Jenis Cerita Yang Ada

Yang Ikut Duakaki

Rendahkan Volume Kalau Musik Memekak,, Hehehe

Kerana Tidak Semua Yang Dirancang Menjadi Kenyataan

March 31, 2011

Aku Terpaksa Dalam Rela!

Aku haruss.. kena jugak.. 
Walaupun aku tak nak. 
Walaupun aku sibuk. 
Walaupun banyak benda yang menanti aku. 
Banyak benda yang perlukan aku disini. 
Tapi aku harusssss tinggalkan itu semua. 
Aku terpaksa lupakan itu semua. 

Haduiii... 

Mummy mereka yang syiokk Holiday ngan Daddy mereka


Time-time ni lah korang nk pegi Korea.
Pastu tinggalkan anak-anak dengan kami T_T...
Kalau tak bawak balik something big untuk aku siaplah,,,HAHA



Okess dua-orang-budak-nakal-tak-ingat... 
Wait for me,, I on my way. 
Jangan buli Aunty Aie korang yang tengah sakit pinggang tu. Haha

Dua-Orang-Budak-Nakal-Tak-Ingat

March 30, 2011

Lalala~

Ni aku kasi spesial untuk kamu-kamu yang tarik-tarik baju aku semalam dan harini.

Ni belah belakang
Ni pulak belah depan.
Kira baik lah aku kasi tunjuk dekat korang. Lain kali, kalau nak main tarik-tarik baju, main jauh-jauh. Tak pun, kalau rasa nak tarik jugak, tarik baju sendiri. Sia-sia lah kau tarik baju aku pasal tu bukan baju aku. Housemate aku punya. Haha. 

Erk, Mintak maaf semua. Ini hanya luahan yang terbuku, terbook, terkotakpencil, terpemadam dalam hati penulis. Haha

Fast Fast = Laju Laju

Aku ada test Mandarin kejap lagi. 
Tapi pasal malas nak belajar, aku tinggal je buku tu kat tepi. 
Petang ni ada game lagi. 
Harap-harap kauorang yang kalah semalam, janganlah jumpa dengan kami-kami lagi. 
Aku akan pakai baju besi harini, cuba tengok kauorang boleh tarik lagi ke tidak? haha..
Okeh, Cukuplah aku melalut laju-laju dekat sini. 
Jom sambung belajar..
Hiyahhhhh 

March 29, 2011

Aku Hebat

Apa perasaan kamu-kamu bila dalam game, pihak sana boleh pegang-pegang baju, siap dengan pegang-pegang tangan lagi tak kasi lari. Then bila kena marah+sound+#$%^& pun, diorang boleh slumber je pegang jugak? T_T . Tapi tak apa. Aku faham. Pasal aku hebat. Aku di kawal ketat T_T. Haha.

March 28, 2011

Entry bergambo lagi, ha ha ha,,,

Jalan- jalan dekat garden, jumpa kedai ni. Teruja tak ingat aku. Haha,, tapi terpaksa tengok dari luar je sebab orang depan jalan laju sangat T_T.. Agak-agak kalau aku buka kedai macam ni ada orang datang tak? Semua benda KUNING. Haha
Nama Kedai Ni Hello Yellow, Comel, kan, Haha
Jalan-jalan lagi jumpa pulak donut. rasa dia aku tak tahu best ke tidak. tapi yang buatkan aku tertarik sebab... he he he,, yellow!

Macam nak bawak balik letak dalam frame. Haha

Okey, pakcik once cakap yang kita kena pelan-pelan kayuh. ker kayuh pelan-pelan? same tak? haha,, tak kesah ler,, janji motif dia same, 

Gambo ni dekat dinding bilik. Warna asal, kuning. nampak cam hijau dahh T_T(lighting punya pasal)

Dua orang budak-nakal-tak-ingat ni memang tak boleh tengok kamera. posing je memanjang. Haha



Okeh sahaja pasal benda kuning,, Haha

March 24, 2011

Fasa Senyap Sunyi

.......................


(nak tulis apa, ya?)

March 22, 2011

Strawbery

Lama tak ada cerita.
Lama tak ada perkara.
Otak pun blurr x kata apa-apa.
Jiwa kosong hari-hari.
Dari malam sampai esok punya pagi.
Agak-agakla kan, boleh ke hati batu bertukar jadi perisa seteroberi?

March 17, 2011

Cantik Luar, Cantik Dalam

Aku tak nak cerita banyak. Cuma nak ingatkan dekat aku dan semua jugak. Cantik rupa itu tak kekal. Janganlah tertipoo tipooo lagi. Cuba selidik hati tu betul ke tidak cantiknya. Jangan biar mata kabur dengan cantik rupa. Okeh, OC, ingat itu!. Wahahaha.

March 15, 2011

Terlepas Majlis Tunang~

Hari minggu haritu, 12 hb 3.

Aku bangun awal-awal bersiap. Dari Shah Alam pergi KL. Plan aku nak balik malam tu, tapi ada test. Terpaksalah balik awal-awal pagi. Okeh, sampai rumah, aku iron baju siap-siap. Tema majlis ungu pink. Bukan warna kuning, tapi tak apalah, aku ikut saja. Pihak lelaki dalam pukul 12.30 dijangka sampai. Aku tunggu makcik-makcik dengan sepupu-sepupu aku datang. Semalam diorang sampai dari kg. Diorang semua tidur rumah aku punya sepupu dekat Taman Tun. 

Aku keluar dari bilik lepas seterika baju bagai. Aku tengok abang aku rilek lagi depan tv. Siap boleh online bagai. Kedua-dua budak nakal tak ingat tu pun belum bersiap. Eh, diorang ni tak nak siap-siap ke? Aku tengok jam. Lagi sejam majlis nak mula. Seminit lepas tu abang aku cakap,

"Nak pergi ke? Abg ada kerja kejap lagi. tak boleh nak pergi,"

Adus,, kecewa betul aku. Habis tu, cancel la ni? Kecewa, kecewa. Sia-sia aku balik awal-awal pagi dari Shah Alam, Sia-sia aku seterika baju bagai. Lain kali cakap la awal-awal,, Adessss...

:::Oh, itu majlis pertunangan sepupu aku. Aku nak tengok sangat pasal semua sedara aku ada dekat sana. Waaaa!!!

March 14, 2011

Berita Semasa

Semua orang tahu pasal kisah tsunami yang berlaku di jepun. Aku tak mahu cakap banyak. Kita doakan keselamatan kawan-kawan kita disana.

March 9, 2011

Sorry, Piane, Maafkar to, Duibuxi, Maap

Ehem.. this poem are dedicated to Gary.. la la la

I'm sorry friend
I don't know what to do
I try so hard
to be a better person to you

I screw up a lot
and I ignore you too
I don't know why
but I still love you

you're my best friend
I know we can make it through
lets make this friendship last
and make it better and true

I know your getting sick of me
I'm getting sick of myself too
I don't know how many times
I can say sorry to you

but really I am a fool
to let such a wonderful
friendship break in two

I'm going to push aside the past now
I'm going to be nicer to you
and show what I can do

you're my best friend still
and you're my favorite too
remember the good times and I
know we'll make it through.

From 
Sepanbob




Review:: Cintaku Semerbak Polo Black

Aku jarang ada masa untuk baca cerita panjang-panjang sebenarnya. Tapi tengok tajuk Cintaku Semerbak Polo Black, aku macam tertarik pulak nak baca. Aku tak pernah tahu pulak ada perfume nama Polo Black. Polo Sport aku tahu lah. Jadi, aku curi masa sikit nak jenguk apa isi cerita. Kalau tak best, memang siaplah penulis ni. Ha ha. 

Permulaan dia agak menarik. Cerita pasal watak Queseira yang tak berapa nak cun perangainya dan agak annoying (penulis dia yang tulis). Yang paling aku tertarik adalah nama Queseira. Unik. Dan, seterusnya cerita tentang pertembungan kedua-dua watak utama ini atas sebab salah faham. Di awal cerita, Queseira tertarik dengan haruman Polo Black.

Perkembangan cerita banyak merujuk kepada Andy, yang low profile walau dia kaya-raya. Best bila ada lelaki macam ni. Jarang nak jumpa sekarang. Watak Queseira pula dikembangkan dengan cara yang unik. Seorang yang kaya, punya sepupu bernama Fatihah dan ditinggalkan lelaki setelah duitnya dikikis. Perkenalan yang bermula dengan salah faham membuatkan Queseira memusuhi Andy.
Konflik bermula bila Queseira dipaksa kahwin dengan Andy dan ditambah lagi bila Queseira yang sebagai isteri masih dengan sikap annoying dia. Andy juga yang sabar. Perkembangan watak Andy yang suka melayan Queseira yang annoying tu pun  menarik. Sabar je Andy melayan perangai Queseira yang kalau aku lah ditempat Andy, memang aku tumis mulut dia dengan sambal! (aku pulak over). Kalau aku buat macam tu, mesti Queseira cakap, "So, ada aku kesah?"

Watak Fatihah juga banyak membantu dalam cerita ini. Watak Fatihahlah yang membantu pembaca tahu yang Andy betul-betul sayang dekat Queseira. 

Klimaks apabila Andy disahkan meninggal dunia kerana sakit barah. Tinggallah Queseira sendiri dengan haruman Polo Black yang berbaki di bilik Andy. Aku sebenarnya terkilan sikit bila Andy tidak sempat merasai cinta seorang isteri daripada Queseira. Kesian dia. Lelaki sebaik itu, tak pernah merasai cinta seorang isteri. Walau pun macam tu, Andy yang sangat cintakan isteri dia, tinggalkan satu blog yang amat bermakna buat Queseira. Segala isihati Andy, diluahkan di situ. 

Aku suka jugak perumpamaan yang diguna dalam cerita ni. Sampai ke neptune, pluto. Kaitkan cinta dengan semahal jenama haruman Escada dan Bvlgari. Kau ada? Aku memang tak ada, pasal mahal, tak mampu beli. (ha ha)

Itu lah dia. Cinta tak selalu indah, memang selalu kita dengar. Kadang kadang, sesuatu yang indah itu, kita akan hargainya bila ia sudah tiada di depan mata. Jadi, ingatlah orang yang tersayang. Cerita Cintaku Semerbak Polo Black ini sikit banyak boleh sedarkan kita supaya, hargailah orang di sekeliling kita >_<

 Oh, lupa, Korang dah baca belom? Kalau belom meh klik SINI.

Ini dia punya cover. walaupun tak ade kaler kuning, tapi macam best je. Itu tak baca lagi tu. Ha ha..
p/s:: ini untuk kontest sebenarnya. Oleh sebab aku sentiasa menyokong Beliau, aku join lah jugak. Tolong terharu ya, dik. Kalau tak, aku simbah medula oblongata hang dengan acid sulfurik. Ha ha

March 8, 2011

Mula Rindu

Tak boleh belah kan ayat di atas. Memang tak boleh belah pun. Kalau di belah jadi Mu, La, dan Rin, Du.. apa makna? Haha,, mulalah aku mengarut.

Ceritanya macam ni. Ma*** dah main kasar dengan aku. Aku bayar bil tepat pada waktu, tapi sampai seminggu dia tak aktifkan lagi. Memang lah dia sengaja cari hal. Oleh sebab aku sibuk jugak dengan Test, aku diamkan saja. Tunggu kot-kot la kesabaran aku tu dihargai. Tapi hampeh jugak. First, pergi centre, dia cakap, tunggu lepas tiga hari waktu bekerja. Oke, aku tunggu. Dah masuk empat hari, tak ada effect. Still x boleh on. Lepas telepon call centre, cakap, dua jam lagi akan aktif balik. Okeh, aku tunggu (dengan sabar lagi ). Masuk 3 jam, masih tak ada effect, hadoi,, kalau hati aku yang sejuk beku pun boleh panas. Ini pulak yang dah memang panas. Aku yang masih sabar, pergi lah centre balik. Okeh, baru cakap system down, tunggu 24 jam. Okeh, aku tunggu. Masuk 25 jam, masih macam biasa. Tak boleh in. Kalau nak kira sabar aku dengan kulit bawang, sure kulit bawang lagi nipis. Pagi ni pagi-pagi lagi aku call. Suruh runggu 3 jam pulak. Memang muka aku muka penunggu. Okey, alang-alang ada kelas 4 jam pagi ni, aku tunggu la. Habis kelas, tak boleh jugak? Haih, ni dah start main kasar. 

Aku call lagi (call free, suka-suk hati je la aku call). Cakap dengan Cik Kavitha ni. Nasib baik dia macam okeh bila aku marah-marah (kena buat-buat marah sikit kot, baru kerja jalan). Tak sampai sejam, akaun aku dah aktif balik. Ha, tengok, memang kena marah-marah dulu. Dah terbukti. walau apepun terima kasih dekat Miss Kavita ni. Dia siap call aku cakap akaun dah aktif. Buktinya. nahh,,, aku boleh tulis post ni dengan jayanya. 

Tunggulah, next month aku terminate, tukar Cel*** pulak. Hahaha

Owh, yang pasal rindu tu, memang aku dah rindu nak jenguk semua orang, Blogger, kekawan dekat CB dan semualah. Wahaha,, tolong lah terharu~

March 2, 2011

Jom Belajar Mandarin!!

Oleh sebab aku ada test  listening Mandari kejap lagi, aku nak kasi korang dapat bahang dia juga, Haha..
Okey, kita mula dengan tanya nama. Sebenarnya yang ini aku dah belajar sem lepas. Tapi tak apa, nak kasi tahu dekat korang yang aku masih ingat. Hoho

Ni jiao shenme mingzi? = Awak dipanggil apa or What is your name(orang kampung john cakap)
Ni hao ma? = Awak sihat? How are you?

okeh, cukuplah yang sem lepas. mari belajar bahagian kedua pulak.

Wo xihuan huangse = Saya suka warna kuning.
Ni you chi shenme? = Awak kan makan apa?          
Duibuxi= Minta maaf
Meiguanxi = Tidak mengapa
                     
Ape lagi eh? haha,, x tahu nak tulis ape dah,, okes. Wish me luck!!

March 1, 2011

UltraMan

Kenapa post aku dah seminggu tak gerak.
Kenapa aku tak tulis post baru.
Dia ada banyak sebab. Sebab utama, sebab pendorong dan sebab minor.
Sebab utama, Malas
Sebab pendorong, Malas
Sebab minor, Malas
Aku takut, Takut kalau-kalau  aku terpaksa bertukar jadi Ultraman untuk kalahkan Raksaksa Malas.

~~