Jenis Cerita Yang Ada

Yang Ikut Duakaki

Rendahkan Volume Kalau Musik Memekak,, Hehehe

Kerana Tidak Semua Yang Dirancang Menjadi Kenyataan

December 19, 2011

Salin Kulit

Aku rasa macam penat. Letih buat benda yang pada asalnya kita tak ada jiwa. Makin lama makin terasa jiwa kosong. Segala minat yang dibuat-buat pada awal nya tinggal paras-paras bahaya. Terasa nak berhenti. Tukar pada benda lain. Tukar angin. Tukar hidup.


Aku dah sedia rasanya. Bila-bila massa saja nak melangkah. Tapi sebelum melangkah, banyak kali aku toleh belakang. Tanya dekat bayang-bayang sendiri. Betul ke aku nak buat ni? Boleh ke aku hidup dekat tempat baru? Dunia baru?


Aku toleh belakang balik. Boleh ke?
Dekat dunia baru nanti aku akan buat ini. Aku akan buat itu. Aku akan jadi macam ni. Aku akan jadi macam tu.

And yet,
 Things are eassier said than done.

Okeh, sudah!

>__<

p/s: otak weng pasal banyak kerja T_T



December 15, 2011

May God Bless U


.
.
.
.
sekian

December 13, 2011

Bertimbun Timbun

To Do List


  • Report HYSYS Lab 5
  • Mini Project Plant Design.- Chlorine Recovery From HCL-
  • Enviromental Engineering-Slide Show (On Site Waste Handling)
  • Mandarin 3- Oral Test-
  • Environmental Engineering -Test 2-
  • Plant Design -Test 2-

Dan aku masih buat-buat tak busy~

December 11, 2011

Tak Ada Dalam Silibus!

Main game lagi. Kalau nak tahu game ape, boleh jenguk sini


Bermula dengan training malam. Okeh. Habis training, kapten cakap.

Kita menang kump nanti pun, akan jumpa Fakulti Sport Rec.

Semua takut, tapi nak takut apa. Bukan international punya player pun. Student macam kami jugak.

Esok...

Menang!! Jadi johan kumpulan. Okeh. Ada can masuk final ni. Fakulti demi fakulti. Menang bergaya.

Duk rehat-rehat minum handret plas, pengurus datang. 

Habis game diorang kita lawan.

Okeh, no hal. badan pun dan panas.

...suku akhir ni kita lawan Sport Rec...

Eh, lupa! Lawan Sport Rec! Tapi, ape nk takut. Diorang pun student jugak.

Lawan

...C harapan kena tersadung seawal minit pertama. Terpaksa keluar padang pasal dah jatuh tersembam atas court siap darah menitik tik tik atas court pakej!

....WD dengan C gantian dan kelam kabut. GA dengan GD dah tukar posisi masing-masing. Semua teringat dekat C harapan yang duduk tepi court sambil lap darah dekat mulut.

Dan, Sport Rec menang.

Heh, diorang pun  tak hebat mana. Nasib C kami kena out awal je.

Betol la diorang menang, Bab Netball ni ada dalam silibus diorang. Kita  mana ada belajar Netball.

Betul3

Heh, KECEWA!!

Kat Sini aku sertakan Kedudukan Kami dalam Court tadi.



p/s:Memang la diorang student mcm kami, tapi dia student yang belajar BAB NETBALL T_T

Ogosku Yang Pilu

Dia cakap Ogosku yang pilu.

Aku check balik apa aku buat time OGOS. Kerja part time, puasa, raya. Rasanya tak ada la pilu sangat. Setakat bukak puasa dengan nasi bungkus hari-hari tu biasa. Setakat sahur biskut cicah milo panas itu pun biasa.

Kerja?
Okay je rasanya. Edward tu pun oke, (Walaupun cakap berbelit-belit, still oke la). Kalau tak oke pun time accountant opis keluarkan cek gaji lambat. Tapi tak ada la pilu. 

Ogosku Yang Pilu.. Apa ya?

Aku check balik. Tak ada rasanya yang pilu. Habis tu apa yang pilu?


Ehheh, ini rupanya....


P/S::> Thanks untuk ini. ^L^

December 4, 2011

Putussss

Betul.
Rasa macam dah tak boleh nak tanggung.
Rasa macam dah nak putus asa.
Rasa tak boleh.
Banyak mana aku paksa pun lama-lama tak boleh jugak.

Rasa macam nak putus asa.....


....Dan dalam ayat yang lain Allah menerangkan: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan; Kami telah beriman sedang mereka tidak diuji lagi?” Ujian yang dihadapi berbeza antara seorang insan dengan insan yang lain.


Jadi apakah tindakan kita dalam berhadapan dengan ujian tersebut. Adakah kita perlu kecewa dan marah atau berputus asa apabila berhadapan dengan pelbagai bentuk ujian tersebut?  Bukankah sepatutnya sebagai seorang Muslim kita sepatutnya menjadikan ujian tersebut sebagai batu loncatan yang mengubah kita menjadi seorang yang lebih baik dan mengubah keadaan tersebut menjadi lebih baik. .....


Janganlah kita berputus asa dalam berhadapan dengan ujian tersebut. Allah menyatakan dengan jelas dalam Al-Quran bahawa sifat putus asa bukanlah sifat seorang Muslim. Seorang Muslim adalah seorang yang tidak mengenal erti putus asa dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua perkara.


 Bukankah Allah swt telah menjelaskan hal ini dalam menceritakan kisah Nabi Yaakub dan anak-anaknya?


“……dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir” – Surah Yusuf Ayat 87




Astaghfirullah... 
Jangan putus asa!





December 3, 2011

Duibuxi, nimen.

Xin ai de wo de hen pengyou....

Duibuxi nimen. 
Wo zhidao zhi shi wo de cuo. 
Wo bu zhidao jintian nimen xiang xingshi. 
Ruguo wo zhidao, zuo wan, wo bu ku. 
Wo de yangjing zhong. Hen zhong. 
Zheyang, wo buneng chuqu. Wo buneng. 
Duibuxi. Ruguo wo zhidao, wo bu ku. 
Wo hui bu hui ku. 
Duibuxi.

Hah, sape paham? Hehehe. 

Duibuxi nimen. Wo ai nimen!!


December 1, 2011

JAUH

Hidup kena fikir jauh. Fikir akibat. Fikir kesan. 

Tapi jangan sampai tak masuk dek akal.


Jom sambung buat kerja!

Korang Dah Besar

Korang dah besar.
Tak boleh ke handle benda ni baik-baik?
Perlu ke saling menyindir.
Perlu ke sakitkan hati masing-masing.
Aku yang tak terlibat ni yang jadi mangsa.
Korang bising tak kira masa.
Korang menjerit sesuka hati dan jiwa.
Korang nak buat aku hilang akal ke.

Tolong lah pikir matang sikit.
Korang dah besar.
Salah dia tu memang nyata, tapi salah korang jugak kena ambil kira.
Sama-sama salah, kalau nak tegur pun biar berpada.
Jangan buat macam korang ni tak ada agama.

Last-last aku jugak jadik mangsa.
Esok aku ada kelas pagi, korang nak gantikan ke kalau aku tak jaga dari lena?
Nak bising tunggu lah nanti aku tak ada.
Memang la korang tak leh fikir orang nak tidur dengan aman sejahtera.
Apakata lain kali aku menjerit dekat telinga kamu semua?
Nak try rasa ke bila sedap-sedap tidur, orang bising sampai terjaga?
Korang nak rasa?

Haih.


::>Last-last korang dah sedap tidur, aku masih terjaga. T_T





Hey You! Smile~ =)


Hei. 
Senyum itu sedekah.
Senyum itu penyeri wajah.
Senyum buat pagimu indah.

Hei. 
Sedih itu biasa.
Tak semestinya sentiasa gembira.
Kan orang kata hidup ini roda.
Kita di atas tidak selamanya.

Hei. 
Kembalikan senyum pada diri.
Ingat ALLAH sentiasa menemani.

Hei.
Dah. Lap air mata. 
Tarik bibir kasi senyum sampai telinga.
Isi masa dengan kerja.
Barulah sedih akan hilang dari jiwa.

Hei.
Aku dah ngantuk ni.
Jom tidur, esok kelas pagi.
Aku akan sambung lagi nanti tengah hari.
Selamat pagi.

>_<



The Last Piece

Terasa macam hilang. Tak tahu mana letak. Hilang tak boleh di cari. Tak lengkap. Missin' 

Mana dia aku punya SMILE yang boleh lengkapkan puzzle aku???

T_T

November 30, 2011

Cemburu+Gembira





Boleh ke kalau kita gembira bila seseorang tu berjaya tapi dalam masa yang sama, kita cemburu melihatnya?
Gembira sebab kita sayang dia. Cemburu sebab kita juga mahu kejayaan yang sama.

Haish, Usaha sana! 

Macam ni baru bagus.

Pernah Rasa Tak?

Pernah rasa tak? Korang agak-agak korang pernah rasa tak? Rasa apa? Eheh. Maaf3. Macam ni...Korang pernah rasa takk...

Nak cakap, tapi tak boleh?
Situasi ni akan berlaku bila korang tak senang dengan sesuatu perkara, tapi tak boleh nak luahkan. Sebab apa tak boleh nak luahkan tu tak kira lah pasal nak jaga hati ke, tak nak nanti jadi pergaduhan, ataupun tak nak besar-besarkan masalah. Jadi, korang kena diam je sebab tak nak jadi panjang.

Tapi, mungkin dengan luahkan apa yang nak dikatakan tu boleh pulihkan sesuatu perkara. Tapi itulah. Yang effect negetif yang mungkin akan jadi juga perlu diambil kira. Jadi, tak boleh cakap.

Eheh, tak faham eh. Haha. Takpe.

Rasa nak menjerit kuat-kuat bagitahu apa yang korang rasa, tapi tak boleh.
Okeh, part ni memang tak boleh pasal karang tak pasal-pasal di cop otak tak straight. Haha. Tapi, mungkin boleh juga dibuat kalau tempat tu lapang plus tak ada orang. Macam tepi pantai yang sunyi ataupun atas puncak bukit yang tak ada orang. Ataupun dalam Tasik Mengkuang.(Gila rindu nak pergi sana).


Nak tidur sepanjang hari dan harapkan esok semua perkara yang menyerabutkan hilang.
Yang ni lagilah tak boleh. Apa ingat tak ada kerja yang kena buat? Nak tidur je sepanjang hari?

Okeh, sebelum banyak lagi aku melalut, baik aku berhenti sekarang. Hohoho.

"Apabila anda berada di pagi hari, janganlah menunggu waktu petang, kerana hari ini adalah kesempatan untuk hidup. Oleh itu, anda tidak perlu memikirkan hal kelmarin yang telah berlalu segala kebaikan dan keburukan. Tidak juga memikirkan hari esok yang belum tentu datang."

November 29, 2011

4 Hari 3 Malam

Lama betul aku tinggal blog ni tak berpost(Bukan semalam baru post ke?). Bagi sesiapa yang dah rindu  tercari-cari mana aku hilang, meh aku bagitahu.

Disebabkan cuti hari Isnin yakni-(erk,,yakni?)semalam, aku dah melencong ke Melaka dengan Johor.











Okeh, Sekian. Haha. Aku tak tahu nak cerita apa dah.


Ini namanya Yong Tau Fu.
Terima kaseh kat kakak yang sayang aku, errrr, yang aku sayang.. Eheh, sebab dah belanja aku benda alah ni. uhuhu..


Ini namanya Pelangi. Ke titis hujan? 
Cantik, kan? huhu

Kepada Tuan Rumah:::> Jangan serik terima aku dekat sana lagi. Hohoho >_<


November 28, 2011

Rumah Terbakar Panggil Bomba

OKEH, orang duk slalu nyanyi,,rumah terbakar panggil bomba, bomba datang berlumba-lumba..

Tapi,,,

Kalau van yang terbakar, nak panggil siapa???


November 23, 2011

Beza? Memang berbeza!!

Assalamualaikum semuanya!!

Hiyahhh.. Akhirnya setelah di curi sedikit masa, melompat sana sini cari ruang, dan mencelah kesana kemari cari tempat, aku berjaya jugak menerjah WIFI uitm. Haahahaha,, kenapa aku guna WIFI? Jangan tanya. Lalalala~

Okeh, sebut pasal berbeza dekat tajuk atas sana, apa yang berbeza? -Tiba-tiba rasa nak buat kuiz tnya dekat pembaca-. (Heh kuiz kau kejap lagi wei!)

Korang rasa ada beza tak kawan yang kita dah bertahun-tahun kenal, dengan yang baru dua, tiga bulan kenal? Ada beza tak?

Macam apa yang jadi dekat persekitaran aku, kawan-kawan sekelas aku, kawan-kawan bilik aku. Waktu sekelas, lain cerita. Lain perangai. 3 tahun sekelas rassa macam dah kenal rapat sangat-sangat sampai segala rahsia pasal kawan kita, kita assume kita tahu..

Tapi, tak jugak.

Bila dah serumah, sebilik, baru lah tahu perangai sebenar. Baru tahu sifat mereka yang sebenar. Yang kita tak tahu waktu sekelas dulu, kita tahu. Sungguh la, kita akan lebih kenal seseorang tu bila orang tu dah duduk sekali dengan kita.

Hepp, jangan cuba untuk yang berlainan jantina.

Tapi itu lain dengan apa yang berbeza dekat atas tu (So, apehal aku pergi cerita tu semua? T_T).Hahaha,, Tapi, kawan yang dah kenal kita bertahun-tahun, kenal kita berbeza dengan kawan yang baru kenal kita berbulan-bulan. Kan?




=)

November 20, 2011

Matanya Lirik-Lirik Selalu......

Okeh. Sungguh la orang cakap, kalau majlis kahwin tu, memang sibuk. Pasal apa, aku pun kena tempias sibuknya sekali. Siapa kahwin? Aku.....punya cousin. Haha. Minggu ni majlis dekat rumah perempuan, minggu depan dekat kampung pulak. Dekat rumah maklong aku. Jom semua,, datang lah kalau tahu jalan. Haha.



Waktu ni, budak-budak dekat depan tu tengah sibuk menari. Lagu ape? Lagu ni...

"Matanya lirik-lirik selalu, wajahnya manis-manis ayuuu..." lalalala~


P/S:Kalau tak silap aku, kumpulan Max 24:7 ade ubah rentak lagu ni. Dan aku rasa diorang asyik nyanyi lagu ni je. Haha.. haish. Max 24:7 pun kau layan ke OC oi.. T_T

November 18, 2011

VG!! (Very Good,Hen Hao!!)

Alkisahnya, aku punya kak ipar eksited gile menyusun kertas-kertas ujian anak buah aku. Sebab apa susun? sebab nak tunjuk dekat aku markah yang anak buah aku dapat. Tak menyempat aku balik petang ni. Terus main upload je dalam Gambar Dinding. Haha.. Mummy3. 

Kenapa Mummy eksited? Sebab ni....


3 Subjek dapat 100 percent
.
.
.
.
Yang lain-lain 90++

Wohooo.. Tahniah3 untuk kakak dengan mummy dia. Pasal apa mummy dia skali? Sebab tiap-tiap malam kalau ada kerja sekolah atau exam, mummy dia lah yang terlebih kalut belek kamus mandarin nak cari maksud. Huhu.






Yang mana satu kakak?

Ini dia



Okeh, Habis. 



*Teringat kertas ujian zaman sekolah rendah. Ala-ala markah kakak sekarang la.. Kehkehkeh.

November 16, 2011

Gěi nǐ.....





Please have a safe journey. >_<
.
.
.
.
.
.

November 15, 2011

Dari Khazanah Kerahsiaan

Siapa nak pahala dia berterusan senang je.Wakaf something,niat kerana Allah Ta'ala,untuk memudahkan orang lain.Mudah dan senang dibuat.Cuma nak atau tak nak je.

Contoh:
~Wakafkan telekung di masjid atau surau,satu pun cukup.
~Wakafkan sabun basuh pinggan di sink kat hostel kita.
~Wakafkan selipar di tandas untuk kegunaan ramai.

Jika tak berkemampuan,share ilmu yang bermanfaat,bila ramai-ramai forward,kita dapat pahala berterusan,kerana beri ilmu pada orang ramai.Even kita dah kembali pada Pencipta kita.InsyaAllah,dengan izin Allah juga.


>_<

November 14, 2011

Pentingnya Hati Tenang

Peace >_<

Semua orang tahu hati tenang tu memang penting. Siapa yang tak nak tenang? Siapa yang tak nak hidup dia selesa dan tanpa banyak hal-hal rumit yang perlu difikirkan? Kalau tanya semua, semua mahukan ketenangan. Macam mana nak tenang? Orang cakap senang je nak tenang

Macam mana nak tenang?

Mestilah yang paling penting hubungan dengan ALLAH. Kalau hubungan kita dengan ALLAH jauh, jauhlah tenang itu dari kita.

Apa itu tenang? Bila kita tak perlu fikir kesalahan kita pada orang lain.

Contohnya, bila kita menipu seseorang, ataupun kita mungkiri janji, ataupun juga kita tak jujur pada seseorang tu, otomatik kita akan selalu fikir pasal kesalahan kita tu. Macam mana kita fikir? Macam ni. Katakan kita menipu, hati akan selalu risau kalau-kalau penipuan yang dibuat tu terbongkar. Kan? Jadi, bila nak tenang?

Apa itu tenang? Bila hubungan kita dengan keluarga, saudara mara dan kawan-kawan rapat dan tiada masalah.

Macam mana nak rapat? Selalu berhubung dengan keluarga. Tanya khabar. Tak susah, kan. Jaga hubungan dengan saudara mara dengan kawan-kawan ni sikit susah. Kawan aku pernah cakap, kalau kita tak nak orang lain cerita buruk, atau mengata kita, kita sendiri jangan mengata hal orang-orang lain. Simple, kan? Jadi, konklusi dekat sini, jangan sibuk dengan keburukan orang kalau kita taknak orang burukkan kita.

Apa itu tenang? Bila suasana rumah, kediaman bersih dan selesa.

Kalau meja kerja, katil, ruang tamu penuh dengan barang-barang, boleh ke kita tenang? Bagi aku tak boleh. Hohoho. Sebab itulah barang-barang kita juga kena dalam keadaan bersih dan teratur. Pasal, bila hati dah tak tenang, balik rumah, nampak pulak barang-barang bergelimpangan sini sana, maunya lagi serabut. Kan? 

Jadi, Jum kemas rumah!

Itu je yang aku nak cakap.

p/s:> Tuan punya blog dalam keadaan serabut pasal rumah macam tongkang pecah bila balik dari cuti seminggu. Haish.

Makin stress tak tengok gambar kucing yang stress ni? Haha


November 13, 2011

225:> Post bergerak? Aku bergerak?

Hehe

Motif apa aku gelak? Tak, itu bukan gelak. Itu senyum sebenarnya. 

225 tu sebenarnya aku punya bilangan post sekarang. Dua tahun, dua ratus post je yang aku mampu buat? Gila malas, kan? 

Tak, bukan malas, tak ada idea sebenarnya. Baik aku diamkan diri sebelum kena lempar kasut dengan korang sebab post-post melalut yang tak ada faedah. Hahaha

Okeh, yang atas tu baru gelak.

Ceritanya macam ni. Aku baru  nak balik ke skolah. Dah sepuluh hari bercuti dekat Rumah, Kampungku Yang Permai, tibalah masa aku kena berperang dengan Pen dan Buku. Tak tertinggal juga, kena berperang dengan Raksasa Malas yang memang sangat suka duduk dekat dengan aku. 
Okeh, itu alasan.

Aku naik train lagi. Sebab bagi aku, aku lebih selamat naik train dari bas. lebih selamat dari naik kapal terbang jugak . Eheh, aku tak mampu pun nak ulang-alik balik kampung naik flight. Apa ingat mak cop duit? Dush!

Jadi, ceritanya, aku kena tunggu lagi 12 jam untuk sampai ke KL Sentral. 12 jam. Bukan 12 bahagi 2. Bukan jugak 12 jam tolak 2. Tapi Dua Belas jam. Apa yang aku nak buat dalam ni?

Haih.
Okeh. Jum tido!

p/s:> kalau nak tahu cerita detail, klik je link yang laker oren di atas. Sekian 

OSIE - Post yang tak ada motif-

Ehem, Korang tahu tak aku ada page ni?? kehkehkeh. Page yang tak berapa nak jadi page pasal kemalasan aku berkadar songsang dengan pengeluaran cerita aku. 

Macam mana?

Macam ni...

Semakin meningkat kadar kemalasan, semakin menurun kadar pengeluaran cerita.

Ada macam hipotesis masa sekolah dulu tak. Rindu gila kat sekolah. Tak masuk topik. Okeh,

Hari ini, 13/11/11




Dah cukup seratus.!! Yeah. 

'Seratus je pun, itu pun nak kecoh?'

Aku kan dah cakap tak ada motif. Lalalala. selamat maju jaya untuk semua!

Tiba-tiba ==, 

November 12, 2011

Sam Milby

Laki yang muka macam remy tu sebenarnya pelakon Filipina. Nama dia Sam Milby. 

Ceritanya, cuti satu minggu ni kerja aku layan filem dekat citra. Pasal tu la aku terjumpa si Sam ni dalam cerita And I Love You So. Lepas dua tiga hari, Cerita Babe, I Love You pulak. Dan aku rasa, dia memang pelakon agak femes la kut kat sana. Hoho. 

Itu Sahaja. Sekian.

>_<

Tak ke?

Aku nampak orang post kat bawah tu >> Ini<< macam remy ishak. Tak ke? haha

Tak kenal Remy Ishak? Ni dia



Cuba tengok bawah, x sama ke? Hohoho

November 11, 2011

Aku Nak Tanya.....

Agak-agak kan... dia ni siapa???







Ce teka siapa? 
Hohoho

November 9, 2011

Jangan

Mereka pernah kata....

‎..JANGANLAH gurau sebarangan dengan HATI PEREMPUAN..
mungkin nampak teguh, tapi hakikatnya hati mereka mudah TERUSIK. .
~Jangan menyentuh jika TIDAK BERNIAT mahu MEMETIK~


>_<

Aku amik benda ni dekat sini :::>>> akuislam

Cerita Pagi

Aku tengok cerita dekat tv tadi. Cerita lama. Tapi baru tengok. Pasal baru sekarang boleh layan cerita-cerita dekat tv. Pasal apa tak payah tanya. Haha.

Cerita yang aku tengok tajuk dia Kashaf Imani.

Suka lakonan Beto dalam tu. Kawan dia yang nama Pet tu pun klakar. Wan Sharmila punya lakonan dalam tu pun menjadi.


Okeh. Jum dengar lagu ni. Cerita ni punya OST.

Opick: Tiada Duka Yang Abadi

Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini

>_<

November 2, 2011

Simpan

Semua orang rasa.
Aku pun rasa.
Tak boleh cerita.
Tak boleh bicara.
Simpan saja.

November 1, 2011

Yang ni untuk kamu

Ye, untuk kamu-kamu yang tengah baca ni. Hohohoho..


Terima kasih sebab jenguk jugak blog kuning ni walaupun tak berpost baru. Huhu

>_<

October 26, 2011

Hibernasi itu bukan sejenis nasi


Tak Lama Pun



>___<

October 24, 2011

Serius Terharu!

Ceritanya, aku saja lah belek-belek aku punya nickname kat P2U , Lepas tu, aku ada perasan komen baru dekat cerpen lama aku. Hehe.. Dah lama cerpen tu, bulan 5




Masih ada lagi yang membaca rupanya. Huhu.. Terima kasih ya!. Serius aku terharu.

Tarikh komen Bulan Seploh.






October 23, 2011

Baik Mengaku!

Ish, ish ish~

October 20, 2011

TYPI::> Nak Tulis Typo Pun Typo

Aku memang selalu typo. Selalu salah eja. Bukan pasal tak reti mengeja. Tapi bila angin pasang, keghairahan aku untuk menulis tu jadi berkadar terus. Pasal tu lah selalu typo. 

Dan rasanya, aku typo biasa-biasa saja. 

Tapi, dalam gambar ni, memang typo luar biasa....

T_T

Gambar dah berleluasa dekat FB. Aku main rompak je. Haha.. Adesss

Dua Budak Nakal

Aunty rindu kamu-kamu .. Huhu







Yang sebetulnya, aku perlu CUTI! T_T

October 19, 2011

Biasa-Biasa





Di dunia moden hari ini…

Pilihlah untuk menjadi gadis biasa yang sederhana pada cara dan gaya...
Tanpa eye shadow dan pemerah pipi,..
Tanpa wangian semerbak yang menarik perhatian,..
Tanpa gemerincing loceng gelang kaki...
Tanpa tumit tinggi yang berdetak detak,..
Tanpa tudung singkat dan selendang jarang yang mendedah dada,..
Tanpa pakaian menjolok mata....

Susah???
Memanglah....
Jiwa muda....
Warna-warni menggamit mata...
Rasa ingin mencuba membara-bara...
Rapi harus sedar diri,...
Tanpa semua itu pun,...
Kamu sudah pun menjadi perhatian...

Memilih untuk menjadi hanya gadis biasa,...
Biar tidak up to date,..
Biar tidak bergaya..

Yang Penting..
Hati.. Dan Amalannya..
Jika Dipandang.. Sejuk Hati Rasanya..
Masallah.. 
Wanita..

INGATLAH.. DIRIMU BEGITU BERHARGA.. 
JAGA LAH SEGALA AMALAN MU..
INSYALLAH.. DIRI MU AKAN SEMPURNA DAN BAHAGIA..

Adapted From SINI

Tak Guna Jugak Kalau

Tak guna...

Tak guna juga kalau ada mata,
Tapi tak nampak orang kat depan.

Tak guna juga kalau pandai bawak kereta,
Tapi tak reti nak tengok kiri kanan.

Tak guna juga kalau kau berlagak naik kereta besar,
Tapi kau tak bayar habis lagi dekat bank.

Tak guna semua tu. Tak guna.

*Dan kau ingat aku patung tepi jalan naik main langgar-langgar? Naik kereta MyVi je pun. Apa, ingat aku naik moto kau boleh nak eksyen?? =.='

Sekian. Sila senyum balik >_<

October 18, 2011

Orang Dah Rindu


Hehehe..siapa y miss yang di atas?? >_<

209:> Tak Ada Motif




**Hek eleh. yang ni pun nak bangga ke?

Kan aku dah cakap, aku tak ada motif. 
Haha

October 17, 2011

Fasa Serius




Sama jugak macam tajuk kat atas, aku dah bertukar ke fasa lain sikit. Fasa yang selama ni lari jauh dari aku. Fasa yang aku nak tarik balik, datang dekat-dekat dengan aku.

Fasa Serius. Dah.

Sila serius mulai(< Gila skema maut ayat) dari sekarang.



Nampak tak sikit punya SKEMA SERIUS blog aku sekarang?


October 16, 2011

Pening

......
......
......

Serius. aku pun pening tengok background sendiri 
....
.....
.....

October 14, 2011

Penghulu Segala Hari

Okeh. Aku tak nak cakap banyak. Just nak kasi review apa yang dah aku baca.

"Berdoa bukan hanya untuk memberitahu Allah apa yang kira pinta kerana tanpa diberitahu pun Dia sedia mengetahui. Doa ialah pengabdian daripada seorang hamba kepada tuhannya...."

"Memang kalau dikira semua dosa yang kita lakukan, kita seolah-olah sudah tiada harapan. Tetapi ingatlah bahawa sebanyak mana pun dosa kita, Allah itu lebih luas keampunannya..."

"Hadis Rasulullah s.a.w yang selalu disampaikan oleh para ustaz, sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada manusia yang lain."

"Perkara yang paling susah--'Nak balas kejahatan dengan satu kebaikan.'

"Tanda ikhlas--- Apabila pujian tidak menyebabkan kamu menambah amal. Dan kejian tidak menyebabkan kau mengurangkannya. Di hadapan dan di belakang manusia, ibadah kamu tetap sama."

"Macam mana ilmu tanpa amal?? Macam hafal je nama makanan, tapi tak makan? Rugi tak?"

"Salah satu cara yang pasti membuatkan orang akan menolong kita untuk berjaya adalah dengan membantu orang lain untuk berjaya terlebih dahulu."

"Shoots for the stars. If you dont get it, you still get the moon!"


Dah~ >_<

October 13, 2011

Cerita Lama

Jenguk cerita lama aku dekat~~~> AKU MASA DULU .. sebab rasanya semua benda dah nak jadi macam dulu. Haih OC bangkit2. Eh, ada lagi. Yang ini pun ~~>AKU MASA MUDA MUDI

Best jugak bila tengok post hentah apa-apa dulu. Memang gila bosan. Haha..

Tak ada motip sebenarnya T_T..

Hiyahhh~

October 10, 2011

Sembilan Sepuluh Sebelas

Malam ni . Bulan penuh. Bercahaya.

Dan.

Sangat rugi sebab aku tak ada peluang nak tengok.

Subhanallah
::> ini dari Oh Media


Add caption
Yang ni pulak dari page kat FB


~~