Jenis Cerita Yang Ada

Yang Ikut Duakaki

Rendahkan Volume Kalau Musik Memekak,, Hehehe

Kerana Tidak Semua Yang Dirancang Menjadi Kenyataan

January 31, 2011

Langkawi

Okess,, hari ni aku nak cerita pasal Langkawi pulak. Pada sesiapa yang tak tahu, Langkawi ni terletak di negeri Kedah. Huhu,, sepanjang aku hidup ni, baru dua kali (BARU) aku pergi sana. Hohoho. Mula-mula aku pergi tahun 2008. Dengan roomates aku. Best giler. pergi jalan-jalan naik kereta main redah je.

Then, tahun 2010 aku pergi lagi. Kali ni dengan family abang aku pulak. Huhuhu,,saja je nak meyemak dekat sana. Langkawi ni banyak tempat menarik. Bersejarah. Kalau nak pusing satu pulau tu memang tak ada hal lah sebab memang tak kan sesat. Huuhu.. Ini dia antara yang sempat Kami snap


Ini Dataran Helang.Dekat saja dengan Jeti Kuah
Kalau datang sini, tak pergi jenguk Si Helang ni, memang tak sah. Huhu..

Pasar Malam Chenang
Kami semua sewa hotel dekat pantai Chenang. Kalau malam-malam, memang banyak gerai yang ada. Macam-macam kejadah barang yang depa juai,, huhu,,best la kalau nak jalan-jalan ambil angin malam-malam.

Nih Sunset. Cantik kannnn???? Subhanallah~
Gambar ni dekat swimming pool hotel. Sangat cantik~

Satu lagi tempat wajib adalah Kabel Karr. Datang sini, kena lah merasa naik kabel kar. Dari puncak gunung,,,,(ape eh nma gunung dia,,huhu) dapat tengok separuh dari Pulau Langkawi >_< Tak caye? Nih gambo~ 

Dari dalam cabel car

Pit stop pertama. 

Jambatan ni terletak di antara 2 gunung. Ketinggianya lupa lak aku nak kira~ >_<

Dua orang budak nakal tak ingat ni dah penat berjalan.

Boleh nampak separuh pulau kannn.

Main tiup-tiup belon pulak dekat budak ni.

Semangat betol kejar. Hilang penat lah tu~ huhu
Turun je dari sana, kami singgah dekat Wild Life Park pulak. Aku lupa kat mana, tapi dekat area Pulau Langkawi la~ >_<.. Dekat dalam ni banya jugak haiwan yang ada. Yang paling banyak, burung. Segala jenis ada. Keldai pun ada jugak terselit. Yang aku tak jumpa ghimau ngan singa. Kata Wild Life??? huhu.. Check it doutt.

Monyet ni tido masa kami sampai. Tengok tu, nak buka mata pun malas..huuhu

Masok-masok je, jumpa Burung ni~ comel je biru kuning>_<

Ini dia trade mark Lagkawi. Helang!!

Banyak lagi sebenarnya dekat langkawi ni. Makam Mahsuri, Telaga Tujuh, Beras terbakar. huhu..Kalau aku list semua, mesti penoh satu post ni. Jom semua, ke Langkawi!! >_<

January 30, 2011

Mi Segera cepat lupa

Didalam sebuah kelas yang harmoni..Seorang Lelaki masuk ke dalam kelas dengan kemas bersih bergaya. Seorang guru kelas itu mungkin. 

Cikgu: Awak semua, jangan selalu makan mi segera. Nanti cepat lupa.

Pelajar: Apa buktinya cikgu?

Cikgu: Perkara ini berlaku pada diri saya sendiri. Hari pertama saya makan mi segera. Rasanya memang enak. Senang, cepat di sedia.

Pelajar: Hari kedua cikgu?

Cikgu: Hari kedua saya makan,rasanya lain dari yang hari pertama. Saya pelik sebab mi segera tu dari jenama yang sama. Rupanya saya lupa letak salah satu perencah yang ada. Hari ketiga, rasanya tak sedap langsung. Lepas habis makan baru saya perasan, saya langsung lupa nak letak perencah dia. 

Pelajar: Wahhh...memang betul lah mi segera boleh buat lupa. Tapi kan. cikgu ni siapa. kami tak pernah nampak pun cikgu mengajar.

Cikgu: Tak pernah nampak saya mengajar??. Oh. Iya lah. Saya kerani dekat pejabat. Saya lupa saya bukan cikgu!

Pelajar: ??!@#$$%%^



January 29, 2011

Lagi Cuti-Cuti Malaysia

Kali ni aku nak cerita pasal Sabah.

Awal tahun 2010 aku pergi Sabah. Itupun pasal ada lawatan pergi sana. Bapak best kan. U aku buat lawatan sampai Sabah sana. Giler tak nak join. Bayar tiket flight je. yang lain ditanggung. Tiket flight pun kami dapat 50 percent. Huhuhu..Malas nak cakap banyak. Apa kata aku tunjuk gambar je. Katan nak tengok gambar, hohoho..

Okess.. Hari pertama

Aku terharu sampai nak menitik air mata bila dah jejak di bumi Sabah >_<

Hahaha,,,Propa itu semua. Ini dia gambar-gambar tempat yang kami pergi. Memang Cun habisssss..Zasss~
Ni dekat Pekan Nabalu.
 Pekan Nabalu ni tak lah besar mana. Tapi sini adalah port yang sesuai untuk bergambar dengan Gunung Kinabalu. Kira cunnn lah gambar yang korang ambik nanti >_<

Tanjung aru
Jangan lupa singgah dekat Tanjung Aru. Matahari terbenam dia memang terbaik lah. Semua pelancong boleh dikatakan duduk dekat tepi-tepi pantai bila matahari nak terbenam. Cantikkk sangat~ Subhanallah~


Kolam Air Panas Poring
Kami singgah deka Poring pulak. dekat sini lagi banyak macam-macam yang ada. Kihkih. Titi gantung, Kolam air panas, Naik bukit, Kolam air sejuk. semua ada.



Pasar malam
Dekat pasar malam ni banyak gile jual mutiara. Yang tak berminat dengan benda alah ni pun konfirm beli punya lah pasal dah bersepah sangat. Mutiara dengan kristal. Kalau nak yang elok, berkualiti sikit, dekat Pasar Filipine ada. Sebelah saja. Pasar malam ni betul-betul dekat town KK.

Jeti nak pergi pulau. Jesselton nama dia
Aku dan sekutu pilih nak pergi Pulau Manukan Pasal ramai sangat cakap pulau ni best. Hoho



Naik bot yang tal sampai 10 minit. Laju Gile pakcik tu driff~

Tengok dia punya air. Jernih betul. Subhanallah~
Bukan dekat luar negara je yang ada pantai dan laut jernih. dekat malaysia pun ada. Jadi, banggalah menjadi rakyat malaysia>_<.
Dekat Pulau Manukan ni boleh memberi makan pada ikan. Boleh snorkeling dan madi manda macam selalu korang buat dekat pantai. Yang lainnya, airnya jernih, batukarang dan ikan-ukan sangat cantik!(tanda seru disitu, haha)

Ni mereka-mereka suka-suka saja snap gambo kami.
Budak dalam gambar tuh blogger jugak. Nama dia Orange. kihkih, Budak ni sampai sudah tak follow blog aku. cess untuk makcik!..haha

Ni nak balik dah. Ada rezeki kami datang lagi!!

Hmm.,, itu je lah kot. Malas nak letak banyak-banyak. haha.. Okess.. Yang penting Sabah memang terbaik. Kalau Ada rezeki, puluh-puluh ribu, aku datang balik dekat sini..>_<

Balik Hostel

Sekiannn~

Jalan-Jalan

Aku memang suka jalan-jalan. Kalau tempat sama pun aku tak kisah. Asalkan menarik minat aku dan sekutu untuk singgah. Kalau bajet banyak, kitaorang pergilah sampai malaysia timur sana. Kalau sederhana, sekitar semenanjung pun dah cukup. Dann, kalau bajet ciput, sekitar negeri yang aku duduk sekarang ni pun okey~ >_<. Yang penting tempat cunnn dan menarik. Ni dia tempat yang selalu aku jenguk. Yang paling banyak Genting Highland pasal abang aku ada seorang kerja sana. Jadi, kalau nak pergi sana bila-bila masa memang no hal lah.
Cabel Car yang popular dekat genting

Nih yang 2 tahun lepas punya. Masok free!! hoho


Selain Genting, aku dan sekutu rajin jugak round-round Penang. Penang tuh tempat aku dan sekutu memuntut. 3 tahun dekat situ, Habis satu pulau kami jelajah. Banyak juga tempat menarik dekat Penang. Nih bukti~

Ini view dari Bukit Bendera

Ini pulak dekat Taman Negara Penang

Ini lah dia kereta api yang bawa kami naik atas Bukit Bendera

OH, Jangan lupa, Taman rama-rama pun ada~

Cukup lah Genting dengan Penang. Lain kali tempat lain pulak. hoho..

January 28, 2011

Kisah Di Padang Pasir~

Di sebuah padang pasir, adalah seorang musafir yang sudah berhari-hari berjalan kaki. Setibanya di suatu tempat, musafir itu berjumpa dengan seorang pedagang yang menjual unta. Musafir yang sudah keletihan membuat keputusan untuk membeli unta tersebut.

"Wahai anta, unta ini sangat unik," Pedagang itu mula berbicara.
"Apa yang unik?"
"Untuk membuat unta ini berjalan, sebutlah NASIB BAIK. Untuk membuat unta ini berhenti sebutlah BERHENTI."
"Owh, itu kacang je. Ana mahu beli unta ini."

Musafir itu gembira. Muka nya gah apabila melintas musafir-musafir lain yang berjalan kali. Pandangnya ke atas. Sejam kemudian, Musafir itu menjerit "NASIB BAIK" dengan kuatnya. Unta itu berlari dengan pantas. Musafir itu tersenyum bangga. Tanpa dia ketahui, ada sebuah gaung menanti di hadapan.  Gaung yang dalam. Luas. Kalau jatuh, memang tak selamat. Cepat cepat dia menjerit "BERHENTI!!" Unta yang sedang berlari pantas itu brek mengejut. Sebelah kakinya sudah mencecah tebing gaung. Hanya selangkah. Hanya selangkah sahaja lagi, Musafir dan untanya akan jatuh ke dalam gaung. Musafir itu menarik nafas lega.

"Alhamdulillah. NASIB BAIK tak jatuh,"

Dengan selamba Si unta melangkah ke hadapan. Dannn...... Jatuh lah kedua-dua mereka ke dalam gaung~,,

Kihkih

>__<

Gambo ihsan Akak Google

January 26, 2011

Entry Bergambo

Ramai sangat mintak aku letak gambo dalam nih. Duk pikir-pikir jugak, nak letak gambo hape ek. Kihkihkih. 
Memang entry sebelum-sebelum nih sangat kurang gambo. Pasal aku malas nak upload letak sini. Pemalas betol kan.. Haha.. Okeh. Next entry, aku letak gambo banyak-banyak. 

Tapi untuk hari nih, terimalah gambo dari aku~ >_<

Macam x de gambo lain kan,, Hahaha
 

January 24, 2011

John Oh John

Hari Pertama
Ada seorang yang nama Dean. Baru saja beli pensil tekan baru. Warna kuning. Dean memang gemar warna kuning. Sampaikan pemadam pun dia beli warna kuning. Semangat betul dia menulis guna pensil baru. Slide yang pensyarah tunjuk tak sampai 2 minit pun dia sempat salin semua. Hidung Dean kembang. Dia rasa, warna kuning memang sesuai dengan jiwa naluri lelaki yang dia ada.

Hari Kedua
Pensil tekan warna kuning yang satu jiwa dengan Dean hilang!. Missplace mungkin.

Sem Depan
Mike John dan Dean satu kelas. Kelas pertama dalam sem baru, Dean nampak pensil tekan warna kuning yang sebijik sejebon dengan yang satu jiwa dengannya dulu. Nampak dekat tangan Mike.

"Err, Mike, cantik pensil. Mana kau beli?"
"Cantik kan. Aku tak beli. John kasi pinjam,"

John......

Bukan Diriku Jua

John beli kereta baru. Dia sebenarnya sekelas dengan Mike. Bangun pagi-pagi, Mike tergopoh gapah siap-siap sebab lambat dah. John rilek je tido lagi. Lepas Mike Siap, Mike turun lah lif, pergi kelas jalan kaki. Nak sampai kelas, kena ambil masa 20 minit jugak jalan. John yang baru bangun, bersiap dah terus start enjin kereta pergi kelas. Selisih dengan Mike yang jalan kaki masa nak sampai kelas dah. Selamba John buka tingkap tegur Mike.

"Meh masuk Mike, aku lupa aku beli kereta," John sengih lagi. Sengih ghupe dia selalu sengih.

Masa tuh, jarak mereka dari kelas hanya 10 meter!

January 23, 2011

Bukan Lah Diriku~

Okess,,, jom review balik benda-benda ni. Korang pernah tak buat?? Kihkih

1) John aik bas mini. Check-check poket duit tak ada. Ntah jatuh, ker memang tak ada tuh, x sure. Tapi John buat-buat periksa poket smpai lah dekat rumah. Bas berhenti je, mintak 2 ringgit dengan mak, hulur dekat pakcik bas sambil sengih-sengih ghupe lala kena goreng.

2) Dekat shopping mall. Kedai-kedai baju lah terutama. John belek-belek baju. Berkenan giler dah. size padan. Warna padan. Tanya pekerja situ, nak fitting. Takut x muat, padahal dah yakin cunn dekat badan. Okeh, Lepas try, padan. Muka John dah sengih-sengih lagi. mintak pekerja tuh buat resit. Siap resit. John jalan pergi kaunter. Belek wallet tinggal RM 10!! Baju RM 49.90. John dengan selamba letak baju cunn tadi atas kaunter. 

"Nak bayar ker?" Cashier dah tanya.
"Jap, ada satu lagi baju,"

John terus jalan ke pintu keluar senyap-senyap.

3) Dalam kelas. John dah ngantuk giler-giler. Dah terlena pun dalam bilik kuliah. Pensyarah jeling-jeling manje dah. Selamba John bawa keluar Ray Ban warna coklat tua dari poket kemeja. Dengan selamba lagi dia pakai. Mata John pejam, tak siapa tahu~. 

4) Dekat rumah sewa. John satu rumah dengan orang yang boleh tahan pemalu. Lepas masak bagai (untuk seorang makan), John keluar ke ruang tamu. Makan depan tivi macam biasa. Setelah hampir separuh John makan, housematenya, Mike keluar.

"TAK NAK nasi Mike?" 

Mike geleng-geleng. "Tak apa lah," (Tak kan nak cakap NAK. Malu lah Mike >_<)


January 21, 2011

Macam Biasa

Mula sem baru macam biasa. Pergi kelas macam biasa, Belajar Engin macam biasa. Macam masa kecik-kecik dulu. Lecturer lain, tapi macam biasa, mereka kerja mengajar. Balik kelas pun macam biasa. Makan macam biasa. Tidur pun macam biasa. 

Apa macam biasa??

Lain terus.. 100% lain.

Mula sem dah rasa lain. Pergi kelas tumpang  naik moto. Tak ada jalan kaki macam dulu. Belajar Engin, tapi subject lain. Tak ada dah 1 campur 1 macam sekolah dulu.  Balik kelas kena pergi parking moto. Pakai helmet. Tak ada dah tudung yang terbentuk cantik cunn macam dulu. Mesti dah renyuk senget benget lepas cabut helmet.  Makan?? Macam biasa. Guna duit jugak. Tapi Dekat Dapur Pintar, semua makan main order  dan duduk je. Tak ada letak-letak nasi dalam polisterin macam dulu. Tidur macam biasa. atas tilam. Tapi bukan dekat asrama, kolej macam sekolah-sekolah dulu. Dah kena bayar bulan-bulan. 

January 14, 2011

Suasana

Sebuah Kisah Ditanah Perkuburan

Suasana diselubungi kesedihan. Tatkala jenazah dikebumikan dan bacaan Al-Quran dibaca oleh Tok Imam. Tiba-tiba.....

"Makcik, saya nak Jus M*** satu kotak.Pinggang dah tambah saiz nih,"

Kakak dia pulak duk bisik-bisik tepi telinga.

"Pssst dik... Akak pun nak jugak satu. Tambah teh herba untuk kurus satu,"

*****************************************
Kalo yer pun, tunggu ler Tok Iman tu habis baca. Haih~

January 4, 2011

InsyaAllah~

Just wish me LUCK~

January 3, 2011

Teka Teki Kambeng

Sebelum sebut pasal kambeng, ceritanya macam ni... Hari tu, punya lah syok berborak ramai ramai, tiba-tiba ada sorang makhluk aku lupa nama datang. Kasi teka teki. Teka teki budak tu memang aku lupa. sebab tak ambik pusing corner sangat. Aku memang dah lupa. Hahaha,, maap lah~ 

Tapi,,,,

Lepas budak ntah apa nama tadi keluarkan tekateki, semua yang ada pun sibuk lah terai nasib kasi teka-teki masing masing. Masa tu lah terkeluar teka -teki kambenggggggg,,, Macam hape,,,

Teka-teki kambeng 1

Soalan:: Kambeng ape ada misai?
Jawapan:: Tuan punya kambeng~


Teka teki kambeng 2

Soalan:: Ikan ape  kepala besar, badan kecil?
Jawapan:: Ikan bilis pakai helmet~

Teka-teki kambeng 3

Soalan:: Ikan apa paling laju dekat laut?
Jawapan:: Ikan bilis tadi naik moto~

Teka-teki kambeng 4

Soalan:: Kenapa kucing makan ikan tak tercekik tulang?
Jawapan:: Sebab kucing makan bahagian isi sahaja. Tulang dia tinggal~

Teka -teki kambeng 5

Soalan:: Dalam banyak-banyak tahi, tahi ape tak boleh makan?
Jawapan:: Tahi yang cair sebab kena hirup~


Macam mana? Ada macam kambeng tak? Hahahaha,, adesssss. Ada banyak lagi sebenarnya. Tapi aku memang lupa. Bukan sebab tak ambil pusing sebab masa tuh,, urat gelak aku dah macam nak tercabut. Hahaha. Ape punya teka-teki lah. Jadi akibatnya, aku mnesia jap. Karang kalau ingat aku post balik.. Hohoho~

Amann, tak ada perang~

January 1, 2011

Dua Ribu Sebelas

Pagi-pagi, buka mata, aku sempat lah pergi jalan-jalan klik sana sini dekat blog-blog yang aku tahu. Kebanyakannya semua pasal tahun baru 2011. Semua ucap yang menarik-menarik. Aku macam nak tiru jugaklah. Nak buat ucapan tahun baru jugak. Hohoho.

Mak, Ayah. moga sihat-sihat sepanjang tahun ni dah tahun-tahun akan datang. Cantik tarikh harini 1.1.11. Buat tarikh kahwen pun okey jugak Mak. OC nak kawen harini boleh? Hehehehe.

.....Dan lepas tuh, kompem aku kena kejar dengan Ayah keliling kampung. Belajar pun tak habis lagi.

Kepada semua:: Selamat tahun baru. Jangan kekok-kekok nak tukar tarikh 2010 ke 2011. Itulah. Patutnya sebelum masuk 2011 dah praktis awal-awal. Hehe.

Penghujung 2010

Aku bukan suka sangat Chat. Nak taip-taip untuk bukan kerja nih memang malas. Nak-nak dengan orang yang aku tak kenal. Tapi bila termasuk dekat blog nih, dah mcm kena gam. Hari-hari lekat dekat leptop. Bangun pagi, pergi intai kejap. Nak masak tengah hari, intai lagi. Sebelum tido pun. Dah macam ketagih. Nampak macam buang masa. Memang. Masa aku banyak terbuang sepanjang cuti sem nih. Benda alah ni sebenarnya dah isi masa aku penuh-penuh. Aku dah jadi sayang. Rindu dekat mereka-mereka. CB tuh macam berhantu. Hahaha. 

Penghujung tahun ini memang dah buat cuti aku lebih penuh. Penuh sampai limpah-limpah. Sayang korang semua. Hahahaha.

Kepada yang berkenaan, memey heartlessone amy myafarra pink kiwi fez AK O yuki hanny nn sec bean asrar kyah lalala mama mai razni dresi ain sheyy n semualah (maap, opah nmesia jap).

Bangga tak korang? Aku rendahkan diri yang tak berapa tinggi nih untuk kata, KAMU SEMUA best lah (erk, boleh guna caps kan dekat sini? haha). Dan aku maintain CUTE ~ hihihi...

~~