Jenis Cerita Yang Ada

Yang Ikut Duakaki

Rendahkan Volume Kalau Musik Memekak,, Hehehe

Kerana Tidak Semua Yang Dirancang Menjadi Kenyataan

November 30, 2010

Hebat

Ada suatu ketika. Masa aku entah dekat mana. Si Air dengan Si Api bergaduh. Berlawan. Nak tahu siapa lagi hebat. Macam manusia-manusia sekarang. Si Air yang kononnya nak kuat bertukar jadi Ais. Keras dan kuat. Si Api dengan sombongya mengalahkan Ais. Ais yang beku tadi cair. Mengalir dekat Api. Api yang megah tadi padam. Air yang memadamkan api tadi kering kerana kepanasan. 
Dua-dua hilang. Dua-dua dapat musibah.


Takut

Aku risau 2, 3 hari ni. Pasal lama sangat tak jumpa kau orang semua. Lama sangat U kasi cuti. Aku risau. Aku takut. Takut jadi gila sebab dah tak boleh nak kacau kau orang. Tunggu~. Banyak benda aku plan cuti ni. Hahaha.

(Malas nak cakap yang aku rindu. Nanti kau semua terharu pulak)

~Aman. Tak ada perang~

November 28, 2010

Kawan Aku Jugak

Hari tu memang dah rancang terbaik pergi makan tengah hari dekat KFC. Buat macam mak ayah kami cetak ringgit malaysia. Makan tengah hari nak 'makanan.cepat'. Kami pergi tak ramai. 4 orang macam biasa. Bukanlah Double Date pasal kami semua sama jantina. Macam biasa, aku dengan si anak arab ni pergilah order makanan. Aku kalau bab-bab tolong kawan order makan aku tak kisah. Aku kan baik. Lepas tu konfem apa yang diorang order tu aku makan jugak. Kena la kasi pengeras sebab aku dah penat-penat beratur. Hohoho. 

Masa tengah beratur dengan kesabaran yang nipis, aku terpandang muka si pekerja yang macam pelakon jepun. Comel weh. Hilang terus penat berdiri. Lepas tu, sampai lah giliran aku dengan anak arab ni. Aku diam dulu. Kasi kawan kesanyangan aku ni pesan dulu. 

"Bagi set X-Meal satu," Dengan konfiden dia cakap.
"Air?" Si Muka.macam.jepun tu tanya.
"Tak nak coke, kasi air Twisties,"
Aku dengar macam pelik je bunyinya. Si Muka.macam.jepun tu pun sama pelik.
"Maksud cik air Twister, ke?"
"Err.. aah. Hee," kawan aku mampu sengih je. Kalau ikut hati memang tak nak ngaku dah kawan. Tapi nak buat macam mana. Kawan Aku Jugak. 
Hahahahahahaha

November 26, 2010

Perlumbaan Menakjubkan

Semalam aku tengok TARA. TARA tu The Amazing Race Asia. Aku memang suka ikut cerita ni. Pasal boleh tengok macam mana cara dia orang sama-sama kumpulan berinteraksi. Ada yang gaduh teruk-teruk bila stress. Ada yang rilaks saja. Ada juga yang salah seorang tu dok mengarah saja si seorang lagi. Macam-macam lah. Bak kata, memang semua rupa sebenar keluar bila tertekan, terdesak, terpaksa. Masa ni tak boleh dah nak berlakon baik depan kamera semua. Bagus jugak, kan. Boleh lah tahu perangai sebenar pasangan. Tapi yang aku nak cerita bukan yang itu. Yang ini. Ya, yang ni yang....(hahaha).

Semalam pasangan J dan L keluar. Aku sendiri terkejut bila kawan aku tulis dekat status FB dia 'bye-bye J sama L' . Pasal, dah banyak kali diorang ni jadi kepala. Jadi nombor satu. Aku malas nak tengok awal-awal sebab ada cerita lain yang lagi best. Aku memang dah set awal-awal nak tengok yang ulangan dia. Jadi, bila ulangan dia dah main, aku tercongok lah depan tv. Nak tengok apa yang jadi. Dua budak.nakal.tak.ingat tu dah tidur, aman lah dunia sikit. 

Ceritanya, masa semua terkandas dekat lapangan terbang, sempat pulak si J sama L ngurat entah.siapa dekat lapangan terbang tu hinggakan diorang boleh naik awal untuk ke korea. Okey. Sampai saja dekat korea, entah macam mana diorang ni sesat dekat jalan raya. Tak reti nak baca peta dalam bahasa Korea. Orang lain semuar bayar teksi dan ikut dari belakang. Cara paling selamat. Cuma kena guna duit sajalah. Tapi masih selamat, kan. Penghujung nya, pasangan anak dengan ayah sampai dulu. Hebat jugak diorang ni. Si ayah tu kuat lagi lari-lari semua. Dan, sebabkan sesat, Si J sama L ni terakhir sampai dan terkeluar....

Hidup susah nak agak, kan? Lain yang kita fikir, lain yang jadi. Yang dah menang banyak kali boleh jadi tercorot sebab kesilapan sendiri...Ya, aku tahu kau orang hebat. Tapi hebat-hebat kau orang, kau orang manusia juga, kan? Sama macam aku. Sama macam orang lain. Tak ke mana juga kalau kau orang riak. Sikit saja riak ada dalam hati, jiwa ataupun jantung kau orang, toootttt, satu titik hitam muncul dalam hati. Aku harap aku jadi macam padi. Makin banyak isi, makin menunduk. Bukan aku nak jadi berisi. Tapi aku nak selalu menunduk...

p/s:: pesanan ini untuk aku jugak

~aman, tak ada perang~

November 24, 2010

'Cantik nya dia!'


Okeh. Aku nak cakap ni, tapi bukan lah nak bangga diri .(hahaha). Aku memang suka puji orang cantik , orang baik. Memang aku suka sangat puji lah. Cuba lalu depan aku, confirm aku akan puji. Siap ambil jari telunjuk aku ni tunjuk dekat kawan aku yang korang ni cantik. Baik. Comel. Kiut. Handsome. Menawan. Baik kan aku.

Nak tahu sebab apa aku suka puji orang cantik sambil tunjuk-tunjuk dengan jari telunjuk aku ni?

Sebab aku pernah dengar. Kalau kita tunjuk dekat seseorang tu dengan 1 jari, (jari telunjuk katakan) 3 jari lain akan menunjuk balik pada kita (jari tengah, manis dan kelinking). Jadi. bila aku puji korang-korang ni cantik, maknanya....?? (HAHAHA).

>_< hihihi.. Aku puji korang ikhlas taw. >_<

November 23, 2010

Cuti tak habis lagi

Cuti sem sama macam cuti-cuti dulu.. tak ada agenda lain. kalau lain pun, dalam 5 peratus je. tak lebih. Kalau dekat KL, aku tolong jadik Bibik kat rumah abang aku. Tolong jaga dua.orang.budak.nakal.tak.ingat. Lepas tu, macam biasa, aku balik kampung. Balik kampung pulak sama jugak. Aku tolong jadik Kuli dekat kantin sekolah Makcik aku. Rajin kan aku? Dalam duk sibuk bekerja jadi Kuli, aku terdengar satu ayat ni. Best jugak makna dia.Ayat yang kawan Makcik aku cakap dekat Makcik aku.

'Kau ni kan, mana-mana pun boleh hidup. Orang kata, Lempar ke laut jadi pulau. Lempar ke padang pasir jadi tasik,'

Emm, agak-agak aku tergolong tak dalam golongan tu. Mesti best. Semua benda boleh lalui dengan mudah. Tak ada masalah. Hebat.. Siap boleh tolong orang lain.

Jom sama-sama jadi Pulau dan Tasik!! >_<



 ini dia budak.nakal.tak.ingat

November 19, 2010

Cuti Tak Habis

Aku cuti lagi. Citu semester. Maknanya aku ada lebih kurang dua bulan untuk buat apasaja dekat rumah. Tak ada nota, tak ada buku, tak ada lecturer, tak ada kelas. HAHAHA. Best tak payah cakap. tapi yang tak best, idea untuk menulis cerita pun tak ada jugak. tertinggal dekat U mungkin. Buka microsoft word, taip sebaris, aku delete, taip lagi, aku delete. Memang. Hilang terus idea yang kalau dekat kolej berduyun duyun ada. Aku nak belajar pun tak boleh. HIHIHI... Tak apalah. Aku rehat lah dulu. Sambungan cerita-cerita tu, aku sambung lain hari okeh.. >_<

November 5, 2010

Kadang Kadang Lah Kan

Kalau tiba-tiba apa yang kita dah rancang cantik-cantik, kiut miut, tak menjadi.. tentunya kita rasa kecewa, patah hati. Tapi kita tak tahu, apa yang bakal jadi mungkin jauh lebih baik dari yang kita harapkan. 

Jadi, janganlah letak harapan yang tinggi menggunung pada sesuatu, sebab, kalau kita tak dapat, tak adalah kita kecewa sangat, kan.... Dan sesungguhnya, mengharapkan keredhaan Allah adalah yang terbaik >_<

:::Ini untuk aku jugak:::

November 4, 2010

bAhAgiA ~~ (DiaWan aWaGan...)

hahahaha,,aku dah abes exam!! 
dah abes siksa sem ni!! 
huhu,,adoih,, 
another 5 sem to go...
sebelum tu, jom cuti-cuti dulu..yeehaaa!!

>____<

~~