Jenis Cerita Yang Ada

Yang Ikut Duakaki

Rendahkan Volume Kalau Musik Memekak,, Hehehe

Kerana Tidak Semua Yang Dirancang Menjadi Kenyataan

December 19, 2011

Salin Kulit

Aku rasa macam penat. Letih buat benda yang pada asalnya kita tak ada jiwa. Makin lama makin terasa jiwa kosong. Segala minat yang dibuat-buat pada awal nya tinggal paras-paras bahaya. Terasa nak berhenti. Tukar pada benda lain. Tukar angin. Tukar hidup.


Aku dah sedia rasanya. Bila-bila massa saja nak melangkah. Tapi sebelum melangkah, banyak kali aku toleh belakang. Tanya dekat bayang-bayang sendiri. Betul ke aku nak buat ni? Boleh ke aku hidup dekat tempat baru? Dunia baru?


Aku toleh belakang balik. Boleh ke?
Dekat dunia baru nanti aku akan buat ini. Aku akan buat itu. Aku akan jadi macam ni. Aku akan jadi macam tu.

And yet,
 Things are eassier said than done.

Okeh, sudah!

>__<

p/s: otak weng pasal banyak kerja T_T



December 15, 2011

May God Bless U


.
.
.
.
sekian

December 13, 2011

Bertimbun Timbun

To Do List


  • Report HYSYS Lab 5
  • Mini Project Plant Design.- Chlorine Recovery From HCL-
  • Enviromental Engineering-Slide Show (On Site Waste Handling)
  • Mandarin 3- Oral Test-
  • Environmental Engineering -Test 2-
  • Plant Design -Test 2-

Dan aku masih buat-buat tak busy~

December 11, 2011

Tak Ada Dalam Silibus!

Main game lagi. Kalau nak tahu game ape, boleh jenguk sini


Bermula dengan training malam. Okeh. Habis training, kapten cakap.

Kita menang kump nanti pun, akan jumpa Fakulti Sport Rec.

Semua takut, tapi nak takut apa. Bukan international punya player pun. Student macam kami jugak.

Esok...

Menang!! Jadi johan kumpulan. Okeh. Ada can masuk final ni. Fakulti demi fakulti. Menang bergaya.

Duk rehat-rehat minum handret plas, pengurus datang. 

Habis game diorang kita lawan.

Okeh, no hal. badan pun dan panas.

...suku akhir ni kita lawan Sport Rec...

Eh, lupa! Lawan Sport Rec! Tapi, ape nk takut. Diorang pun student jugak.

Lawan

...C harapan kena tersadung seawal minit pertama. Terpaksa keluar padang pasal dah jatuh tersembam atas court siap darah menitik tik tik atas court pakej!

....WD dengan C gantian dan kelam kabut. GA dengan GD dah tukar posisi masing-masing. Semua teringat dekat C harapan yang duduk tepi court sambil lap darah dekat mulut.

Dan, Sport Rec menang.

Heh, diorang pun  tak hebat mana. Nasib C kami kena out awal je.

Betol la diorang menang, Bab Netball ni ada dalam silibus diorang. Kita  mana ada belajar Netball.

Betul3

Heh, KECEWA!!

Kat Sini aku sertakan Kedudukan Kami dalam Court tadi.



p/s:Memang la diorang student mcm kami, tapi dia student yang belajar BAB NETBALL T_T

Ogosku Yang Pilu

Dia cakap Ogosku yang pilu.

Aku check balik apa aku buat time OGOS. Kerja part time, puasa, raya. Rasanya tak ada la pilu sangat. Setakat bukak puasa dengan nasi bungkus hari-hari tu biasa. Setakat sahur biskut cicah milo panas itu pun biasa.

Kerja?
Okay je rasanya. Edward tu pun oke, (Walaupun cakap berbelit-belit, still oke la). Kalau tak oke pun time accountant opis keluarkan cek gaji lambat. Tapi tak ada la pilu. 

Ogosku Yang Pilu.. Apa ya?

Aku check balik. Tak ada rasanya yang pilu. Habis tu apa yang pilu?


Ehheh, ini rupanya....


P/S::> Thanks untuk ini. ^L^

December 4, 2011

Putussss

Betul.
Rasa macam dah tak boleh nak tanggung.
Rasa macam dah nak putus asa.
Rasa tak boleh.
Banyak mana aku paksa pun lama-lama tak boleh jugak.

Rasa macam nak putus asa.....


....Dan dalam ayat yang lain Allah menerangkan: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan; Kami telah beriman sedang mereka tidak diuji lagi?” Ujian yang dihadapi berbeza antara seorang insan dengan insan yang lain.


Jadi apakah tindakan kita dalam berhadapan dengan ujian tersebut. Adakah kita perlu kecewa dan marah atau berputus asa apabila berhadapan dengan pelbagai bentuk ujian tersebut?  Bukankah sepatutnya sebagai seorang Muslim kita sepatutnya menjadikan ujian tersebut sebagai batu loncatan yang mengubah kita menjadi seorang yang lebih baik dan mengubah keadaan tersebut menjadi lebih baik. .....


Janganlah kita berputus asa dalam berhadapan dengan ujian tersebut. Allah menyatakan dengan jelas dalam Al-Quran bahawa sifat putus asa bukanlah sifat seorang Muslim. Seorang Muslim adalah seorang yang tidak mengenal erti putus asa dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua perkara.


 Bukankah Allah swt telah menjelaskan hal ini dalam menceritakan kisah Nabi Yaakub dan anak-anaknya?


“……dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir” – Surah Yusuf Ayat 87




Astaghfirullah... 
Jangan putus asa!





December 3, 2011

Duibuxi, nimen.

Xin ai de wo de hen pengyou....

Duibuxi nimen. 
Wo zhidao zhi shi wo de cuo. 
Wo bu zhidao jintian nimen xiang xingshi. 
Ruguo wo zhidao, zuo wan, wo bu ku. 
Wo de yangjing zhong. Hen zhong. 
Zheyang, wo buneng chuqu. Wo buneng. 
Duibuxi. Ruguo wo zhidao, wo bu ku. 
Wo hui bu hui ku. 
Duibuxi.

Hah, sape paham? Hehehe. 

Duibuxi nimen. Wo ai nimen!!


December 1, 2011

JAUH

Hidup kena fikir jauh. Fikir akibat. Fikir kesan. 

Tapi jangan sampai tak masuk dek akal.


Jom sambung buat kerja!

Korang Dah Besar

Korang dah besar.
Tak boleh ke handle benda ni baik-baik?
Perlu ke saling menyindir.
Perlu ke sakitkan hati masing-masing.
Aku yang tak terlibat ni yang jadi mangsa.
Korang bising tak kira masa.
Korang menjerit sesuka hati dan jiwa.
Korang nak buat aku hilang akal ke.

Tolong lah pikir matang sikit.
Korang dah besar.
Salah dia tu memang nyata, tapi salah korang jugak kena ambil kira.
Sama-sama salah, kalau nak tegur pun biar berpada.
Jangan buat macam korang ni tak ada agama.

Last-last aku jugak jadik mangsa.
Esok aku ada kelas pagi, korang nak gantikan ke kalau aku tak jaga dari lena?
Nak bising tunggu lah nanti aku tak ada.
Memang la korang tak leh fikir orang nak tidur dengan aman sejahtera.
Apakata lain kali aku menjerit dekat telinga kamu semua?
Nak try rasa ke bila sedap-sedap tidur, orang bising sampai terjaga?
Korang nak rasa?

Haih.


::>Last-last korang dah sedap tidur, aku masih terjaga. T_T





Hey You! Smile~ =)


Hei. 
Senyum itu sedekah.
Senyum itu penyeri wajah.
Senyum buat pagimu indah.

Hei. 
Sedih itu biasa.
Tak semestinya sentiasa gembira.
Kan orang kata hidup ini roda.
Kita di atas tidak selamanya.

Hei. 
Kembalikan senyum pada diri.
Ingat ALLAH sentiasa menemani.

Hei.
Dah. Lap air mata. 
Tarik bibir kasi senyum sampai telinga.
Isi masa dengan kerja.
Barulah sedih akan hilang dari jiwa.

Hei.
Aku dah ngantuk ni.
Jom tidur, esok kelas pagi.
Aku akan sambung lagi nanti tengah hari.
Selamat pagi.

>_<



The Last Piece

Terasa macam hilang. Tak tahu mana letak. Hilang tak boleh di cari. Tak lengkap. Missin' 

Mana dia aku punya SMILE yang boleh lengkapkan puzzle aku???

T_T

~~