Jenis Cerita Yang Ada

Yang Ikut Duakaki

Rendahkan Volume Kalau Musik Memekak,, Hehehe

Kerana Tidak Semua Yang Dirancang Menjadi Kenyataan

March 8, 2011

Mula Rindu

Tak boleh belah kan ayat di atas. Memang tak boleh belah pun. Kalau di belah jadi Mu, La, dan Rin, Du.. apa makna? Haha,, mulalah aku mengarut.

Ceritanya macam ni. Ma*** dah main kasar dengan aku. Aku bayar bil tepat pada waktu, tapi sampai seminggu dia tak aktifkan lagi. Memang lah dia sengaja cari hal. Oleh sebab aku sibuk jugak dengan Test, aku diamkan saja. Tunggu kot-kot la kesabaran aku tu dihargai. Tapi hampeh jugak. First, pergi centre, dia cakap, tunggu lepas tiga hari waktu bekerja. Oke, aku tunggu. Dah masuk empat hari, tak ada effect. Still x boleh on. Lepas telepon call centre, cakap, dua jam lagi akan aktif balik. Okeh, aku tunggu (dengan sabar lagi ). Masuk 3 jam, masih tak ada effect, hadoi,, kalau hati aku yang sejuk beku pun boleh panas. Ini pulak yang dah memang panas. Aku yang masih sabar, pergi lah centre balik. Okeh, baru cakap system down, tunggu 24 jam. Okeh, aku tunggu. Masuk 25 jam, masih macam biasa. Tak boleh in. Kalau nak kira sabar aku dengan kulit bawang, sure kulit bawang lagi nipis. Pagi ni pagi-pagi lagi aku call. Suruh runggu 3 jam pulak. Memang muka aku muka penunggu. Okey, alang-alang ada kelas 4 jam pagi ni, aku tunggu la. Habis kelas, tak boleh jugak? Haih, ni dah start main kasar. 

Aku call lagi (call free, suka-suk hati je la aku call). Cakap dengan Cik Kavitha ni. Nasib baik dia macam okeh bila aku marah-marah (kena buat-buat marah sikit kot, baru kerja jalan). Tak sampai sejam, akaun aku dah aktif balik. Ha, tengok, memang kena marah-marah dulu. Dah terbukti. walau apepun terima kasih dekat Miss Kavita ni. Dia siap call aku cakap akaun dah aktif. Buktinya. nahh,,, aku boleh tulis post ni dengan jayanya. 

Tunggulah, next month aku terminate, tukar Cel*** pulak. Hahaha

Owh, yang pasal rindu tu, memang aku dah rindu nak jenguk semua orang, Blogger, kekawan dekat CB dan semualah. Wahaha,, tolong lah terharu~

5 comments:

Anonymous said...

as salam...ape yg x buleh2 ni??broadband ke?..

AkuOsi said...

wslam.. ye cik lia,,hihi,,brdben~

Jerung said...

aku nangis mase bace post ni...only to find out that... org yg mu rindu tu x termasuk aku... cait....

AkuOsi said...

kepada jerung.. tak termasuk kah? setahu aku, kamu tegolong dalam ketiga-tiga yang aku list tu,, la la la. tolong terharu ganda 3!!, ha ha

Anonymous said...

kui3x!..tragidi ini pernah menimpa ku juga!..hihihi..hangin jer kalau ingat balik..

~~