Jenis Cerita Yang Ada

Yang Ikut Duakaki

Rendahkan Volume Kalau Musik Memekak,, Hehehe

Kerana Tidak Semua Yang Dirancang Menjadi Kenyataan

March 5, 2012

Sudah Baik Lagi Cun

Assalamualaikum!

Harini sebenarnya aku dah mula masuk kelas. Dan mula sekolah. Dah mula kena belajar. Tapi macam biasalah. Macam sem-sem sudah. Kalau hari pertama, tak ada banyak benda sangat yang diberitahu. Selalunya perkenalan tentang subjek yang berkaitan.

Tapi kalau masuk-masuk kelas dah mula belajar rasanya tak ramai yang fokus pun waktu tu. 
Kan? 
Ke aku je macam tu? Hahaha

Okeh.


Kelas petang tadi, kelas ketiga untuk hari ni. Kira okey lah sem ni. Hari pertama, lecturer dah mula masuk. Mungkin semangat lecturer untuk mengajar, sama banyak dengan semangat kami-kami yang pergi kelas hari ni.

Dan yang aku nak cerita dekat sini, apa yang jadi dalam kelas tadi.
Macam biasa, lepas je penerangan pasal subjek, semua dah panas punggung nak cepat balik. Tapi lecturer tadi pandai tarik minat kami-kami semua.

Dia bercerita tentang SELAWAT dan DOA.

Pelajar macam kami-kami ni, kena selalu selawat untuk terangkan hati. Kena selalu berdoa untuk dapatkan sesuatu. Perlu rasa rendah diri untuk meminta. Tapi apa yang jadi sekarang dan memang aku akui, dah ramai sangat dah yang tak praktis doa dan selawat. Padahal benda tu bukan benda susah pun. Aku pun kadang-kadang lupa. Astaghfirullah...

Ilmu milik ALLAH. Kalau kita nak tuntut ilmu, kena bersihkan hati dulu, barulah ilmu boleh masuk. Macam mana nak bersihkan hati? SELAWAT , DOA, ISTIGHFAR.

Tak susah, kan. Tapi memang kita selaluuuuuuuuuuuu sangat lupa.

Lecturer tu cakap lagi, orang melayu sekarang dah jauh sangat dengan doa. Memang semua tahu doa itu senjata orang Islam. Tapi berapa kerat aja yang guna.

Aku sendiri pun selalu lupa.
Dan harap-haraplah aku akan selalu ingat. 
Selawatlah, berdoalah, beristighfar lah. Tak susah pun Osi oit!

Sekian, kelas hari ini, =)



2 comments:

awak tahu siapa sy.. said...

peringatan yg baik..selalu saja lupa (buat2 lupa) akan hal ini.. >_<

AkuOsi said...

huhuhu,,sy selalu leka~

~~