Jenis Cerita Yang Ada

Yang Ikut Duakaki

Rendahkan Volume Kalau Musik Memekak,, Hehehe

Kerana Tidak Semua Yang Dirancang Menjadi Kenyataan

May 26, 2012

Tiada Yang Kedua

Mak aku ada seorang je. Rasanya sama jugak dengan korang, kan? Mak aku nama dia femes banyak. Pasal apa, kalau masuk je kampung aku (atau kampung sebelah-sebelah lagi) sebut nama mak aku, semua kenal. SEMUA.

Okeh.

Tapi yang menyedihkan, anak dia ni (yakni aku) tak popular mana. Ayat yang sama keluar bila aku keluar dengan mak aku

"Eh, ni anak juga? Ingatkan ada seorang je anak perempuan" =='

Maknanya, aku tak dikenali. Inilah nasib pelajar yang selalu dok jauh dari kampung. Hohoho

Habis.

Mak aku ni fleksibel. Semua benda dia boleh buat. Mak aku pernah jual roti canai. Jadi mak andam. Jadi penggubah barang hantaran. Jadi orang tengah. Dan yang paling kekal, dari dulu sampai sekarang, mak aku ni tukang jahit. Baju aku, mana ada beli siap. Semua mak aku yang buat. Huhu.

Sebab apa aku cerita panjang-panjang pasal mak aku? Sebabnya esok malam aku nak balik kampung. Jumpa mak aku. -Gila lama tak jumpa nih. Nak cakap rindu dekat mak depan-depan kut la mak aku cakap aku buang tabiat apa tiba-tiba.

Tapi betullah. Aku rindu mak aku.
Tunggu orang balik esok, ye. Hoho

Mak aku: Hajah Basenah Bt Awang Noh
(Budak tu nama kakak. Hoho)


#

3 comments:

Anonymous said...

selamat pulang kampung. Semoga selamat dalam perjalanan..Bestnya baju semua mak jahitkan!

awak tahu siapa sy.. said...

ckp je lah depan mak..entah2 ayat awok rindu dia tu yg dia nk dgr dr awok..apolah..keh2..peace makcik!

AkuOsi said...

Cik Lia:>> tenkiuuu..Memang best! huhu

Kak :>>hahaha,,xleh ckp. segan.. hohoho

~~