Jenis Cerita Yang Ada

Yang Ikut Duakaki

Rendahkan Volume Kalau Musik Memekak,, Hehehe

Kerana Tidak Semua Yang Dirancang Menjadi Kenyataan

February 22, 2011

OverFlow

Jarang sekali boleh dengar aku cakap macam urea, tapi sesekali ada makhluk yang bergen XX dan XY bersama usik perjalanan tiup kapilari aku, kompem la darah aku automatik berkeadaan turbulent. Pada masa tu, tak payahlah suka-suka senyum depan aku, sebab takut nanti aku calit Sulfuric acid dekat epidermis muka korang yang cunn tu. 

Masa tu jangan tanya pasal apa temperature aku berkadar songsang dengan watak aku yang biasa. Hormon kortisol dengan adrenalin aku mungkin berkadar terus dengan temperature aku sekarang. Tapi aku rilek. Aku saja duduk bawah aircond, kasi sejuk. Bagi hati aku equilibrium macam biasa.

Berkerut kerut Mark bermonolog. Panas juga bila ada makhluk yang suka-suka guna dia punya persediaan untuk experiment. Dah kena ulang balik satu-satu.

February 21, 2011

Seratus Sudah~

Dalam malas-malas aku tulis post, sampai jugak ke angka seratus. Tak ada nak cakap apa sebenarnya. Hahaha,,Oleh kerana dah sampai ke angka seratus, aku nak buat lain sikit lah dari yang lain. 

Ini special untuk post ni sahaja:: hohoho

Memang betul aku::

- sayang Mak ngan Ayah
-suka tidur
-gilakan warna kuning
-tak sombong
-tak peramah
-suka baca buku cerita
-suka tengok cerita magic
-sangat suka jalan-jalan merata tempat
-rajin belajar kadang-kadang(haha)
-Belajar Chemical Engineering
-diam bila marah
-gemar memekak menyanyi
-seorang perempuan
-belum berkahwin
-sayang semua kawan-kawan aku
-apa lagi ya?

Bukan Aku::

-study 24 jam
-senyap 24 jam
-melalak tak tentu pasal
-tegur orang y tak kenal
-senyum bila kena paksa
-senyum bila ada orang tipu
-apa lagi ya? hahaha

::tak tahu nak tulis apa lagi,, itu je cukup lah,,hohoho
<>

February 20, 2011

Bila Rindu~

Kami dah usaha. Segala duit syling dalam tabung dikorek dengan teliti kasi tabung tak pecah. Syiling 10 sen y selama ini bergelimpangan di lantai kami kutip.Kira satu-satu. Banyak juga dapat bila campur dengan duit dalam tabung. Berpeluh-peluh jalan kaki pergi giant beli barang dapur. Bawang, check!. Ayam, check!. Sayur, check!. 

Dua kali periksa list kasi tak lupa atau tinggal walau satu barang. Lepas bayar guna duit penat lelah kami, kesemua kami balik dengan harapan besar membara menyala-nyala. Tunggu lah kau Dapur Pintar. Masakan kami lagi lazat menyelerakan!. Hohoho. Semua pakat bekerjasama buat apa yang patut. Hajat dalam hati buat Ayam masak merah dengan sayur goreng. Cukup lah tu untuk tengah hari ni. Untuk minum pula, kordial oren tengah menunggu. Tengah best masak sambil sembang, ada makhluk yang panggil.

"Wei korang!! Shah Rukh Khannn, Dil to pagal hai tu, syok beb,"

Semua yang dekat dapur ikot lah keluar tengok, habis satu lagu, sambung pulak dengan cerita cintunn. Dekat 15 minit baru lah semua hidung terbau bau yang asing. Cuba bau dekat serang-sorang tak ada pulak. Semua buat muka pelik. Bau apa pulak yang berani cecah rumah kami yang bersih ni. 

"Aku lupa tutop dapur gas! Hangittt!!"

Semua terlopong. Dah tak tahu nak kata apa lagi, Itu sahaja sebenarnya cara untuk makan tengah hari. Jadi terpaksa lah pergi Dapur Pintar lagi~Turun bawah sambil tutup telinga masing-masing dengan earphone. Muka pelayan Dapur pintar dah sengih-sengih. Dalam hati kami-kami ni dah macam hangit jugak. Panas pulak bila pikir pasal ayam masak merah tak jadi~ Sungguh, bukan kami yang malas, Kami dah usaha,, huhuuuu~


February 18, 2011

Apa Yang Jadi Bila Kita Buat-Buat Faham?

Post ni nak cerita pasal ada satu page dekat SOLUSI. Sekali baca memang aku tertarik. Memang betul banyak kali jadi. Cerita dia pasal dua kumpulan haiwan. Tikus dengan Arnab. 

Punya lah mereka berperang berebutkan kebun keledek. Dua kumpulan makhluk ALLAH ni berperang sampai tinggal seekor arnab dengan seekor tikus. Macam dah tinggal yang paling hebat lah. Satu lawan satu. Yang lain, yang lemah-lemah semua dah mati.

Nak dijadikan cerita, sebelum mereka memulakan perlawanan satu lawan satu ataupun the final battle kata orang kampung John, si arnab ni bertanya lah pada tikus. Kenapa lah si tikus ni nak sangat berebut kebun keledek dengan kumpulan arnab tadi. Jawab si tikus, makanan dekat hutan semua dah mati. Jadi dia terpaksa lah bertarung nyawa untuk berlawan dengan arnab ni. Kalau tak, dia tak boleh makan. Tikus tanya arnab, selama ini tak pernah pula dia dengar arnab makan ubi keledek. Si arnab terkejut lah. 'Eh tidak. Kami hanya makan daunnya sahaja,'

Dua-dua terlopong. rupanya mereka berebutkan barang yang berlainan. Tikus mahukan ubinya sahaja dan arnab mahukan daunnya. Mereka sepatutnya tidak berperang. Oleh sebab tiada perbincangan pada mulanya, semua rakan-rakan tikus dengan arnab ni mati. 

Kalau nak translate dengan kehidupan kita, ramai jugak yang pandai-pandai buat-buat paham apa yang berlaku. Padahal yang kita paham tu belum lagi jelas. Sebab tu lah perbincangan penting. Kalau tak, nanti mati macam kawan-kawan si tikus dengan si arnab ni. Hohohoho

>>>kalau nak tahu lebih detail belilah SOLUSI,, huuhuu


Jalan-Jalan Kasi Ramai

BW atau Blog Walking. Dua dua tu maknanya sama saja. Yang lain nya hanya ejaan. Yang satu pendek. Yang satu lagi nama panjang. Sebenarnya BW ni penting jugak. Apa yang penting? Kerjasama!, Ya, memang kerjasama. Kerjasama dari blogger-blogger lain datang jenguk blog sesama blogger. (erk, boleh paham kan) haha. 

Then, kalau kita tak jalan-jalan pergi dekat blog-blog lain, automatik, tak ada orang sangat akan jalan-jalan dekat blog kita. Terbukti kan. Pasal apa, kalau kita tak jalan-jalan ataupom nama pendek dia BW, blogger lain mana lah nak tahu kewujudan blog kita. Jadi, untuk memfemeskan diri dan blog masing-masing, Jom Jalan-Jalan. Boleh jugak kita buat Cuti-Cuti blog. "Semuanya ada di sini " Haha. Off topik dahh~

Slamat Berjalan-Jalan semua! hoho..

>>Sebenarnya aku lah yang malas nak buat BW. Haha, Kalau masuk just jenguk blog sendiri. Memang tak berkembang la.  Haha.. Mulai hari ini, aku akan rajin berjalan, Hiyahhh!! Semangat~ Fuhh.

Sikit Je

Ya, bagi kau sikit je kan. Bila kau senang-senang masuk tak kasi isyarat. Lepas tu amik apa yang tak patut. Lepas tu keluar macam tu je. 

Dan, kau juga rasa sikit je kan bila tiba-tiba kau buat-buat tak tahu  hilang macam tu saja. 

Dan aku tahu, kau mesti tak rasa apa pun kan bila kau senang-senang je cakap apa yang kau suka. Memang tak banyak. Sikit je. Sikittttt Saja. 

February 13, 2011

Sadis T_T

Kami memang suka makan. Nak-nak bila kedai makan betul-betul bawah rumah. Nama Dapur Pintar. Aku pun tak tahu apa yang pintar dekat situ. Mungkin bila makan hari hari aku boleh jadik pintar, mana tahu kan. Okeh. Berbalik pada cerita. Hari-hari kami makan dekat dapur pintar. Bukan sebab kesedapannya. Tapi pasal dekat dengan rumah. Bila-bila masa boleh turun untuk makan. Tapi bergantung pada kerajinan aku dengan mereke-mereka ni lah. Kalau hari tu rajin lebih, 3 kali lah kami turun makan. Kalau rajin tu kurang, malam je kemi turun makan. Menu utama malam-malam ialah roti canai.Terbaikk. Hoho. Pasal dah selalu sangat, pekerja-pekerja dekat situ pun dah kenal muka-muka kami. Kami pun dah buat Dapur Pintar tu dapur utama kami lah.

Nak dijadikan cerita, suatu hari yang sadis, masa nak membayor kan harge-harge makanan yang telah dilantak, ada lah seorang pekerja yang perihatin nih menegur.

 "Cuba lah memasak dekat rumah tu,"

Wah, sangat sadis, Dara-dara bertiga ini terlopong. Tersengih-sengih macam kerang. Okeh, mulai hari ni, kami x pergi lagi kedai tu, hohoho.

February 9, 2011

Xinnian Kuaile

Wahh,,, cuti seminggu buat urat saraf aku malas nak berfungsi. Adeh. Tak bersyukur betul dengan nikmat yang ada. Aku duduk dekat rumah hanya tahu makan, tido dengan tengok tivi. Nak buka internet dah macam siput dah aku tengok dia jalan. Bukan setakat siput. Tapi siput yang kena sedut. Tinggal cengkerang je. Tak gerak-gerak. Erk. melalut dahhhh...

Okeh. Aku sampai Shah Alam dalam pukul 7.30 malam. Awal kan sampai. Awal? cuba tanya pukul berapa bertolak??? Haha.. Bertolak dari pukul 8.45. Nak dekat 12 jam tu! kereta dekat highway punyalah lembab. Ramai yang balik kampung macam aku. Pelik jugak. Nih chinese punya raya ke, semua rakyat Malaysia punya hari raya?? adeh. Jem memang tak hengat. Penat aku bawak roti garden sebab nak kurangkan jem, tapi jem jugak. erk, apo kaitan???

Dekat jem-jem kereta bersusun tuh boleh pulak terserempak dengan orang kampung aku.Dia siap buka cermin kereta nak tegur. Terkejut jugak kalau dalam berhimpit-himpit kereta ada yang menegur,

"Balik KL ye??"

Hahaha, kecik betol highway ni..
    
Bagi akulah kan. Macam ni baru namanya jalan jem. Haha
Gambo::Pkcik Google punya lagi::Kereta yang jammed


formspring.me

ape nak tahu?!! http://formspring.me/oosee

February 1, 2011

Bulan Ke Dua

*******
Februari. 
Aku sangat suka Februari. 
Nama Februari tuh sendiri selari dengan jiwa aku. 
Kenapa? 
Payah nak jawab pasal aku pun tak pasti. 
Yang aku tahu, masa Februari lah aku terlebih happy. 
Hahaha. 
Tunggu saja 15 hari lagi. 
Aku nak tuntut dengan semua orang. 
Oh, Februari. 
Aku rindu sayang kamooo. ~
*******

~~