Jenis Cerita Yang Ada

Yang Ikut Duakaki

Rendahkan Volume Kalau Musik Memekak,, Hehehe

Kerana Tidak Semua Yang Dirancang Menjadi Kenyataan

May 19, 2012

Sesaat Kau Datang


(22-02-2012)

 DAH LAMA RASANYA dia tak senyum lebar macam ni. Dia tak sangka pula Hanip sanggup beli ubat untuk dia. Nampak macam tak kisah pun kalau dia demam. Bungkusan putih yang baru diserahkan oleh Mia tadi dipandang lagi. Demam terus rasa nak kebah walaupun sebiji ubat pun dia tak telan.
            Kalau dia framekan ubat-ubat tu gantung dalam bilik boleh tak? Hehehe.

‘Nina, baik kau makan ubat ni sampai habis. Aku dah bosan duduk dalam kelas ni tak ada kau.’

            Nota yang terselit di celah-celah ubat tadi dibaca lagi. Huh, cakap je la rindu. Dia sengih lagi. selimut ditarik menutupi badan. Sejuk! Hai demam, sila lah kebah. Dia pun dah naik bosan duduk dekat rumah.
            “Best la kan. Demam pun ada yang tolong belikan ubat. Air 100plus, roti, makanan.” Kak Sarah tiba-tiba masuk. Dia senyum meleret. Terus dia duduk di atas katil. Dahi Nina disentuh dengan belakang tapak tangan. Masih panas ni. “Kau tak makan lagi ubat yang Anip bagi?”
            Nina geleng. Dia sengih. “Sayang lah nak makan.”
            Tangan Kak Sarah laju je menampar bahu Nina. “Jangan nak sayang-sayang sangat. Ubat yang dia bagi tu, untuk makan. Bukan untuk dibuat frame.”
            Nina ketawa. Kak Sarah ni. Macam tahu-tahu je orang nak framekan tadi. Huhu. Kak Sarah ni senior 2 tahun dari dia. Dalam rumah sewa ni kira Kak Sarah lah yang paling tua. Ini pun sem terakhir dia. Habis je final nanti dia akan nikah. Bestnya Kak Sarah, Abang Nazeem sanggup tunggu sampai Kak Sarah habis belajar. Rasanya dah lama mereka kenal, adalah dalam lapan tahun kut. Abang Nazeem pun selalu lepak dengan dia. Dah jadi macam abang sendiri dah.
            “Nanti Nina makan kak. Nak tidur kejap ni.” Dia mengiring ke kanan. Tangan Kak Sarah masih lagi berlari-lari di dahinya. Best pulak Kak Sarah urut macam ni.
            “Tak ada. Akak dah masak bubur nasi ni. Kejap lagi masaklah tu. Nina kena makan. Lepas tu makan ubat yang Anip kasi tu. Then, kalau nak tidur mimpi Anip pun, tidur lah.” Kak Sarah bingkas bangun. Periuk bubur nasi yang dia masak tadi masih lagi dibiarkan panas dengan api kecil di atas dapur.
            Nina sengih dalam hati. Ada ke suruh mimpi Anip. Tak pernah-pernah dibuatnya mimpi Anip. “Okay kak.”
            Kak Sarah keluar dari bilik. Senyuman Nina makin lebar. Tapi kalau mimpi Anip pun okay jugak, kan? Dah berapa hari tak jumpa dia. Huhu.


“KAU BUAT APA sampai demam seminggu weh?”
            “Mana lah aku tahu. Sudah tersurat aku demam seminggu nak buat macam mana.” Nina sengih. Beg sandangnya diletakkan di atas meja. Kejap lagi masuk la Encik Wafi tu. Lecturer Environment.
            Anip duduk di sebelahnya. Macam biasa. “Bosan kau tahu tak. Aku dah rasa macam tunggul dalam kelas ni. Duduk diam je.”
            Nina ketawa kecil. “Yang kau jadi tunggul tu kenapa? Kenapa tak bersembang je dengan budak-budak tu?” mulutnya dimuncungkan kepada dua,tiga orang pelajar lelaki yang duduk selang 2 meja dihadapan.
            “Alah, kau bukan tak tahu, dia orang mana nak bersembang waktu kuliah.” Anip merungut. “Kau aje lah yang teman aku bersembang tatkala mataku sudah layu menghadap nota lecturer conteng dekat papan putih berkilat tu.”
            Buku nota dilayangkan ke bahu Anip. Boleh bercekerama pulak. “Itula. Orang waktu kuliah, belajar. Nak sembang waktu sembang la.”
            Anip mencebik. “Elleh, macamlah kau tu belajar sangat. Kau ingat mata aku buta, tak nampak kau main game dekat hanphone?” Anip sengih keji.
            “Heh, rahsia kerajaan aku tu.” Nina ketawa.
            Pintu dewan kuliah dikuak dari luar. Encik Wafi yang kemas berkemeja masuk memberi salam. Ketawa Nina automatik terhenti.
            “Habis ni teman aku pergi library kejap eh?” Perlahan Anip bersuara.
            Kening Nina terangkat. “Nak buat apa?” Memang dia tak percaya Anip ajak dia pergi library. Selama ni bukan main liat dia nak jejak bangunan sekangkang kera tu.
            “Kau teman je la.”

“KALISHA.”
            Nina menyambut salam dengan senyuman. Wah, siapa pulak Kalisha ni. Muka Anip yang senyum meleret dari tadi dipandang. “Siapa ni weh?”
            “Kalisha ni junior aku dulu dekat sekolah. Dah lama tak jumpa ni.”
            Kalisha senyum. “Baru daftar bulan lepas. Tak sangka pulak jumpa Abang Anip dekat uni ni.”
            Nina mengangguk faham. Kiranya jejak kasih la ni. Huhu. “Kalisha ambil course apa?”
            “Kau panggil Sha je weh. Berbelit lidah nak sebut nama penuh dia.” Anip menyampuk.
            “Haah kak. Panggil Sha je.”
            Nina sengih. Suka-suka je dia panggil kak. Kekok pulak bunyi dia. Mana pernah orang panggil dia kak. Dekat rumah pun dia yang paling bongsu. “Okay. Sha. So, course apa?” bukan nak tahu sangat pun. Tapi sekadar berbasa basi orang cakap. Huhu, orang berbudi, Nina kena berbahasa. Budi bahasa budaya Nina, tak gitu? Eheh.
            “Kimia. Engin. Sama, kan?”
            “Oh.. okay la tu.” Dah tak tahu nak cakap apa lagi dah. Dia pun bukannya spesis peramah sangat. Kalisha senyum je. Murah senyuman betul budak ni. Yang si Anip ni dari tadi sengih sendiri, entah apa lah yang dia duk fikir.
            “Jom lah kita pergi makan. Nina, kau tak sehat sepenuhnya lagi. Jangan nak makan pedas atau order air sejuk.” Anip mula melangkah.
            Nina jadi kembang sekejap. Bangga pulak bila si Anip ni bagi pesanan macam. Rasa macam terjaga. Hehehe.     

“NINA DAH SIHAT?”
            “Dah bang. Kalau bukan Kak Sarah yang jaga Nina, rasanya Nina terlantar lagi sekarang.” Nina sengih sendiri. Langkah Kak Sarah yang baru keluar dari biliknya dipandang dengan senyuman.
            “Kak Sarah kamu tu memang terbaik, kan?” Abang Nazeem ketawa dari hujung talian.
            Nina mengangguk walaupun ternyata Abang Nazeem takkan nampak pun anggukan burung belatuk dia tu. “Itu la bang. Nasib baik abang cepat bertindak pinang Kak Sara.  Kalau tak, melepas.” Nina ketawa sendiri. Kak Sarah mengerutkan dahi bila mendengar namanya disebut-sebut.
            “Mengumpat apa ni?”
            Nina sengih. “Okay bang. Kak Sarah dah sudah solat. Nina kasi dekat dia ni.” Gagang telefon bertukar tangan. Dia sempat mencubit pipi Kak Sarah.
            “Assalamualaikum.”
            Nina sengih mendengar Kak Sarah memberi salam. Dia mengatur langkah ke sofa. Butang on TV ditekan. Untung Kak Sarah. Segala benda dia mahir. Dari masak, mengemas, ambil hati. Dah tu dapat pulak Abang Nazeem yang sangat baik. Memang sesuai sangat.
            Remote ditekan berkali kali untuk mencari siaran yang dia suka. Tapi hampa. Semua cerita bosan. Hari minggu pun tak ada cerita best. Huh.
            “Muka tu kenapa?”
            Nina tersentak. Ek? Cepatnya sembang? “Dah sudah?”
            Kak Sarah senyum. Dia turut mengambil tempat di atas sofa. “Abang Nazeem nak bagitahu dia ada kerja dekat Vietnam dua hari. Itu je. Nak sembang apa lagi.”
            Nina sengih. “La, tak cakap I miss you ke. I love you ke?” Tangan Kak Sarah cepat aje mencubit paha dia. Fuh, pedih!
            “Yang tu tunggu lepas dah nikah la. Sekarang kalau dah cakap tak best. Tak ada specialnya bila dah nikah.”
            Nina mengangguk-angguk. Ooo macam tu eh? Huhu.
            “Anip apa cerita? Tak keluar pulak hari ni?”
            “Anip biasa je ceritanya. Tak ada yang lain-lain pun.” Matanya masih melekat di TV walaupun tiada rancangan yang menarik. “Tapi kan kak, haritu dia bawa Nina jumpa dengan junior sekolah dia dulu.”
            Kak Sarah senyum. “Perempuan eh?”
            Nina mengangguk.
            “Nina cemburu?” senyum lagi.
            “Mana ada. Orang tak rasa apa pun.” Ye ke Nina tak rasa apa? Rasa jugak haritu. Rasa pelik sebab sebelum ni mana ada Anip kenalkan dia dengan mana-mana perempuan.
            Kak Sarah memegang erat tangan Nina yang dari tadi mengenggam remote TV. “Nina,”
            “Hmm?” dia merenung anak mata Kak Sarah, menunggu apa yang bakal di katakan.
            “Akak yakin yang Anip suka Nina. Tengok apa yang dia buat selama ni. Akak boleh rasa Anip tu ikhlas kawan dengan Nina. Nina tak rasa?”
            “Rasa jugak. Tapi Nina tak rasa sebab lain. Kan Nina kawan dia?”
            “Tapi akak rasa lain.” Kak Sarah senyum.
            “Tapi Nina rasa..” Dia menelan air liur. Nak cakap ke tak adeh. Muka Kak Sarah yang menunggu jawapan dipandang. “Nina rasa, Nina dah suka dia.”
            Kak Sarah senyum meleret. “Dah agak dah. Tengok dari cara pandang plastik ubat tu pun akak dah tahu.”
            Nina sengih. Dah tiga tahun rassanya dia kawan dengan Anip. Dia selalu sangat dengar orang cakap. Lelaki dengan perempuan ni tak boleh kawan baik-baik sangat. Sebabnya mesti ada nada satu perasaan lain selain sahabat. Betul. Walaupun ramai yang menafikan, tapi salah seorang akan rasa macam tu.
            Dan sekarang dia sendiri yang rasa. Tapi sungguh dia sendiri tak tahu apa yang Anip rasa. Takkan nak tanya. Ya tak?

***
“KENAPA TUKAR NOMBOR telefon?” Anip menghirup teh o ais di atas meja.
            “Handphone yang dulu hilang.”
            “Nasib baik kita jumpa balik dekat sini. Kalau tak memang saya takkan jumpa awak lagi la, kan?” Anip senyum.
            Kalisha tersipu-sipu. Dia sendiri tak sangka sebenarnya akan jumpa Hanip, senior yang selalu kacau dia dulu. Waktu handphone yang ada nombor telefon Hanip dulu hilang, puas juga dia perah otak. Nak ingat balik nombor telefon Hanip. Tapi memang dia tak ingat langsung. Dan macam tu je terputus.
            Dulu dia tak layan sangat bila Hanip selalu call dia. Tapi lama-kelamaan rasa sunyi pulak bila Hanip tak ada.
            “Boleh lah saya kacau awak balik, kan?” Anip dah sengih.
            Kalisha senyum aje. Dia tidak menjawab. Dan sengihan Anip makin lebar.


NINA MEMANDANG LANGKAH Kalisha ke mejanya. Cantik sungguh budak Kalisha ni. Ayu. Sopan. Haish. Kalau Vanida Imran tu tak berlakon dalam cerita tu, budak ni dah boleh jadi perempuan melayu terakhir dah. Kalisha melemparkan senyuman kepadanya. Spontan bibir dia juga turut tersenyum.  
            “Lama tunggu kak?” Kalisha mengambil tempat di sebelahnya. “Abang Hanip tak sampai lagi?”           
            Abang Hanip? Oh, senior dia. Memang patutlah nak ber’abang’ pun. Patut ke? “Er, dia pergi toilet.” Nina senyum.
            Kalisha mengangguk. Matanya jatuh pada sesuatu di atas meja. “Wah kak!” dia terjerit kecil.
            Kening Nina terangkat. “Kenapa?”
            “Purse Levi’s akak ni. Cantik!” Matanya masih tak lepas dari purse Nina di atas meja.
            “Itu Anip yang bagi hadiah. Lama dah. Akak tak tukar pun. Sayang nak tukar. Nak tengok ambil lah.” Dia menghulurkan purse yang tidak berapa besar itu kepada Kalisha. Laju je Kalisha menyambut. Dia memang gilakan purse. Tak kira jenama apa, tapi kalau design can warnanya cantik, cepat aja matanya tertarik.
            Jarinya membelek segala ruang. Cantik. Susun atur dalam tu pun cantik. Gambar di dalam purse Nina mencuri perhatiannya. Terus pergerakannya terhenti. Nina yang perasan akan perubahan itu senyum kecil. Teringat waktu gambar tu diambil.
            “Dah dua tahun gambar tu ada dalam purse akak. Comel kan Abang Anip Sha  tu?” Nina senyum. Kalisha mengangguk kecil sambil menghulurkan kembali ke tangan Nina.
            “Dua tahun kak?”
            Nina mengangguk. “Haah. Dua tahun. Waktu ni kami baru aje rapat. Dia tu lah. Dalam kelas bukannya reti duduk diam. Nak bersembang aja kerja walaupun lecturer ada dekat depan.”
            Kalisha senyum tawar. “Tak pernah buang pun?”
            Nina menggelengkan kepala. “Tak pernah. Akak sayang nak buang. Tak boleh taka da dalam ni. Tak lengkap lula rasanya. Mungkin sebab akak sayang dia.” Nina seaakan bertutur sendiri. Dia memandang gambarnya dan Anip yang tersenyum gembira berlatarkan dewan kuliah. Entah siapa yang tolong ambilkan waktu ni. Dia sendiri dah lupa.
            Kalisha terus terdiam. Dia tak tahu hubungan Kak Nina dengan Abang Anip dah rapat macam ni. Rapat. Sehingga melibatkan hati. “Kak.”
            “Hmm?” Nina mengalih pandangannya dari gambar tadi ke wajah Kalisha. Keningnya terangkat.
            “Sha ada kelas sebenarnya kejap lagi. Tak sempat kut nak makan sekali.”
            “La, makan kejap pun tak sempat?”
            Kalisha menggelengkan kepala. Dia senyum sesaat. “Tak sempat. Tadi pun Sha ingat nak singgah kejap je.”
            Nina mengangguk. “Kalau macam tu tak apalah.” Kalisha yang sudah berdiri dipandang kosong. Boleh perasan muka dia yang keruh tiba-tiba tu. Tension sebab nak pergi kelas ke? Kelas tengah hari memang menenatkan. “Sha tak nak tunggu Anip kejap ke?”
            Kalisha menggelengkan kepala. “Tak apa lah kak. Tak sempat kut. Nanti akak bagitahu Abang Hanip, Sha ada kelas eh.”
            “Okay.” Nina mengangguk. “Take care.”
            Kalisha senyum dua saat sebelum melangkah keluar dari café.
            Anip keluar dari toilet tak lama selepas Kalisha keluar. Dahinya berkerut seribu. “Kalisha tak sampai lagi?”
            “Dah. Dia ada kelas. Dia dah pergi kelas balik dah.”
            “La. Cakap tak ada kelas tadi.” Anip duduk bertentangan dengan Nina. Nina hanya angkat bahu. “Dia ada pesan apa-apa tak untuk aku?” Anip sengih.
            “Nak pesan apanya?”
            “Alah, pesan suruh cakap I love you ke. I miss you ke.”
            Nina mencebik. “Romeo!”
            Anip ketawa kuat. Dia mencapai buku menu. Kalisha..kalisha. Bibirnya tersenyum mengenangkan nama yang satu itu. Lama dia mencari. Lama dia menunggu. Kalisha.
***

“TAHNIAH KAK!”
            Kak Sarah senyum bahagia. Dia membalas pelukan Nina. Erat. Sedih nak tinggalkan Nina dan semua budak-budak rumah sewa dia dulu. Semua dah macam adik beradik dah. Sekarang ni dia dah kena mula hidup baru bersama suaminya, Nazeem.
            “Terima kasih Nina.”
            Nina senyum meleret. Meriah sungguh kenduri Kak Sarah dan Abang Nazeem. Ramai gila yang datang. Dia sendiri pun belum sempat lagi nak makan sebab meja makan semua dah penuh.
            Jam di tangan dikerling sekilas. Sesekali dia membuang pandang ke setiap sudut. Kelibat Anip belum lagi kelihatan. Rasanya tadi dia cakap on the way. Tapi entah ke ‘way’ mana dia pergi. Dah sejam tak sampai lagi ni.
            “Tunggu Anip?” Kak Sarah menegur.
            Nina mengangguk air sirap yang diberikan oleh Didi, adik Kak Sarah dibawa ke mulut. “Pelik jugak kenapa lambat sangat. Akak pergi je la layan tetamu lain. Nina nak duduk sini je.”
            Kak Sarah senyum. “Okay. Kejap lagi sampai la tu. Jangan risau.” Kak Sarah menepuk perlahan bahu Nina. Dia kemudiannya berlalu dari situ. Kalau nak diikutkan hati, nak je dia teman Nina tunggu Hanip. Tapi ini majlis dia. Apa pula kata tetamu kalau dia asyik terperap dalam rumah?
            Hampir lima belas minit menunggu, akhirnya wajah Anip muncul juga. Nina menarik nafas lega. Buat risau je. Kut la kemalangan waktu nak datang tadi,kan? Mana nak tahu.
            “Na,” Anip terus duduk di sebelahnya.
Dahi Nina berkerut mendengar nada suara Anip yang memang lain dari biasa. Dia mengangkat kening tanda ‘apa’.
“Kau cakap apa dengan Kalisha?” soal Anip perlahan. Dia merenung anak mata Nina sedalam-dalamnya. Nina makin pelik.
“Aku cakap apa?” suaranya di kawal. Cakap apa pulak ni? Langkah Kak Sarah dan Abang Nazeem yang menuju ke arah mereka dipandang dengan senyuman yang di buat-buat.
Anip mengeluh. “Kau cakap dekat Kalisha yang kau sayang aku?”
Nina terdiam. Dia mengangguk perlahan. “Ya, kenapa?”
“Kau janganlah gurau macam tu dengan dia weh. Dia dah percaya tu.” Suaranya naik satu volume. Anip menggaru-garu kepalanya yang tak gatal.
Kak Sarah dan Abang Nazeem hanya diam memerhati. Lidah Nina automatik kelu. Muka Kak Sarah dipandang. Anip ingat dia bergurau?
“Sha dah percaya. Patutlah dia tak nak datang sini masa aku ajak dia tadi. Nina, kau kena betulkan balik. Kau tak boleh bergurau macam tu dengan dia. Dia tu lurus. Jenis mudah percaya.”
Nina menahan air mata. Dia tak bergurau pun. Apa yang dia cakap tu betul.
“Aku dah lama cari dia. Sejak sekolah sampai dah tahun ketiga dekat uni. Aku baru je dapat peluang nak kenal dia lagi. Kau dah kacau.” Anip sedikit mengeluh.
Kak Sarah ingin membuka mulut, pantas ditahan oleh Nina dengan isyarat mata. “Sorry weh. Aku tak tahu pulak Kalisha percaya.”
Anip menarik nafas. “Itula. Aku pun dah tak tahu nak buat macam mana ni. Sekarang dia tak nak jumpa aku langsung.”
“Nanti aku terangkan pada dia. Kau jangan risau.”
“Betul?” Mata Anip bersinar. Terus hilang suram muka dia tadi. Nina pantas mengangguk. Makin lebar senyuman Anip. “Thanks weh!”
Nina senyum. “No hal. Salah aku, aku la yang kena betulkan. Jom la makan.” Dia bingkas bangun. Tangan Kak Sarah dicapai. Kak Sarah memandangnya sayu. “Kak, Nina nak makan lauk pengantin.” Bibirnya dipaksa senyum.
“Nina…”
“Weh, Anip. Duduk apa lagi dekat situ. Jom la makan.” Panggilan Kak Sarah tadi tidak di endahkan.
Anip sengih lebar. Dia terus bangun mengekori Nina dan Kak Sarah. Abang Nazeem masih diam memerhati. Dia sendiri tahu cerita Nina dan Anip dari isterinya.
“Nina,” Kak Sarah sekali lagi menggengam erat tangannya.
Nina senyum tawar. “Kita makan dulu?” matanya bergenang. Terus Kak Sarah mengangguk. Dia tak sanggup melihat Nina kecewa macam ni.

***

“SARAH RASA BERSALAH sangat bang.” Kak Sarah melentokkan kepala ke atas bahu suaminya. Dia boleh rasa perasaan Nina walaupun Nina sedikit pun tidak bercerita. Nina dah macam adik dia sendiri. Malah mungkin lebih rapat. Mana mungkin dia tak perasan perubahan Nina sekarang.
            “Bukan salah Sarah.” Abang Nazeem meramas lembut jari jemari isterinya. Kalau nak diikut kan dia sendiri risau bila tengok keadaan Nina sekarang. Lain. Kalau dia senyum pun dah tak ada manisnya.
            Walaupun Nina nampak berusaha sedaya upaya untuk tutup rasa hati dia, mereka tetap boleh tahu.
            “Nina pun dah lama tak call Sarah. Sarah tak tahu nak buat apa. Semua ni salah Sarah bang. Sarah yang bagi harapan pada Nina. Sarah yang menaikkan rasa cinta dia pada Hanip.”
            “Kenapa Sarah buat macam tu?” Abang Nazeem terbangun dari bersandar. Tegak dia memandang wajah isterinya.
            “Sarah ingatkan Hanip tu suka la dekat Nina. Mereka pun dah lama kenal, kawan. Tak tahu pulak Hanip suka orang lain. Kesian Nina, bang.” Kak Sarah mengeluh. Memang dia rasa bersalah sangat. Itu la, pandai-pandai je teka perasaan orang. Haish.
            Abang Nazeem mengeluh. Nak salahkan Sarah seratus peratus pun tak boleh jugak. Dalam hal ni, Nina patut boleh agak segala kemungkinan yang akan berlaku. Itulah jadinya bila teman rapat berlainan jantina. Kalau ada salah seorang yang bercinta, ataupun sukakan orang lain, pihak yang lagi satu akan kecewa. Dan itu lah yang terjadi pada Nina.
            “Itula awak, kaum perempuan. Kalau kaum lelaki buat baik sikit, ingat kami ni dah jatuh hati la. Apa la. Habistu, takkan nak buat jahat sepanjang masa?” Abang Nazeem sengih.
            Kak Sarah mecebik.
            “Kita carikan seseorang untuk Nina, bang?”
            Dahi Abang Nazeem berkerut. Pulak dah? “Eh, tak payah lah kut. Dia tak okay lagi tu. Mana boleh kita plan apa-apa untuk dia.”
            Kak Sarah mengeluh kecil. Dia memandang anak mata suaminya. “Sarah tak senang tengok dia sedih bang. Mana tahu kalau ada kawan lain dia boleh happy balik?”
            “Sarah nak cari siapa untuk Nina?”
            Kak Sarah senyum meleret. Dia melemparkan pandangan ke kaca TV. Rasa-rasanya dia memang ada calon untuk Nina. Memang dah lama rasanya dia nak satukan Nina dengan budak ni. Budak tu pun, bukannya orang lain.

***

NINA MENGERUTKAN DAHI apabila bacaannya terganggu. Handphone yang terletak di hujung meja dipandang. Nasib baiklah awal-awal lagi dia setkan pada mode silent. Tak adalah menganggu pelajar lain dalam library ni.
            Nama pemanggil di renung sekilas sebelum tangannya cepat menekan butang accept. “Assalamualaikum.” Pen yang dipegangnya tadi diletakkan di atas meja. Dia bersandar malas.
            “Waalaikumussalam. Nina dekat mana ni?”
            Nina senyum. Dia mengeliat membetulkan urat. “Dekat library kak.” Jam di tangan di pandang sekilas. Rasanya dah sejam lebih dia tak bergerak. Khusuk dengan buku yang baru dia pinjam tadi. “Kenapa kak?”
            “Nina dengan siapa? Anip ke? Rajinnya pergi library. Baru seminggu masuk sem baru, kan?”
            Nina senyum tawar. “Nina seorang je kak. Anip pergi mana ntah harini.” Hujung tudungnya dipintal-pintal. “Bosan dekat rumah, akak tak ada. Itu yang datang sini.”
            Kak Sarah senyum dari hujung talian. “Aih, takkan Kak Sarah nak duduk situ lagi. Nanti Abang Nazeem Nina tu merajuk la.”
            Nina ketawa perlahan. Nasib baik dia teringat yang dia masih di library. Kalau tak memang dah pecah meledak tawa dia. Takkan lah Kak Sarah nak duduk rumah sewa tu lagi dan pilih dia dari suaminya sendiri, Abang Nazeem. Kalau betullah Kak Sarah pilih dia, mahunya Abang Nazeem banned dia selama-lamanya. Huhu.
            “Akak bila nak jumpa Nina. Tahu lah baru kahwin. Takkan setiap hari sibuk memanjang je.”
            Kak Sarah ketawa. “Itu lah yang akak call ni.” Dia menarik nafas. “Akak nak ajak Nina datang rumah akak malam ni. Makan malam.”
            “Ala kak, macam mana Nina nak pergi. Nak suruh Nina jalan kaki? Rumah akak tu bukannya sebelah rumah kita ni.” Nina merungut.
            “Abang Nazeem la yang jemput Nina nanti. Takkan la akak nak suruh Nina jalan kaki.” Kak Sarah sengih. “Nak tak? Ke Nina banyak kerja?”
            Nina senyum meleret. Kalau dah Abang Nazeem nak jemput, takkan dia nak menolak lagi. “Okay. Set!”
            “Kalau Nina jumpa Anip, ajak lah dia sekali.”
            Kening Nina terangkat. Aih, kena ajak Anip jugak ke? “Nina malas nak call dia kak. Confirm dia dengan Kalisha tu.”
            “Nina call lah. Suruh dia ajak Kalisha sekali.”
            Nina terdiam. Kak Sarah ni. Nak buat majlis kesyukuran ke apa. Semua nak dijemputnya. “Okay. kalau Nina ada kredit, Nina call dia.” Dia sengih sendiri.
            “Baiklah. Akak nak call Mia pulak ni. Nanti Abang Nazeem jemput kamu berdua. Apa-apa nanti akak call balik.”
            “Rojer kak!”
            Talian diputuskan. Nina merenung handphone di tangan. Malasnya nak call Anip. Kalau tak ajak Anip aci tak? Nina nak buat-buat lupa jemput.
            Heh heh heh.
            “Na, kau buat apa dekat sini? Penat aku cari kau dekat rumah.” Anip tiba-tiba datang entah dari mana. Panjang umur betul. Terus dia mengambil tempat di hadapan Nina. Beg sandangnya diletakkan di atas meja. “Aku call engage. Kau gayut eh?” Anip sengih mengusik.
            Nina mencebik. Panjang umur betul. Baru aje disebut-sebut tup-tup muncul depan mata. “Kak Sarah la.” Dia mengemas buku-buku yang dari tadi berselerakan. “Kau nak apa cari aku? Tak dating ke hari ni?”
            Anip di hadapannya senyum. Pantang sebut dating. “Kau ingat kita ni budak sekolah ke nak dating tiap-tiap hari?” Dia memandang muka Nina yang masih tenang mengemas buku. “Lagipun takkanlah tak boleh aku nak cari kau. Macam tak biasa. Weh. Kita dah masuk semester last ni!” dia hampir terjerit. Teruja sangat.
            “Diam lah wei. Semua orang pandang tu.” Nina membulatkan matanya. “Dah seminggu masuk kuliah baru kau perasan ke kita dah masuk semester last?”
            Anip sengih. “Jum makan. Lapar lah.”
            Tangan Nina yang asyik menyusun buku terhenti. Sebut pasal makan barulah dia teringat pesanan Kak Sarah tadi. “Kak Sarah jemput kita pergi dinner dekat rumah dia malam ni.”
            “Wah, itu dah bagus! Jimat aku malam ni.” Anip bersorak.
            “Heh, cuba senonoh sikit.” Nina mencebik. Segala jenis buku yang dia pinjam tadi dimasukkan ke dalam beg. “Kak Sarah suruh kau ajak Sha jugak.”
            Anip mengangguk. “Rojer that. Pukul berapa?”
            “Lapan kut.” dia dah bangun, bersedia untuk keluar dari library. Jam pun sudah menginjak ke angka enam petang.
            “Jom lah gerak sekali malam ni.”
            “Tak apa. Kau pergi je dengan Sha. Aku, Abang Nazeem datang jemput nanti.” Nina menolak. Dia masih belum boleh terima lagi kut. Tak boleh nak hadap bila Anip dengan Kalisha bersama. Tak patut, kan? Sebagai kawan, dia patut rasa gembira dengan kebahagiaan Anip.
            Anip turut sama berdiri. Dia mengekori jejak Nina keluar dari perpustakaan. “La, kenapa nak susahkan Abang Nazeem. Kita gerak sekali je lah.”
            Nina menggelengkan ketawa. Dia mencipta senyum plastik. “Aku tetamu kehormat. Mestilah kena jemput dari rumah. Kau tu sampingan je. Sebab tu lah kau kena pergi sendiri.”
            Anip mencebik. “Ceh.”
            Nina mencepatkan langkahnya. Anip ditinggalkan sendirian di belakang. “Aku nak balik dah. Jumpa malam ni.”
            Anip hanya diam memerhati. Lain sungguh Nina sekarang. Sepanjang cuti semester dulu pun dia tak banyak bersembang. Tak macam selalu. Mungkin sebab ini semester terakhir. Mungkin Nina dah tak nak main-main lagi. dan mungkin juga Nina dah bosan melayan dia membebel setiap kali di dalam kelas.
            Anip. Belajar Anip. Semester terakhir ni kau kena pulun!

“TAMBAHLAH ANIP. JANGAN malu-malu.” Kak Sarah keluar dari dapur dengan menatang air tambah.  Anip senyum mengangguk. Memang kalau dengan Kak Sarah dia segan sikit. Dia kenal Kak Sarah pun sebab Kak Sarah ni satu rumah dengan Nina dulu. “Sha pun. Sikit je makan?” Kak Sarah menegur Kalisha pula.
            Kalisha mencipta senyum. “Tak apa kak. Nanti Sha tambah.” Malam ni memang Kalisha tak banyak cakap. Lagipun, dia tak berapa kenal dengan tuan rumah. Nasib baik Kak Sarah dengan Abang Nazeem ni peramah. Tak ada lah dia kekok sangat.
            Banyak lauk yang Kak Sarah masak malam tu. Kak Sarah cakap, sengaja dia buat makan-makan. Rindu nak kumpul ramai-ramai. Abang Nazeem sengaja ambil Nina dan Mia awal sikit tadi. Boleh tolong-tolong Kak Sarah sediakan makanan. Anip dan Kalisha pula sampai sejam selepas itu. Manis je nampak mereka berdua. Walaupun hati Nina masih terasa, tapi dia sedaya upaya cuba menerima hakikat.
            “Syah, kau pun diam je. Segan?” Abang Nazeem menegur lelaki yang duduk bertentangan dengannya. Lelaki itu sengih. Gelas air di hadapannya dicapai dan dibawa ke mulut.
“Mereka ni dah macam adik-adik akak kamu dah.” Abang Nazeem menyambung.
Lelaki yang di panggil Syah tadi sengih. “Syah ni kan pemalu bang.”
Semua ketawa lepas. Nina dan Mia sengih. Rasanya Syah pernah datang ke rumah sewa mereka dulu. Jemput Kak Sarah. Mereka pun tak sangka Kak Sarah ajak adik dia sekali. Tapi apa yang pelik kan. Adik sendiri, mestilah Kak Sarah ajak. Lagipun rasanya Kak Sarah pernah cakap Syah pun belajar dekat-dekat area sini jugak.
            “Bila kau transform jadi lelaki melayu terakhir ni Syah?” Kak Sarah mengusik.
            Syah senyum meleret. Dia membawa nasi ke mulut. Sedap betul  asam pedas yang akak dia masak ni. “Sekarang la kak.”
            Kak Sarah menggeleng. Dia menarik kerusi dan duduk di sebelah suaminya. Wajah Nina yang masih tenang menjamu selera di pandang. Harap-haraplah rancangan dia nanti akan berjaya.
           

“NINA, KAN?”         
            Jantungnya hampir terlompat jatuh ke lantai. Dia berpusing ke belakang. Syah senyum memandangnya dan menyerahkan sebiji pinggan kotor.
            Nina mengangguk. “Haah.” Dia menyambut huluran pinggan dari lelaki itu. Mia yang sedang menyusun pinggan di sebelahnya tersenyum simpul.
            “Rapat eh dengan akak?”
            Nina memberi ruang kepada Syah untuk mencuci tangannya. “Haah. Saya dah anggap Kak Sarah tu kakak saya sendiri dah.”
            Syah senyum. “Dapat jugak akak saya tu merasa adik perempuan. Selama ni pun dia dah bosan sebab melayan saya je.”
            Nina sengih. Ya. Dia memang maklum Kak Sarah tidak mempunyai adik perempuan. Adiknya Cuma seorang saja, si Syah tu. “Saya yang patut rasa beruntung dapat kakak macam Kak Sarah.” Perlahan suara Nina. Ya, dia memang terharu dengan kebaikan Kak Sarah. Abang Nazeem pun. Mereka lah yang jadi penjaga dia selama dia di sini.
            Bukan nak cakap mak long dengan pak long tak jaga dia dengan baik. Tapi sejak mak dengan ayah meninggal sembilan tahun dulu, mak long dengan pak long lebih banyak beri perhatian kepada anak-anak mereka sendiri. Nina pun tak boleh nak kata apa. Takkan dia nak meminta lebih? Jasa mak long dengan pak long yang sudi menjaga dia dari kecil memang sudah tak terbalas.
            “Aik, mengumpat akak ke?” Kak Sarah mencelah. Dia melangkah masuk ke dapur dari ruang tamu bersama jug air yang telah kosong.
            “Mana boleh cerita.” Syah sengih.
            Kak Sarah senyum. “Syah tolong hantarkan Nina dengan Mia kejap lagi, boleh? Abang Nazeem ada kerja sikit kejap lagi.”
            Syah mengangguk laju. “Kecil tapak tangan, satu tong Syah tadahkan.” Dia sengih.
            “Hati-hati nanti. Jangan nak berlumba sangat malam-malam ni.” Pesan Kak Sarah. Tahu sangat dah yang si Syah ni suka memecut laju.
            “Rojer kak!”


“BOLEH KITA KELUAR lagi lain kali?” Mia ketawa di hujung kata. Mereka baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah sebenarnya. Syah sudahpun memecut ke jalan besar selepas menghantar mereka tadi.
            Nina sengih. “Diam lah kau.”
            “Kau tak rasa dia tu sweet ke Na?” Mia senyum. Dia membuka selendang yang dari tadi melilit kepala. Penat, tapi perutnya kenyang dengan masakan Kak Sarah tadi. Siap bawa balik lauk yang tak habis lagi. Dah lama rasanya mereka tak merasa lauk pauk air tangan Kak Sarah sejak Kak Sarah keluar dari rumah ni.
            Nina turut melurutkan tudung. “Sweet apanya. Aku dah rasa dia macam adik beradik Romeo je.”
            Mia ketawa lepas. “Sikit punya gentle tu weh. Aku rasa lah kan, Kak Sarah sengaja ajak kita makan-makan malam ni sebab nak kenalkan kau dengan adik dia tu.”
            “Pandai je lah kau.” Dia merebahkan badan ke atas sofa. “Kenapa aku? Mana tahu nak kenalkan dengan kau ke?”
            Mia angkat kening. Senyum tercipta. “Percaya lah cakap aku.”
            Nina mencebik. Handphone yang tiba-tiba menjerit nyaring mematikan topil mereka. Laju tangannya mencari-cari telefon bimbitnya di dalam beg. Nama pemanggil dipandang sekilas sebelum telefon di bawa ke telinga.
            “Waalaikumussalam kak.”
            Mia sengih. Boleh agak siapa yang call.
            “Dah sampai rumah dah?”
            “Dah. Baru je sampai ni.” Dia menjeling Mia yang tidak berhenti dari sengih. Tak habis-habis nak menggiat. Beg dicapai dan terus kakinya di atur ke bilik. Telinganya sempat menangkap ketawa Mia sebelum menutup pintu.
            “Syah bawa laju tak tadi?”
            “Biasa je. Kami dah selamat sampai pun ni. Alhamdulillah.” Nina mencampakkan tudung ke katil. Kerusi ditarik sebelum duduk.
            Kak Sarah ketawa dari hujung talian. “Nina..”
            Nina telan air liur. Pelik sangat nada suara Kak Sarah ni. Kata-kata Mia tadi kembali berlari-lari di fikiran.
            “Hmm?” Telefon ditangan terasa ingin dijauhkan dari telinga. Biar dia tak dengan ayat seterusnya. Biar dia tak tahu. Ataupun, boleh tak kalau dia buat-buat pekak seminit?
            “Nanti Nina kenal-kenal la dengan Syah ya.”
            Tepat seperti yang dia jangkakan (yang Mia jangkakan sebenarnya) ayat itu yang terkeluar dari mulut Kak Sarah. Masin mulut kau Mia. Berapa banyak garam yang kau makan tadi? Haih.
            Kalau dia nak buat-buat terlena sekarang, logik tak?


NINA MEMANJANGKAN LANGKAH. Rasa tak selesa pula bila berjalan seiring dengan lelaki yang dari tadi mengekorinya(dia yang ajak sebenarnya, tapi tadi hanya ajak-ajak ayam. Tak sangka pula dia setuju!)
            Tiga huruf besar dihadapannya membuatkan bibir automatik tersenyum. Laju kakinya dibawa ke perut kedai buku itu. MPH.
            “Awak memang selalu macam ni eh?”
            “Macam apa?” dia tidak menoleh. Tuan punya suara sudahpun berada disisinya. Turut sama membuang pandang kepada rak-rak buku yang tersusun rapi di bahagian kiri kedai.
            “Jalan macam lipas kudung!”
            Nina ketawa kecil. Bukan lipas kudung. Tu namanya ayam berak kapur. Tak selesa! “Kenapa?”
            “Penat saya kejar. Tadi ajak jalan sekali. Lepastu gaya macam nak lari pulak. Atau, awak takut dengan saya?”
            Ketawa Nina pecah lagi.
            Syah senyum simpul. Tak susah pun nak buat muka yang selalu serius ni ketawa sebenarnya. Kena ikut gaya.
            “Sorry.” Nina memandang adik lelaki Kak Sarah yang agaknya umur lebih kurang dia juga. Tadi sebenarnya dia terserempak dengan Syah di pintu masuk SACC. Entah macam mana boleh terjumpa dia dekat situ. Bila ditanya, Syah cakap saja datang jalan-jalan. Sebab itulah Nina ajak jalan sekali. Lebih pada berbahasa sebenarnya. Tapi tak sangka pula Syah terus setuju.
            “No worries.” Syah senyum lagi. “Minat baca buku?”
            Nina menggelengkan kepala. “Tak pun.”
            “La, dah tu? Kenapa masuk sini?”
            “Saya nak beli Komik. Tak suka baca buku atau novel. Panjang sangat. Belum tentu saya dapat habiskan.”
            Syah ketawa senang. “Bukan ke semua perempuan suka baca novel?”
            “Well, nampaknya awak dah jumpa orang yang tak baca.” Dia sengih. Tangannya mencapai The Fishes dari rak. Lama sungguh cari cerita ni. Tak pernah jumpa. Hari ni ada pulak. Diorang dah order baru ke? Ataupun selama ni memang ada, tapi dia yang tak nampak? Huhu.
            “Ben?”
            “Hah?”
            “Penulis komik ni. Ben, kan?”
            Nina memandang Syah. Pelik. Tahu pula dia. “Haah. Awak pun tahu?” takkan Si Syah yang macho terlebih ni baca komik cinta yang Ben buat kut. Tak masuk langsung.
            “Saya boleh kenal kartun dia. Selalu nampak. Tapi tak pernah baca. Saya lebih suka Komik yang Zink punya.” Gigi putih tersusun terpamer.
            Oh. Patutla. Kalau minat Zint, boleh diterima.
            “Nak beli ke ni?”
            Nina mengangguk. The Fishes digenggam dan dibawa ke kaunter. Rugi kalau tak ambil sekarang. Esok-esok belum tentu ada.
            “Bak sini, saya bayarkan.” Komik diambil dari tangan Nina.
            “Eh? Tak apalah.”
            “Biar saya bayar. A token of friendship. Boleh, kan?” buku dibawa ke kaunter.
            Nina senyum sendiri. Kata-kata Kak Sarah kembali menyinggah.

Kenal-kenal lah dengan Syah, ya?
           
            Haih Kak Sarah. Kenapa tiba-tiba?


DIA TAK TAHU apa sebabnya. Mungkin sebab doa daripada Kak Sarah. Mungkin juga sebab mulut masin Mia. Ataupun sebab hati dia sendiri sudah terbuka untuk lelaki yang bernama Syah. Mana satu pun sebabnya, dia tak pasti. yang pasti Syah sudah berjaya menaiki tempat di hatinya.
            Senang, selesa. Itu yang dia rasa.
            Dah hampir dua bulan rasanya. Syah sentiasa ada. Entah kenapa sejak balik dari MPH dulu, hubungan mereka masik rapat. Bunyi macam klise, kan? Macam cerita dongeng anak-anak sekolah. Tapi entah. Memang itu yang dia rasa. Sekarang pun dia semakin boleh menerima kenyataan tentang hubungan Anip dan Kalisha. Kalau nak difikirkan, tak ada sebab pun dia nak terasa hati, ataupun kecewa ataupun marah pada Anip. Anip tak salah pun. Sha apatah lagi. Hati dia sendiri yang belot dengan dirinya. Dah tergelincir sukakan kawan baik sendiri.
            Dan sekarang rasanya semua dah kembali jadi macam dulu. Anip masih membebel tak berhenti di dalam dewan kuliah.
            Cuma yang bezanya, sekarang dia ada Syah.
            “Kami satu keluarga nak datang rumah maklong Nina, boleh kan?”
            Telinganya hampirgagal berfungsi selepas ayat itu terkeluar dari mulut Kak Sarah. Dia bukan budak lima tahun yang tak faham akan kiasan biasa macam ni. dalam TV pun dah banyak guna dialog ni.
            “Buat apa?” tapi dia pura-pura juga untuk bertanya. Kut-kut la mereka nak datang untuk makan jenguk maklong dan paklong je. Logik ke? Out of the blue?
            “Nak pinang awak la.” Kak Sarah ketawa. “Boleh, kan?”
            “Tak cepat sangat ke kak?”
            “Tak lah. Kamu dua pun dah nak habis belajar, kan? Akak rasa okay je. Mama dengan abah pun tak banyak soal.” Laju aje ayat yang disusun oleh Kak Sarah. Macam dah buat skrip awal-awal, tinggal baca je.
            Nina terdiam. Telefon di tangan dipandang kosong. Betul ke ini yang dia nak? Betul ke? “Akak rasa macam mana?”
            “Eh, tanya akak pula. Nina tu. Tak nak jadi adik akak?”
            Nina senyum sendiri. “Selama ni bukan adik ke kak?”          
            “Sebelum ni dah jadi adik. Lepas ni pangkat Nina akan jadi tinggi sikit. Adik ipar tersayang.”
            Sungguh dia terharu. Betul. Rasa lengkap hidup dia dengan kehadiran Kak Sarah satu keluarga. Sebab itulah dia tak teragak-agak untuk cakap ya pada Kak Sarah tadi. Sebab itulah dia tak berat hati pun untuk terima Syah.


“KAU BIAR BETUL weh? Tak aci lah macam ni.”
            Pelajar yang lalu-lalang melepasi mereka memandang pelik. Tegak berdiri di tengah-tengah engine square!
            “Kenapa pulak?”
            “Kenapa aku baru tahu. Sampai hati.”
            Nina ketawa lepas. Wajah Anip dihadapannya dipandang. “Aku dah bagitahu ni kita bertuah la, tahu?”
            Anip mencebik. “Kau betul ke ni?”
            “Laaa. Dah ada tarikh pun. Takkan main-main pulak.” Nina cuba mencari riak cemburu pada wajah Anip. Tapi dia tak jumpa. Nina, apa yang kau harapkan sebenarnya?
            “Tak adalah. Cuma cepat sangat. Kau pun baru je kenal dia, kan?”
            “Lepas nikah nanti kami ada a whole life untuk kenal diri masing-masing.”
            Anip senyum tawar. “Tapi kau kahwin dulu dari aku. Tak adil. Padahal Aku dengan Sha lagi lamaa…couple.” Anip sengih sendiri.
            “Shah belum lagi habis belajar. Kau jangan nak bebankan dia dengan perangai tak senonoh kau tu. Lagi teruk hidup dia sebagai pelajar kalau dapat laki macam kau ni.”
            “Sesedap jiwa je kau kata aku, kan?”      
            Nina ketawa. Kali ni sungguh, dia ketawa senang. Dia buat pilihan terbaik. Anip sikitpun tak ada hati dekat dia sebenarnya. Yakin! “Aku nak minta Sha jadi pengapit aku. Kalau kau nak jadi pengapit Syah, kempiskan perut kau tu dulu.”
            “Nina!!”
            “Ye. Eh, kau belum cerita dekat aku.”
            “Cerita apa?”
            Nina sengih. Dah lama dia nak tanya sebenarnya. Tapi teguh tersimpan. Dia takut hati dia tak dapat terima nanti. “Sebelum tu, jom duduk dulu. Aku tak nak cairr kepanasan denat tengah-tengah alam ni.”
            Anip menangguk. Dia mengekori langkah Nina ke bangku batu yang terletak elok di tepi pokok entah apa nama. “Cerita apa yang kau nak tahu?”
            “Hehehe.”
            “Ingat gigi kau cantik sangat nak sengih macam tu?”
            Ceh. Sempat lagi nak mengata. “Ni… aku nak tanya.”
            “Apa?”
            “Hish, tak sabar betul.”
            Giliran Anip menayangkan gigi putihnya.
            “Kau…suka Sha kenapa eh?”
            Dahi Anip terus berkerut seribu. Langsung dia tak agak soalan tu akan terkeluar dari mulut Nina. Kerutannya tak lama. Dua saat kemudian, senyum menghiasi bibir. “Kenapa nak tahu?”
            “Tak nak bagitahu, tak apalah.”
            “Aku tak cakap pun tak nak cerita.” Anip ketawa.
            Dia senyum dalam hati. “So?”
            “Dia, tak macam perempuan lain.” Mukadimah daripada Anip membuatkan hatinya berdebar-debar.
Okay. lain.
“Rasa macam susah dah nak cari yang macam dia. Kalau aku cakap, kau jangan terasa. Aku tak ada niat apa-apa pun. Aku just jawab apa yang kau tanya.”
Nina mengangkat kening. “Apahal pulak aku nak terasa. Kau cerita je lah.”
“Macam ni. Mak aku pernah pesan. Kalau nak cari isteri, cari yang buat hati kita tenang, senang dah sejuk mata memandang.” Anip terhenti seketika. “Sha..tak macam orang lain. Dari zaman sekolah lagi aku perasan. Dia jenis yang boleh buat hati aku ni kagum. Selama aku kenal dia dari dulu lagi, dia tak pernah berubah. Tudung dia tetap macam tu. Kalau zaman sekolah tudung dia labuh ke bawah, sekarang pun sama. Kalau dulu dia 24 jam pakai baju kurung, sekarang pun sama.”
Nina terdiam. Masih menanti ayat yang bakal terkeluar dari mulut sahabatnya.
            “Betul, zaman sekarang ni kalau nak dikira baju kurung tak menjanjikan kesopanan pemakai tapi Sha…”
            “Baju kurung tapi tak sopan? Maksud kau?” Kening Nina terangkat. Ada pula macamtu. Bukan ke pakai baju kurung tu dah dikira elok, sopan dah. Takkan nak suruh berjubah kut.
            Anip sengih sesaat. “Macam ni. Memanglah nama baju yang dipakai tu, baju kurung. Tapi kau tengoklah. Ketat, jarang. Boleh nampak tali singlet lagi. Itupun kalau pakai. Kalau tak? Maaflah aku cakap. Tapi yang aku suka, kau tak macam tu.”
            Nina sengih. Tapi kepalanya cuba untuk menghadam alasan Anip. Betul juga. Baju kurung sekarang hanya pada nama. Ada jugak yang ketat ikut saiz badan. Sampaikan segala lemak yang timbul tu tertimbul. Haish.
            “Tapi Sha lain. Baju kurung dia, sopan.” Senyuman terukir setiap kali nama buah hatinya disebut. 
            Masuk ni, entah berapa kali dah Anip cakap Sha lain. Memang lain sungguh la tu. Lain dari orang lain. Lain dari dia.
            “Kalau macam tu, kahwin la cepat. Melepas karang.”
            “Bukan kau cakap tadi aku kena tunggu budak tu habis belajar dulu ke?”
            “Haah la. Lupa!”
            “Ceh, tahu la dah nak kahwin.”
            Nina senyum. Tak sangka begitu sekali penilaian Anip terhadap perempuan. Segala aspek dia kira. Dan Nina sendiri. Dah sempurna ke dia untuk jadi seorang isteri?


MACAM BIASA, MALAM itu Syah sekali lagi mengajaknya makan diluar. Dan macam kebiasaannya, dia setuju. Kalau nak dikira, tak elok kerap berjumpa bila tarikh penting makin hampir. Tapi pujukan Syah tadi membuatnya kalah. Laju aja dia bersetuju dengan pelawaan Syah.
            Perut dah kenyang. Kereta membelah jalan pulang dengan kelajuan sederhana. Masing-masing diam. Hanya radio sahaja yang menemani. Tak lama pun masa yang diambil sebelum kereta Syah sudahpun selamat berhenti di hadapan rumah Nina.
            “Night. Balik hati-hati,” Nina membuka tali pinggang keledar. Ayat klise. Itu ajelah yang dia cakap sebelum berpisah. Dan selalunya Syah akan senyum mengangguk. Tapi mala mini…
            Tangan Nina dicapai. “Kejap. Tunggulah dulu. Saya rindu awak ni.”
            Nina terkejut apabila tangannya dipegang begitu. Tapi cepat-cepat mukanya diletakkan dalam mode asal. Tenang. “Dah jumpa, kan? Bibirnya menarik senyum.
            “Saya betul-betul rindu awak ni. Lepas ni makin jaranglah boleh jumpa.” Syah mengeluh. Mama dah pesan banyak kali. Jangan kerap sangat keluar dengan Nina. Jangan tu..jangan ni.
            “Tinggal sebulan je lagi, kan?” Nina sengih. “Takkan tak boleh tunggu.”
            “Tak boleh.” Tangan Nina digenggam erat sebelum dibawa ke bibir.
            Cepat-cepat Nina menarik kembali tangannya. “Awak ni kenapa?” suaranya dithan sedaya upaya. Dia cuba memahami tindakan Syah tadi. Tapi ternyata, dia tak boleh terima.
            “Saya sayang awak, Nina.” Kedua-dua tangan Nina cuba dicapai. Terkial-kial dia cuba mengelak. Serius, ini bukan Syah yang dia kenal!
            “Syah, saya rasa awak patut balik dulu. Awak penat sangat ni.”
            Syah sengih sumbing. Matanya merenung tepat pada anak mata Nina. “Tak, saya tak penat. Saya tak nak balik. Saya nak awak.”
            Air liur yang ditelan terasa pahit. Sungguh! Ini bukan Syah! “Kalau awak tak nak balik, biar saya yang balik.”
            Sekali lagi lengan Nina dicapai. Kuat. “Tolong, jangan keluar lagi. Awak tahu kan, saya sayang awak. Awak akan jadi isteri saya.” Syah menarik Nina rapat kepadanya. Nina hampir menjerit apabila tangan Syah sudahpun merangkulnya erat. Sedaya upada dia cuba untuk menolak.
            “Awak ni kenapa? Saya ni akan jadi suami awak, jangan nak melawan!” suara Syah tiba-tiba berubah nada. Nina tercengang. Eh, siapa yang patut marah siapa ni?
            “Syah jangan jadi gila!” sekali lagi jangan Syah ditepis.
            “Awak akan jadi isteri saya. Apa masalahnya!”
            “Serius awak gila Syah! Gila!”
            “Memang saya gila! awak yang buat saya gila!” Syah menjerit kuat.
            Dia makin menggila. Nina hanya mampu menutup muka. Air matanya gugur satu persatu. Kudrat Syah lebih kuat daripadanya. Itu yang pasti. Ya Allah. Kenapa mesti jadi macam ni?
            “Syahmi!!!”
            Nina masih menangis. Genggaman Syah pada bahunya terlepas. Dia tak pasti apa yang berlaku selepas itu. Sungguh dia tak berani untuk melihat. Dia tak berani untuk melihat wajah Syah yang menggila. Dia..takut..

DARAH MERAH SUDAH menyerbu ke muka. Kalau nak diikutkan hati, dah mati Syah tu dia kerjakan. Nasib baik Sha sempat selamatkan keadaan. Syah pun sudah lembik. Entah betul pengsan entah tipu. Memang dia rasa nak rejam je kepala dia dengan batu. Belajar tinggi-tinggi pun otak masih sempit!
            Dia tak dapat bayangkan jika dia tidak ikut kata Sha malam tu. Sebenarnya Khalisha mengajaknya untuk berjumpa Nina. Nak cakap pasal kerja apit-mengapit tu. Tapi waktu dia sampai, kereta Syah baru tiba entah dari mana. Dah dia agak, Nina ada dalam tu. Lama menunggu, hati dia rasa tak sedap. Itu yang dia turun tengok.
            Tak sangka pula dia ternampak sesuatu yang hampir membuatkan otaknya berada pada tahap tidak waras.
            Memang syaitan kau Syah. Sanggup kau buat Nina macam tu? Bakal isteri kau sendiri. Kawan baik aku!
            Dia menarik Syah yang sudah hilang kawalan itu ke muka pintu rumah Kak Sarah. Mia yang ibarat memahami, terus menekan loceng rumah Kak Sarah berkali-kali. Cukuplah sekali kecoh di hadapan rumah mereka tadi. Mia sendiri hampir terjerit melihat pergaduhan antara Syah dan Anip di hadapan rumah dia tadi. Nasib baiklah Khalisha sempat terangkan apa yang dah jadi. Kalau tak laju je tangan dia nak call Kak Sarah tadi.
            Hampir dua minit, pintu rumah terbuka luas. Anip menarik Syah masuk ke dalam rumah. Abang Nazeem tercengang dimuka pintu. Kemudian, Mia pula masuk dengan memapah Nina yang masih dalam sendu. Kalisha di belakang mereka hanya membisu.
            “Apahal ni?” Abang Nazeem menutup pintu rumah. Kak Sarah masih bertelekung ketika dia turun untuk membuka pintu tadi. Mereka baru sahaja selesai solat isyak sebenarnya.
            “Abang tanyalah pada dia ni!” Satu lagi penumbuk mendarat di rahang kiri Syah. Dia yang sudah lembik, jatuh mencium lantai.
            “Apa ni?!! Anip?!”
            “Abang tanya dia! Tanya dia apa yang dia dah buat pada Nina! Abang tanya dia!” Anip sudah dalam nada menengking. Kalisha terus merapatinya. Pujuk supaya terus bersabar.
            “Syah buat apa Nip?”
            Semua mata terpaku pada Kak Sarah yang turun meniti anak tangga.
            “Nina?” Nina yang terduduk di atas sofa dipandang pelik. Kenapa Nina menangis macam ni? “Mia? Apa dah jadi ni?”
            Lidah Mia kelu. Sungguh dia tak tahu nak jawab apa. Dia tersepit. “Er..Syah.. dia..dia..tadi..”
            “Apadia Mia?” Kak Sarah mendesak. Mia terus kelu. Dia memandang Anip meminta tolong. Sungguh dia tak tahu nak jawab apa.
            “Syah cuba nak perkosa Nina..” perlahan.
            Semua mata beralih kepadanya. Syah cuba untuk duduk.
            “Syah, kau cakap apa ni?”
            “Syah cuba nak perkosa Nina, kak!” Ulangnya lagi. Entah apa yang merasuk dia tadi. Kau bodoh Syah! Bodoh. Sebulan je lagi Nina akan jadi milik kau, ddah kau sia-siakan macam tu je. Kau bodoh Syah.
            “Syah, kau jangan nak tipu akak.” Suara Kak Sarah terketar-ketar. Kepalanya terasa berat. Tolonglah cakap dia bermimpi.
            “Betul, kak. Dan sekarang Nina akan benci Syah. Selama-lamanya.” Kepalanya dihantukkan ke meja kopi. Abang Nazeem cuba menghalang adik iparnya. Otaknya masih cuba menghadam apa yang berlaku. Kenapa semua yang baik-baik sebelum ni bertukar menjadi tragedy macam ni?
            “Syah..kau..”
            “Kak!!”
            Satu rumah hanya mampu melihat Kak Sarah terjelopok diatas lantai. Kak Sarah pengsan!
           
            ******

Dah lama tak buat cerita. Dah mula, rasa tak boleh berhenti pulak. Sila tunggu sambungan. Tunggu bila mood buat cerita datang balik. Hehehe.

5 comments:

Faten said...

Wahhhh best best best

Anip ke hero?

Anonymous said...

huhu oseng..speechless!!..jaat tol c syah 2..
terbaik la oseng..teruskan berkarya!!
:-)
ap jd antara anip dgn nina? cpt siapkn,oseng!! hahaaha..xsbar doe..huhu

Fifieyqa said...

huaa..cepat sambung..suspen nie.. =.=

Shad said...

best2... cepat sambung sis...

::Khazinatul Asrar:: said...

Terbaik twinku..
mnnti smbungannya :)

~~