Cuti hujung minggu paling dinanti...
Cuti tambahan hari Isnin juga mengembirakan hati.
Cuti oh Cuti.
Aku memang suka cuti.
Memang dari zaman sekolah lagi.
Tak lupa juga masa dekat universiti.
Aku memang sayang dekat cuti.
Cuti Oh Cuti.
Bos baru sign borang cuti sehari.
Yeay, aku boleh cuti isnin nanti.
Elok je ada call masuk time aku senyum sendiri.
Eh, ni sepupu aku yang duduk dekat-dekat sini,
Selalu jarang call, dia nak apa ni?
Abang Cousin:
"OC, ada kerja tak sabtu dan ahad nanti?
Abang ingat nak minta tolong dari OC,
Tolong Kak Zai siapkan tempahan yang banyak nak mati,
Diorang cakap nak ambil isnin nanti..."
Aku jawab:
"OC memang cuti.
Tapi sabtu petang baru boleh blah dari opis ni.
Kalau nak suruh orang tolong, lepas berbuka nanti free."
Abang cousin:
"Okey, abang ambik OC nanti."
Orang cakap, kita berbahasa orang berbudi.
Kesian jugak dekat Kak Zai, banyak gila tepung yang menanti.
Menanti untuk jadi kuih yang rangup sekali.
Aku sampai malam tu jam dah berbunyi 10 kali.
Hamek kau, banyak gila kotak yang belum terisi.
Agak-agak sempat tak siap isnin nanti?
Hadui, masa tu memang aku dah tak nampak perkataan cuti.
Mula buat tengah malam sampai awal pagi.
Lepas subuh tidur, dalam pukul 9 bangun lagi.
Buat apa? Kuih dalam tray dan tepung tu kena uli.
Penat, letih semua tu kena tolak tepi
Sebab nak siapkan kuih berkotak-kotak ni.
Yeah! Dah Isnin! harini
Diorang ambil tempahan tengah hari.
Fuhh nasib baik sempat siap semua sekali.
Abang cousin dengan Kak Zai duk puji-puji.
"Nasib baik OC datang sini"
Mereka cakap la, aku tulis je balik dekat sini.
Hiiiiii~
Okeh, Dah habis cerita pasal cuti.
Ada bran nak cuti lagi?
Balik umah sewa tangan kebas, tulang longgar sana sini.
Tapi tak apa, dapat jugak duit gaji.
Duduk dua hari pun dapat banyak macam ni
Terima kasih, hihi.
Okeh. Itu sahaja untuk harini.
T_T tamatlah riwayat CUTI.
...dan apehal aku buat post ala-ala pantun beratus kerat macam ni?
Hahaha..sabar ajelah kome membacanya nanti. ~
3 comments:
ngee..Lia sudah habis cuti, raya nanti seminggu lagi. yeah!!!..hihihihi
haha .. disiey pn raya ni dapat duit raya lagi! tak perlu tnggu gaji .. hihihi
Lia~~~> Hohoho, ai belum cuti maaa T_T
DC~~> Haha,, duit raya? rasanya duit hasit titik air mata lagi besh dipegang.. Hehehehe
Post a Comment