Jenis Cerita Yang Ada

Yang Ikut Duakaki

Rendahkan Volume Kalau Musik Memekak,, Hehehe

Kerana Tidak Semua Yang Dirancang Menjadi Kenyataan

December 31, 2010

Tahun Baru~

A: "Azam tahun baru aku nak belajar pandai pandai. Tak nak main-main dah. Mintak-mintak lah dekan sem ni,"

B: "Kita pergi i-city jom. Sambut new year,"

C: "Sayang nya nak tinggalkan 2010. Banyak kenangan manisssssss,"

D: "Erk, tahun baru? Awal muharam dah lama lepassssss,"

December 27, 2010

ASK bukan tanya

ASK tu singkatan pada Anugerah Skrin.. Alang-alang aku ader lagi belen2 cuti, sempat lah aku sibukkan diri dekat anugerah skrin,, best jugak lah. Huhu,, Lagipun, aku memang kali pertama pergi anugerah macam nih. Selalu jenguk dekat tv dekat umah je. Ini je lah gambo aku tunjuk. Kasi bukti sikit, Karang cakap tipu,, hihi,,,

December 21, 2010

Tak Pasti

Ada hari tu, pagi-pagi yang hening lagi harmoni, aku keluar bersosial dengan kawan-kawan aku. Sorang anak arab, sorang lagi fanatik Anuar Zain. Plan terbaik jumpa pagi-pagi alam dekat KL Sentral. Lepas makan tak seberapa dekat makanan cepat, kitaorg terus ambil tren  pergi stesyen Bank. Hajat di hati dan sanubari nak shopping.sakan.beli.barang.Kami pun jalan-jalan-jalan sampai Jalan TAR. Anak arab nak pilih tudung untuk konvo katanya. Aku dengan fanatik Anuar Zain duduk tengok-tengok dari luar. Tak sampai seminit, datang pulak dua orang entah siapa dekat kami. Nak survey katanya. Pasal terowong SMARTsemua lah. Aku dengan fanatik Anuar Zain buar muka blur. Memang tak tahu apa pasal terowong tuh. Hanya tahu untuk elak banjir sahaja. Dua orang entah siapa ni suruh jugak kami isi. 

Okeh, kami isi.....

Tak sampai seminit kertas survey yang ada 20 lebih soalan tu kami kasi balik dekat dua orang entah siapa tu. Aku nampak dahi diorang berkerut. Aku dengan fanatik Anuar Zain dah gelak jahat dalam hati. Padan muka, orang tak nak isi, paksa jugak. Aku dah isi semuanya Tak Pasti. Cane?? Haha

Mintak Maaf ye anda berdua! >_<

December 20, 2010

Anda Cute???

Kalau nak tahu, jom sama-sama lulus kelas CUTE nih, hahaha

December 19, 2010

::Kacak::

Kacak Luar
Kacak Dalam
Kacak tengok sini
Kalau aku senyum
Kacak kena senyum sekali...

*senyum*

December 17, 2010

Cute

Aku kena pergi kelas esok. Gila. Cuti-cuti sem ada kelas. Tapi kelas ni tak ada kena mengena tersentuh tercapai pun dengan course aku. Kelas ni namanya kelas CUTE. Korang nak tahu apa tu CUTE? Cari lah sendiri. Hahahaha.  Assalamualaikum!

Semalam, Maring, Yesterday

Perkara sunat pasal 10 Muharam iaitu semalam. Pada siapa-siapa yang tak ada rezeki nak buat semalam, buat lah tahun depan jika umur masih ada...

Tunggu~

Aku dah bayar benda alah tu. Makin laju lah aku menulis nanti. Korang tunggu~ hahahaha

December 12, 2010

Bila Semua Orang Rasa Dia Betul

Hari ni hari ahad. Macam biasa, aku memang suka ikut family abang aku pergi meronda.jalan-jalan.sampai.malam. Sebab apa, aku boleh pau la sesen dua. Hahaha. Jimat lah duit poket. Tapi ceritanya, sebelum sampai dekat tempat yang nak kami tuju tuh, kena lah parking kereta dulu. Gila apa nak bawak masuk kereta dalam tempat tu. Silap-silap dapat saman sampai tak boleh bawak kereta dah.

Hari ni hari ahad. Hampir semua orang KL dan Selangor ni cuti. Tak termasuk lagi orang Negeri Sembilan dengan orang lain-lain negeri yang suka belibelah dekat Satu Utama ni. Maknanya? Maknanya, parking memang penuh tahap sardin sampai dah tak boleh nak sumbat lagi dah. Korang kena pusing 4,5 kali kalau rezeki jauh. Kalau hidup berkat, rezeki dekat, korang masuk-masuk je, nahh..hambik kau, parking kosong orang baru keluar. Tapi, hidup tak seperti yang kita jangka. Macam biasa. 

Semua lorong ada dua, tiga biji kereta dengan sabar menunggu sambil nyalakan signal kiri atau kanan masing-masing. Ada juga yang macam tak faham lukisan dekat lantai tulis 'One Way'.  Pakai redah je masuk lorong. Masa tu, kedengaran lah bunyi hon masing-masing. Tengah tunggu dengan sabar dengan mata pun jeling-jeling tengok ikon tangki minyak yang dah hampir nak kosong, adalah seorang family bawak banyak barang. Keluar dari mall, pergi dekat kereta. Tak jauh sangat dengan tempat kami tunggu. Hati masing-masing dah lega. Baru je nak tekan minyak, tup-tup, ada sorang makcik lari2 anak kecil duduk betul-betul dalam kotak parking tu. Tangan dia siap lambai-lambai lagi dekat kereta belakang. Jenguk kejap, nampak lah kereta ntah apa jenama laju je pecut. Parking elok je dekat tempat makcik yang tanda dengan dia punya body tadi. Kalau ikut hati memang nak hon biar  pekak telinga sampai pagi. Tapi tak apalah. Orang cakap, sabar tu separuh dari iman. Okeh. 

December 11, 2010

Convo aku

Pada 4 Disember. Selamatlah aku~

Memang convo kena baling-baling mortar board eh? Haha


Best jugak hari tu sebab semua family aku ada. Kecuali abg kedua aku yang keje ntah bila cuti. Tapi tak apa. Dapat jugak bunga kaler kuning!! Love u lah. Hahahaha

Wayang

Tanpa dirancang, aku terbawak anak buah aku tengok wayang sekali. Dah dia ternaik kereta kakak aku masa nak balik rumah. Terpaksa lah angkut dia sekali. Dalam kereta dah warning sejutaribu kali. "Kakak jangan nangis tau. Kakak jangan mintak susu. Kakak jangan buat perangai, kalau tak, tak boleh tengok Rapunzel!" Entah apa angin kus kus dia, memang malam tu, dia terbaik lah. Kalau nak banding dengan hari-hari biasa, memang asyik buat perangai mintak pelempang je. Hari ni mentang-mentang lah nak tengok wayang mood dia 300% okey. Mak Bapak dia dekat rumah pulak yang risau. Sampai sanggup tunggu anak dara 5 tahun diorang balik dari tengok wayang pukul 12.30 malam. huhu.
Ni dia anak dara umo 5 tahun. Adik tak dapat ikut sebab naik keta mak n bapak dia

December 10, 2010

Masing-Masing

Ada orang senang dengan berbangga-bangga. Ada orang suka dengan puji-pujian semua. Ada orang gembira dengan wang ada. Ada orang yang leka dengan kelebihan yang ada. Ada juga orang yang tak ada apa-apa. 

December 8, 2010

Tiada Isi

Broadband makin jealous dekat aku. Makin lambat dia bergerak. Makin slow dia punya loading. Makin malas nak nak tulis entry. Haha.. Nanti aku bayar aku tulis lagi. Lalala~

December 2, 2010

Tanggal

04.12.2010

Selamat Bergraduasi Untuk Semua!

Segala Usaha Terbalas.
Segala Penat Terjawab.
Segala Sakit Di Ubat.
Tahniah!!

(untuk aku jugak!) >_<

December 1, 2010

Seminit Lambat~

Dalam tak sampai sebulan lagi, sem baru bukak lah. Sem depan dah tak dapat duduk kolej.Awal-awal lagi kena tendang pasal kad aktiviti aku kosong. Kalau terisi pun sebab jasa baik memberaku tolong kasi kupon. Haha. Padan muka aku. Sebelum cuti dulu, kami sempat jugak cari rumah sewa. Dapat dekat Padang Jawa. Tingkat 13. Kakak tu punya promote punya lah best. Kami teruja-giler-samapi-nak-lompat. Akak tu cakap boleh tengok terus. Sebab ada lagi orang yang nak tengok. Kami apalagi, pecut dengan motor, sampai lah dekat kawasan rimba tuh. Haha. Naik tingkat 13. Okey. Ramai orang. Terkejut jugak. Ingat akak tu sorang je. Pergilah masuk. Tengok-tengok. Jengok-jengok. Best giler. TV, mesin basuh, peti ais semua baru kot.Tapi jap.. akak tu ada cakap something...apadia kak?

"Maaf lah dik, rumah ni diorang dah chop dulu. Adik lambat seminit je.." Tangan akak tu sempat tunjuk dekat empat orang laki yang kami x kenal. Hadoi.. Kena cari rumah lain lagi la ni..Tapi dah nak malam. Esok je lah cari~

Lastly, dapat gak rumah. Yeay!! Sebelah je blok. Tapi tingkat lagi tinggi. 15. Hahaha.. Ada brann?~

Tau Takut

Nak dijadikan cerita, masa aku dekat satu kem dulu, dulu-dulu, masa aku remaja. Tapi sekarang pun aku remaja jugak. Okeh, berbalik pada cerita, adalah satu kempen derma darah. Budak-budak dekat situ semua teruja giler sebab pertama kali boleh derma sebab semua baru cukup umur. Aku dengan kawan-kawan aku 6 orang ni semangat lah nak pergi. Tapi minit akhir, 3 orang tarik diri. 

Waktu lalu tepi blok lain, kami ada lah dengar seorang ni dok khusuk sedih-sedih bercerita pasal dia dengan mak dia dulu. Katanya, "Mak aku tenat dulu sebab tak cukup darah lepas bersalin. Tak ada penderma masa tu. Sebab tu aku nak derma darah sangat. Nak tolong orang-orang yang macam mak aku,"

Sayu aku dengar. Kesian pun ada. Bagus betul budak tu. Dia tak nak orang lain jadi macam mak dia. Kami ber3 ni jalan lah menuju destinasi. Belum sempat masuk dekat tempat derma darah tu, Yang si bercerita ni lari keluar. Muka pucat. Putih. Risau jugak aku. Kot-kot lah dia sakit. Aku tanya lah dia (kawan perihatin). "Kenapa nak keluar gesa-gesa ni?"

"I takut lah. Jarum dia besar bapak. I cancel. U je lah tolong dermakan,"

'Erk~ Pulak...'

~~