Jenis Cerita Yang Ada

Yang Ikut Duakaki

Rendahkan Volume Kalau Musik Memekak,, Hehehe

Kerana Tidak Semua Yang Dirancang Menjadi Kenyataan

December 31, 2010

Tahun Baru~

A: "Azam tahun baru aku nak belajar pandai pandai. Tak nak main-main dah. Mintak-mintak lah dekan sem ni,"

B: "Kita pergi i-city jom. Sambut new year,"

C: "Sayang nya nak tinggalkan 2010. Banyak kenangan manisssssss,"

D: "Erk, tahun baru? Awal muharam dah lama lepassssss,"

December 27, 2010

ASK bukan tanya

ASK tu singkatan pada Anugerah Skrin.. Alang-alang aku ader lagi belen2 cuti, sempat lah aku sibukkan diri dekat anugerah skrin,, best jugak lah. Huhu,, Lagipun, aku memang kali pertama pergi anugerah macam nih. Selalu jenguk dekat tv dekat umah je. Ini je lah gambo aku tunjuk. Kasi bukti sikit, Karang cakap tipu,, hihi,,,

December 21, 2010

Tak Pasti

Ada hari tu, pagi-pagi yang hening lagi harmoni, aku keluar bersosial dengan kawan-kawan aku. Sorang anak arab, sorang lagi fanatik Anuar Zain. Plan terbaik jumpa pagi-pagi alam dekat KL Sentral. Lepas makan tak seberapa dekat makanan cepat, kitaorg terus ambil tren  pergi stesyen Bank. Hajat di hati dan sanubari nak shopping.sakan.beli.barang.Kami pun jalan-jalan-jalan sampai Jalan TAR. Anak arab nak pilih tudung untuk konvo katanya. Aku dengan fanatik Anuar Zain duduk tengok-tengok dari luar. Tak sampai seminit, datang pulak dua orang entah siapa dekat kami. Nak survey katanya. Pasal terowong SMARTsemua lah. Aku dengan fanatik Anuar Zain buar muka blur. Memang tak tahu apa pasal terowong tuh. Hanya tahu untuk elak banjir sahaja. Dua orang entah siapa ni suruh jugak kami isi. 

Okeh, kami isi.....

Tak sampai seminit kertas survey yang ada 20 lebih soalan tu kami kasi balik dekat dua orang entah siapa tu. Aku nampak dahi diorang berkerut. Aku dengan fanatik Anuar Zain dah gelak jahat dalam hati. Padan muka, orang tak nak isi, paksa jugak. Aku dah isi semuanya Tak Pasti. Cane?? Haha

Mintak Maaf ye anda berdua! >_<

December 20, 2010

Anda Cute???

Kalau nak tahu, jom sama-sama lulus kelas CUTE nih, hahaha

December 19, 2010

::Kacak::

Kacak Luar
Kacak Dalam
Kacak tengok sini
Kalau aku senyum
Kacak kena senyum sekali...

*senyum*

December 17, 2010

Cute

Aku kena pergi kelas esok. Gila. Cuti-cuti sem ada kelas. Tapi kelas ni tak ada kena mengena tersentuh tercapai pun dengan course aku. Kelas ni namanya kelas CUTE. Korang nak tahu apa tu CUTE? Cari lah sendiri. Hahahaha.  Assalamualaikum!

Semalam, Maring, Yesterday

Perkara sunat pasal 10 Muharam iaitu semalam. Pada siapa-siapa yang tak ada rezeki nak buat semalam, buat lah tahun depan jika umur masih ada...

~~