Post ni nak cerita pasal ada satu page dekat SOLUSI. Sekali baca memang aku tertarik. Memang betul banyak kali jadi. Cerita dia pasal dua kumpulan haiwan. Tikus dengan Arnab.
Punya lah mereka berperang berebutkan kebun keledek. Dua kumpulan makhluk ALLAH ni berperang sampai tinggal seekor arnab dengan seekor tikus. Macam dah tinggal yang paling hebat lah. Satu lawan satu. Yang lain, yang lemah-lemah semua dah mati.
Nak dijadikan cerita, sebelum mereka memulakan perlawanan satu lawan satu ataupun the final battle kata orang kampung John, si arnab ni bertanya lah pada tikus. Kenapa lah si tikus ni nak sangat berebut kebun keledek dengan kumpulan arnab tadi. Jawab si tikus, makanan dekat hutan semua dah mati. Jadi dia terpaksa lah bertarung nyawa untuk berlawan dengan arnab ni. Kalau tak, dia tak boleh makan. Tikus tanya arnab, selama ini tak pernah pula dia dengar arnab makan ubi keledek. Si arnab terkejut lah. 'Eh tidak. Kami hanya makan daunnya sahaja,'
Dua-dua terlopong. rupanya mereka berebutkan barang yang berlainan. Tikus mahukan ubinya sahaja dan arnab mahukan daunnya. Mereka sepatutnya tidak berperang. Oleh sebab tiada perbincangan pada mulanya, semua rakan-rakan tikus dengan arnab ni mati.
Kalau nak translate dengan kehidupan kita, ramai jugak yang pandai-pandai buat-buat paham apa yang berlaku. Padahal yang kita paham tu belum lagi jelas. Sebab tu lah perbincangan penting. Kalau tak, nanti mati macam kawan-kawan si tikus dengan si arnab ni. Hohohoho
>>>kalau nak tahu lebih detail belilah SOLUSI,, huuhuu
No comments:
Post a Comment