Jenis Cerita Yang Ada

Yang Ikut Duakaki

Rendahkan Volume Kalau Musik Memekak,, Hehehe

Kerana Tidak Semua Yang Dirancang Menjadi Kenyataan

August 26, 2011

SYAWAL




SELAMAT HARI RAYA! MAAF ZAHIR BATIN~ >_<




August 22, 2011

Aku Sukew Gilerr!

Kenapa post aku ni macam mintak penampo? kehkehkeh

Maap lah.

Yang aku nak cakap, ni ha. Aku dapat benda alah ni dua hari lepas. Macam mana aku tak SUKEW..

Kepada yang berkenaan:

Terima kasih! Saya sayang awok lebih la macam ni. Hehehe~ Terima kaseh sebab kasi jugak walopun re***t saya x secomey mana.. Thanks!!

Ini dia Cik Sony >_<
p/s: Awok memang particular la. Sebab boleh detect pasal kesukaan saya yang satu ni. Hihihi.. 

August 21, 2011

Tiga Serangkai

Pergi Shopping Raya. 

Kak Kiwi turun Shah Alam
Kak Rehan pun ada

Best!

Nanti aku cerita. Huhuhuhu~

August 16, 2011

Hamik Gambar Ni Sebagai Bukti

 Okeh. Kuih yang mula-mula aku sentuh adalah Kuih Cornflakes Crunchy


Okeh, ni yang dalam process menguli. huuu~


Aku bosan di tengah-tengah malam. Haha

Okeh. Ni campurkan dengan cornflakes. Nak kasi rangup

Kemudian bula-bulatkan macam ni.

Dah siap bakar dan conteng-conteng sikit kat atas tu.Huuu

Packing! huuu~

Lagi satu Kuih Chocolate rice. Yang ni senang sikit pasal celup je dlm coklat. Beskot dia dah siap awal-awal, huuu

Beskot, celup coklat, celup coklat rice

Ini dia!!

Ringan je tangan nak ambik masuk mulut. Haha


Okeh, last sekali, Almond London. Memang aku suka gila beskot nih. Hoho

Bakar badam dulu

Dah siap bakar. Satu-satu hilang masuk mulut. Haha

Dah masukkan badam dlm tepung

Rupa dia siap aku x smpat hamik. sebab dah balik umah sewa. Huhuhu

Kerja tak susah. Suka je buat kuih. Tapii,, kalau dah bertray-tray. beratus-ratus lemon, mahunya aku mimpi kuih tiap-tiap malam. Haha..

Dan, sebabkan budak ni

Fathi

Selamba bomba je dia kaut chocolate rice masuk mulut macam makan nasik! Hoooo~

Aku Dan Kuih

Cuti hujung minggu paling dinanti...
Cuti tambahan hari Isnin juga mengembirakan hati.
Cuti oh Cuti.
Aku memang suka cuti.
Memang dari zaman sekolah lagi.
Tak lupa juga masa dekat universiti.
Aku memang sayang dekat cuti.
Cuti Oh Cuti.

Bos baru sign borang cuti sehari.
Yeay, aku boleh cuti isnin nanti.
Elok je ada call masuk time aku senyum sendiri.
Eh, ni sepupu aku yang duduk dekat-dekat sini,
Selalu jarang call, dia nak apa ni?

Abang Cousin: 
"OC, ada kerja tak sabtu dan ahad nanti?
Abang ingat nak minta tolong dari OC, 
Tolong Kak Zai siapkan tempahan yang banyak nak mati,
Diorang cakap nak ambil isnin nanti..."


Aku jawab:
"OC memang cuti. 
Tapi sabtu petang baru boleh blah dari opis ni.
Kalau nak suruh orang tolong, lepas berbuka nanti free."

Abang cousin:
"Okey, abang ambik OC nanti."

Orang cakap, kita berbahasa orang berbudi.
Kesian jugak dekat Kak Zai, banyak gila tepung yang menanti.
Menanti untuk jadi kuih yang rangup sekali.

Aku sampai malam tu jam dah berbunyi 10 kali.
Hamek kau, banyak gila kotak yang belum terisi.
Agak-agak sempat tak siap isnin nanti?
Hadui, masa tu memang aku dah tak nampak perkataan cuti.

Mula buat tengah malam sampai awal pagi.
Lepas subuh tidur, dalam pukul 9 bangun lagi.
Buat apa? Kuih dalam tray dan tepung tu kena uli.
Penat, letih semua tu kena tolak tepi
Sebab nak siapkan kuih berkotak-kotak ni.

Yeah! Dah Isnin! harini
Diorang ambil tempahan tengah hari.
Fuhh nasib baik sempat siap semua sekali.
Abang cousin dengan Kak Zai duk puji-puji.
"Nasib baik OC datang sini"
Mereka cakap la, aku tulis je balik dekat sini.
Hiiiiii~

Okeh, Dah habis cerita pasal cuti.
Ada bran nak cuti lagi?
Balik umah sewa tangan kebas, tulang longgar sana sini.
Tapi tak apa, dapat jugak duit gaji.
Duduk dua hari pun dapat banyak macam ni
Terima kasih, hihi.

Okeh. Itu sahaja untuk harini.
T_T tamatlah riwayat CUTI.


...dan apehal aku buat post ala-ala pantun beratus kerat macam ni?
Hahaha..sabar ajelah kome membacanya nanti. ~



~~