Jenis Cerita Yang Ada

Yang Ikut Duakaki

Rendahkan Volume Kalau Musik Memekak,, Hehehe

Kerana Tidak Semua Yang Dirancang Menjadi Kenyataan

December 4, 2011

Putussss

Betul.
Rasa macam dah tak boleh nak tanggung.
Rasa macam dah nak putus asa.
Rasa tak boleh.
Banyak mana aku paksa pun lama-lama tak boleh jugak.

Rasa macam nak putus asa.....


....Dan dalam ayat yang lain Allah menerangkan: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan; Kami telah beriman sedang mereka tidak diuji lagi?” Ujian yang dihadapi berbeza antara seorang insan dengan insan yang lain.


Jadi apakah tindakan kita dalam berhadapan dengan ujian tersebut. Adakah kita perlu kecewa dan marah atau berputus asa apabila berhadapan dengan pelbagai bentuk ujian tersebut?  Bukankah sepatutnya sebagai seorang Muslim kita sepatutnya menjadikan ujian tersebut sebagai batu loncatan yang mengubah kita menjadi seorang yang lebih baik dan mengubah keadaan tersebut menjadi lebih baik. .....


Janganlah kita berputus asa dalam berhadapan dengan ujian tersebut. Allah menyatakan dengan jelas dalam Al-Quran bahawa sifat putus asa bukanlah sifat seorang Muslim. Seorang Muslim adalah seorang yang tidak mengenal erti putus asa dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua perkara.


 Bukankah Allah swt telah menjelaskan hal ini dalam menceritakan kisah Nabi Yaakub dan anak-anaknya?


“……dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir” – Surah Yusuf Ayat 87




Astaghfirullah... 
Jangan putus asa!





5 comments:

Unknown said...

anda tertekan..?
anda pressure?

semestinya anda tau kn P=F/A

solve this problem..

jgn smpai tekanan mental...hahaha

anaiza said...

jgn putus!

AkuOsi said...

Mat Seni::> Heh, wak mari eq pressure lop,, tmbh pressure r,, haha,,

Kak kiwiku::> Okeh! hehe

Unknown said...

kate bdk pure...bdk2 pure sume hebat2..

AkuOsi said...

dop hebat mane weh T_T

~~