Jenis Cerita Yang Ada

Yang Ikut Duakaki

Rendahkan Volume Kalau Musik Memekak,, Hehehe

Kerana Tidak Semua Yang Dirancang Menjadi Kenyataan

April 29, 2010

seronok kalau sekali sekala buat-buat tak ada kerja,,,

hah.. memang seronok,,padahal kerja bertimbun,,
nak kena baca nota lagi,, belajar lagi,, buat thesis lagi,,
dan bila sekali sekala buat-buat tak ingat pasal tu memang best..
sebab itu la aku suka sangat kalau bab berjalan-jalan-jalan.. hohoho
habis satu pulau aku jelajah,,
jelajah sampaibalik pulau, tapi tak ada pulak benda yang aku cari,,pusing balik.. 
tak ke nama pusing satu pulau tu,,haha..

dan sangat seronok bila melayan cerita korea dengan jepun.. 
kalau cerita korea,,mesti pasal lelaki cool dan hensem,,
dan heroin pula mesti nak kiut miut dengan perangai budak-budak...

kalau perempuan anggun bergaya tu mesti jadi watak jahat punya..
aku pun x tahu kenapa,,jadi jangan tanya aku..

so,sapa nak jadi hero cerita korea, silalah berlagak cool dan sapa nak jadi heroin pula, silalah beratih jadi kiut miut beserta dengn perangai budak-budak comel....

lalala~

April 27, 2010

ambik pen mula belajar

kadang kadang benda yang dah tak ada, 
benda yang pergi, 
benda yang hilang,, 
tak perlu lah kita nak ingat,,
kan kan??

April 21, 2010

hadapi dengan senyumann

Yaya jalan kaki pergi kedai buku hari tu, dia cakap dekat Milah, dia nak beli pemadam dengan pen baru sebab esok exam,,selama satu semester dia belajar bukannya dia pernah beli, dok pinjam dengan Ajis yang selalu masuk kelas awl sepuluh minit tu.. dengan semangat nak exam, dia keluar rumah dengan muka confident...sebab apa confident itu nanti aku tanya.

x sampai suku jalan, slipar yang dia pakai tu dah rasa licin semacam,tengok tengok ader la melekat t**k ayam yang masih suam-suam. muka dia biasa saja,, itulah, lain kali jalan pandang bawah cikit,,dia lap je dengan tisu sebab manalah nak cari paip air kat tengah-tengah jalan tu.

sampai separuh jalan, Yaya terserempak dengan pakcik bawa bakul,,pakcik tu dah tua,, dalam 70 an kot,,apa ntah yang ada dalam bakul tu, nampak berat, Yaya rasa kesian..dia pergi dekat pakcik tu, tolong pakcik tu angkat bakul tu seberang jalan.pergh...mmg berat giler..Dalam tu rupanya ada hampir 30 biji telur ayam. dan memang dia malang, 3 biji pecah dan terkena dekat t shirt yang dia baru beli dekat jusco minggu lepas,,muka Yaya dah lain sikit, tapi tak apalah,,ikhlas tolong pakcik punya pasal.

Yaya jalan lagi,,dah dekat dah kedai tu,, dah boleh nampak pintu masuk yang kaler kuning tu. dalam lebih kurang 10 tapak lagi nak sampai, adalah sebuah van yang pass by sebelah Yaya.  tapi, van tu bukan pass by macam tu je,,entah macam mana dan bila pulak ada lopak air dekat situ,,jadi, bila van tu lalu je sebelah,,air yang kaler kelabu pekat tu terus terperecik dan melekat dekat jeans yang Yaya pakai..(bukan jeans Yaya sebenarnya, dia pinjam dengan Milah tadi).

dan err,, muka Yaya dah lain macam.. mmg sangat tipis tahap sabar dia saat tu..

Yaya kuatkan hati ,,dia melangkah juga ke dalam perut kedai buku tu,,dia cari rak yang ada pemadam,x ada.. dia intai pula rak yang ada pen kaler biru,,pun x ada,,

"makcik,pemadam dengan pen ada?" dengan sopan Yaya bertanya..
"pemadam baru je habis nak, pen pulak esok baru sampai,"
"%^$u)&%##%^*".......................
--erk, kata-kata Yaya x boleh disiarkan atas sebab sebab tertentu--
tapi boleh agak kan,, huhu..
hadapi dengan senyumannn....(^_^)

April 19, 2010

entry time ngantuk

aku tengok jam dekat leptop aku jam tunjuk pukul 5.47.. waahhh,,
xpernah2 aku stay up sampai subuh,, paling lewat pun pukul 4,,sebab kalo x ada nescafe, jangan harap la mata aku boleh tahan sampai pagi macam ni. TAPI,,,today memang aku x minum nescafe sebab x cukup lagi 10 sen u beli air nescafe dekat mesin air kt luar bilik study ni, nak naik ambil duit kat bilik aku malas, jauh,,,

hahaha,, sebab apa aku tahan,,sebab Final Project ni hampir2 buat aku giler,,waahhh,, hiperbola betol,tapi betol lah,,boleh cakap kami satu batch senget sebab benda ni.. ho ho ho..

esok dateline hantar~~ (bleh teka kan sebab aku htidur lambat)...

lalala~~

April 17, 2010

wahh,, itu makin hampir,,

aku terpaksa jugak ikut rentak ITU,, dia yang paksa aku buat rentak laju-laju,, kalau sebelum ni aku tahu rilek2 saja, buat benda pun asal siap sudah,,aku tahu, korang pun sama,,tapi sebab ITU, aku kena buat betol-betol, no more play play,,sebab ITU buat aku jadik semangat,,bukan setakat semangat,, buat aku LEBIH semangat,wahh,,(jarang jarang sekali dapat melihat semangat ini). sebab ITU lah penentu aku nanti,,harap-harap aku boleh habiskan ITU dengan baik baik saja,, aminn,,,er,, korang pun sama >_<,,huhu,, aminn

April 16, 2010

..cuba tengok sekeliling...

cuba tengok sekeliling kamu..tak nampakkah keajaiban itu,,yang memang terpampang kat depan mata,, awan terapung kat atas sana,, langit cerah warna biru,,planet cantik sahaja di orbit,, bulan,, matahari,,,sangat harmoni..
jom kita cuba fikir,,tidak cukupkah lagi dengan bukti-bukti ini untuk kita? ataupun kita sangat buta hati atau tidak nampak,,dan senang-senang sahaja kita tolak tepi..

kita hanya perlu buka mata,,buka hati,, buka minda .. jika kita hanya lepas pandang ini semua,,tetapi kita tidak dapat terus sembunyikan kebenaran,,,

pandu kami ke jalan yang benar..dorong kami kearah kebaikan setiap hari.. jadikan kami sentiasa dekat padaMu.. hingga akhir masa.....


Dari lagu open your eyes-maher zain

April 15, 2010

cubalah ikut kata

ini dari interview dari sorang budak yang x berapa nak besar..kecil lagi comel,,

nama saya jangan,,hari-hari mak panggil "jangannn!!!""
bila saya ambil ikan dalam aquarium dan bagi dekat kucing mak panggil "jangann!!",,,
bila saya kejar arnab putih yang comel sampaikan dia terjun tasik dekat belakang rumah, mak panggil lagi " jangannn..!!"
saya tunjuk bakat melukis saya dekat semua orang bila saya lukis ultramen dengan dinasor dekat dinding ruang tamu yang kaler kuning ,mak panggil lagi.."jangannnn!!!"

owh,, nma saya jangan,,

April 13, 2010

exam semakin kejar saya..

owh,,banyak lagi kerja ni,, report tak hantar lagi,,sebelum tuh nak kena supervisor kesayangan aku check dulu salah dan silap harap diubah,,eh,,eh,,macam nak raya la pulak,, bukan bukan,, ni nak exam,, x best macam nak raya,,
mak aku call lagi tanya jadi tak balik minggu ni,, alaaa,,,macam x boleh balik saja,,makkk,,
test lagi,,alahai,,mngu depan nak final test ada lagi duk kejar aku,, hisy..
hah,, dah tu study3,, wake up2..BANGONNNN...

April 12, 2010

tahu tak macam mana kalau hidup ini BERKAT

orang selalu cakap, hormat ayah dan mak, supaya nanti hidup kita berkat, hormat cikgu-cikgu kalau nak ilmu itu berkat. cari rezeki dengan cara halal kalau mahu duit yang kita dapat itu berkat. dan lagi itu ini untuk mendapat berkat,,
macam mana rasanya kalau hidup ini berkat?
macam ni..
walau pun kita tidak selalu berhubung atau berada dengan ayah dan mak, kita masih rasa pertalian itu sangat kuat. rasa sayang semakin bertambah.
bila kita bekerja, setiap yang perkara dan kerja kita dapat lakukan dengan sempurna tak ada banyak masalah. tak ada banyak perkara yang melintang.
walaupun kita kekurangan fulus, kita masih rasa bahagia dan tenang. tak  rasa sedikitpun kesempitan.,,,oh,itu adalah kerana hidup kita berkat..
nikmat sungguh kalau hidup kita berkat..
jum sama-sama cari keberkatan,,hoho

April 11, 2010

tolong kembali~~

aduh,,,
selama empat purnama aku lupakanmu,,
hari hari aku x pernah ingat kamu,,
waloupom kamu sentiasa ada dekat keliling aku,,
ya,,aku berpaling tadah,,
aku berpaling tadah pada yang lain yang lebih menarik dari kamu,,
sesungguhnya aku lupa,,,
aku alpa,,
sekarang, tulun la kembali pada aku,,
tolong la pulang,,
aku amat perlukan kamu,,,
wahai RAJIN...
aku akan sedaya upaya akan lupakan si MALAS,,
jadi, kembalilah padaku RAJIN...
aku amat buntu kamu,,wooooo~~

April 10, 2010

setenang sedingin dan seberangin pantai bersih

petang tadi subuk saja mereka ajak aku pergi jalan-jalan ambil angin,, tension katanya, aku pun ikut je la,,sebab memang aku pun tengah serabut serabai,,plan terbaik punya nak tengok orang dekat mengkuang dam, tapi terlewat pulak bertolak,,kejap tertinggal itu la,,kejap tertinggal ini la, haih ape la aku ni,,then, ngam2 pukul sekian, kami sampai dekat tempat yang kami nak pergi tu. tapi sebabkan dah lewat,rasa malas pulak nak naik sampai atas,,huhu,,
lepas tu, start balik enjin moto, terus ke pantai,,hu hu..
ye, jauh,, tapi ok la,, as long as boleh cuci bersih segala semak samun yang memang menyemak kat otak aku ni.(eh, bukan tadi mereka ke yang tengah tension,,apa aku pula),,haha
singgah makan dulu..lepas tu solat siap siap then, gerak balik,,dari atas moto lagi aku nampak ramai giler yyang dah ambil port dekat tepi2 pantai tu,,prking moto tepi jalan, then lepak tepi pantai sampai tengah malam,,silap2 moto tu boleh kena saman.. tapi itu bukan aku,,
kami sampai, kami parking dekat tempat yang dia tulis parking here. lepas tu terus cari port yang sesuai,,kami cari port yang cerah cikit,,sebab bukan nak feeling jiwang atau apa apa,,nak tengok pantai dengan bahagian belah pulau saja..hu hu..
dan,,malam tu semua cerita terbuka juga,,ntah,,macam ada feel pulak kalau bercerita dekat tepi2 pantai..haha.. best,,lain kali nak pergi lagi la,,sebab aku suka dengar mereka bercerita,,sebab aku punya cerita malas nak dicerita,,haha

April 9, 2010

bila ini aku rasa

aku suka bila aku hepi. sebab bila aku hepi aku jadi gumbira..
orang orang dekat dengan aku pun nampak gumbira juga..
aku suka bila mereka mereka hepi, sebab bila mereka mereka hepi, aku turut sama gumbira,,
rasa macam semua masalah disappear..oh sangat bahagia,,

April 8, 2010

finding space

hah, kua kua je entry org putih,,saja aku nak buat gempak (hahaha)
minggu ni macam susah nak cari masa free, test memang memanjang satu minggu. siap ada pakej satu petang satu malam lagi. waahh,,,rasa tak sabar nak habiskan sem ni cepat-cepat. owh,, pasal nak cari ruang tu aku dah jumpa,, (laju je kalau bab lain selain belajar). movie petang ni jom..hohoho

April 7, 2010

oh tidak

bukan,,
itu bukan aku.dia sengaja main-main,,
atau dia tak sengaja,dia x sedar yang dia dah main-main..
memang bukan aku,,
sebenarnya aku tak tahu itu bukan aku,,
memang aku ingat aku
tapi apa yang aku ingat itu bukan..tidak..salah..
jum, cepat kembali ke bentuk asal...

April 2, 2010

satu, dua, tiga..one two three

haha,,aku kenyang lagi.nikmat sungguh makan bila orang belanja. rasa sedap semacam je makanan yang aku makan tu.terima kasih kepada beliau.haha

April 1, 2010

owh, oh dan oooo

time aku menyibukkan diri dengan partner aku dekat dalam lab, sempat juga aku intai dan perhati manusia-manusia yang sama-sama memenuhkan lab untuk tujuan sama dengan aku. dekat meja paling depan, kakak pengjaga makmal duduk tegak saja sambil mata dia tidak alih dari novel yang aku agak sudah lebih 40 minit dia pegang. sempat juga aku jeling tajuk novel tu. Mestika. Aku tak pasti jika novel yang kakak makmal tu baca sama atau tidak dengan Mestika yang selalu roomates aku sem lepas beli. malas nak fikir.

aku tengok kat belah kanan makmal. sebab mak aku cakap, kita kena mulakan semua benda dengan belah kanan. jadi aku ikut lah. dekat belah kanan makmal ada disediakan rak untuk letak beg pelajar macam aku. hari ni memang tak sampai separuh pun ruang rak tu dipenuhi. bila aku tengok dengan teliti, gaya saintis, ada terselit air kotak chrysanthemum dengan roti gardenia yang aku agak sekarang harga dia ringgit malaysia 60 sen. apalah. cikgu sekolah dulu mesti dah penat warning jangan makan dalam makmal sampai dah tak leh nak warning dah. macam mana kalau terlekat lagi acid sulfuric kat tangan lepas tu sentuh pula roti yang krim dia coklat tu. memang cari pasal lah. tapi itu mereka punya pasal.

aku pandang lagi kat tengah-tengah makmal. ada pulak dua orang yang dari tadi bersembang, tapi bukan berbual kosong la sebab sambil berbual, aku nampak tangan mereka pun ikut sekali sibuk suka methelene blue guna silinder penyukat 100ml. sekali aku dengar nama Amat. sesekali keluar pula nama Tipah. Amat mana entah aku x berapa kenal, tapi Tipah tu, aku macam pernah sekelas dengan dia. gossip la tu.. memang x ada kerja lain..tapi itu mereka punya pasal.

sudut tepi kiri pulak ada seorang yang pakai baju labuh kaler putih dengan butang besar sampai lutut. aku nampak dia tersipu sipu antara mahu senyum atau tidak sambil tangan dia sibuk menekan kekunci handphone. sesekali aku dengar juga dia gelak sendiri. aku pun tak pasti apa yang dia buat dalam makmal ni sebab aku tak nampak pun bahan atau radas dekat meja dia. haha,,tapi itu dia punya pasal,

aku pandang depan aku, betul-betul depan aku ada shaker. jam dekat shaker tu tunjuk angka 27.06. maknanya, aku kena tunggu lagi 27 minit lebih kurang.

aku toleh pula kat sebelah aku. sibuk sekali dia menyalin sesuatu dekat atas kertas kajang narrow line. ada tiga helai semuanya. ini mesti kes assignment yang kena hantar hari ini.

boring betul menunggu shaker ini berhenti, nak buat kerja lain aku malas sebab buku-buku aku semua aku tinggal dekat bilik. aku pandang pulak dekat selang dua meja depan aku. ada seorang yang aku baru saja kenal. dia baik dan apa-apa yang baik semua kasi dekat dia (sebab bila dah suka, semua baik).haha
dan tiba-tiba aku tak rasa boring dah menunggu shaker kaler biru ini. waahh,, semangat!!

~~