Jenis Cerita Yang Ada

Yang Ikut Duakaki

Rendahkan Volume Kalau Musik Memekak,, Hehehe

Kerana Tidak Semua Yang Dirancang Menjadi Kenyataan

November 28, 2010

Kawan Aku Jugak

Hari tu memang dah rancang terbaik pergi makan tengah hari dekat KFC. Buat macam mak ayah kami cetak ringgit malaysia. Makan tengah hari nak 'makanan.cepat'. Kami pergi tak ramai. 4 orang macam biasa. Bukanlah Double Date pasal kami semua sama jantina. Macam biasa, aku dengan si anak arab ni pergilah order makanan. Aku kalau bab-bab tolong kawan order makan aku tak kisah. Aku kan baik. Lepas tu konfem apa yang diorang order tu aku makan jugak. Kena la kasi pengeras sebab aku dah penat-penat beratur. Hohoho. 

Masa tengah beratur dengan kesabaran yang nipis, aku terpandang muka si pekerja yang macam pelakon jepun. Comel weh. Hilang terus penat berdiri. Lepas tu, sampai lah giliran aku dengan anak arab ni. Aku diam dulu. Kasi kawan kesanyangan aku ni pesan dulu. 

"Bagi set X-Meal satu," Dengan konfiden dia cakap.
"Air?" Si Muka.macam.jepun tu tanya.
"Tak nak coke, kasi air Twisties,"
Aku dengar macam pelik je bunyinya. Si Muka.macam.jepun tu pun sama pelik.
"Maksud cik air Twister, ke?"
"Err.. aah. Hee," kawan aku mampu sengih je. Kalau ikut hati memang tak nak ngaku dah kawan. Tapi nak buat macam mana. Kawan Aku Jugak. 
Hahahahahahaha

6 comments:

Anonymous said...

taktik menggoda 2..mamat jepun..hmm..well i wonder..hihi..=)

AkuOsi said...

Hahaha.. Tak sengaja tu. Cuba fikir positif,,

Anonymous said...

nsib mamat tu xbg no phone..hahahahahahah

Anonymous said...

bes 2..kalo kapel hari2 leh mkn kfc ngn air twisties..

AkuOsi said...

Hahaha. Pergi la buat lagi sekali. Kompem mamat tu kasi no phone

Anonymous said...

hahahahaha,,...baser,,baser,,,~~

~~