah banyak. Satu blok boleh makan. Hehehe.

Duku.Langsat

Buah ni aku tak makan sangat. Tapi bila ayah duk cakap best. Manis. Dia suruh aku rasa, aku rasa je lah. Memang manis. Tapi aku x gemar sangat. Dan, sampai sekarang aku tak boleh nak bezakan. Mana satu Duku, Dokong, Langsat. Hehehehe

Kelapa

Yang ni memang tak ada musim. Tapi best. Ayah tahu kami suka air kelapa muda. Siap letak isi kat dalam. Syok. Yang muda, diulangi. Bukan macam yang selalu ada dekat kedai. Huhuhu. Kadang-kadang, bila ikut ayah pergi kebun, makan je terus kat sana. Best! Bila bulan puasa pulak boleh request kat ayah. Nak air kelapa ke nak air tebu. Pasal tebu pun ada ayah tanam. Mesin tebu pun ayah buat sendiri. Lagi pure! Huhu


Sekarang dah tak ada kut semua tu. Itu yang rindu sangat. Al Fatihah~

July 7, 2011

Jalan-Jalan-Jalan



Kami mahu ke PENANG. sekian,, huhu

July 2, 2011

Versus

Okeh. Sebelum dapat gaji haritu, aku dah rembat satu novel dari kedai buku dekat sentral tu(mmacam biasa).

Duit yang aku beli tu sebenarnya untuk belanja sementara tunggu gaji lagi seminggu. Tapi, tak apalah. Hehe. Pasal dah lama aku nak, jumpa terus sambar. Menggigil jugak tangan masa hulur dua keping not merah kat si Cashier tuh, Huhu,, boleh buat beli nasi lemak 2O bungkus!

Tapi tak apa. Sebab aku yakin isi buku dia tak mengecewakan. Macam biasa. Best, Santai. Banyak benda yang masuk akal. 

Novel ni bukan jenis jiwang cair leleh air mata. Kalau leleh air mata pun, pasal hati baru tersedar. Tersedar dari kebiasaan diri yang tak betul. Yang kadang-kadang kita sendiri pun tak perasan.

Cerita pasal hantu skate, Ed-Sassin Wrath boleh transform jadi Minn Edina.
Kata Minn: Ingatkan dah pakai tudung, solat, tak skate macam dulu dia dah betul-betul jadi baik, tapi tak, banyak lagi sebenarnya...........

Pasal AO dari Bronx boleh berubah180 degree jadi Ashraff Omar. 
Kata AO: From Him that i came, to Him that I will returned. Sepatutnya aku hidup untuk itu.....

Kata Sun: You'll never reach perfection because there's always room for improvement. Yet all the way to perfection you'll learn to get better....

Betul cakap Hlovate. Banyak sangat benda grey, kelabu. Susah nak bezakan. Kalau yang hitam atau putih memang jelas. Tapi yang kelabu? 

Tak faham? Cuba baca sendiri.. Huhu.. 




**lagi dua novel dia aku tak ada. siapa nak belikan? anyone? hohoho..

~~