Jenis Cerita Yang Ada

Yang Ikut Duakaki

Rendahkan Volume Kalau Musik Memekak,, Hehehe

Kerana Tidak Semua Yang Dirancang Menjadi Kenyataan

September 24, 2011

Fuhhhh!!

Okeh, tajuk dekat atas sana tak ada kena mengena pun sebenarnya dengan cerita Fuhh! dekat tv3 sana. Hahaha. Fuhh di atas sebagai tanda lega. Sebagai tanda akhirnya. Dan sebagai tanda, aku tak tahu nak letak tajuk apa dekat post ni. Hahaha.

Habis melalut.

Ceritanya macamni. Aku baru habis dating dengan housemate tadi. Masuk dalam MPH dua tiga minit. Nak cari-cari buku. Housemate aku tu nak sangat cari buku 'Bogel Menuju Tuhan' Zahiril Adzim punya. Aku pulak? Mestila Novel Hlovate. koleksi tak cukup lagi ni.

Dan, dapat! Lagi tiga biji yang tinggal. Novel lama. Gurindam Jiwa tajuk dia. Pasal apa aku baru nak kumpul? Bukan sebab aku baru minat nak baca cerita Hlovate. Bukan jugak sebab aku saja-saja hobi mengumpul novel. Sebab asalnya, baru sekarang ada fulus lebih nak beli semua tu. Sebelum ni? Hahaha. Fulus aku untuk makan je. Sebot je Pizza Hut time duit dalam poket tinggal RM20 pun aku on. >___<

Dan itulah cerita dia. Housemate aku jumpa buku yang dia cari, aku pun jumpa buku yang aku cari. Lalala. Keluar dari kedai buku dengan sengih tak hilang sampai rumah. Hoho


Ini dia koleksi aku. Tinggal buku ABCDE je lagi. Itu tunggulah. 

Hohoho >_<


Ini pulak buku Bogel Menuju Tuhan


Dan, hah, siapa yang tolong aku lengkapkan koleksi, aku tadah tangan dengan nyiruuuuu,,huhuhu,, eh jap, nyiru tu apa sebenarnya? Hohoho dan ho

September 23, 2011

Sudah Tersembam, Terpijak Tahi Ayam, Nak Basuh Pulak Air Tak Ada....

Gila panjang tajuk. Tapi yang pasti, makna ayat tu korang faham, kan?


Banyak gila benda jadi. Banyak benda kena aku settle. Nak tahu apa? Banyak sangat, tak tahu macam mana nak mula. Lalalala~

Dan aku masih menunggu ini.....


Miss Acer >_<

Tanpa nya aku patah jari. Hilang. Adoii.. wei wei.. Dah-dah. Masa tido! Hohohoho


Permudahkanlah segala urusanku~

September 16, 2011

Random

Aku bosan. Sebenarnya aku tengah tunggu one of my kakak datang sini. Hohohoho.
Semetara tu, aku nk korang tengok ni.

Kek berbulan-bulan lepas.
Nampak tak tulisan tu.HAPPY C's DAY! itu yang aku paling suka. Kek dia pun sedap Haha.. terima kaseh dekat kawan-kawan-kawan aku. >_<

Patrick berpelangi. Haha
Bantal kaler pink ni aku dapat time aku pegi Melaka buat pertama kali. Jumpa dua orang kakak. Novel pelangi tu dah lama aku nak sebenarnya. Nak lengkapkan koleksi Hlovate. Pergi Melaka haritu, dapat. Hehehehe.. Thanks kakak berdua!

Novel-novel-novel
Aku bukan die hard core novel yang aku kena beli novel everymonth kalau ada keluaran baru. Tapi kalau sebut pasal novel-novel hlovate, memang aku suka. Sebab cerita dia ada isi. Tapi aku tak cakap la novel lain tak ada isi. Cuma mungkin cerita-cerita dia lebih masuk dengan aku kot. Hahaha. Yang missing kt situ, Contengan Jalanan yang aku tertinggal kat kampung dan Gurindam Jiwa yang masih kat kedai. Hohoho.. Siapa lagi nk tolong aku lengkapkan koleksi? anyone? hihihihi..


Awas, Peragut!
Balik kampung untuk raya haritu, ternampak papan tanda ni. Hohoho. First time nampak. Bagus jugak.

Keh keh keh
Nota ni ada dekat bawah seat motor kawan aku. Untuk kelas first yang kami pegi. Menarik je. Sekarang mana ada dah nak kenal guna cara macam ni. Huhuhu.


German Corner
Tak perasan pulak selama ni ada signboard tu. Ke diaorang baru letak. Hahaha. mati la nak cakap German dekat situ.
 (Tempat: Laman siswa FKK)

>_<
Ini pula, masa aku tak ada kerja sambil tnggu kakak berdua makan. Hoohoho..

Okeh. Itu sahaja daripada aku. Sekian!

Putus

Err, aku nampaknya tak dapat nak siapkan cerita tema untuk minggu ni. Sekian



 T_T

September 5, 2011

Otak Beku

Lama-lama cuti raya ni memang buat otak aku jadi segan. 
Segan nak keluarkan modal untuk menulis. Hahaha,, 
Tangan aku pun ikut kata otak aku. 
Malas menulis. 
Sekali duduk mengadap microsoft word, taip sepatah, blank. 
Gila parah. 
Hadui. 
Dan aku tak tahu bila cerita ni nak siap.. 
Hehehehehe



Aku nak sambung..betol.. bukan tak nak. Tangan aku ni hah. Malassss je nak menaip. Huhuhuhuhu..

Okeh, nak mula sambung balik dah. Raya aku yang biasa-biasa je ni dah nak abes. Raya korang macam mana? Besh? Hohoho >___<

~~