Kami dah usaha. Segala duit syling dalam tabung dikorek dengan teliti kasi tabung tak pecah. Syiling 10 sen y selama ini bergelimpangan di lantai kami kutip.Kira satu-satu. Banyak juga dapat bila campur dengan duit dalam tabung. Berpeluh-peluh jalan kaki pergi giant beli barang dapur. Bawang, check!. Ayam, check!. Sayur, check!.
Dua kali periksa list kasi tak lupa atau tinggal walau satu barang. Lepas bayar guna duit penat lelah kami, kesemua kami balik dengan harapan besar membara menyala-nyala. Tunggu lah kau Dapur Pintar. Masakan kami lagi lazat menyelerakan!. Hohoho. Semua pakat bekerjasama buat apa yang patut. Hajat dalam hati buat Ayam masak merah dengan sayur goreng. Cukup lah tu untuk tengah hari ni. Untuk minum pula, kordial oren tengah menunggu. Tengah best masak sambil sembang, ada makhluk yang panggil.
"Wei korang!! Shah Rukh Khannn, Dil to pagal hai tu, syok beb,"
Semua yang dekat dapur ikot lah keluar tengok, habis satu lagu, sambung pulak dengan cerita cintunn. Dekat 15 minit baru lah semua hidung terbau bau yang asing. Cuba bau dekat serang-sorang tak ada pulak. Semua buat muka pelik. Bau apa pulak yang berani cecah rumah kami yang bersih ni.
"Aku lupa tutop dapur gas! Hangittt!!"
Semua terlopong. Dah tak tahu nak kata apa lagi, Itu sahaja sebenarnya cara untuk makan tengah hari. Jadi terpaksa lah pergi Dapur Pintar lagi~Turun bawah sambil tutup telinga masing-masing dengan earphone. Muka pelayan Dapur pintar dah sengih-sengih. Dalam hati kami-kami ni dah macam hangit jugak. Panas pulak bila pikir pasal ayam masak merah tak jadi~ Sungguh, bukan kami yang malas, Kami dah usaha,, huhuuuu~
2 comments:
hehe..takde rezeki ye..sabar je laa..;')
itulah~,,haha,,tgh sabar nih~
Post a Comment