Jenis Cerita Yang Ada

Yang Ikut Duakaki

Rendahkan Volume Kalau Musik Memekak,, Hehehe

Kerana Tidak Semua Yang Dirancang Menjadi Kenyataan

March 13, 2012

Diam-Diam Ubi Berisi

Diam-Diam Osi?

.
.
.
.
.

Tata
.
.
.

March 10, 2012

Air Suam Satu!!

Lepas mencuci mata pilih jubah dan baju-baju untuk majlis kawen kawan, time nak balik rumah tu, kamni singgah la makan dekat kedai X dekat area2 rumah. 

Sorang order air suam. Lepas tu make it two, pastu make it three, four, five and six!

Semua orang order air suam je. 
Keskeskes.

Sampai-sampai, bukan suam dah. panas nak mati. Abang yang amik order tu perli gamaknya. Hahaha


Tomyam pedass gila, tapi tak berani nk minum air sebab panassssss

March 7, 2012

Qù Hǎi



Best kalau dapat naik kapal ni, kan? Hoho



Zhù nǐ yīqiè shùnlì 

Xīwàng nǐ shì ānquán de 

Zàijiàn 

))




Apa dia? Tak faham? Keskeskes. 
Tak apa.
Asalkan Osi faham.
=)




March 5, 2012

Sudah Baik Lagi Cun

Assalamualaikum!

Harini sebenarnya aku dah mula masuk kelas. Dan mula sekolah. Dah mula kena belajar. Tapi macam biasalah. Macam sem-sem sudah. Kalau hari pertama, tak ada banyak benda sangat yang diberitahu. Selalunya perkenalan tentang subjek yang berkaitan.

Tapi kalau masuk-masuk kelas dah mula belajar rasanya tak ramai yang fokus pun waktu tu. 
Kan? 
Ke aku je macam tu? Hahaha

Okeh.


Kelas petang tadi, kelas ketiga untuk hari ni. Kira okey lah sem ni. Hari pertama, lecturer dah mula masuk. Mungkin semangat lecturer untuk mengajar, sama banyak dengan semangat kami-kami yang pergi kelas hari ni.

Dan yang aku nak cerita dekat sini, apa yang jadi dalam kelas tadi.
Macam biasa, lepas je penerangan pasal subjek, semua dah panas punggung nak cepat balik. Tapi lecturer tadi pandai tarik minat kami-kami semua.

Dia bercerita tentang SELAWAT dan DOA.

Pelajar macam kami-kami ni, kena selalu selawat untuk terangkan hati. Kena selalu berdoa untuk dapatkan sesuatu. Perlu rasa rendah diri untuk meminta. Tapi apa yang jadi sekarang dan memang aku akui, dah ramai sangat dah yang tak praktis doa dan selawat. Padahal benda tu bukan benda susah pun. Aku pun kadang-kadang lupa. Astaghfirullah...

Ilmu milik ALLAH. Kalau kita nak tuntut ilmu, kena bersihkan hati dulu, barulah ilmu boleh masuk. Macam mana nak bersihkan hati? SELAWAT , DOA, ISTIGHFAR.

Tak susah, kan. Tapi memang kita selaluuuuuuuuuuuu sangat lupa.

Lecturer tu cakap lagi, orang melayu sekarang dah jauh sangat dengan doa. Memang semua tahu doa itu senjata orang Islam. Tapi berapa kerat aja yang guna.

Aku sendiri pun selalu lupa.
Dan harap-haraplah aku akan selalu ingat. 
Selawatlah, berdoalah, beristighfar lah. Tak susah pun Osi oit!

Sekian, kelas hari ini, =)



Padang Hijau

Semalam.. Hari Ahad. Cuti. 
Kakak2ku datang pagi-pagi
Order roti canai sama nasi.
Makan-makan-makan combo untuk tengah hari sekali.

Dah kenyang, naik kereta.
Singgah beli barang dekat pasaraya.
Pusing-pusing lagi tak tahu nak ke mana.
Katanya nak abeskan minyak kereta.

Tengah pusing-pusing, hari mula redup.
Kami pun berhenti, matikan enjin yang hidup.

Segala bekal dibawa keluar
Paper dua tiga helai kami hampar.
Best sungguh bila dapat hirup udara segar.
Terasa macam masalah terbang tak terkejar.

Nak hilangkan hidup yang kacau?
Jomlah ke padang hijau!

Hehehehe.

Ini bukan anak OC, percayalah >_<





March 4, 2012

Tulang Longgar

Assalamualaikum dan selamat pagi! Heh heh heh.

Semalam aku ada join satu game. ChESS inter-University Sport Carnival nama dia.
(...dan ini bukan pertandingan catur okeh)

Longgar habis tulang saraf sebab lama gila tak main. Setelah tempohiiii banyak salah paham dengan pihak pengurusan game tu, kami dapat nombor 3 je. Salam Faham apa, malas nak cerita.

Tapi  uni kami , UiTM menang juara keseluruhan. Kira okay lah, kan? hohoho

Nah, nak kongsi apa yang kami dapat.

Budak baju oren tu ingat aku amik gambar dia agknya

Nak tahu game apa aku main, boleh tengok post lama ni:


Sekian


p/s: aku dah jalan macam robot. Haish. nasib baik x skolah harini. boleh lah duduk diam-diam je dekat rumah.

March 1, 2012

Hum Tum

Okeh. Hum Tum kalau di translatekan  ke dalam bahasa orang kampung John makna dia You and I. Tapi kisah yang aku nak cerita ni, tak ada kaitan apa-apa pun dengan kisah aku dengan siapa-siapa Hoho.

Hanya kisah Hum Tum.

Hum Tum ni sebenarnya tajuk citer hindustan yang aku rasa jalan cerita dia tak ada lah sama macam typical cerita hindi yang lain. 

Sebab nya?

Cerita ni ada selit-selit dengan cerita kartun bernama Hum(lelaki) dan Tum(perempuan). Lepas tu, hero dengan heroin ni, berjumpa dalam tahun yang berbeza walaupun tak ada contact masing-masing. 

Jumpa waktu baru nak pergi belajar. Jumpa waktu belajar. Jumpa waktu perempuan nak kahwin. Dan jumpa balik waktu suami perempuan tu meninggal.

Dan the rest, is history, Kena tengok cerita ni. Heh heh heh. (Aku tak dapat komisyen apa-pa pun sebab promote)

Kesimpulannya. aku suka cerita ni. Sekiannnnn..


Waktu cerita ni mula, aku jerit sebut Hum Tum dengan kuatnya sampaikan anak-anak aku menangis terkejut sebab fikir aku jerit Hantuuuuuuu!!
T_T

~~