Jenis Cerita Yang Ada

Yang Ikut Duakaki

Rendahkan Volume Kalau Musik Memekak,, Hehehe

Kerana Tidak Semua Yang Dirancang Menjadi Kenyataan

March 9, 2011

Review:: Cintaku Semerbak Polo Black

Aku jarang ada masa untuk baca cerita panjang-panjang sebenarnya. Tapi tengok tajuk Cintaku Semerbak Polo Black, aku macam tertarik pulak nak baca. Aku tak pernah tahu pulak ada perfume nama Polo Black. Polo Sport aku tahu lah. Jadi, aku curi masa sikit nak jenguk apa isi cerita. Kalau tak best, memang siaplah penulis ni. Ha ha. 

Permulaan dia agak menarik. Cerita pasal watak Queseira yang tak berapa nak cun perangainya dan agak annoying (penulis dia yang tulis). Yang paling aku tertarik adalah nama Queseira. Unik. Dan, seterusnya cerita tentang pertembungan kedua-dua watak utama ini atas sebab salah faham. Di awal cerita, Queseira tertarik dengan haruman Polo Black.

Perkembangan cerita banyak merujuk kepada Andy, yang low profile walau dia kaya-raya. Best bila ada lelaki macam ni. Jarang nak jumpa sekarang. Watak Queseira pula dikembangkan dengan cara yang unik. Seorang yang kaya, punya sepupu bernama Fatihah dan ditinggalkan lelaki setelah duitnya dikikis. Perkenalan yang bermula dengan salah faham membuatkan Queseira memusuhi Andy.
Konflik bermula bila Queseira dipaksa kahwin dengan Andy dan ditambah lagi bila Queseira yang sebagai isteri masih dengan sikap annoying dia. Andy juga yang sabar. Perkembangan watak Andy yang suka melayan Queseira yang annoying tu pun  menarik. Sabar je Andy melayan perangai Queseira yang kalau aku lah ditempat Andy, memang aku tumis mulut dia dengan sambal! (aku pulak over). Kalau aku buat macam tu, mesti Queseira cakap, "So, ada aku kesah?"

Watak Fatihah juga banyak membantu dalam cerita ini. Watak Fatihahlah yang membantu pembaca tahu yang Andy betul-betul sayang dekat Queseira. 

Klimaks apabila Andy disahkan meninggal dunia kerana sakit barah. Tinggallah Queseira sendiri dengan haruman Polo Black yang berbaki di bilik Andy. Aku sebenarnya terkilan sikit bila Andy tidak sempat merasai cinta seorang isteri daripada Queseira. Kesian dia. Lelaki sebaik itu, tak pernah merasai cinta seorang isteri. Walau pun macam tu, Andy yang sangat cintakan isteri dia, tinggalkan satu blog yang amat bermakna buat Queseira. Segala isihati Andy, diluahkan di situ. 

Aku suka jugak perumpamaan yang diguna dalam cerita ni. Sampai ke neptune, pluto. Kaitkan cinta dengan semahal jenama haruman Escada dan Bvlgari. Kau ada? Aku memang tak ada, pasal mahal, tak mampu beli. (ha ha)

Itu lah dia. Cinta tak selalu indah, memang selalu kita dengar. Kadang kadang, sesuatu yang indah itu, kita akan hargainya bila ia sudah tiada di depan mata. Jadi, ingatlah orang yang tersayang. Cerita Cintaku Semerbak Polo Black ini sikit banyak boleh sedarkan kita supaya, hargailah orang di sekeliling kita >_<

 Oh, lupa, Korang dah baca belom? Kalau belom meh klik SINI.

Ini dia punya cover. walaupun tak ade kaler kuning, tapi macam best je. Itu tak baca lagi tu. Ha ha..
p/s:: ini untuk kontest sebenarnya. Oleh sebab aku sentiasa menyokong Beliau, aku join lah jugak. Tolong terharu ya, dik. Kalau tak, aku simbah medula oblongata hang dengan acid sulfurik. Ha ha

2 comments:

Anonymous said...

mmg best kan??..sedih..:(..

Wazrul Shah said...

Assalamualaikum kak! i love u la kak! :)

~~